Wednesday, February 17, 2010

Muzium komik

shelf-library-2 Aku teringat yang kat rumah aku ada collection komik sejak aku berusia 5 tahun. Dah penuh stor kat umah aku sampaikan aku terpikir nak buat muzium komik. Paling koman pun perpustakaan komik lah.

Pelbagai jenis komik boleh didapati dari yang berkulit tebal hingga yang dah koyak rabak, dari yang putih baru hingga yang kuning kena matahari, dari yang bahasa melayu hingga bahasa cina. Ingatkan boleh kuasai bahasa mandarin kalau aku beli komik tu. Masa tu bodoh alang lagi beli komik cina untuk tengok gambar je. Syabas kepada Tony Wong sebagai pelukis komik hero cina.

Teringin jugak nak jual kot ada peminat setia komik lama-lama yang nak beli ke. Harga boleh runding. Standand barang antik la. Sedangkan syiling lama pun boleh jual ribu-ribu, inikan pulak koleksi komik peribadi aku yang dah makan puluhan tahun lamanya. Paling kurang aku letak harga RM1000 la sebijik komik. Jangan lepaskan, Tak ada lagi di pasaran. Kalau ada pun itu tiruan semata-mata. Belilah barangan buatan tempatan dan yang paling penting original…

9 comments:

  1. huhu...kat rumah saya complete buku dragon ball je..ahah,satu ag anak2 sidek..complete...hee~

    ReplyDelete
  2. beshhhh nyer.. adehhh
    jeles gler huhu
    sy nyer koleksi komik + novel xda la smpai cm gtu :p

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. komik pe tu ? gempak starz ?
    kat rumah tkah pon adee byk komik sampai x tao nk simpan mna xD

    ReplyDelete
  5. gempak starz ke gembak bulan, utopia, sudan, zimbabwe sume ada. boleh baca sampai muntah. huhu.

    ReplyDelete
  6. hey awak..nak jual x komik kat sy??

    ReplyDelete
  7. entahlah. tak terfikir lagi nak jual balik. sebab dah agak buruk lah... ingat nak tunguu 20 tahun lagi. kot2 dah boleh cecah harga ribu2 tu boleh la jual..hehehe

    ReplyDelete
  8. nape? hehe... ok la tu.. tunggu market dah naik...

    ReplyDelete

tulislah dari matahatimu... bukan dari pandangan zahirmu... ikhlaskanlah kalimahmu... tetapkanlah niat bahawa kata-katamu itu mungkin menjadi pedoman buat seseorang...