Saturday, September 24, 2016

Aku mahu meluangkan masa...

Melihat anak-anak mungkin kadangkala timbul stress. Tiba-tiba merengek tak tau nak apa. Malam-malam melalak nak susu. Nak itu nak ini. Request menggunakan bahasa mereka yang aku tak paham.

Tapi di sudut hati aku rasa bahagia. Aku rasa tenang. Gelisah dan penatku hilang. Melihat keletah dan kecomelan mereka bermain dalam dunia kanak-kanak.

Aku sejujurnya ingin meluangkan sepenuh masaku untuk melayan mereka, membelai mereka, menghiburkan mereka... Ketikamana aku masih mampu lagi melayan mereka. Aku ingin gunakan masa-masaku bersama mereka. Mencium mereka, membelai kulit lembut mereka yang masih lagi suci.. Tiada dosa.

Itu suatu nikmat bagiku. Suatu perasaan yang menenangkan jiwa bila bersama orang-orang yang kusayangi.. Suatu rasa yang takkan aku lepaskan dengan perkara-perkara lain. Ahhhh... Yang lain itu persetankan saja. Tidak ada perkara lain yang membahagiakan.

Cukuplah dengan urusan kerja. Tak aku sanggup untuk mempertaruhkannya dibandingkan bersama orang-orang yang aku cintai.. Kerja sampai bila tak habis.. Tapi masa yang berkualiti bersama yang tersayang, itu priceless.. Tak kan ada galang ganti untuk menebusnya...