Saturday, May 28, 2011

Sedekah pada binatang dan serangga?

Kadang-kadang pening kepala dibuatnya bila rumah kita penuh dengan serangga dan makhluk perosak. Antaranya termasuklah lipas, tikus, semut, kucing liar, kucing jiran, anjing sebelah rumah, dan sebagainya.

Kalau kat dapur tu asal malam je mesti penuh dengan lipas. Kat bilik air pun macam tu jugak. Ntah dari lubang mana agaknya menatang tu keluar. Tikus pun ade jugak tapi jarang-jarang keluar. Malu dengan kucing jirang yang selalu datang agaknya. Kucing ni pun satu hal lagi. Tak tau malu datang rumah orang lain tiap-tiap hari mintak makanan. Kat rumah sendiri tuan tak bagi makanan ke atau makanan kat rumah tu tak sedap? Bukan kucing tu pun yang kena keluar duit beli Friskies atau Whiskas. Duit tuan kucing gak yang dok perabis beli biskot-biskot kucing tu.

Kat belakang dapur pulak tu standard la bila sampah-sampah habis terburai dok kena bukak dengan anjing liar. Kita dah bungkus elok-elok pastu dia pulak yang rajin nak bukak sampah tu. Dah habis bersepah pulak sampah tu. Siapa pulak yang nak kutip? Tak ada kerja aku nak menyamak lepas kutip balik sampah-sampah tu. Memang dasar suka menyusahkan orang betullah binatang haram ni. Lepas tangan kat DBKL jela. Haha.

Bila terpikir balik semua kejadian-kejadian tu, susah sangat ke kalau kita niatkan sedekah je kat binatang-binatang tu tak kesah la yang binatang haram ke binatang halal ke. Ingat kat manusia je kita boleh sedekah ke? Kat binatang pun kita dapat pahala tau kalau kita bersedekah. 

Contohnya makanan tak habis letak kat dapur. Tengok-tengok dah kena hurung semut atau lipas. Kiranya diaorang pun nak jugak makan sedap-sedap macam kita. Ye tak? Kita niatkan jela bersedekah makanan yang lebih-lebih tak habis makan tu kat binatang-binatang tu. Walaupun hakikatnya kita geram sebab kita dah tak dapat nak makan makanan yang kita simpan tadi tu.

Sampah pun macam tu jugak. Dok kena kitai dengan anjing atau kucing liar. Depa dok cari sisa-sisa makanan yang kita buang tu la. Sisa-sisa makanan pun boleh dapat pahala kalau kita niat sedekah kat haiwan-haiwan belakang dapur tu. Macam pelik bunyinya kan?

Buah-buah yang kita dok elok tunggu dia masak atas pokok. Tunggu punya tunggu tengok-tengok burung ke tupai ke dah tebuk dulu buah-buah tu. Siapa yang tak geram kan bila penat menunggu nak merasa mempelam cecah kicap pedas last-last tengok buah dah berlobang kena tebuk dek makhlukats tu. Niatkan jugaklah bersedekah. Bukan rezeki kita nak makan buah tu. Tapi rezeki burung dan tupai. Sebabnya burung dan tupai tak boleh nak pegi beli buah kat pasar macam kita. Sebab tu la depa bantai buah yang kat atas pokok tu. Sabar jelah...

Jarang nak dengar orang bersedekah pada binatang. Selalunya orang sibuk-sibuk nak bagi derma kat anak yatim la, orang kurang upaya la, orang kurang bernasib baik la. Tapi tu semua manusia. Sama macam yang menderma atau bersedekah tu jugak. Apa kata sedekah la kat binatang sekali. Wakafkan 2 3 biji pokok mangga tu khas untuk tupai-tupai dan burung-burung makan sesuka-suki hati diaorang. Tentu banyak pahala free kita boleh dapat kan?


Tapi tu semua bersedekah pada makhluk macam manusia dan binatang. Aku tengah fikirkan boleh ke tak kita bersedekah pada tumbuh-tumbuhan pulak? Hmmm...tengah berfikir la ni....



Apa komen korang?

No comments:

Post a Comment

tulislah dari matahatimu... bukan dari pandangan zahirmu... ikhlaskanlah kalimahmu... tetapkanlah niat bahawa kata-katamu itu mungkin menjadi pedoman buat seseorang...