Sejak akhir-akhir ini emosi aku amat sangat sungguh tak stabil. Kalau aku perempuan dah lama orang kata aku kena ‘period’ atau kena PMS. Namun aku ini seorang lelaki. Perjalanan hormon aku mungkin lebih agresif daripada hormon seorang perempuan. Ahh! Aku sudah melalut.
Pendek kata semua benda mesti ada yang tidak kena bagi aku. Tengok orang ini rasa nak marah. Tengok orang itu rasa nak penyepak. Sentiasa ada perasaan tak puas hati yang semakin lama semakin menebal dalam jiwa ini. Sensitiviti bertambah. Hati sangat mudah terguris apabila tersentuh oleh sesuatu perangsang atau pemangkin yang dibangkitkan oleh sesetengah individu atau pihak. Kalau diikutkan hati ini mahu saja disepak-sepak dan diterajang-terajang mulut-mulut yang lancang bicaranya itu. Sungguh menyakitkan hati!
Namun, kewarasan masih wujud di dalam diri yang membuatkan aku masih boleh bersabar dan bertoleransi dengan keadaan yang berlaku. Layankan saja. Tapi bila dilayan akan menambah sakit hati pula. Jiwa tertekan, jiwa kacau. Orang lain punya mulut bercakap macam aku ini tak ada harga diri. Macam aku ini hina sangat dan tak ada akal untuk berfikir tentang hujan yang dibahaskan. Aku bukan dungu untuk orang-orang ini mengula-gulakan aku! Aku juga punya maruah dah pegangan dalam hidup!
Apa orang lain yang bersuara lantang itu terlalu muliakah atau terlalu agungkah sampai boleh merendah-rendahkan orang lain hingga di tahap yang memalukan orang itu? Didepan cakap lepas-lepas. Entah-entah di belakang memang tak ada lepas lagi, terus saja cakap dengan tiada langsung perasaan simpati dan empati. Siapakah yang lebh hina disini sebenarnya?
Dalam hatiku hanya ada satu pendaman yang mungkin meletup, atau meletus atau mungkin jua akan terpadam dengan sendirinya. Orang-orang yang bajet bagus itu pun semuanya sebenarnya 2x5 sahaja. Bukanlah bagus mengalahkan tahap seorang Agong. Bukannya lama lagi pun untuk berada di depan mata kepalaku menahan kutukan dan cercaan. Paling lama pun dalam tempoh setahun orang-orang ini akan berambus meninggalkan tanah tempat aku berpijak sekarang.
Mereka ini sudah lupa daratan agaknya. Tak sedarkah mereka berpijak di bumi yang nyata dimana langit dijunjung dan bumi dipijak. Selagi mereka masih menghirup udara segar kurniaan tuhan ini, mereka perlulah sedar bahawa sentiasa ada makhluk yang lebih berkuasa dan besar daripadanya. Maka tak perlulah berbesar diri menunjuk-nunjuk di sana-sini dan merendahkan orang lain kerana mungkin akan merima balasan yang lebih teruk dari orang yang lebih besar…