Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله
Showing posts with label ikhlas. Show all posts
Showing posts with label ikhlas. Show all posts

Thursday, September 1, 2011

Wahhabi di Malaysia

Sejak kebelakangan ini, isu Salafi Wahhabi menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia, khususnya di kalangan ahli ilmu. Dikatakan bahawa, kefahaman Salafi Wahhabi telah tersebar meluas dalam masyarakat IPTA khususnya di Malaysia. Jadi, apakah gerakan ini dan apakah matlamat mereka dalam menyebarkan ajaran mereka di dalam masyarakat.

Kalau di Mesir khususnya, isu Salafi Wahhabi sememangnya tidak pernah padam dibincangkan. Ini kerana, golongan Salafi Wahhabi di sini sememangnya berkembang secara meluas. Jadi, kebanyakkan ulama’-ulama’ muktabar di Al-Azhar berusaha untuk melawan arus deras Wahhabisme di Mesir. Ulama’-ulama’ seperti Dr. Ali Jum’ah (mufti Al-Azhar), Dr. Omar abu Hasyim (bekas rektor Al-Azhar) dan kebanyakkan ulama’-ulama’ hadis, falsafah dan syariah di Al-Azhar menentang fahaman Wahhabi dalam penulisan mahupun dalam pidato mereka.

Mengapa perlu melawan arus Wahhabisme? Siapakah Wahhabisme? Apakah matlamat mereka?

Secara ringkasnya, kumpulan Salafi Wahhabi diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab. Beliau menganggap umat Islam setelah zaman salaf (zaman Rasulullah s.a.w. sehingga 300 Hijrah) telah mengalami kepincangan khususnya dari sudut aqidah dan terlibat dengan amalan bid’ah.

Beliau beranggapan begitu apabila beliau melihat fenomena umat Islam pada ketika itu yang terlalu mengagungkan para wali, sering menziarahi kubur mereka, dan pelbagai lagi perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., yang dilakukan oleh umat Islam setelah zaman salaf.

Golongan utama yang menjadi sasaran Muhammad ibn Abdul Wahab dan para pengikutnya ialah golongan sufi yang giat mengembangkan ilmu akhlak dan adab dalam bermu’amalah kepada Allah dan makhluk. Mereka menuduh golongan sufi menyembah kubur para wali dan meminta pertolongan dari para wali, dan seterusnya membuktikan golongan sufi ialah golongan yang syirik.

Dari sudut aqidah pula, golongan Wahhabi terpengaruh dengan fahaman Shiekh Ibn Taimiyah dan mereka menyerang mazhab-mazhab asas ahlul sunnah wal jamaah sejak berzaman, iaitu mazhab Imam Al-Asy’ari (mazhab aqidah di Malaysia) dan mazhab Imam Al-Maturidiyah.

Bukan itu sahaja, malah mereka turut menyerang mazhab-mazhab fiqh termasuklah mazhab As-Syafi’e dan mereka menganggap hanya merekalah yang benar dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah, sedangkan perbezaan pendapat yang bercanggah dengan mazhab mereka dianggap sesat dan salah, bahkan sampai ke tahap membid’ahkan pendapat mazhab yang kontra dengan mereka.

Pelopor-pelopor mereka pada zaman ini termasuklah Sheikh al-Albani, Sheikh Ibn Baz, Sheikh Al-Uthaimin, dan Sheikh Abu Bakar al-Jaza’iri. Benteng terbesar golongan tersebut ialah di Arab Saudi, dan mereka bernaung di bawah naungan kerabat kerajaan Bani Sa’ud, kerana unsur-unsur sejarah di mana golongan Wahhabilah yang membantu Bani Sa’ud mendapatkan tahkta kerajaan di Tanah Hijjaz (Arab Saudi kini).

Kini, golongan tersebut terus menebarkan sayapnya ke serata alam dengan pelbagai cara termasuklah dengan menggunakan wang, mengedarkan buku-buku percuma tentang fahaman mereka kepada jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia, menanam fahaman Wahhabi kepada para pelajar yang menuntut di Mekkah dan Madinah, khususnya para pelajar yang datang dari negara-negara islam yang lain.

Persoalannya, apakah matlamat sebenar golongan Wahhabi dan benarkah apa yang mereka perjuangkan?

Para ulama’ muktabar telah menyingkap persoalan tersebut secara mendalam, dan kesimpulan yang dapat mereka buat ialah, golongan Wahhabi sebenarnya cuba memecahkan kesatuan umat Islam khususnya dengan menutup pintu perselisihan pendapat dan menuduh golongan yang bercanggah dengan mereka adalah sesat dan bid’ah.

Golongan Wahhabi cuba menegaskan bahawa, perbezaan pendapat tidak dibenarkan dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah, dan hanya ada satu sahaja kefahaman yang benar dan perlu diikut, sedangkan kefahaman yang lain adalah sesat atau bid’ah.

Contohnya, dalam isu doa qunut dalam solat Subuh.Golongan Wahhabi menegah daripada membacanya sedangkan itu merupakan masalah khilafiyah (masalah yang para ulama’ berselisihan pendapat mengenainya), dan Mazhab As-Syafi’e khsusnya, menyatakan bahawa membaca qunut pada Solat Subuh adalah sunat.

Bukan itu sahaja, bahaya yang paling besar yang dibawa oleh Salafi Wahhabi ialah, At-Takfir (mengkafirkan orang lain). Golongan Wahhabi terlalu mudah mengkafirkan orang lain khususnya mereka yang mengikut golongan sufi ataupun golongan yang tidak sependapat dengan mereka. Inilah pintu perpecahan umat Islam yang paling utama. Disamping itu juga, mereka terlalu cepat membid’ahkan orang lain dan menganggap setiap perkara baru dalam agama adalah bid’ah yang sesat, sedangkan kebanyakkan para ulama’ menegaskan bahawa, bid’ah terbahagi kepada bid’ah yang menyesatkan dan bid’ah yang dibenarkan.

Oleh kerana itulah, kebanyakkan ulama’-ulama’ muktabar di serata dunia, menolak fahaman Wahhabi. Ini kerana, golongan Wahhabi membawa kepada perpecahan di dalam umat Islam dan membawa kepada ta’asub dan fanatik terhadap satu pendapat sahaja dan tidak membenarkan perbezaan pendapat. Inilah pintu perpecahan yang perlu ditutup dalam masyarakat Islam.

Persoalan yang lain ialah, adakah fahaman Wahhabi ini merupakan suatu fahaman yang bersesuaian dengan Ahul Sunnah wal Jammah ataupun tidak? Ataupun, persoalannya, adakah Salafi Wahhabi merupakan mazhab dalam Islam, ataupun ianya merupakan sebuah ideologi?

Para ulama’ dan guru-guru kami di Mesir khususnya telah memdedahkan banyak kesalahan para Wahhabi dalam masalah memahami al-Quran dan As-Sunnah khususnya dalam masalah aqidah.

Golongan Wahhabi mempercayai bahawa Allah s.w.t. duduk di atas Arasy dan Allah s.w.t. sedang berada di atas langit. Mereka juga percaya bahwa Allah s.w.t. mempunyai rupa paras dan berjasad. Mereka berpandukan ayat-ayat al-Quran Mutasyabihat (kesamaran maknanya), yang mana ianya tidaklah bermaksud seperti yang mereka sangka.

Ahlul Sunnah wal Jamaah secara mutlak menafikan Allah s.w.t. bertempat dan berjasad. Ini kerana, ianya menyebabkan Allah s.w.t. berhajat kepada tempat sedangkan Allah s.w.t. tidak memerlukan apa-apa pun.

Namun, di Malaysia, segelintir golongan yang terpengaruh dengan kefahaman Wahhabi hanyalah berkaitan dengan masalah fiqh, tidak bersangkutan dengan masalah aqidah. Golongan Salafi Wahhabi di Malaysia nampaknya hanya menyebarkan fahaman Wahhabi dari sudut hukum-hakam semata-mata, seperti berkaitan dengan ibadah dan pergaulan. Mereka membid’ahkan qunut, membid’ahkan tarikat sufi, membid’ahkan majlis sambutan maulid Rasulillah s.a.w. sedangkan perkara-perkara tersebut tidaklah bid’ah yang sesat seperti sangkaan mereka.

Golongan Salafi di Malaysia berkemungkinan tidak sepenuhnya memahami apa itu Wahhabi, mazhab yang mereka pegang secara mendalam. Ini kerana, buku-buku yang mendokong fahaman Wahhabi dalam Bahasa Malaysia kebanyakkannya menyebarkan fahaman Wahhabi dari sudut ibadat, tidak dari sudut Aqidah mereka.

Walaupun hanya masalah ibadah dan fiqh, yang disebarkan oleh golongan Wahhabi di Malaysia, namun bahayanya ialah, pendirian mereka dalam membid’ahkan dan menyesatkan golongan yang tidak sehaluan dengan mereka khususnya golongan sufi dan golongan yang bermazhab As-Syafi’e di Malaysia.

Sebenarnya, golongan salafi tidak sepatutnya menyebarkan fahaman Salafi Wahhabi dalam masyarakat awam di Malaysia, kerana masyarakat awam seharusnya berpegang dengan mazhab mufti dan mazhab negara mereka, di mana kebanyakkan di kalangan para mufti adalah bermazhab syafi’e dan mazhab umat Islam di negara Malaysia secara umumnya ialah mazhab Syafi’e.

Adakah golongan Salafi Wahhabi dianggap sebagain golongan mujaddid (pembaharu) yang membawa arus reformasi dalam masyarakat Islam, khususnya dalam bidang agama mereka?

Jawapannya, tidak. Ini kerana, masyarakat awam Islam di Malaysia hanya perlu mengikut mufti mereka dan mazhab mereka ialah mazhab mufti mereka, seperti yang ditekankan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Maka, fahaman-fahaman yang bertentangan dengan mazhab mufti sesebuah masyarakat seharusnya tidak boleh didedahkan dan diperbincangkan di khalayak awam agar mengelakkan perpecahan dalam masyarakat awam dan mengelakkan kekeliruan dalam umat Islam.

Maka, seruan kepada para pendokong Salafi Wahhabi di Malaysia agar tidak memecahbelahkan masyarakat dengan kefahaman Wahhabi dengan membid’ahkan sesuatu perkara sewenang-wenangnya. Boleh jadi, sesuatu yang kita anggap ia merupakan bid’ah ada dalilnya dalam Islam, Cuma kita sahaja yang tidak mengetahuinya. Bukankah lebih baik agar kita tidak memecahkan perpaduan masyarakat Islam di Malaysia yang seharusnya berpegang dengan mufti mereka selagimana para mufti masih berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Semoga Allah membantu kita dalam mengembalikan kedaulatan Islam dan menegakkan perpaduan dalam umat Islam.

Wallahu a’lam….

Sumber:

Al-Faqir ila Allah:
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin As-Syazuli
Tahun 4
Fakulti Usuluddin (Tafsir)
Universiti Al-Azhar, Zagzig
Mesir

Wednesday, August 17, 2011

Senarai 313 Ahli Badar

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Demi jiwa Muhammad yang berada dalam genggaman tanganNYA, pada hari ini tidak ada seorang pun yang memerangi mereka dengan sabar, mengharap redha ALLAH, dan maju tanpa mundur melainkan ALLAH memasukkannya ke dalam syurga."
Sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam al-Maufiri, berikut adalah senarai Ahli Badar:-

(Kaum Muhajirin)


1. Rasulullah, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim,
2. Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim (Singa Allah),
3. Ali bin Abi Talib bin Abdul Muthallib bin Hasyim,
4. Zaid bin Harithah bin Syurahbill bin Kaab bin Abdul Uzza bin Umrul Qais al-Kalbi,
5. Anasah (bekas hamba Rasulullah s.a.w),
6. Abi Kabsyah (bekas hamba Rasulullah s.a.w),
7. Abi Martsad Kannaz bin Hishn bin Yarbuu’ bin Amr bin Yarbu’ bin Kharsyah bin Saad bin Tharif bin Jillan bin Ghanm bin Ghani bin Ya’shur bin Saad bin Qais bin Ailan,
8. Martsad bin Abu Martsad (Kannaz),
9. Ubaidah bin al-Harits bin al-Muthalib,
10. at- Tufail bin al-Harits,
11. al-Hushain bin al-Harits,
12. Misthat atau Auf bin Utsatsah bin Abbad bin al-Muuthalib,
13. Uthman bin Affan bin Abi al-Ash bin Umaiyyah bin Abdu Syams,
14. Mihsyam atau Abu Hudzaifah bin Utbah bin Rabi’ah bin Abdu Syams,
15. Salim (bekas hamba Abu Hudzaifah),
16. Abdullah bin Jahsy bin Ri’ab bin Ya’mur bin Shabrah bin Murrah bin Kabir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
17. ‘Ukkasyah bin Mihshan bin Hurtsan bin Qais bin Murrah bin Kabir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
18. Syuja’ bin Wahb bin Rabi’ah bin Asad bin Shuhaib bin Malik bin Kabir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
19. ‘Uqbah bin Wahb,
20. Yazid bin Ruqaisy bin Ri’ab bin Ya’mur bin Shabrah bin Murrah bin Kabir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
21. Abi Sinan bin Mihshan bin Hurtsan bin Qais,
22. Sinan bin Abi Sinan,
23. Muhriz bin Nadhlah bin Abdullah bin Murrah bin Kabir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
24. Rabi’ah bin Aktam bin Sakhbarah bin ‘Amr bin Lukaiz, bin Amir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
25. Tsaqfu bin ‘Amr,
26. Malik bin ‘Amr,
27. Mudlij bin ‘Amr,
28. Abi Makhsyi,
29. ‘Utbah bin Ghazwan bin Jabir bin Wahb bin Nusaib bin Malik bin al-Harits bin Mazin bin Manshur bin ‘Ikrimah bin Khashafah bin Qais bin ‘Ailan,
30. Khabbab
31. Az-Zubair bin al-‘Awwam bin Khuwailid bin Asad,
32. Hathib bin Abi Balta’ah,
33. Sa’ad,
34. Mush’ab bin Umair bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Abdu ad-Daar bin Qushai,
35. Shuwaibith bin Sa’ad bin Huraimalah bin Malik bin ‘Umailah bin as-Sabbaq bin Abdul ad-Daar bin Qushai,
36. Abdul Rahman bin ‘Auf bin Abdu ‘Auf bin Abdul Harits bin Zuhrah,
37. Sa’ad bin Abi Waqqash/ Malik bin Uhaib bin Abdul Manaf bin Zuhrah,
38. ‘Umair bin Abi Waqqash,
39. Al-Miqdad bin ‘Amr bin Tha’labah bin Malik bin Rabi’ah bin Tsumamah bin Mathrud bin Amr bin Sa’ad bin Zuhair bin Tsaur bin Tsa’labah bin Malik bin as-Syarid bin Hazl bin Qa’isy bin Dueaim bin al-Qain bin Ahwad bin Bahra’ bin ‘Amr bin al-Haf bin Qudha’ah,
40. Abdullah bin Mas’ud bin al-Harits bin Syamkhu bin Mahkzum bin Shahilah bin Kahil bin al-Harits bin Tamim bin Sa’ad bin Hudzail,
41. Mas’ud bin Rabi’ah bin ‘Amr bin Sa’ad bin Abdul ‘Uzza bin Hamalah bin Ghalib bin Muhallim bin’A’idzah bin Subay’i bin al-Hun bin Khuzaimah,
42. Dzu as-Syamalain bin Abdu ‘Amr bin Nadhlah bin Ghubsyan bin Sulaim bin Malkkan bin Afsha bin Haritsah bin ‘Amr bin Amir,
43. Khabbab bin al-Arat,
44. Abu Bakar as-Siddiq, Atiq bin Uthman bin ‘Amir bin Amr bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim,
45. Bilal bin Rabah,
46. ‘Amir bin Fuhairah,
47. Shuhaib bin Sinan,
48. Thalhah bin ‘Ubaidillah bin Uthman bin ‘Amr bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim,
49. Abdullah bin Abdul Asad bin Hilal bin Abdullah bin Umar bin Makhzum,
50. Syammas bin Uthman bin as-Syarid bin Suwaid bin Harmi bin ‘Amir bin Makhzum,
51. al-Arqam bin Abi al-Arqam / Abdul Manaf bin Asad,
52. ‘Ammar bin Yasir,
53. Mu’attib bin ‘Auf bin ‘Amir bin al-Fadhl bin Afif bin Kulaib bin Hubsyiyah bin Salul bin Ka’ab bin ‘Amr,
54. Umar bin Khattab bin Nufail bin Abdul ‘Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qurthu bin Razah bin ‘Adiy,
55. Zaid bin Khattab,
56. Mihja’,
57. ‘Amr bin Suraqah bin al-Mu’tamir bin Anas bin Adat bin Abdullah bin Qurthu bin Riyah bin Rizah bin ‘Adiy bin Ka’ab,
58. Abdullah bin Suraqah,
59. Waqid bin Abdullah bin Abdul Manaf bin ‘Arin bin Tsa’labah bin Yarbu’ bin Handzalah bin Malik bin Zaid bin Manat bin Tamim,
60. Khauli bin Abi Khauli,
61. Malik bin Abi Khauli,
62. ‘Amir bin Rabi’ah,
63. ‘Amir bin al-Bukair bin Abdul Yalail bin Nasyib bin Ghiyarah,
64. ‘Aqil bin al-Bukair,
65. Khalid bin al-Bukair,
66. Iyas bin al-Bukair,
67. Sa’id bin Zaid bin “amr bin Nufail bin Abdul ‘Uzza bin Abdullah bin Qurthu bin Riyah bin Rizah bin ‘Adiy bin Ka’ab,
68. Uthman bin Madz’un bin Habib bin Wahb bin Hudzafah bin Jumah,
69. as-Sa’ib bin Uthman,
70. Qudamah bin Madz’un,
71. Abdullah bin Madz’un,
72. Ma’mar bin al-Harits bin Ma’mar bin Habib bin Wahb bin Hudzafah bin Jumah,
73. Khunais bin Judzafah bin Qais bin ‘Adiy bin Sa’id bin Sahm,
74. Abi Sabrah bn Abi Ruhm bin Abdul ‘Uzza bin Abi Qais bin Abdul Wudd bin Nashr bin Malik bin Hisl,
75. Abdullah bin Mahkhramah bin Abdul ‘Uzza bin Abi Qais bin Abdu Wudd bin Nashr bin Malik,
76. Abdullah bin Suhail bin ‘Amr bin Abdu Syams bin Abdul Wudd bin Nashr bin Malik bin Hisl,
77. ‘Umair bin ‘Auf,
78. Sa’ad bin Khaulah,
79. Abu ‘Ubaidah/ ‘Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harits,
80. ‘Amr bin al-Harits bin Zuhair bin Abi Syaddad bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harits,
81. Suhail bin Wahb bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harits,
82. Shafwan bin Wahb,
83. ‘Amr bin Abi Sarh bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harits,

(Kaum Ansar)

84. Sa’ad bin Mu’adz bin an-Nu’man bin Umrul Qais bin Zaid bin Abdul Asyhal,
85. ‘Amr bin Mu’adz bin an-Nu’man,
86. al-Harits bin Aus bin Mu’adz bin an-Nu’man,
87. al-Harist bin Anas bin Rafi’ bin Umru’ul Qais,
88. Sa’ad bin Zaid bin Malik bin ‘Ubaid,
89. Salamah bin Salamah bin Waqash bin Zughbah bin Za’ura,
90. Abbad bin Bisyr bin Waqasy bin Zughbah bin Za’ura,
91. Salamah bin Tsabit bin Waqasy,
92. Rafi’ bin Yazid bin Kurs bin Sakan bin Za’ura,
93. al-Harits bin Khazamah bin ‘Adiy bin Ubai bin Ghanm bin Salim bin ‘Auf bin ‘Amr bin ‘Auf bin al-Khazraj,
94. Muhammad bin Maslamah bin Khalid bin ‘Adiy bin Majda’ah bin Haritsah bin al-Harits,
95. Salamah bin Aslam bin Harisy bin ‘Adiy bin Majda’ah bin Haritsah bin al-Harits,
96. Abu al-Haitsam bin at-Taiyahan,
97. Ubaid bin Taiyahan,
98. Abdullah bin Sahl,
99. Qatadah bin Nu’man bin Zaid bin ‘Amir bin Sawad,
100. Ubaid bin Aus bin Malik bin Sawad,
101. Nashr bin al-Harits bin ‘Abd,
102. Mu’attiib bin ‘Abd,
103. Abdullah bin Thariq,
104. Mas’ud bin Sa’ad bin ‘Amir bin ‘Adiy bin Jusyam bin Majda’ah bin Haritsah,
105. Abu ‘Absu bin Jabr bin ‘Amr bin Zaid bin Jusyam bin Majda’ah bin Haritsah,
106. Abu Burdah bin Niyar,
107. ‘Ashim bin Tsabit bin Qais bin Ishmah bin Malik bin Amah bin Dhubai’ah,
108. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail bin Zaid bin al-Aththaf bin Dzubbai’ah,
109. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid bin al-Aththaf bin Dhubai’ah,
110. ‘Amr bin Ma’bad bin al-Az’ar bin Zaid bin al-Athtaf bin Dhubai’ah,
111. Shal bin Hunaif bin Wahb bin al-Ukaim bin Tsa’labah bin Majda’ah bin al-Harits bin ‘Amr,
112. Mubasysyir bin Abdul Mundzir bin Zanbar bin Zaid bin Umaiyyah,
113. Rifa’ah bin Abdul Mundzir bin Zanbar,
114. Sa’ad bin Ubaid bin an-Nu’man bin Qais bin ‘Amr bin Zaid bin Umaiyyah,
115. ‘Uwaim bin Sa’idah,
116. Rafi’ bin ‘Unjadah,
117. ‘Ubaid bin Abu ‘Ubaid,
118. Tsa’labah bin Hathib,
119. Abi Lubabah bin Abdul Mundzir,
120. al-Harits bin Hathib,
121. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah bin Khalid bin al-Harits bin ‘Ubaid,
122. Ma’nu bin ‘Adi bin al-Jaddi bin al-‘Ajlan bin Dhubai’ah,
123. Tsabit bin Aqram bin Tsa’labah bin ‘Adiy bin al-‘Ajlan,
124. Abdullah bin Salamah bin Malik bin al-Harits bin ‘Adiy bin al-‘Ajlan,
125. Zaid bin Ashlam bin Tsa’labah bin ‘Adiy bin al-‘Ajlan,
126. Rab’iy bin Rafi’ bin Zaid bin Haritsah bin al-Jaddi bin al-‘Ajlan,
127. ‘Ashim bin ‘Adiy bin al-Jaddi bin al-‘Ajlan,
128. Abdullah bin Jubair bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin al-Burak,
129. ‘Ashim bin Qais bin Tsabit bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin Tsa’labah,
130. Abu Dhayyah bin Tsabit bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin Tsa’labah,
131. Abu Hannah,
132. Salim bin ‘Umair bin Tsabit bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin Tsa’labah,
133. al-Harits bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin Tsa’labah,
134. Khawwath bin Jubair bin an-Nu’man,
135. Mundzir bin Muhammad bin ‘Uqbah bin Uhaihah bin al-Julah bin al-Harisy bin Jahjaba bin Kulfah,
136. Abu ‘Aqil bin Abdullah bin Tsa’labah bin Baihan bin ‘Amir bin al-Harits bin Malik bin ‘Amir bin Unaif bin Jusyam bin Abdullah bin Taim bin ‘Irasy bin ‘Amr bin ‘Umailah bin Qasmil,
137. Sa’ad bin Khaitsamah bin al-Harits bin Malik bin Ka’ab bin an-Nahhath bin Ka’ab bin Haritsah bin Ghanm,
138. Mindzir bin Qudamah bin ‘Arfajah,
139. Malik bin Qudamah bin ‘Arfajah,
140. al-Harits bin ‘Arfajah,
141. Tamim,
142. Jabr bin ‘Atik bin al-Harits bin qais bin Haisyah bin al-Harits bin Umaiyyah bin Mua’wiyyah,
143. Malik bin Numailah,
144. an-Nu’man bin ‘Ashar,
145. Kharijah bin Zaid bin Abii Zuhair bin Malik bin Umru’ul Qais,
146. Sa’ad bin Rabi’ bin ‘Amr bin Abi Zuhair bin Malik Bin Umru’ul Qais,
147. Abdullah bin Rawahah bin Tsa’labah bin Umru’ul Qais bin ‘Amr bin Umru’ul Qais,
148. Khallad bin Suwaid bin Tsa’labah bin ‘Amr bin Haritsah bin Umru’ul Qais,
149. Basyir bin Sa’ad bin Tsa’labah bin Khilas bin Zaid,
150. Simak bin Sa’ad,
151. Subay’i bin Qais bin ‘Aisyah bin Umaiyyah bin Malik bin ‘Amir bin ‘Adiy,
152. ‘Abbad bin Qais bin ‘Aisyah,
153. Abdullah bin ‘Absu,
154. Yazid bin al-Harits bin Qais bin Malikk bin Ahmar,
155. Khubaib bin Isaf bin ‘Itabah bin ‘Amr bin Khadij bin ‘Amir bin Jusyam,
156. Abdullah bin Zaid bin Tsa’labah bin Abdu Rabbih bin Zaid,
157. Huraits bin Zaid bin Tsa’labah,
158. Sufyan bin Basyir,
159. Tamim bin Ya’ar bin Qais bin ‘Adiy bin Umaiyyah bin Jidarah,
160. Abdullah bin Umair,
161. Zaid bin al-Muzayyin bin Qais bin ‘Adi bin Umaiyyah bin Jidarah,
162. Abdullah bin ‘Urfuthah bin ‘Adiy bin Umaiyyah bin Jidarah,
163. Abdullah bin Rabi’ bin Qais bin ‘Amr bin ‘Abbad bin al-Abjar,
164. Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Malik bin al-Harits bin ’Ubaid,
165. ‘Aus bin Khauli bin Abdullah bin al-Harits bin ‘baid,
166. Zaid bin Wadi’ah bin ‘Amr bin Qais bin Jaz’i,
167. ‘Uqbah bin Wahb bin Kaladah,
168. Rifa’ah bin ‘Amr bin Zaid bin Tsa’labah bin Malik bin Salim bin Ghanm,
169. ‘Amir bin Salamah bin ‘Amir,
170. Abu Humaidhah bin Ma’bad bin ‘Abbad bin Qusyair bin al-Muqaddam bin Salim bin Ghanm,
171. ‘Amir bin Bukair,
172. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah bin Malik bin al-‘Ajlan,
173. ‘Ubadah bin as-Shamit bin Qais bin Ashram,
174. Aus bin as-Samit,
175. an-Nu’man bin Malik bin Tsa’labah bin Da’du,
176. Tsabit bin Hazzal bin ‘Amr bin Qaryusy,
177. Malik bin ad-Dukhsyum bin Mardhakhah,
178. Rabi’ bin Iyas bin Amr bin Ghanm bin Umaiyyah bin Laudzan,
179. Waraqah bin Iyas,
180. ‘Amr bin Iyas,
181. al-Mujadzdzar bin Dziyad bin ‘Amr bin Zumzumah bin ‘Amr bin ‘Umarah bin Malik bin Ghushainah bin ‘Amr bin Butairah bin Masynuwwi bin Qasr bin Taim bin Irasy bin ‘Amir bin Ilhaf bin Qudha’ah,
182. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy bin ‘Amr bin Zumzumah,
183. Nahhab bin Tsa’labah bin Khazamah bin Ashram bin ‘Amr bin ‘Ammarah,
184. Abdullah bin Tsa’labah bin Khazamah bin Ashram,
185. ‘Uthbah bin Rabi’ah binKhalid bin Mu’awiyyah,
186. Abu Dujanah Simak bin Kharasyah,
187. al-Mundzir bin ‘Amr bin Khunais bin Haritsah bin Laudzan bin Abdu Wudd bin Zaid bin Tsa’labah,
188. Abu ‘Usaid bin Malik bin Rabi’ah bin al-Badiyyi,
189. Malik bin Mas’ud,
190. Abdu Rabbih bin Haq bin Aus bin Waqasy bin Tsa’labah,
191. Ka’ab bin Himar bin Tsa’labah,
192. Dhamrah bin ‘Amr,
193. Ziyad bin ‘amr,
194. Basbas bin ‘Amr,
195. Abdullah bin ‘Amir,
196. Khiras bin as-Shimmah bin ‘Amr bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,
197. al-Hubab bin al-Mundzir bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,
198. ‘Umair bin al-Humam bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,
199. Tamim (bekas hamba Khirasy bin as-Shimmah),
200. Abdullah bin ‘Amr bin Haram bin Tsa’labah bin Haram,
201. Muadz bin ‘Amr bin al-Jamuh,
202. Muawwidz bin ‘Amr bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,
203. Khallad bin ‘Amr bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,
204. ‘Utbah bin ‘Amir bin Nabi bin Zaid bin Haram,
205. Habib bin Aswad (Bekas hamba Bani Haram),
206. Tsabit bin Tsa’labah bin Zaid bin al-Harits bin Haram bin Tsa’labah,
207. ‘Umair bin al-Harits bin Tsa’labah bin al-Harits bin Haram,
208. Bisyr bin al-Barra’ bin Ma’rur bin Shakhr bin Malik bin Khansa’,
209. at-Thufail bin Malik bin Khansa’,
210. at-Thufail bin an-Nu’man bin Khansa’,
211. Sinan bin Shaifi bin Sakhr bin Khansa’,
212. Abdullah bin al-Jadd bin Qais bin Shakhr bin Khansa’,
213. ‘Utbah bin Abdullah bin Sakhr bin Khansa’,
214. Jabbar bin Shakhr bin Umaiyyah bin Khansa’,
215. Kharijah bin Humaiyir,
216. Abdullah bin Humaiyir,
217. Yazid bin al-Mundzir bin Sarh bin Khunas,
218. Ma’qil bin al-Mundzir bin Sarh bin Khunas,
219. Abdullah bin an-Nu’man bin Baldamah,
220. ad-Dhahhak bin Haritsah bin Zaid bin Tsa’labah bin ‘Ubaid bin ‘Adiy,
221. Sawad bin Zuraiq bin Tsa’labah bin ‘Ubaid bin ‘Adiy,
222. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram bin Rabi’ah bin ‘Adiy bin Ghhanm bin Ka’ab bin Salimah,
223. Abdullah bin Qais bin Shakhr bin Haram bin Rabi’ah bin ‘Adi bin Ghanm,
224. Abdullah bin Abdul Manaf bin an-Nu’man,
225. Jabir bin Abdullah bin Ri’ab bin an-Nu’man,
226. Khulaidah bin Qais bin an-Nu’man,
227. an-Nu’man bin Sinan (bekas hamba Bani Nu’man),
228. Yazid bin ‘Amir bin Hadidah (Abu al-Mundzir),
229. Sulaim bin ‘Amr bin Hadidah,
230. Quthbah bin ‘Amir bin Hadidah,
231. ‘Antarah (bekkas hamba Sulaim bin ‘Amr),
232. ‘Absu bin ‘Amir bin ‘Adiy,
233. Tsa’labah bin Ghanamah bin ‘Adiy,
234. Abu al-Yasar atau Ka’ab bin ‘Amr bin ‘Abbad bin ‘Amr bin Ghanm bin Sawad,
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qain bin Ka’ab bin Sawad,
236. ‘Amr bin Thalq bin Zaid bin Umaiyyah bin Sinan bin Ka’ab bin Ghanm,
237. Mu’adz bin Jabal bin ‘Amr bin Aus bin ‘A’idz bin ‘Adiy bin Ka’ab bin ‘Adi bin ‘Udaiyyi bin Sa’ad bin ‘Ali bin Asad bin Saridah bin Tazid bin Jusyam bin al-Khazraj bin Haritsah bin Tsa’labah bin ‘Amr bin ‘Amir,
238. Qais bin Mihshan bin Khalid bin Mukhallad,
239. Abi Khalid atau al-Harits bin Qais bin Khalid bin Mukhallad,
240. Jubair bin Iyas bin Khalid bin Mukhallad,
241. Abu ‘Ubadah atau Sa’ad bin Uthman bin Khaladah bin Mukhallad,
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah bin Mukhallad,
243. Dzakwan bin Abdu Qais bin Khaladah bin Mukhallad,
244. Mas’ud bin Khaladah bin ‘Amir bin Mukhallad,
245. ‘Abbad bin Qais bin ‘Amir bin Khalid,
246. As’ad bin Yazid bin al-Fakih bin Zaid bin Khaladah,
247. al-Fakih bin Bisyr bin al-Fakih bin Zaid bin Khaladah,
248. Mu’adz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah,
249. ‘A’idz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah,
250. Mas’ud bin Sa’ad bin Qais bin Khaladah,
251. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-‘Ajlan,
252. Khallad bin Rafi’ bin Malik bin ‘Ajlan,
253. ‘Ubaid bin Zaid bin ‘Amir bin al-‘Ajlan,
254. Ziyad bin Lubaid bin Tsa’labah bin Sinan bin ‘Amir bin ‘Adiy bin Umaiyyah bin Baydhah,
255. Farwah bin ‘Amr bin Wazfah bin ‘Ubaid bin ‘Amir bin Baydhah,
256. Khalid bin Qais bin Malik bin al-‘Ajlan bin ‘Amir bin Baydhah,
257. Rujailah bin Tsa’labah bin Khalid bin Tsa’labah bin ‘Amir bin Bayadhah,
258. ‘Athiyyah bin Nuwairah bin ‘Amir bin ‘Athiyyah bin ‘Amir bin Bayadhah,
259. Khulaifah bin ‘Adiy bin ‘Amr bin Malik bin ‘Amir bin Fuhairah bbin Bayadhah,
260. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Laudzan bin Haritsah bin ‘Adiy bin Zaid bin Tsa’labah bin Zaid Manat bin Habib,
261. Abi Ayyub Khalid bin Zaid bin Kulaib bin Tsa’labah,
262. Tsabit bin Khalid bin an-Nu’man bin Khansa’ bin ‘Usairah,
263. ‘Umarah bin Hazm bin zaid bin Laudzan bin ‘Amr,
264. Suraqah bbiin Ka’ab bin Abdul ‘Uzza bin Ghaziyyah bin ‘Amr,
265. Haritsah bin an-Nu’man bin Zaid bin ‘Ubaid,
266. Sulaim bin Qais bin Qahdu bin Qais bin ‘Ubaid,
267. Suhail bin Rafi’ bin Abi ‘Amr bin ‘A’idz,
268. ‘Adiy bin Abu az-Zaghba’,
269. Mas’ud bin Aus bin Zaid,
270. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid bin Ashram bin Zaid,
271. Rafi’ bin al-Harits bin Sawad bin Zaid,
272. ‘Auf bin al-Harits bin Rifa’ah bin Sawad,
273. Mu’awwidz bin al-Harits bin Rifa’ah bin Sawad,
274. Mu’adz bin al-Harits bin Rifa’ah bin Sawad,
275. an-Nu’man bin ‘Amr bin Rifa’ah bin Sawad,
276. ‘Amir bin Mukhallad bin al-Harits bin Sawad,
277. Abdullah bin Qais bin Khalid bin Khaladah bin al-Harits bin Sawad,
278. ‘Ushaimah,
279. Wadi’ah bin ‘Amr,
280. Tsabit bin ‘Amr bin Zaid bin ‘Adiy bin Sawad,
281. Abu al-Hamra’ (bekas hamba al-Harits),
282. Tsa’labah bin ‘Amr bin Mihshan bin ‘Amr bin ‘Atik,
283. Sahl bin ‘Atik bin ‘Amr bin Nu’man bin ‘Atik,
284. al-Harits bin as-Shimmah bin ‘Amr bin ‘atik,
285. Ubai bin Ka’ab bin Qais,
286. Anas bin Mu’adz bin Anas bin Qais,
287. Aus bin Tsabit bin al-Mundzir bin Haram bin ‘Amr bin Zaid Manat bin ‘Adiy,
288. Abu Syeikh Ubai bin Tsabit bin al-Mundzir bin Haram bin ‘Amr bin Zaid Manat bin ‘Adiy,
289. Abi Thalhah atau Zaid bin Sahl bin al-Aswad bin Haram bin ‘Amr bin Zaid Manat bin ‘Adiy,
290. Haritsah bin Suraqah bin al-Harits bin ‘Adiy bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
291. ‘Amr bin Tsa’labah bin Wahb bin ‘Adiy bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
292. Salith bin Qais bin ‘Amr bin ‘Atik bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
293. Abi Salith atau ‘Usairah bin ‘Amr,
294. ‘Amr Abi Kharijah bin Qais bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
295. Tsabit bin Khansa bin ‘Amr Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
296. Muhriz bin ‘Amir bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
297. Sawad bin Ghaziyyah bin Uhaib,
298. Abi Zaid bin Qais bin Sakan bin Qais bin Za’ura bin Haram,
299. Abi al-‘Awar bin al-Harits bin Dzalim bin Absu bin Haram,
300. Sulaim bin Milhan/ Malik bin Khalid bin Zaid bin Haram,
301. Haram bin Milhan,
302. Qais bin Abi Sha’sha’ah / ‘Amr bin Zaid bin ‘Auf,
303. Abdullah bin Ka’ab bin ‘Amr bin ‘Auf,
304. ‘Ushaimah,
305. Abu Daud ‘Umair bin ‘Amir bin Malik bin Khansa’,
306. Suraqah bin ‘Amr bin Athiyyah bin Khansa’,
307. Qais bin Mukhallad bin Tsa’labah bin Shakhr bin Habib bin al-Harits bin Tsa’labah,
308. an-Nu’man bin Abdu ‘Amr bin Mas’ud,
309. Dhahhak bin Abdu Amr bin Mas’ud,
310. Sulaim bin al-Harits bin Tsa’labah bin Ka’ab bin Haritsah bin Dinar,
311. Jabir bin Khalid bin Abdul Asyhal bin Haritsah,,
312. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal,
313. Ka’ab bin Zaid bin Qais,
314. Bujair bin Abi Bujair,

Kaum Muhajirin terdiri daripada lapan puluh tiga (83) orang.
Kaum Ansar dari kaum Aus seramai enam puluh satu (61) orang.
Kaum Ansar dari kaum Khazraj seramai seratus tujuh puluh (170) orang.

Sunday, June 5, 2011

Seorang Wanita, Sebiji Terung


Di Damsyiq (Damascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.
Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang sheikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Sheikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan. Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk. Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Sheikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Sheikh dan tidak faham apa yang didengarnya.
Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Sheikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Sheikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.
Sheikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Sheikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.

Sheikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?

Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Sheikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Sheikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Sheikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya. Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?

Murid itu terus menjawab, ya!

Sheikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?

Wanita itu menjawab, ya!

Maka Sheikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Sheikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.

Setelah selesai aqad, Sheikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita. Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.
Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan?

Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?

Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.

Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.
Diceritakan oleh Sheikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.

Saturday, June 4, 2011

Jalan Seorang Sufi

Latarbelakang

Cerita tentang pertemuan seorang professor universiti dengan seorang tukang sampan sangat terkenal (kebanyakannya dalam versi Inggeris). Secara ringkasnya, apabila ditanya samada tukang sampan itu pernah ke sekolah dan dijawab tidak, professor (yang ingin memberi seminar di sebuah pulau) itu mengatakan “setengah kehidupan kamu sudah habis”. Namun apabila di tengah laut sampan itu bocor dan tukang sampan bertanya samada professor itu boleh berenang atau tidak dan dijawab tidak, maka dia berkata “Seluruh kehidupan kamu akan habis”. Begitu jugalah analogi di antara seseorang yang sudah biasa dengan ilmu duniawi dan alam syariati (tanpa menceduk ilmu hakikat dan makrifat) akan binasa apabila berhadapan dengan alam ghaib dan alam akhirat. Betapa banyak ustaz dan ustazah yang mengajar ilmu agama, tetapi bila sampai ke bab gangguan jin dan syaitan, mereka tidak dapat menolong orang, malah mereka tidak dapat menolong diri sendiri apabila berlaku kerasukan dan sebagainya. Itu belum lagi dengan pengetahuan dan pengalaman tentang alam malakut, jabarut dan sebagainya, apatah lagi alam ketuhanan. Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat adalah disebabkan kebongkakan golongan yang mengaku ulamak tetapi sebenarnya hanyalah ulamak dunia. Mereka merasa hebat dengan ilmu agama yang ada dan segolong ijazah dari universiti terkemuka tertentu, sedangkan hebatnya ilmu terletak kepada taqwa. Mereka taksub dengan ilmu yang mereka pelajari dari buku dan professor, tidak kepada nasab sebenar ilmu Islam. Tidakkah kita pernah mendengar hadith Rasulullah s.a.w “Semua nasab akan terputus di Hari Akhirat, kecuali nasab ku”. Mereka lupa kepada ehsan sedangkan selepas Islam ada iman dan selepas iman, ehsan pula yang perlu dibangunkan. Nabi Muhammad s.a.w bukan saja perlu diteladani secara lahiriah tetapi juga secara batiniah dan ruhiyah! Bibit-bibit ketaksuban dalam beragama semakin jelas apabila timbul fahaman Wahabi yang begitu rigid, tidak menerima pemikiran dan fatwa orang lain serta secara sistematik ingin menghilangkan sejarah Nabi Muhammad s.a.w agar manusia lalai dengan kemodenan dan melupakan tokoh ikutan ummat dari ingatan ummat!


Perjalanan Sufi Muhaqqiqin

Orang Sufi sangat menekankan pengetahuan alam ghaib dan amalan batiniah dikeranakan Allah s.w.t itu melihat kepada amalan hati. Jika alam semesta yang fizikal ini diwakili oleh sebutir pasir di padang Sahara, maka alam ghaib itu diwakili oleh padang Sahara yang begitu luas. Keadaan orang Sufi itu begini: ruh mereka menembus langit dan mengadap Allah s.w.t ketika solat; ketika berzikir, mereka menghantarkan ruh mereka ke falak-falak yang telah ditetapkan atas perintah Allah s.w.t dan bagi yang diiktiraf, mereka menjalankan tugas di alam ghaib sebagai tentera dan utusan Allah bagi membantu dan mengajar manusia. Dalam banyak tugasan ini “hanya yang khawasul khawas akan mengajar yang khawas”. Dengan bimbingan guru yang mursyid, seseorang Sufi itu akan dapat memperjalani setiap ayat Al-Quran sehingga khatam –ini merupakan Sunnah yang telah dilaksanakn oleh para sahabat termasuk Saidina Umar r.a yang mengambil 4 tahun untuk mengkhatamkan al-Quran secara praktikal. Sebahagian dari ahli Sufi akan dapat kembali ke alam “alasti birobbikum , qolu bala syahidna”, memahami rahsia Alif yang ghaib dalam awal Basmalah dan juga rahsia titik Ba dalam Basmalah seperti yang dihurai oleh Saidina Ali. dan sebagainya. Perjalanan sufi ini adalah ke arah insanul kamil (yang dicapai oleh Rasulullah s.a.w dan para nabi a.s). Melaluinya Allah s.w.t mentajallikan sifat dan asma’Nya sehingga dirinya sendiri mempunyai banyak “nama rahsia”. Pentajalian itu adalah seperti yang disebut dalam al-Quran sebagai “tusarriful ayat”.

Dalam menyampaikan ilmu kepada orang awam dan khawas, kaum Sufi tidak hanya menghafal ilmu dan menyodorkan semula ilmu itu kepada masyarakat, tetapi dapat menyerap roh ilmu dan apabila menyampaikannya mereka dapat menghantar manusia yang belajar dengan mereka ke maqam mereka masing-masing. Berapa banyak tabi’in yang mengajar di masjid-masjid pada zaman kekhalifahan Saidina Ali. diberhentikan dan ditegah mengajar ilmu agama oleh beliau (lihat riwayat ini dalam Qutul Qulub oleh Abu Talib Makki) – hanya beberapa tabi'in sahaja yang dibenarkan meneruskan pengajaran mereka contohnya Imam Hasan Basri rah. Ini adalah diatas kehendak Allah s.w.t seperti dalam ayat 24 surah Al Hajj:

Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan diberi petunjuk pula kepada jalan Allah yang terpuji.

Banyak yang mencari dan mengajarkan ilmu tetapi tidak mendapat faedah dari ilmu itu kerena tidak dapat mengamalkannya- dalam erti lain tidak bersiap-siap menerima rahmat Allah melalui jalan amal salih, seperti yang disebut dalam al-Quran 53:39:

"Bahawasanya manusia itu tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya."

Perjalanan ahli Sufi beracuan/templat dengan perjalanan para anbiya, sebab perjalanan tersebut menuju insanul kamil sedangkan para anbiya merupakan insanul kamil yang wajib dicontohi. Oleh itu, akan ada perjalanan-perjalanan yang bernama Musawi, Isawi, Muhammadi dan sebagainya.

Kaum sufi sentiasa bersama Allah kerana mereka tidak pernah meninggalkan zikir pada setiap detik (dipanggil zikir nafas) – inilah sebenar-benar “zikran kathira”. Kehendak Allah sentiasa mendahului kehendak dan cita-cita makhluk, oleh itu biasanya bukti bahawa seseorang itu akan dapat beristiqomah dan diterima oleh Allah ialah si salik itu mendapat hadiah tongkat atau khirqah samada dari gurunya atau dari para nabi atau wali qutub, samada secara zahir atau batin (melalui mimpi). Kata “istiqomah” itu dihuraikan dalam Al-Quran dalam suku kata seperti “aqimis solah, aqimud din, aqimu wujuhakum” dan sebagainya. Selain daripada sentiasa menyucikan diri dengan pelbagai laku mahmudah, mereka sangat berhati-hati daripada terjerumus kepada perbuatan mazmumah sebab keterjerumusan itu berlaku secara perlahan-lahan dalam bentuk “langkah-langkah syaitan” (khutuwatis syaitan, lihat Al An’am ayat 142). Mereka juga memahami dan mengenali hakikat sebenar penampilan (suwar): contohnya penampilan Al-Quran sebagai pemuda yang tampan, solat Jumaat sebagai seorang pengantin dan sebagainya. Imam Al Ghazali ada menyebutkan dalam Rasail ke-9 :

Seorang hamba tidak akan sampai ke surga , kecuali setelah melewati titian as-shirath. Kita tidak dapat berjalan di atasnya , kecuali seperti kita berjalan diatas jalan maknawi di dunia ini.

Renungkanlah!

Ibnu Arabi rah. dalam sebuah suratnya kepada Imam Fakhruddin al-Razi (dipetik dari Jawahir al Maani):

Ketahuilah saudaraku, hanya dua bentuk ilmu yang akan mengikuti manusia ke akhirat. Pertama, ilmu tentang Allah s.w.t. Kedua, ilmu tentang tempat-tempat (mawatin) di Hari Akhirat agar seseorang itu tidak gagal untuk mengenalpasti tajalliyat di sana sehingga dia tidak berkata “Aku berlindung dengan Allah daripada mu” apabila al-Haqq menunjukkan DiriNya kepada manusia ketika itu.

Hakikat Mengenal Diri

Zikir adalah dengan lisan dan kalbu. Zikir lisan adalah untuk menghasilkan zikir kalbu. Zikir kalbu adalah untuk memperolehi muraqabah. Seterusnya muraqabah membawa kepada musyahadah. Ini adalah disebabkan pada peringkat muraqabah teguhlah keEsaan Allah dalam kalbunya dan dengan itu mudahlah melestarikan ibadah kepadaNya. Pada peringkat musyahadah tersingkaplah melalui pandangan batinnya bahawa cahaya kewujudan Keesaan Allah itu meliputi segala sesuatu dan oleh itu nampaklah sifat-sifat dan nama-nama Allah dalam segala ciptaanNya. Maka dia akan sentiasa menyaksikan cahaya Rububiyyah dan tersingkap kepadanya rahsia-rahsia keMahatunggalan Allah s.w.t itu.

Sabda Rasulullah s.a.w “Aku tinggalkan untuk kalian dua pemberi nasihat, yaitu yang berbicara dan yang diam”. Yang berbicara itu adalah Al-Quran dan yang diam itu adalah kematian. Orang Sufi dapat “menghidupkan” suruhan ini dengan melaksanakan zikir berterusan dalam dua cara iaitu secara lisan atau secara dalaman (dalam hati) dan sekaligus melaksanakan “kematian” dengan berada dalam keadaan fana’ atau fana’ baqa’ billah ketika melaksanakan solat dan lain-lain ibadat.

Imam al Ghazali ada menyebutkan dalam Rasail ke-6 tentang ruh:

Ruh itu ada tiga. Jiwa yang arif, jiwa yang ahli ibadah dan jiwa yang zuhud. Jika ketiga jiwa itu berkumpul, kematian dan kehilangan tidak akan membahayakannya. Sebab ia sempurna naik ke alam kesempurnaan. Ia akan memperoleh apa yang tidak ada di dalam surga berupa maqam-maqam ketinggian dan cahaya-cahaya kesucian di dalam Kehadiran Keabadian.

Inilah yang dimaksudkan oleh orang-orang Sufi sebagai “indarobbihim” – di sisi Rabb mereka. Imam Ghazali seterusnya menghuraikan bahawa:

"…dibelakang kenikmatan surga, terdapat kenikmatan lain yang tidak terinderakan, kecuali dengan musyahadah. Sifat musyahadah tidak dapat diungkapkan kerana kelazatan melampaui batasan pengungkapan dan penafsiran."

Mereka yang sudah mengenal diri akan dapat melakukan apa yang Saidina Ali dapat melalui. Kata beliau:

“Tanyakanlah kepada ku tentang jalan-jalan langit, niscaya aku akan menghuraikannya kepada anda …………….”

Penutup

Ketika para professor dari universiti–universiti terkemuka dunia dan persatuan-persatuan sains dunia membincangkan hasil tulisan para Sufi muhaqqiqin seperti Ibn Arabi, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Sheikh Abu Hasan Shazulli dan Imam Ghazali dan kitab-kitab mereka ditelaah dan dikaji oleh pelbagai zawiyah dan pondok pengajian (untuk mencapai ilmul yaqin), seorang Sufi yang telah mencapai maqamnya dapat menyatakan bahawa "hari ini aku dapat belajar dengan sheikh-sheikh yang disebutkan tadi secara ladunni serta dihuraikan kepada ku kitab-kitab tersebut". Malah tidak mustahil untuk seseorang Sufi belajar sendiri daripada guru semua guru iaitu Allah s.w.t sendiri. Seperti kata seorang arif, jika mimpi berjumpa seseorang nabi a.s itu pasti benar, apatah lagi bermimpi (dan belajar) dengan Allah s.w.t sendiri (untuk mencapai haqqul yaqin). Maka, maqam ehsan yang dicita-citakannya itu akhirnya tercapai.

Wallahutaala'alam bissawab.



link berkaitan: http://shuqfaqat.blogspot.com/2011/06/siapa-ahli-sufi-dan-apa-mereka-buat.html

Friday, June 3, 2011

Siapa Ahli Sufi dan Apa Mereka Buat?

Pendahuluan

Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan para waliyullah sehingga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tariqat yang muktabar di alam Melayu. Ini kerana rata-rata sedikitnya pakar rujuk yang berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini. Daripada pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk untuk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yang berwajib melainkan kepada orang lain yang “menyamar” menjadi pakar rujuk itu. Oleh itu, orang awam yang membaca laporan dan berita negatif tentang orang Sufi mudah percaya dengan laporan tersebut sehingga mereka memandang serong orang Sufi dan orang yang bertariqat. Akhirnya, intipati dan mahkota ajaran Islam yang terpendam dalam ajaran tasawuf atau Sufisme itu terus terpendam, tidak dihargai dan yang parah lagi tidak dapat direalisisakan dalam bentuk amal dan perbuatan masyarakat Melayu yang semakin rapuh dan ternoda dengan pelbagai gejala sosial aliran Barat.

Ahli Sufi dan ciri-cirinya

Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah. Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik (pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai. Bukti-bukti utama antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian para wali qutub. Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t daripada mengenali waliyullah. Ini benar kerana mereka manusia biasa yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi fizikal dan penampilan luar). Jadi, seorang salik yang tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w, para anbiya’ a.s, Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan dalam mimpi.

Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali qutub (contohnya Sheikh Abdul Qadir Jailani, 
Sheikh Ibnu Arabi, Sheikh Abi Madyan dll). Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup (bertaraf waliyullah). Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah, amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu. Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga, guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dengan orang atau membuat kerja-kerja harian. Laku yang paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah. Cara membawa zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting, agar tidak jatuh ke dalam syirik khafi. Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat–ayat mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman (contohnya apabila membaca surah al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan mereka, atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kepada mereka dan sebagainya).

Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi langsung berjumpa dengan mereka (dalam banyak hal secara yakazah, bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang Nur Muhammad dan martabat tujoh. Sebagai pembuktian, mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib). Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam-alam malakut, alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy, Kursy, Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan menghadiahkan nama rahsia, istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai umatnya yang setia.

Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru mereka. Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya. Walaupun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang diperuntukan .

Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi, keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal. Mereka tidak mengeluh sebab mereka tahu itu syirik khafi. Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang bahagia kerana terdorong oleh cinta, kasih dan rindu yang tersangat kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dengan manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka boleh berbicara dengan ruh-ruh (baik manusia yang hidup mahupun yang mati). Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri. Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini, melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain, tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al–Haqq.

Orang Sufi dan orang awam

Orang awam yang dikalangan mereka terdapat orang Sufi sangat beruntung. Mungkin yang membaca doa dan menjadi naqib dalam suatu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat, tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (kemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat, ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah s.w.t (biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yang mursyid – criteria lulus ini agak ketat seperti tiang Arsy mesti bergegar, 4 malaikat utama mesti turun, 6 perkara mesti dibawa dalam doa dan banyak lagi). Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Walaupun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat yang jelas mereka boleh mengubati orang lain–seperti mementang syihir, memindahkan penempatan jin, mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain-lain. Tapi, masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sebab mereka sibuk dengan urusan diri mereka sendiri. Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “ assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah”. Mereka dapat memasukan “cahaya” kepada si-mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.

Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewalian. Itu sebab tariqat mereka kadang-kadang tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tariqat kenabian. Ini kerana mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yang 25 atau kadang-kadang lebih dari satu). Ini adalah perjalanan para nabi a.s seperti yang dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al–Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dengan Nabi Khidr a.s (dan mungkin juga Nabi Iliyas a.s). Selain daripada para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seorang atau keempat-empat sahabat Rasulullah s.a.w yang utama dan (atau) dengan empat malaikat yang utama.

Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t, mereka dikenali di langit dengan nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dengan para makhluk yang jahat, makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. Mereka sentiasa duduk dalam cinta, kasih dan rindu kepada Allah s.w.t dan doa mereka adalah “Wahai Allah, jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”. Kerana ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan, mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa. Bila mereka member salam kepada ahli kubur dengan salam “Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka, sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.

Jika ahli Sufi ini berada dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-orang yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) untuk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t contohnya seperti melihat pena melakar bulatan dengan ditutup dengan titik tengah atau dokumen dimasukkan dalam peti berkunci (boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan sebagainya.

Jalan Menuju Makrifatullah

Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar - takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi, mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menhendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an. Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah, lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah, lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan, Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah, kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi, salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.

Kesimpulan

Menjadi satu paradoks moden bahawa di Barat semakin ramai Islamologis yang mengkaji tentang Sufi dan Kesufian (Sufism) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdapat banyak usaha untuk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam) itu sendiri , sedangkan Islam yang sebarkan ke Nusantara, India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tariqat. Fenomena “kacang lupakan kulit” ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku, agar Islam termaktub dalam lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan, perbankan atau sistem-sistem lain. Pada hari ini, Negara yang mendokong Sufi seperti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan, negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.

Sekian, sedikit sebanyak yang ingin saya sampaikan secara ringkas tentang siapa itu ahli Sufi.
Wallahualam bissawab.

Terima Kasih Ya Allah...

Ya Allah... terima kasih atas dugaanMu padaku hari ini Ya Allah... Aku tahu yang Kau masih sayangkan aku maka kerana itulah Kau turunkan ujianMu untuk menguji imanku yang rapuh ini Ya Allah...


Ya Allah... terima kasih kerana Kau masih mengurniakan aku kewarasan dan akal yang masih mampu berfikir walaupun dugaanMu Maha Hebat Ya Allah... Sesungguhnya tidak semua hambaMu dapat melalui dugaan seperti ini Ya Allah...


Ya Allah... Kau uji aku bukan dengan hanya seorang, dua orang atau tiga orang Ya Allah... Tapi hari ini Kau uji aku dengan semua makhluk yang berada disekelilingku Ya Allah... Sesungguhnya Kau ingin membuka mataku yang buta ini tentang kebesaranMu sebagai seorang Pencipta... Kau lah yang menciptakan semua makhluk dan hambaMu dengan pelbagai macam ragam, sifat dan tingkahlaku....




Ya Allah... terima kasih kerana kau masih meminjamkan aku nafas dan udara  agar aku masih bisa menyebut kalimahMu... Setiap ujian yang Kau turunkan aku cuba dengan sedaya upayaku menyebut Alhamdulillah... Segala malapetaka yang menimpa diriku aku paksa lidahku menitip Innalillah.... Segala musibah yang jatuh ke atasku aku redha dengan Subhanallah... Segala kesalahanku aku iring dengan Astaghfirullah.... Walaupun sakit hati ini terasa...sesungguhnya aku cuba untuk menetapkan imanku hanya untukMu...


Ya Allah.. aku sudah tak ingin bermain hati lagi dengan hamba-hambaMu... Cukuplah Kau sahaja sebagai penjaga dan penawar hati ini... Andai Kau melegakan hati ini, legalah jasadku...andai Kau sakitkan hati ini juga...aku redha kerana hati ini adalah milikMu... Sembuhkan dan ubatilah hati yang sedang nazak ini Ya Allah... Agar ia bisa kembali kepadaMu...


Ya Allah... kau membolak-balikkan hatiku kerana sesungguhnya Kau mahu aku sedar yang hati ini adalah kepunyaanMu... Hati yang sedang berbolak-balik ini bukan milik aku untuk selamanya... Kau sekadar meminjamkan hati ini, jantung ini, jasad dan ruh ini supaya aku bersyukur atas nikmat pinjamanMu Ya Allah... Sesungguhnya Kau berhak untuk membuka atau menutup hati kepunyaanMu ini...


Ya Allah... tunjukkan aku jalan untuk sentiasa bersangka baik denganMu Ya Allah... Janganlah Kau tunjukkan aku jalan ke arah kemurkaan dan kebencianMu Ya Allah... Sesungguhnya Kaulah Raja yang menguasai hati ini...


Ya Allah... tenangkanlah hati pinjamanMu ini agar ia bisa tenteram... agar ia bisa aman tiada perang tiada sengketa... kurniakanlah jiwa ini semangat ahlil jihad yang kental menegakkan kalimah Lailahaillallah... Cabutlah perasaan hasad, dengki, cemburu, dan iri dari hati yang hitam ini Ya Allah... Sesungguhnya Su'ul Zann itu menambahburukkan penyakit hati ini Ya Allah....


Ya Allah... titipkanlah hati pinjamanMu ini dengan kasih sayang, mahabbah, ikhlas, dan taqwa agar hati ini kembali bersih, suci dan kaya dengan Husnul Zann.... Mahmudahkanlah ruh dan jasad hambaMu ini Ya Allah... Janganlah Kau titiskan walau setitik Mazmumah yang bisa merosakkan hati ini kembali....


Ya Allah...janganlah kau duga aku dengan sesuatupun yang aku tidak mampu menghadapinya... esok, lusa dan hari-hari mendatang... tetapkanlah iman dan ketenangan di hati dan jiwaku agar tiada lagi kesakitan di kalbu ini... pasrahku hanya padaMu Ya Rabbul Qulub... Tuhan yang menjaga HATI-HATI...






...sesungguhnya hari esok belum tiba... lusa belum tahu... tulat belum tentu... tubin belum pasti kita hidup lagi.....


TERIMA KASIH YA ALLAH... T_T

Friday, May 27, 2011

Ikhlas ke kita?


Ikhlas ke kita? Satu persoalan umum yang boleh dikatakan hampir semua orang kat dunia ni gagal untuk menjawabnya.

Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)

Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)


Ikhlas. Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan dan kebaikan dunia akhirat Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita -apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah. Apakah anda muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya? Pernahkah anda gembira jika anda dipuji orang-orang tua apabila anda ke masjid?

Na'uzubillah.

Lantas, oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan apa niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap pandai. Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.

Bila anda mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah kerana riya' hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.

Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)

Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia Na'uzubillah. Anda selalu solat di masjid namun lama-kelamaan ia semakin pudar dengan riya' dalam hati. Rugilah anda. Bukanlah mengatakan solat di masjid itu riyak. Cuma kita perlu berhati-hati antara ikhlas, teladan kepada orang lain atau riyak. Tepuk dada tanya hati.

Ya Allah, apakah amalanku yang selama ini kuanggap ikhlas kerana-Mu telah dikaburi riyak. Ya Allah, jauhkanlah aku yang syirik yang nyata dan yang tidak nyata.

Rasulullah s.a.w bersabda, Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn. Mereka bertanya, Apakah itu, wahai Rasulullah Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali. Mereka bertanya, Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka. (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Na'uzubillah.

Betapa bahayanya riya' ke atas diri kita. Halus dan tidak nyata tapi mengubah keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.

Manusia mengadili hanya dengan deria mereka. Namun, amal semua manusia hanya Allah yang mengetahui.

Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.

2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.

3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.

4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.

5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.

6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.

Mungkin, orang yang menangis ketika beribadah di khalayak ramai itu lebih ikhlas daripada orang yang beribadah di dalam bilik seorang diri (yang riya').

Tahukan bahawa segala amalan kita hanya sia-sia jika Allah bertanyakan: "Ikhlaskah kamu dalam beramal?" Satu soalan itu sudah cukup untuk kita dilemparkan ke neraka. Kerana walaupun sifat ikhlas itu wujud, namun sesungguhnya ia amat sukar untuk dijaga lagi dipelihara.

Sunday, November 28, 2010

Rumah Idaman

the-most-futuristic-houseHari ni aku saja belek-belek, selak-selak buku IKEA, buku-buku perhiasan, aksesori rumah dan yang sewaktu dengannya. Tengok boleh tahan juga rekaan perabot-perabot zaman sekarang. Boleh menjatuhkan air liur perempuan-perempuan yang mengidam nak duduk rumah macam istana.

Harga tak payah tanyalah confirm ribu-riban juta-juta melon. Perabot kayu tu mungkin di import khas dari bulan atau Marikh agaknya, sebab tu dia mahal. Tapi memang cantik la sebab ada perunding hiasan dalaman macam Eric Leong yang dipaksa berlakon Casa Impian tu. Dia suruh letak pasu belah sana, cat dinding ni, pasang wallpaper tu, sangkut gambar ni macam rumah tu bapak dia yang punya. Kurang ajar.

ElrodHouse

Kalau aku nak hias rumah, jangan harap aku nak panggil Eric sebab aku lagi pro dari dia walaupun aku tak ada kelulusan pereka hiasan dalaman, tapi aku ada naluri kecantikan secara semulajadi. Jangan ingat lelaki tak reti berhias atau ada perasaan cantik ok. Sebab tu perempuan syok kat lelaki. Tak caya tanya lelaki.

Aku cadang nak buat rumah 3 tingkat setengah. Kalau ade duit lebih buat 5 tingkat terus. Boleh sewa satu dua tingkat kat budak-budak kolej. Swimming pool kat tengah-tengah rumah ditutup dengan cermin kaca di sekeliling. Laman rumah memuatkan padang golf 20 lubang untuk bagi haiwan ternakan sagat rumput-rumput kat situ. Siapa nak main golf terpulang la kalau berani kena tanduk dengan kerbau jantan peliharaan aku. Kalau sempat buat satu tapak helipad untuk tempat lepak-lepak atau BBQ waktu malam. Helikopter perlu ada kebenaran mendarat sebelum memasuki ruang udara helipad ini.

floating-futuristic-home-ideaDalam rumah pulak dapur perlu lagi canggih dari dapur Iron Chef. Dinding perlu warna 2 tone sebab untuk waktu siang warna lain, malam warna lain. Sofa pulak berada di setiap tepi dinding sebab saja nak isi ruang jangan bagi kosong sangat. Setiap bilik akan ada chandelier untuk bagi pencahayaan yang menarik pada setiap ruang tengah. Ruang tamu ada screen projector untuk memenuhi ruang secara maksimum. TV flat screen dah outdate sebab tak bersesuaian dengan konsep rumah futuristic.

Kira-kira secara rambang mau makan RM 50-100 juta jugalah untuk rumah idaman ni.

Tuesday, November 23, 2010

Luahan untuk Abah...

Aku tak tahu samada nota ini akan menjadi panjang atau pendek tapi ini mengenai abahku. Aku tak tahu apa tajuk yang sesuai untuk luahan ini dan biarkanlah nota ini terus begini dengan tajuk yang tidak tetap. Aku mendengar cerita dari Abah mengatakan dia datang ke kotaraya pada tahun 1969 ketika berusia 16 tahun. Aku tak tahu Abah dah ambil MCE (macam PMR atau SPM)atau belum tapi rasanya LCE sudah. Dia menjejakkan kaki di Petaling Jaya dan bekerja di A&W PJ (sekarang dekat dengan Amcorp Mall) sebagai pekerja biasa (tidak diketahui pangkatnya) tapi lama kelamaan Abah naik pangkat sehingga menjadi supervisor dan penolong pengarah setelah kerja beberapa tahun. Kemudian, tak tahu ape kes yang terjadi, Abah berhenti dari A&W dan kerja pula sebagai pemandu teksi. Sesuai sebagai seorang budak kampung yang tiada apa pun kelayakan tapi berbekalkan sedikit pengalaman.

Berdasarkan gambar-gambar yang aku temui, Abah nampak seperti aktif dalam pertubuhan peniaga-peniaga kecil. Abah pernah ada satu lot kedai di Medan Selera PJ Street Newtown (dekat A&W PJ jugak) dan warung di Stadium Bangsar dulu (aku pun tak tau katne). Pada tahun 1985 Abah kahwin dengan Mak. Seorang kenalan dengan panggilan Pak Abu yang menjodohkan mereka hingga ke jinjang pelamin. Mak tua 6 tahun dari Abah dan masa tu Mak kerja sebagai guru di MGS rasanya. Waktu pagi mak ke sekolah dan petang Mak akan tolong Abah di kedai. Masa tu Abah buka kedai jual air. Air panas, sejuk, botol dan sebagainya (arak je takde).

Tahun 1988 aku lahir dan lepas tu kedai dah tutup sebab susah takda orang nak jaga aku. Nenek masa tu dah mula sakit-sakit dan keluar masuk hospital. Abah mula buka syarikat sendiri. Mohon lesen teksi airport dan beroperasi di Subang. Sampai la lebih kurang tahun 2000, konsortium syarikat teksi airport tu dah mula buat perangai sebab nak pindah ke KLIA. Masa tu jugak Atuk belah Abah sakit tenat dan segala kos rawatan abah yang tanggung. Sampailah hari-hari akhir Atuk, kitaorang terpaksa ke JB sebab Atuk dimasukkan ke hospital sana oleh adik Abah. Masa tu semua dah start cakap pasal harta pusaka.

Beberapa minggu lepas tu Atuk meninggal. Segala pengurusan jenazah pun Abah jugak yang tanggung sampaikan terpaksa guna duit yang dah khaskan untuk family aku. Adik beradik Abah yang lain semua lepas tangan. Lepas Atuk dikebumi, Abah melepaskan sedihnya yang tak terhingga depan semua adik beradik. Tapi masa tu semua buat tak ambil kisah. Cerita pasal harta jadi topic perbualan. Adik beradik memang benci kat Abah atas sebab musabab yang langsung tak munasabah dah logic dek akal. Cemburu, dengki dan iri hati yang tak berasas semua dilontarkan pada Abah. Masa pembahagian pusaka, Abah tak amik walau 1 sen pun. Semua pusaka dibahagikan pada adik beradik yang lain. Yang adik perempuan semua bersuka ria sebab ikut adat perpatih perempuan memang dapat lebih. Menjunjung adat yang tak dibawa dek mati. Tinggal sementara kat dunia je pun.

Tahun 2001, kereta teksi Abah terbakar. Mungkin angkara dengki musuh atau pun memang takdir nak terbakar. Abah patah kaki untuk beberapa bulan sebab takda kereta. Abah dapat sewa Kancil selama 3 bulan dari seorang kenalan. Berguna jugaklah untuk bantu Abah buat pengurusan syarikat sebelum dapat kereta Perdana yang baru ditempah. Lepas dapat kereta Perdana, Abah buat kerja tambahan dengan sebuah agensi pelancongan untuk bawak pelancong-pelancong luar Negara yang datang ke Malaysia.  Abah semakin sibuk dengan teksinya sebab nak cari duit lebih untuk family aku.

Tahun 2002 dan 2003, Abah murah rezeki dan selalu dapat kerja untuk projek-projek pembinaan dan hasil tu la yang boleh bawak aku sekeluarga buat umrah kat Mekah. Tahun-tahun inilah tahun di mana famili aku tak balik ke kampung sebab taknak bersua muka dengan adik beradik yang tak pernah puas hati dengan Abah. Kalau balik pun sekadar Abah nak jumpa Wan sebab Abah bertanggungjawab ke atas mak dia sebagai seorang anak sulung. Anak-anak yang lain sekadar menghabiskan beras dan buat musuh dengan family aku. Abah kecik hati dengan adik beradik dia yang tak tahu kenang jasa Abah masa mereka ni semua kecik-kecik dulu. Abah la yang beli rantai emas untuk adik-adik perempuan dia masa kecik. Abah jugak la yang tanggung makan dan minum adik-adik dia masa budak-budak tu sekolah lagi. Tapi sekarang adik-adik Abah sekadar manusia yang tak sedar diri, tak kenang budi dan lupa asal-usul. Dah tu boleh pulak dibuat musuh dan dengki pada Abah yang pernah tanggung makan minum manusia-manusia tu dulu.

Abah hanya diam sebab Abah hormatkan mak dia yang sebenarnya berat sebelah pada adik bongsu Abah. Adik yang paling tak kenang budi dan tak ingat dunia. Semoga tuhan membalasnya dengan sesuatu yang adil. Adik beradik Abah semua berkomplot dan guna ilmu hitam untuk menyakitkan family aku. Apa yang Abah dan Mak termampu hanyalah pergi berubat dan bertahan setiap kali terkena ilmu-ilmu. Abah dan Mak masih dalam golongan yang bersabar sebab kalau aku yang balas, lain jadinya. Begitulah keadaan family aku sehingga hari ni. Sekadar bertahan dari serangan dengki dan khianat adik beradik sendiri yang hhidup bertunjangkan nafsu. Dasar hidup tak guna akal tapi guna hati yang busuk.

Abah mengalirkan lagi airmatanya bila adiknya yang ke-4 meninggal dunia sebab penyakit kronik. Adiknya yang ini hidup sekadar untuk dirinya sendiri sebab dia memang tak ambil port dalam urusan menghentam Abah dengan fitnah, tohmah serta ilmu guna-guna. Sekali lagi adik beradik Abah yang lain tak ambil peduli langsung pasal menguruskan jenazah si mati. Syok dengan dunia nafsu sendiri.

Sekarang aku sudah berumur 20an. Aku dah saksi semua kepayahan dan kesakitan yang Abah rasai. Abah bukan orang terpelajar atau bijaksana. Abah tak pernah masuk university atau kolej. Itu sebabnya adik-adiknya mengata Abah dengan kata-kata kesat: bodoh, bangang dan sebagainya. Tapi Abah tetap terima semua tu sebagai dugaan. Mak pula boleh dikira golongan terpelajar. Mak di antara orang di kampungnya yang berjaya memasuki maktab dan jadi seorang guru. Guru pada masa tu adalah profesion yang mulia dan besar di mata masyarakat. Sudah jodoh Abah untuk kahwin dengan seorang guru. Abah seringkali buat perkara-perkara bodoh yang kadang-kadang menjadi punca aku atau Mak memarahi Abah. Tersilap cakap sikit pun boleh jadi punca pertengkaran. Akhirnya Abah jugalah yang mengalah dan mengakui kesalahannya atas dasar kebodohannya.

Abah yang di zaman mudanya selalu menggunakan nama Frankie terbawa-bawa perangai tak semenggahnya sampai sekarang. Kadangkala Abah sengaja buat-buat ‘speaking’ dengan nada mengejek atau mengata yang semestinya akan membuatkan siapa pun rasa sakit hati bila mendengarnya. Aku dah banyak kali tegur tingkahlaku Abah tapi akhirnya dia buat jugak perangai yang sama. Abah tak pandai berkata-kata something yang manis tapi Abah suka sangat mengkritik benda yang tak disukainya seperti siaran TV dan macam-macam lagi benda yang teruk bagi pandangannya.

Abah sekarang dah takda lesen teksi dan dah berhenti dari memandu teksi. Yang ada hanyalah menguruskan syarikat sikit-sikit dengan projek yang sedikit sebanyak timbul dan tenggelam. Abah dah rajin pergi kelas agama dan dengar ceramah-ceramah dari seorang guru/sheikh. Tapi masalahnya Abah tak pandai mengaji Quran langsung. Hanya sikit je suku kata yang boleh dia sebut dan selebihnya tunggang langgang. Bagi aku, ini disebabkan Atuk dan Wan tak pernah menitikberatkan soal ilmu dan pelajaran masa Abah kecik dulu. Pergi sekolah hanya sekadar memenuhi norma kehidupan orang biasa. Banyak maksud-maksud perkataan yang senang pun Abah masih tak tahu. Baca Al-Fatihah pun kadang-kadang tak betul. Kiblat pun selalu melencong dari arah sebenar walaupun dah berkali-kali cakap dan diperbetulkan. Tapi aku kagum sebab Abah tetap jua ikut hendak beribadat dan belajar ilmu walaupun hanya sekadar menghadirkan diri ke majlis ilmu. Abah akan pergi awal ke Masjid waktu subuh dan balik lambat sikit. Dipenuhi masa tu dengan berzikir sebab benda tu je ibadat tambahan yang senang bagi Abah. Kalau Quran Abah susah atau senang cerita tak boleh baca langsung.

Lagi, sampai ke hari ni Abah masih layan aku macam budak kecik. Aku yang dah 20an ni masih dia manjakan macam aku ni umur 20 bulan. Dah berkali aku tegur pun dia tetap jugak layan aku macam budak kecik. Sesuatu yang susah nak diterima oleh orang macam aku. Perhatian yang dia bagi terlalu ketat sampaikan aku rasa amat tak relevan untuk seorang yang seusia dengan aku yang dah boleh berfikir dan buat keputusan sendiri. Kenapa Abah tak boleh layan aku macam seorang yang mengikut pertambahan usia? Umur aku sepatutnya dah boleh bagi cucu untuk Abah dan Abah boleh manjakan cucu tu macam dia manjakan aku dulu. Itu sesuatu yang sepatutnya logik oleh akal fikiran aku. Tunggu ada rezeki satu hari nanti.

Kadangkala aku ada jugak ikut Abah buat pengurusan syarikat dia. Naik syarikat ni, turun company tu, jumpa orang sana, deal dengan orang sini. Apa yang aku perhatikan, kadangkala orang boleh naik menyampah dengan Abah sekiranya orang tu tak tahan sabar. Perangai Abah yang selalu buat tindak-tanduk yang pelik (atau mungkin jugak bodoh) tu selalunya dilayankan aje oleh sesiapa yang berurusan dengan Abah. Abah kelihatan agak bodoh dalam tugas-tugas begini. Maaf tapi ini betul-betul berlaku.

Pendek kata, Abah memang bukan dari golongan yang terpelajar. Tapi Abah berusaha dengan titik peluh dia sendiri untuk cari sesuap nasi, untuk bagi aku makan untuk hidup sampai sekarang. Perangai Abah memang kadangkala selalu buat aku bengang dan menyampah sebab aku dah tegur banyak kali tapi masih juga dibuatnya. Abah selalu tak panjang akal dalam kehidupan sehariannya. Ada je benda yang salah dibuat oleh Abah. Tapi Mak la yang sentiasa berada di sisi Abah untuk menolongnya. Orang lain boleh kata Abah aku tu bodoh atau dungu. Tapi Abah la orang yang jaga aku dari kecik sampai besar sekarang ni. Orang lain boleh kata Abah lemah dalam itu dan teruk dalam ini. Tapi aku sendiri saksi yang Abah masih tetap ada semangat nak lakukan jugak biarpun buat benda tu salah berkali-kali. Abah memang hidup dengan bersusah payah sepanjang hidupnya. Tapi aku berazam untuk bagi Abah merasa hidup senang kalau ada rezeki lebih nanti. InsyaAllah.

Abah aku memang lemah dan teruk dalam segalanya. Tapi dia tetap Abah aku. Dia jugaklah yang bersusah payah untuk keluarga dia. Dia jugaklah yang tahan maki hamun, cerca, dengki, fitnah, dan iri hati saudara-saudara kandungnya. Dia jugaklah yang pernah tanggung beban untuk adik-adiknya yang tak pernah kenang budi langsung walau sesaat. Abah jugaklah yang habis berpuluh ribuan ringgit untuk Atuk dan Wan yang sakit masuk hospital. Abah jugaklah yang banyak berkorban untuk orang lain biarpun dirinya yang menanggung kesakitan…

Bagi aku yang tak mampu untuk mengawal keadaan yang dah jadi ni, aku hanya mampu mendoakan dan berharap bahawa syurgalah tempat untuk Abah di akhirat nanti. Biar pada mata masyarakat yang Abah adalah seorang yang teruk, bodoh, tiada pangkat atau status duniawi serta layak dipanggil ‘sore loser’ yang melampau, namun tempat yang paling hak baginya adalah di syurga Allah. Tiadalah yang lebih baik bagi Abah setelah dia menjadi mangsa syaitan, iblis, jin dan ifrit bertopengkan manusia serta kaum-kaum yang sifatnya menindas di dunia.

Sedungu manapun Abah, airmata Abah jugalah yang paling berkesan menikam-nikam jasadku lantaran sakitnya tak terperi menanggung dugaan dan cobaan yang Allah turunkan ke atasnya. Tangis sedu-sedan Abahlah yang berupaya merobek-robek hancur luluh hati kering aku ini di atas kesedihan yang Abah rasa. Bagiku biarlah apa pun dugaan yang Allah turunkan dan biarlah apa pun pandangan masyarakat yang tak pernah puas terhadap Abah, semua dugaan ini hanyalah sementara di dunia. Syurga yang indah sekekal-kekalnya jualah yang akan menantimu di akhirat yang kekal abadi...Abah…

-sekadar luahan cuma-
6.35am
23112010

akhirkalam: bagi orang-orang yang terlibat dalam luahan ini, tunggulah balasan Allah..yang baik dibalas baik, yg buruk dibalas buruk. sesungguhnya Allah maha ADIL.
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top