Al-Muqaddimah
Kipas-Susah-Mati~
Tuesday, August 23, 2011
Pembebasan Libya?
Monday, May 30, 2011
Bosan
Saturday, May 28, 2011
Tak tahu nak tulis ape
Wednesday, May 11, 2011
Tak sabar menunggunya...
Sunday, November 28, 2010
Rumah Idaman
Hari ni aku saja belek-belek, selak-selak buku IKEA, buku-buku perhiasan, aksesori rumah dan yang sewaktu dengannya. Tengok boleh tahan juga rekaan perabot-perabot zaman sekarang. Boleh menjatuhkan air liur perempuan-perempuan yang mengidam nak duduk rumah macam istana.
Harga tak payah tanyalah confirm ribu-riban juta-juta melon. Perabot kayu tu mungkin di import khas dari bulan atau Marikh agaknya, sebab tu dia mahal. Tapi memang cantik la sebab ada perunding hiasan dalaman macam Eric Leong yang dipaksa berlakon Casa Impian tu. Dia suruh letak pasu belah sana, cat dinding ni, pasang wallpaper tu, sangkut gambar ni macam rumah tu bapak dia yang punya. Kurang ajar.
Kalau aku nak hias rumah, jangan harap aku nak panggil Eric sebab aku lagi pro dari dia walaupun aku tak ada kelulusan pereka hiasan dalaman, tapi aku ada naluri kecantikan secara semulajadi. Jangan ingat lelaki tak reti berhias atau ada perasaan cantik ok. Sebab tu perempuan syok kat lelaki. Tak caya tanya lelaki.
Aku cadang nak buat rumah 3 tingkat setengah. Kalau ade duit lebih buat 5 tingkat terus. Boleh sewa satu dua tingkat kat budak-budak kolej. Swimming pool kat tengah-tengah rumah ditutup dengan cermin kaca di sekeliling. Laman rumah memuatkan padang golf 20 lubang untuk bagi haiwan ternakan sagat rumput-rumput kat situ. Siapa nak main golf terpulang la kalau berani kena tanduk dengan kerbau jantan peliharaan aku. Kalau sempat buat satu tapak helipad untuk tempat lepak-lepak atau BBQ waktu malam. Helikopter perlu ada kebenaran mendarat sebelum memasuki ruang udara helipad ini.
Dalam rumah pulak dapur perlu lagi canggih dari dapur Iron Chef. Dinding perlu warna 2 tone sebab untuk waktu siang warna lain, malam warna lain. Sofa pulak berada di setiap tepi dinding sebab saja nak isi ruang jangan bagi kosong sangat. Setiap bilik akan ada chandelier untuk bagi pencahayaan yang menarik pada setiap ruang tengah. Ruang tamu ada screen projector untuk memenuhi ruang secara maksimum. TV flat screen dah outdate sebab tak bersesuaian dengan konsep rumah futuristic.
Kira-kira secara rambang mau makan RM 50-100 juta jugalah untuk rumah idaman ni.
Wednesday, July 21, 2010
Tika waktu agak-agak nak subuh…
Sekarang jam kat laptop aku menunjukkan waktu pukul 5.25 pagi. Masuk hari ni dah 2 malam aku tak tido disebabkan kena siapkan report praktikal aku. Kalau aku tido jugak alamatnya memang tak pergi kelas la. Sangat penat dan bosan buat report ni. Nak kena tunggu ada mood dan masa yang sesuai. Selalunya mood ni datang pukul 1 atau 2 pagi waktu semua orang dah tido dan angin pun agak sejuk menikam masuk ke tulang hitam.
Sementara nak tunggu ada idea dan mood yang berkobar-kobar datang menziarah, aku dah layan 3 episod Fringe season kedua. Sambil kunyah mengunyah coklat yang bini aku bagi tadi, aku layan series tu untuk bagi hilang mengantuk. Harap-harap dapat la stay sampai pagi. Aku takut miss kelas pukul 10 nanti. Lepas ni mesti aku tido kat dalam kelas.
Tengah boring ni sempat lagi aku layan blog orang lain. Tiba-tiba terasa pulak nak bukak blog persatuan member aku di http://itym.blogspot.com. Menarik jugak blog dia sebab berwarna-warni macam kupu-kupu. Boleh kata sentiasa ade je update dan program terbaru yang diaorang post. rasa cemburu pulak sebab aku rasa menulisan blog aku lagi menarik dan tersusun. Guna bahasa dari Kamus Dewan lagi. Kat blog depa tu aku tengok ejaan pun ade jugak yang tunggang langgang. Dah taw dah siapa yang tulis kalau bukan Sazali si timbalan presiden siapa lagi. Sorry ek Zali kutuk kau kat blog aku. Blog aku. Aku punya suka la kan. Wakakaka.
Report aku masih ada dalam 40% lagi yang belum siap. Padahal dah nak kena submit minggu ni. Aku harap dalam hari esok atau lusa dapatlah siapkan benda ni baru boleh dihantar kat lecturer aku. Tiba-tiba aku teringat pasal kelas esok. Aku risaukan kelas pukul 2 petang nanti tu. Lecturer tu fussy sangat sampaikan tak boleh nak pakai jeans kat kelas dia. Kalau budak pempuan tu lain la sebab nampak benda yang tak sepatutnya kan. Tapi jeans lelaki cutting lain kot. Tak kan lah aku nak pakai jeans ketat pegi kelas. Tak pasal-pasal esok kelas tu aku kena tukar seluar slack. Malas siot. Aku tak suka formal-formal sangat pegi kelas ni. Lain la kalau pegi function ke majlis ke kan. Barulah boleh melaram. Ini pegi kelas je kot. Bukan aku nak pegi tayang macho kat awek-awek kelas tu. Tak ada yang cun kot. Aku gelak sinis sekali lagi. Wawakaka.
Taip punya taip, jam sekarang dan pukul 5.39 pagi. Laju jugak aku menaip ni ek? Subuh pun dah nak masuk. Report aku baru ada sikit je penambahbaikan. Sakit betul la nak buat benda ni. Tertekan. Stress. Fenin. Fenin. Tolong aku daa…
Wednesday, February 17, 2010
Muzium komik
Aku teringat yang kat rumah aku ada collection komik sejak aku berusia 5 tahun. Dah penuh stor kat umah aku sampaikan aku terpikir nak buat muzium komik. Paling koman pun perpustakaan komik lah.
Pelbagai jenis komik boleh didapati dari yang berkulit tebal hingga yang dah koyak rabak, dari yang putih baru hingga yang kuning kena matahari, dari yang bahasa melayu hingga bahasa cina. Ingatkan boleh kuasai bahasa mandarin kalau aku beli komik tu. Masa tu bodoh alang lagi beli komik cina untuk tengok gambar je. Syabas kepada Tony Wong sebagai pelukis komik hero cina.
Teringin jugak nak jual kot ada peminat setia komik lama-lama yang nak beli ke. Harga boleh runding. Standand barang antik la. Sedangkan syiling lama pun boleh jual ribu-ribu, inikan pulak koleksi komik peribadi aku yang dah makan puluhan tahun lamanya. Paling kurang aku letak harga RM1000 la sebijik komik. Jangan lepaskan, Tak ada lagi di pasaran. Kalau ada pun itu tiruan semata-mata. Belilah barangan buatan tempatan dan yang paling penting original…
Monday, February 1, 2010
Perangai orang hari ini
Sunday, January 31, 2010
Aku yang sensitif…
Sejak akhir-akhir ini emosi aku amat sangat sungguh tak stabil. Kalau aku perempuan dah lama orang kata aku kena ‘period’ atau kena PMS. Namun aku ini seorang lelaki. Perjalanan hormon aku mungkin lebih agresif daripada hormon seorang perempuan. Ahh! Aku sudah melalut.
Pendek kata semua benda mesti ada yang tidak kena bagi aku. Tengok orang ini rasa nak marah. Tengok orang itu rasa nak penyepak. Sentiasa ada perasaan tak puas hati yang semakin lama semakin menebal dalam jiwa ini. Sensitiviti bertambah. Hati sangat mudah terguris apabila tersentuh oleh sesuatu perangsang atau pemangkin yang dibangkitkan oleh sesetengah individu atau pihak. Kalau diikutkan hati ini mahu saja disepak-sepak dan diterajang-terajang mulut-mulut yang lancang bicaranya itu. Sungguh menyakitkan hati!
Namun, kewarasan masih wujud di dalam diri yang membuatkan aku masih boleh bersabar dan bertoleransi dengan keadaan yang berlaku. Layankan saja. Tapi bila dilayan akan menambah sakit hati pula. Jiwa tertekan, jiwa kacau. Orang lain punya mulut bercakap macam aku ini tak ada harga diri. Macam aku ini hina sangat dan tak ada akal untuk berfikir tentang hujan yang dibahaskan. Aku bukan dungu untuk orang-orang ini mengula-gulakan aku! Aku juga punya maruah dah pegangan dalam hidup!
Apa orang lain yang bersuara lantang itu terlalu muliakah atau terlalu agungkah sampai boleh merendah-rendahkan orang lain hingga di tahap yang memalukan orang itu? Didepan cakap lepas-lepas. Entah-entah di belakang memang tak ada lepas lagi, terus saja cakap dengan tiada langsung perasaan simpati dan empati. Siapakah yang lebh hina disini sebenarnya?
Dalam hatiku hanya ada satu pendaman yang mungkin meletup, atau meletus atau mungkin jua akan terpadam dengan sendirinya. Orang-orang yang bajet bagus itu pun semuanya sebenarnya 2x5 sahaja. Bukanlah bagus mengalahkan tahap seorang Agong. Bukannya lama lagi pun untuk berada di depan mata kepalaku menahan kutukan dan cercaan. Paling lama pun dalam tempoh setahun orang-orang ini akan berambus meninggalkan tanah tempat aku berpijak sekarang.
Mereka ini sudah lupa daratan agaknya. Tak sedarkah mereka berpijak di bumi yang nyata dimana langit dijunjung dan bumi dipijak. Selagi mereka masih menghirup udara segar kurniaan tuhan ini, mereka perlulah sedar bahawa sentiasa ada makhluk yang lebih berkuasa dan besar daripadanya. Maka tak perlulah berbesar diri menunjuk-nunjuk di sana-sini dan merendahkan orang lain kerana mungkin akan merima balasan yang lebih teruk dari orang yang lebih besar…
Friday, January 29, 2010
Sang Senior dan Si Junior
Senioriti masih membuat sang senior menganggap dirinya lebih tua, lebih berpengalaman, lebih dari segala aspek duniawi dan rohaniah. Sang junior pulak ada ceritanya yang tersendiri. Sang junior adalah lebih senior dari junior-juniornya. Jadi sang junior ini berada di tengah-tengah. Dia terpaksa akur dengan arahan sang senior walaupun dia adalah senior kepada juniornya.
Sang junior pula ada yang bermacam-macam jenis ragam pan perangai. Ada sang junior yang berlagak macam dah tua sangat sebab dia ada pengalaman yang junior-junior lain tak ada. Walaubagaimanapun, hakikatnya dia masih seorang junior kepada seniornya. Adalah perkara biasa untuk di marah, di maki, di herdik, di caci dan diperlakukan dengan bermacam cara. Tapi ada juga yang bagusnya bila sang junior ini dihargai. Terutama apabila dipuji, diberikan suatu tanda atau anugerah untuk menjaga hatinya.
Ada juga junior yang jenis kaki bodek. Mereka-mereka ini seringkali mendapat habuan yang tak sepatutnya mereka dapat. Sepatutnya habuan itu diberikan pada orang-orang lain yang telah berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Juga terdapat junior yang tak sedar diri dan boleh memaki hamun si senior macam maki budak-budak. Dia belum kena maki balik boleh la dia buat begitu. Cuba sang senior tu bagi sebijik penampar Jawa, pasti si junior tu tak berani lagi berbuat begitu.
Aduhai, alangkah sedihnya bila tidak ada yang mengamalkan konsep yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Tapi janganlah terlalu menghormatkan orang sampai tahap boleh dipijak dan janganlah terlalu menyayangi sampai dia naik lemak dan bagi betis nak peha. Tak pasal-pasal nanti ada yang makan peha!
Saturday, January 23, 2010
L.A.P.A.R.
Lapar. Makan.
Makan. Kenyang.
Kenyang. Mengantuk.
Mengantuk. Tidur.
Tidur. Bangun.
Bangun. Bosan.
Bosan. Otak kosong.
Otak kosong. Merapu.
Merapu. Lapar.
Sunday, January 17, 2010
Pendapat kaum tua
Semalam aku balik ke rumah. Mak suruh balik sebab dah dekat 2 minggu aku tak balik rumah pada hujung minggu. Macam-macam alasan bernas yang aku bagi sebelum ini. Banyak kerja la. Nak kemas bilik la. Ada kelas la. Sebenarnya memang aku sibuk pun dengan kerja-kerja sosial bersama dengan orang-orang budget profesional. Kerja kelab, kerja underground, kerja belakang tabir, kerja memahat dan memaku, mengetuk dan mengecat dan sebagainya. Orang multi-skill la katakan. Bukan aku tak nak balik rumah. Siapa yang selalu bersama aku tahu la macam mane hidup aku sebenarnya.
Bukan aku tak suka balik rumah. Tapi bila balik rumah mesti ade je benda yang aku tak gemar akan berlaku. Yang menjadi kemestian ialah antara aku dan mak aku masing-masing nak menegakkan benang yang basah. Entah benang siapa yang basah, siapa yang kering.
Bagi aku, pendapat kaum tua ni lain sikit. Peningkatan usia membuatkan sistgem pemikiran mereka menjadi terlebih matang dalam memberikan pendapat dan keputusan. Mereka akan sentiasa nak menang walaupun hakikatnya entah betul atau salah. DIaorang ni anggap dah terlalu matang sebab dah banyak sangat makan garam sampai kena darah tinggi. Kesian.
Setiap kali balik ada saje point atau punca untuk berlaku pertikaman lidah. Tapi semuanya dijalankan dengan penuh sifat-sifat keprofesionalan. Perbincangan ilmiah yang berjalan secara terancang dan strategik. Akhirnya mesti ada satu pihak yang mengalah sebab dah tak larat lagi nak bertekak. Selalunya aku la yang mengundur diri sebab malas dah nak bercakap. Cakap pun benda yang sama je berulang kali. Kalau kaum tua tu tak nak terima, memang dia tak akan terima jugak. Tambahan lagi bab-bab agama.
Mereka akan berkata yang mereka dah berjumpa banyak orang, tahu hati budi orang itu orang ini, kenal masyarakat, ada yang hati baik atau hati busuk. Macam-macam lagi la. Pening. Pening. Pendapat kaum muda langsung tak dipedulikan, dianaktirikan, dipinggirkan.
Kaum muda pulak punya pemikiran yang lebih terbuka, meluas. Sebab mereka lebih tededah dengan dunia masakini. Corak kehidupan lebih moden dan terbabit dalam penggunaan teknologi yang terkini. Blackberry, Facebook, blogger, broadband dan sebagainya. Alat-alat seperti telegram, surat bawah pintu, surat posmen 30 sen dah terhapus dari kamus hidup kaum muda.
Konklusinya, kaum muda dan kaum tua masih tak sehaluan dalam beberapa aspek. Pendapat tidak akan sehaluan sebab masing-masing pikir mereka sahaja yang betul Bagi aku yang muda ni, dah pastilah aku akan menyokong konsep orang muda sebab aku masih 21 tahun. Baru layak mengundi la katakan. Ada pendapat orang tua yang boleh diterima. Kalau susah sangat nak terima tu, diamkan saja lah. Itu lagi baik dari bertekak dan bertengkar bertikaman lidah yang kadang-kadang mengeluarkan kata-kata tajam menikam perasaan kaum tua.
Monday, December 14, 2009
Manusia produk
Untuk apa manusia diciptakan sebenarnya? Untuk tuhan atau untuk manusia tu sendiri? Aku rimas dan lemas mendengar kenyataan orang itu adik orang ini. Manusia di sana menjadi mentor manusia di sini. Insan begini mendidik orang begitu. Berkhidmat macam taraf hamba dan memberi layanan memenuhi nafsunya. Nafsu bukan sekadar seks. Boleh jadi nafsu makan. tidur, main ping pong dan sebagainya. Jangan silap tanggapan disini ok?
Bagus sangatkah yang mereka-mereka yang menjadi superior di sana? Semua manusia pun ada kelemahan dan kekurangan. Hanya ego masing-masing yang mempamerkan kelebihan dan kekuatan. Semua nak tunjuk hebat, gah dan ke‘power’an sendiri. Masa ni mereka bertindak di luar sedar mungkin kerana hormon testosteron dah menguasai minda.
Kehebatan terserlah bila orang-orang bawahannya atau boleh dikatakan juga sebagai ‘mentee’ menjalankan tugas dengan rekod yang cemerlang.
“Budak aku bagus! Budak kau tak bagus!”
“Mentee aku mantap! Tak lembab macam kau!”
Ayat-ayat biasa nak menunjukkan siapa lagi bagus dari siapa yang terlibat. Kesian pulak bagi si orang bawah. Kalau dia buat kerja sikit punya bagus, si orang atas atau mentor la yang dapat nama. Tapi kalau orang bawahnya buat silap sikit je pasti akan kena maki, hamun, sumpah, seranah dan silap-silap kena tempeleng Jawa. Kejam ya ampun.
Harap-harap la mereka ni fikir sikit hati dan perasaan orang-orang bawahan ni. Kita juga pernah jadi orang bawah. Bila kita dah jadi orang atas tu sedarlah ada yang lagi atas dari kita. Jangan syok sendiri. Kebajikan orang lain pun kena jaga jugak. Makan, minum, rokok, top-up, dan lain-lain barang keperluan lain lagi seperti Kotex yang amat penting bagi kaum pempuan terutama di saat-saat kecemasan. Ini asyik nak kenyangkan perut sendiri je siapa tak mengamuk kan? Binatang kat sarkas pun marah kan kalau buat kerja je tapi tak bagi makan. Inikan pulak manusia yang punya kepala hotak. Robot pun akan rosak kalau asyik buat kerja tak bagi rehat kan.
Sunday, December 13, 2009
Kau, kau dan kau…
Aku bukan nak mengata orang. Jauh sekali nak mengumpat atau gosip-gosip liar. Bukan juga nak jaga tepi kain orang sebab orang sekarang pakai kain pun tak cukup. Boleh belah dengan paparazzi dan mamarazzi. Aku bukan dapat duit pun kalau aku tulis pasal orang-orang tertentu ni. Sekadar luahan sebab blog ni aku yang punya. Ikut suka suki hati tuan punya blog la katakan.
Sedih bila mengenangkan kawan-kawan sekarang suka memakan balik kawan-kawan. Bak haruan makan anak. Dulu bila saat senang, sama-sama berkumpul. Enjoy ke sana ke sini. Hidup meriah. Gelak ketawa di mana-mana. Sekarang bila susah, erti kawan tu dah hilang. Lenyap ditelan ego sendiri. Lesap macam biskut chipsmore. Semua bagi alasan. Hantar SMS tak balas. Call tak angkat. Masing-masing jadi makhluk asing.
Bila senang semua mengaku kawan. Bila susah semua buat tak nampak. Aku ada hati. Punya perasaan. Facebook sentiasa ada untuk aku korek apa hal ehwal semasa kau, kau dan kau semua. Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau, kau dan kau buat. Aku mungkin rabun tapi aku tak buta dan pekak. Kau sorok macam mana pun aku tetap tahu juga. Terima kasih pada teknologi canggih zaman sekarang.
Aku tahu di belakang aku kau semua mengutuk aku, mengata, mengumpat, memburuk-burukkan macam kau orang semua cantik. Tak guna cantik pun kalau hati busuk, meloyakan, menjijikan macam sampah sarap kat tempat pengumpulan sampah kat Klang. Sentiasa kau orang ada kawan bila tiba masa untuk mengata belakang orang kan. Jangan ingat aku tak ada pengintip, inteligen dan penyamar yang bersifat talam dua muka. Macam umang-umang.
Cukup setakat tu. Aku dah penat memikirkan hal kau, kau dan kau. Aku dah cukup sakit hati. Aku dah puas memendam rasa. Akhir ingin aku nyatakan sedangkan gunung berapi lagikan meletup. Inikan pula hati manusia. Lu pikirlah sendiri…
Sunday, December 6, 2009
the end of Romans
Aku penat nak mengira post nombor Roman dari 1 hingga post yang terkini. Sebelum ini aku mesti letak nombor Roman beserta dengan tajuk post tu.
***
Ini pun baru 40 berapa post. Kalau dah masuk post yang ke-1000 rasanya nak tulis nombor Roman ni sahaja lagi panjang dari tajuk post. Buat menyemak ruang untuk tulis tajuk saja.
***
Nombor 39 sahaja dah guna 8 huruf – XXXVIIII. Kalau seribu? MMXJSNKXSIIII agaknya? Cukup-cukup la tu. Mulai hari ini aku tak akan letak nombor Roman lagi dekat tajuk post. Penat aku nak mengira.
***
Selamat tinggal Roman. Aku dah malas nak tulis kau!
Saturday, December 5, 2009
XXXIV. Memo buat semua student
Perhatian kepada semua student-student iium yang bakal memasuki gombak. Berkuatkuasa pada tahun 2010, iium akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua student. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. BIASISWA
Sekiranya anda tergolong dalam keluarga yang mewah pendapatan melebihi 10,000 sebulan, pihak iium x akan meluluskan biasiswa kerana keluarga anda terlalu mewah. Sekiranya anda tergolongan dalam golongan pertengahan,kehidupan berkesederhanaan dan cukup serba-serbi pihak iium juga tidak akan meluluskan biasiswa kerana anda berada di level yang sepatutnyer. Sekiranya anda berada digolongan bawahan keluarga sangat2 memerlukan bantuan biasiswa ntuk pelajaran pihak iium juga x akan meluluskan, kami menganggap anda berkemungkinan sudah mempunyai bantuan dari pihak lain so pihak iium juga x kan meluluskan.
b. CUTI SEMESTER
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.ini kerana pihak iium ingin menjaga status mereka sebagai international.
c. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kelas juga….
d. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai student yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ’student sembelit’.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan dimasukkan kedalam yuran pengajian dan dibayar pada waktu graduation
Terima kasih kerana masih setia belajar di kampus kami ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih…
Tuesday, December 1, 2009
XXX. poket berhabuk
ni dah nak bukak sem baru ni ada lah beberapa orang yang namanya terpaksa dirahsiakan atas tujuan-tujuan keselamatan kerajaan dah mula bagi arahan dah. dah menunjukkan belangnya. timbul la masalah yang aku agak tak puas hati la.masalahnya ialah semua benda yang dia suruh buat tu memerlukan wang, pitih, dan seumpamanya yang nilainya disahkan oleh Bank Negara Malaysia.
tempat peminjam wang aku pula entah bilalah dia nak masukkan dalam akaun bank yang nilai tinggal 2 digit tu. mungkin seminggu lepas bukak semester. mungkin 2 minggu. memang kena ikat perut la buat sementara waktu ni. haih la badan. sabar jela perut ye. kita sama-sama kesian.
dengan nak beli ini lagi itu lagi. mata memandang semua nampak menarik. hujung minggu ni ada PC Fair kat KLCC. aku nak shopping barang-barang komputer. tapi tengah pokai ni. =’(
