Al-Muqaddimah
Kipas-Susah-Mati~
Friday, June 3, 2011
Terima Kasih Ya Allah...
Ya Allah... terima kasih kerana Kau masih mengurniakan aku kewarasan dan akal yang masih mampu berfikir walaupun dugaanMu Maha Hebat Ya Allah... Sesungguhnya tidak semua hambaMu dapat melalui dugaan seperti ini Ya Allah...
Ya Allah... Kau uji aku bukan dengan hanya seorang, dua orang atau tiga orang Ya Allah... Tapi hari ini Kau uji aku dengan semua makhluk yang berada disekelilingku Ya Allah... Sesungguhnya Kau ingin membuka mataku yang buta ini tentang kebesaranMu sebagai seorang Pencipta... Kau lah yang menciptakan semua makhluk dan hambaMu dengan pelbagai macam ragam, sifat dan tingkahlaku....
Ya Allah... terima kasih kerana kau masih meminjamkan aku nafas dan udara agar aku masih bisa menyebut kalimahMu... Setiap ujian yang Kau turunkan aku cuba dengan sedaya upayaku menyebut Alhamdulillah... Segala malapetaka yang menimpa diriku aku paksa lidahku menitip Innalillah.... Segala musibah yang jatuh ke atasku aku redha dengan Subhanallah... Segala kesalahanku aku iring dengan Astaghfirullah.... Walaupun sakit hati ini terasa...sesungguhnya aku cuba untuk menetapkan imanku hanya untukMu...
Ya Allah.. aku sudah tak ingin bermain hati lagi dengan hamba-hambaMu... Cukuplah Kau sahaja sebagai penjaga dan penawar hati ini... Andai Kau melegakan hati ini, legalah jasadku...andai Kau sakitkan hati ini juga...aku redha kerana hati ini adalah milikMu... Sembuhkan dan ubatilah hati yang sedang nazak ini Ya Allah... Agar ia bisa kembali kepadaMu...
Ya Allah... kau membolak-balikkan hatiku kerana sesungguhnya Kau mahu aku sedar yang hati ini adalah kepunyaanMu... Hati yang sedang berbolak-balik ini bukan milik aku untuk selamanya... Kau sekadar meminjamkan hati ini, jantung ini, jasad dan ruh ini supaya aku bersyukur atas nikmat pinjamanMu Ya Allah... Sesungguhnya Kau berhak untuk membuka atau menutup hati kepunyaanMu ini...
Ya Allah... tunjukkan aku jalan untuk sentiasa bersangka baik denganMu Ya Allah... Janganlah Kau tunjukkan aku jalan ke arah kemurkaan dan kebencianMu Ya Allah... Sesungguhnya Kaulah Raja yang menguasai hati ini...
Ya Allah... tenangkanlah hati pinjamanMu ini agar ia bisa tenteram... agar ia bisa aman tiada perang tiada sengketa... kurniakanlah jiwa ini semangat ahlil jihad yang kental menegakkan kalimah Lailahaillallah... Cabutlah perasaan hasad, dengki, cemburu, dan iri dari hati yang hitam ini Ya Allah... Sesungguhnya Su'ul Zann itu menambahburukkan penyakit hati ini Ya Allah....
Ya Allah... titipkanlah hati pinjamanMu ini dengan kasih sayang, mahabbah, ikhlas, dan taqwa agar hati ini kembali bersih, suci dan kaya dengan Husnul Zann.... Mahmudahkanlah ruh dan jasad hambaMu ini Ya Allah... Janganlah Kau titiskan walau setitik Mazmumah yang bisa merosakkan hati ini kembali....
Ya Allah...janganlah kau duga aku dengan sesuatupun yang aku tidak mampu menghadapinya... esok, lusa dan hari-hari mendatang... tetapkanlah iman dan ketenangan di hati dan jiwaku agar tiada lagi kesakitan di kalbu ini... pasrahku hanya padaMu Ya Rabbul Qulub... Tuhan yang menjaga HATI-HATI...
...sesungguhnya hari esok belum tiba... lusa belum tahu... tulat belum tentu... tubin belum pasti kita hidup lagi.....
TERIMA KASIH YA ALLAH... T_T
Thursday, June 2, 2011
Rintihan padaMu...
Mengapa Kau duga aku dengan dugaan ini Ya Allah? Hatiku ini bermasalah... Hatiku ini seringkali memberontak dan meronta-ronta...
Mengapa cinta padaMu itu hanya di bibirku saja? Mengapa hatiku seakan-akan lupa pada kebesaranMu? Seperti lenyap segala kebahagiaan bersama denganMu Ya Allah... Apakah tariqatku ini tidak Kau redhai maka Kau hukumi aku dengan sebegini rupa?
Aku tidak kisah sakit di jasad Ya Allah....Tapi penyakit hati ini menyeksa batin dan jiwa hinaku. Apakah akan ada lagi hikmah yang ingin Kau tunjukkan pada hambaMu yang dusta lagi nista ini oh Tuhanku? Apakah ini semua sekadar ujian untuk meningkatkan lagi keimananku kepadaMu?
Hatiku ini hilang ubat...hilang penawar...hilang segala keindahan rasanya. Nafasku rasa tersekat-sekat... Sesak dan sakit dalam menghela hari-hari yang berlalu... Pandanganku sentiasa kabur...mencari-cari di mana sinar cahaya yang sebenarnya... semuanya berpunca dari lubuk kalbuku ini Ya Allah...
Iman aku sangat rapuh Ya Allah... sudah hancur dimamah dugaan barangkali... apakah hatiku ini lobak yang lembut apabila dipanaskan atau telur yang mengeras apabila dipanaskan?? Lembutkah hatiku ini dek dugaan yang kau turunkan? Atau bertambah keraskah ia sehingga keras hati ini lupa dan lalai akan hikmah dugaanMu Ya Rabbi?
Aku seakan sudah putus arah dan asa untuk meneruskan jalinan dan hubungan dengan makhlukMu Ya Tuhan.. mereka sentiasa mengecewakan aku dengan pelbagai jawapan dan alasan.. Hati aku seakan sudah tertutup untuk menghadap wajah-wajah kesayuan mereka yang sekadar berpura-pura dan mempermainkan hati kecilku ini... Rajukku sudah terlalu menebal sehingga aku tak tahu apa lagi pujuk mereka untuk memperdayakanku lagi...
Redhakah Kau akan cinta-cinta palsu-malsu mereka?? Cinta mereka pada duniawi ini?? Cinta yang mereka harapkan Kau akan redha atas segala tindak-tanduk mereka? Segala perbuatan mereka yang mengabadikan cinta makhluk mengatasi cinta padaMu Ya Allah?? Apakah Kau akan menghukum mereka dengan hukuman yang setimpal Ya Allah? Sesungguhnya aku jua seorang pemburu keredhaan mu Ya Allah atas segala dosa dan salah silapku sepanjang aku bernafas...
Namun cintaku padaMu juga masih belum utuh Ya Tuhan... masih terlalu muda cinta kita untuk kau menerimaku menjadi kekasihMu... masih terlalu hina diri ini untuk kau redha akan segala perbuatanku di atas bumi yang penuh tipu daya ini... masih tidak layak untuk aku mencintaiMu dengan sepenuh jiwa dan ragaku kerana hati ini... hati ini terlalu kotor untuk menyimpan kekudusan harga sebuah cinta pada Kau yang menciptaku...
Cinta hati ini masih belum agung untuk aku korbankan segalanya kerana aku hanya makhluk yang lemah... Aku hanya mampu berdoa dan berserah akan segala ketentuanMu... Aku mohon kau tenangkan hati ini Ya Allah... tenangkan setenang-tenangnya sehingga tiada apa lagi yang mampu merobek-robek hancur hati luluh ini... Cukuplah cintaku hanya untukMu walaupun aku hanya bertepuk sebelah tangan...
Keindahan dunia ini seakan tiada makna lagi untukku... Makhluk-makhluk lain semuanya berpura-pura menonjolkan dan menyaksikan cinta yang mereka dakwa agung... cukup-cukuplah bercinta sesama makhluk! Aku sudah jelak dengan ketaksuban itu sehinggakan yang Pencipta hanya di pandang sebelah mata! Hati burukku ini sentiasa berprasangka kerana aku sudah tidak percaya pada mereka lagi....
Sudah-sudahlah bermain dengan hati yang sesungguhnya milik Tuhan... Dia sajalah yang punya kuasa membolak-balikkan hati.. Dialah Ya Muqalibal Qulub.... Oh Tuhanku... tetapkanlah hati ini hanya padaMu... thabbit qalbi ‘ala ta’atik doaku, zikirku, wiridku.......
Sesungguhnya aku takut Ya Allah... aku takut dengan dunia ini... penuh pancaroba sehinggakan aku takut untuk berpijak di atasnya..... aku takut menjunjung langitMu Ya Allah..... aku takut dihempapnya akan segala dosa aku sepanjang aku menjunjungnya Ya Rabbi....
Ya Allah...tenangkanlah hati ku... Sesungguhnya hati aku sedang berbolak-balik.... T_T
Wednesday, June 1, 2011
Aku sahajakah?
prologue dari: http://saasatul-ibaad.blogspot.com/2011/05/kau-yang-bernama-hati.html
Tuesday, May 31, 2011
Kau yang bernama hati
Monday, May 30, 2011
Bosan
Wednesday, May 25, 2011
Template Blog Baru
Tuesday, April 5, 2011
30 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita
P/S: post di dibuat oleh seorang perempuan... so bias itu wujud di dalam hasil nukilan beliau ini.... harap jgn terasa wahai kaum Adam~
Tuesday, November 23, 2010
Luahan untuk Abah...
Friday, July 30, 2010
Apa itu mencari keperluan?
Hari ini aku keluar lagi dengan yang tersayang. Hajat memang banyak dihati. Nak beli baju. Nak beli jeans. Nak beli kasut. Semuanya dah menjadi semacam keperluan. Kita amik baju dulu kenapa ia menjadi keperluan? Aku beli baju sebab dalam semester ni, selang 3 hari aku akan pakai baju yang sama sekali lagi. Sampaikan orang lain boleh teka dengan betul baju apa aku akan pakai pada keesokan hari. Bukannya aku tak ada baju langsung. Cuma aku banyak baju t-shirt yang round neck dgn baju berkolar je. Baju shirt yang macam pergi ofis tu ada 4 helai je. Kalau dah kotor tak kan nak pakai balik kan? Tak tau la kalau korang biasa buat camtu…
Seterusnya, kenapa pulak aku kata jeans tu keperluan? Sebabnya orang lain ada banyak jeans tapi aku ada 2 helai je yang aku boleh pakai. Ada yang sehelai lagi tu ehem-ehem. Tak nak bagi tau! Haha~ Aku memang jenis pergi kelas pakai shirt kemeja dgn jeans je. Baru stylo gitu. Smart pun smart. Memang cara beb! Jadi adalah menjadi kewajiban bagi aku untuk ada sekurang-kurangnya sehelai jeans lagi untuk dipakai. Serius beb~
Kasut pun keperluan? Kenyataan itu adalah betul sekiranya kasut yang aku pakai sekarang dah berlubang di tapak. Kelmarin keluar tenangkan jiwa. Tiba-tiba hari pulak hujan! Maka secara automatiklah stokin dan kasut aku basah sebab air dah masuk ke dalam kasut yang berlubang! Arakian, logiklah aku katakan yang aku perlu beli kasut baru.
Aku plan nak beli kat Jusco je. Di samping shopping boleh tambah point J Card. Menang membeli menang memakai bak kata kaki shopping. Ditemani pula dengan ma’am sebagai penasihat dan pengkritik tetap pakaian. Selain shopping boleh pergi dating sekali. Kena pandai guna peluang haa~
Disebabkan dah banyak buang masa untuk makan, maka masa untuk shopping ada dalam 30 minit je. Aku terus pilih dan pilih dan pilih sambil berkira-kira di dalam otak berapa diskaun yang diterima untuk setiap baju. Pilih punya pilih, aku terus bayar untuk 2 helai baju di kaunter. Sehelai ada diskaun 50%. Sebab tu aku angkat 2 helai. Plan asal nak beli sehelai je. Nasib beb, nasib…
Aku angkat shirt jenama Suave. Rasanya macam ada brand sikit kot walaupun tak boleh nak lawan Padini, Durban, John Master. Tapi aku tengok kualiti kain Suave ni boleh tahan jugak la. Tak la teruk sangat macam baju bundle kat pasar malam. Tambahan pulak ada offer diskaun kan. Angkat dan pejam mata sudah bro~
Lepas habis bayar baju, Jusco dah nak tutup sebab dah pukul 10pm. Nak belek-belek jeans pun tak ada yang berkenan sebab harga jeans tu pun tak berkenan kat aku. Terpaksalah aku mengorat jeans jenama lain yang tak demand sangat. Lalu proses pe’ngorat’an atau peng’ayat’an jeans serta kasut tak berjaya disebabkan kesuntukan masa untuk memilih. Maka proses ini ditangguhkan sehingga ada masa lain yang sesuai…
Lepas ni aku nak pergi cari jeans dengan kasut pulak. Destinasi yang dirancang ialah Uptown di Danau Kota… Nantikan…
Monday, July 5, 2010
Masalah menjadi lelaki perempuan atau jantan betina?
Aku bukak surat khabar hari ni hati aku sakit. Rasa nak koyak-koyak surat khabar tu sebab berita-berita yang terpapar semuanya menyakitkan hati dan perasaan. Berita pertama merobek hati, ‘Lagi bayi dijumpai di buang di belakang Masjid, tak pun kat tempat pembuangan sampah, tak pun kat tepi sungai, tak pun kat belakang rumah sedara sendiri. Apasal tak terus ditanam je terus kat dalam lubang kubur? Dah tentu-tentu mak bapak yang buat anak tu tak nak jaga bayi tu kan? Buat je pandai, expert gitu. Tapi tak reti nak jaga. Bila dah terberanak buang la macam buang anak kucing. Mak kucing pun tak buang anak dia. Ops, aku lupa yang kat Malaysia ni mana ada subjek jaga anak atau menguruskan anak diajar kat sekolah. Tapi ade la pulak idea nak ajar subjek Pendidikan Seks di sekolah. Semuanya ni menggalakkan pelajar-pelajar yang baru nak kenal ‘tegang’ dan ‘kemut’ mempraktikkan apa yang dipelajari secara teori. Kenapa tak dibuat je praktikal terus kat sekolah?
Apabila dipikirkan kenapa tak dibuat praktikal sekali di sekolah, aku dikejutkan dengan satu lagi berita yang menjawab persoalan aku. ‘Guru rogol pelajar sendiri’. Hari ini seorang guru berusia 22 tahun merogol pelajar Form 4 dan telah melakukan perbuatan itu sebanyak 2 kali. Hei cikgu, kalau kau dah suka kat budak tu masuk la bernikah, yang kau pergi ‘kekah’ budak 16 tahun tu kenape? Tak pasal-pasal dah rabak budak tu sebelum dia tamat persekolahan. Suatu kejadian yang mencemari institusi perguruan yang sepatutnya dianggap mulia dan agung. Lepas ni tinggal harapan la budak-budak sekolah nak respek dan hormat lagi kat guru terutamanya lelaki. Tak mustahil lepas ni ada pulak kejadian ‘Pelajar rogol guru sendiri’ di atas motif balas dendam atau ‘lepas geram’. Itu memang rujukan ter’baek’ untuk kajian teori beserta praktikal di sekolah.
Aku teruskan baca lagi. Jumpa pulak dengan headline ‘257,000 sijil kelahiran luar nikah dikeluarkan’. Ulang balik? 257 RIBU? Wah! Banyaknye anak harum yang didaftarkan kat Malaysia nie! Itu baru yang didaftar, yang belum atau tak akan di daftar camne pulak? Tak lama lepas ni tak payah daftar la anak tu. Biar tak ad ape pengenalan diri sebab dia tak sah taraf macam kebanyakkan anak kat US dan UK. Itu baru la boleh buat rekod ‘Kelahiran anak luar nikah seramai 257 PULUH, RATUS, RIBU, JUTA tak perlu didaftarkan. Apa la nak jadi orang Malaysia sekarang ni? Nak sedap-sedap je, bila perut dah bulat sanggup pulak gugurkan. Kalau tak gugurkan, nanti bila dah cukup bulan boleh la buang macam buang sampah ye? Pandai korang. Siapa la mak bapak dia ek? Memang tak reti ajar anak pasal ‘anak’ ke? Dasar manusia sampah.
Aku kesian sebenarnya kat bayi-bayi yang dibuang tu. Comel-womel semuanya. Tapi kenapa sanggup dibuang? Baik bagi je kat orang yang kahwin tapi takde anak. Diaorang tu lagi bersusah-payah nak dapatkan anak sampai macam-macam produk la dicubanya. Dari Viagra sampailah ke Kopi Jantan dicuba dan dipakai tapi rezeki tu tuhan yang bagi kan. Pelik tengok dunia nie. Yang nak anak tak dapat anak. Yang nak ‘bersedapan’ dengan ‘penyedap’ pulak subur sentiasa sampaikan senang gile nak dapat anak.
Selak punye selak, jumpa lagi berita yang buat aku panas. Nasib baik tengah minum air sejuk masa ni. Tapi berapi jugak aku bila baca ‘Remaja perempuan lari ikut kekasih’. Apa la punye bongok budak-budak zaman sekarang ni. Tak ada langsung sebab yang kukuh untuk kau lari dari rumah. Alasan ikut kekasih tu hanya ‘bullshit’ la. Apa kekasih kau tu akan jaga dan sara kau ke sampai kau mampos? Ada dia bagi makan minum dan penempatan yang lagi selesa dan ikhlas selain dari mak bapak kau? Silap-silap kau yang jadi ‘lauk’ makanan diaorang yang langsung tak bertanggungjawab ni. Dah la menyusahkan mak bapak dia nak kena buat report polis, pastu kena siarkan kat dalam akhbar pulak tentang kehilangan, polis pulak kena buat carian dan siasatan. Bila dah jumpa sah-sah la si ‘pembawa’ tu akan kena hukuman dan si ‘pelari’ pulak tak pasal-pasal kena menghadap mak bapak yang risau keselamatan anak dia. Kot-kot kena jual kat Siam ke, jadi pelacur untuk mak dan bapak ayam ke, jadi mangsa jual organ ke, di bawak ke Lombok ke, paling koman pun kena ‘kekah’ dek mat-mat rempit yang suka pada
hidangan yang muda dan ‘fresh’ gitu. Sedap hingga terjilat kaki sendiri. Busuk hatinya seperti kakinya. Umur baru belas-belas. Bak kata seseorang, “Bulu pun baru nak tumbuh”, dah pandai nak ikut balak la, pakwe la ke sana ke mari. Tonggek bontot naik motor pastu kalau mati tergolek, orang nak pandang pun dah jijik tau. Tu kalau tergolek ok lagi, kalau jadik tembikai camne? Mak bapak juga yang tak kering airmata menangis. Senang cerita duduk ke kat rumah tu. Selagi mak bapak kau hidup, jangan menggatal nak lari ikut jantan yang datang dari planet mane ntah. Kalau lari ikut suami itu cerita lain. Keluar topik.
Bukak pulak mukasurat sebelah, aku dengan heran tak heran baca ‘Pelajar sekolah mati dipukul’ dan ‘Remaja perempuan bergaduh di sekolah’. Oii budak sekolah yang SPM belum tentu pass ke fail, kau datang sekolah untuk belajar ke atau nak cari gaduh??? Kalau datang sekolah untuk belasah orang lain, baik kau berhenti sekolah pastu masuk la kelab boxing ke tomoi ke judo ke silat pulut ke. Seluar masih hijau, kain masih biru dah pandai nak tunjuk lagak belasah orang. Kenapa tak belasah orang yang lagi tua dari kau? Berani sangat ke? Pihak sekolah patut buat hukuman bagi satu sekolah pulak belasah budak yang membelasah tu. Biar dia rasa camne sakitnya dibelasah. Kalau aku ada masa tu, confirm aku capai kerusi kayu dengan
batang paip kat belakang jamban sekolah tu. Aku anti betul dengan budak sekolah yang suka pukul orang ni. Agaknya belum rasa lagi penyepak dan penerajang orang yang lagi tua dari dia. Kalau la aku jumpa budak-budak camni, tak kira la lelaki ke perempuan, ade jugak yang merasa makan kasut Bata aku ni. Keras tapaknya boleh buat semua gigi patah rasanya. Boleh tahan.
Akhirkalam: Masyarakat Malaysia sekarang aku tengok semakin rosak, semakin ganas dan kejam. Tak ada langsung perikemanusiaan apatah lagi kehaiwanan. Dah tahap lagi teruk dari binatang dah. Sedih dan pedih memikirkan masalah ni. Yang si lelaki dah tak lagi bertanggungjawab menjaga dan memelihara kaum perempuan sebaliknya memecahkan amanah yang terpikul tu. Yang si perempuan pulak dah jadi tak sedar diri sampai sanggup buat perkara yang terkutuk dan memalukan keluarga. Dah takde lagi ciri-ciri kesopanan dan kelembutan. Yang ada sekarang hanya keganasan dan kebrutalan melampau. Rasanya panggilan jantan betina dah tak sesuai lagi dah. Lagi kejam dari Alien dan Predator…
Monday, June 21, 2010
Menyepi . . .
Dah dekat 2 bulan aku tak update blog aku ini. Sepanjang 2 bulan ni aku kena buat praktikal di Kementerian Belia dan Sukan kat Putrajaya. Kehidupan sebagai seorang pelatih latihan industri banyak ajar aku erti kehidupan. Tiap-tiap pagi kena tunggu bas yang lembab mengalahkan siput babi. Masa balik pun sama jugak. Tak kesah la di mana-mana terminal bas pun sama je. Macam mana nak tingkatkan produktiviti negara? Hampeh macam hampas kelapa.
Kini aku cuba untuk kembali menghidupkan balik blog yang dah agak lama terbiar ni. Walaupun tak ada post entri yang baru, aku tengok tetap ada jugak pengunjung yang datang baca entri yang dah lama aku tulis. Masih menarik. Masih mampu menarik pengunjung. Dari seluruh dunia pulak tu. Hahaha.
Di ofis aku bukan tan nak post entri baru. Internet ada je 24 jam. High Speed LAN pulak tu. Tapi kesibukan kerja + aku yang buat-buat sibuk menyebabkan aku tak ada masa untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci kat ofis tu. Aku hanya sempat bukak Facebook je sebab tak perlu fokus sangat depan komputer. Nak post entri memerlukan perhatian dan fokus yang mencukupi. Lagipun keyboard kat ofis tu keras sangat. Sakit tangan nak menaip. LOL!
Banyak sangat benda baru yang aku belajar bila bekerja dengan kerajaan ni. Yang baik ada. yang buruk pun tentulah ada. Yang boleh diikut sebagai teladan pun ada jugak. Tapi yang tak sepatutnya diikut lagi banyak. Kalau aku nak cerita kat dalam entri ni sampai bila pun tak habis. Biarlah aku simpan sebagai kenangan yang manis bercampur pahit. Yuck!
Lepas praktikal ni mungkin akan ada orang yang sedar perubahan dalam diri aku. Mungkin tingkah dah berbeza. Kata-kata dah lain. Minat dah berubah. pandangan mungkin tajam. Bercakap pun hati-hati. Semuanya adalah perubahan untuk jadi yang terbaik. Bukan jadi makin teruk. Hidup ni kena pandai-pandai sendiri. Kalau tak reti hidup nanti kena tindas dengan orang lain yang sentiasa dengaki untuk msukkan pasir dalam periuk nasik orang.
Bak kata Nabil. “LU PIKIRLAH SENDIRI!”
Tuesday, February 16, 2010
Misi diteruskan…
Hari ini aku menanam niat untuk meneruskan misi aku supaya ia menjadi kenyataan. Azam terus membakar segala apa yang menjadi penghalang di persekitaran. Tolong beri laluan dan sokongan!
Niat aku yang paling utama ialah: Aku nak kereta!!! Aku cemburu buta dan cemburu bisu bila mengenangkan kawan-kawan aku punya kereta sebagai kemudahan seharian mereka. Aku bila lagi? Lantaklah apa orang nak kata. Aku memang degil dan keras kepala. Kalau aku kata aku nak, aku akan dapatkannya jugak!
Misi yang pertama ialah mengendeng mak aku. Kena slow-talk dulu baru perbincangan berjalan lancar. Manja-manja dulu kasi aura naik. Agak-agak suhu dah sesuai tu, lancarkan serangan!
Soalan bermula dengan memancing perasaan. Bila agaknya boleh dapat kereta agaknya eh? Tak payah kereta mahal-mahal atau kereta baru. Asal boleh gerak dan tak ada masalah melampau aku dah puas hati dah. Kereta second-hand pun tak apalah. Sebabnya aku dah banyak tengok kawan-kawan aku beli kereta terpakai. Elok je. Murah la cikit dari kereta baru. Huh, pengaruh kawan yang cukup besar di sini!
Apa prosedur yang diperlukan untuk aku memiliki sebuah kereta? Berapa yang perlu aku peruntukkan untuk belanja kereta? Ansuran kereta, insuran, minyak, tol, servis dan apa-apa lagi yang berkaitan dengan orang yang punya kereta. Soalan itu semua masih tergantung lagi sebab aku belum ketemu masa yang sesuai untuk berbincang dengan mak aku…
Nantikan sambungan…
Monday, February 15, 2010
Berita sedih melanda jiwaku
Hari ketiga aku di rumah, aku dikhabarkan dengan berita yang menggugat emosi aku. Berita yang mendatangkan kebengangan dan melahirkan kebengongan. Melemahkan setiap urat-urat dan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri. Adoyaiii…
Kakak sedara aku bertunang hari ini! Diam-diam ubi tahu-tahu je dapat berita menggemparkan ni. Itu pun aku bukan tahu dari dia sendiri, tapi dari orang lain. Buat kecik-kecik dengarnya. Kecik sampai tak ada orang luar ke?
Langsung tak sangka perjalanannya akan sampai ke destinasi itu secepat ini. Sedangkan masa aku masih belajar kat matrik dulu dia baru graduasi dari Gombak. Lepas tu dalam setahun dia bertukar-tukar kerja, belum dapat kerja tetap. Sekarang barulah dapat kerja tetap yang jawatan dan gajinya bolehlah tahan dan menjadi idaman aku serta idaman semua orang yang baru lepas graduasi. Not bad for a freshie. Rezeki dia.
Selalunya aku akan rujuk dia untuk apa-apa pertanyaan tentang study sebab dia sama major dengan aku. Aku berterima kasih gila kat dia sebab dia lah yang tukang bekalkan nota-nota dan buku teks yang aku masih gunakan sampai sekarang. Beza pengajian kitaorang dalam 3 hinggan 4 tahun je.
Dari penampilan sekali tengok tak adalah hebat sangat. Dia kata pointer dia pun biasa-biasa je untuk budak yang major Sains Politik. Bukan seorang yang menonjol serta dikenali ramai. Juga tidak aktif dalam mana-mana kelab ataupun persatuan. Boleh dikatakan sebagai seorang pelajar skema yang tarafnya biasa-biasa je.
Rasanya baru 2 bulan lepas aku bersembang dengan dia dan bertanyakan tentang jodoh, Katanya belum ada calon lah, tak ada yang berkenan di hati lah, ini la, itu lah. Tapi sekarang, aku dikejutkan dengan berita dia telah bertunang hari ini!
Bukan aku tak suka dia bertunang, tapi aku tak sangka secepat ini. Kenapa aku pulak yang tiba-tiba naik syeikh dan duduk tak tentu arah ni? Sebab aku yang plan bagai nak rak nak kahwin tapi orang lain dulu yang jalan. Aku marah! Ya! Aku memang cemburu! Kadang-kadang rasa sakit hati bila tengok orang lain yang mendahului kita. Parah! Parah!
Kenapa dia yang potong aku? Bila difikirkan balik tak guna pun aku merungut-rungut. Dia siapa, aku siapa. Dia perempuan, aku lelaki. Aku perlu cari, dia perlu tunggu. Aku perlu sediakan wang, dia mungkin dah ada wang. Aku masih belajar, dia dah kerja. Aku telalu banyak beban, dia kurang beban. Hmmm…untungnya jadi perempuan, tunggu saja. Tak perlu risau-risau pasal jodoh. Serius aku rasa dunia ini memang tak adil. Aku tensi!
Aku nak kahwin jugak!!!
Tuesday, February 9, 2010
Membakar dan terbakar
Friday, February 5, 2010
Aku yang suka merungut
Masalahnya bila dia tak ada bersama aku, dia akan merungut kata aku suka mungkir janji la, suka buat dia sakit hati lah. Macam-macam lah. Maafkan aku. Aku memang manusia yang tak sempurna. Aku sentiasa bergantung pada orang lain untuk melakukan sesuatu. Namun aku sentiasa dan masih mengalami kekangan dalah hidup. Kekangan untuk bergerak. Kekangan untuk bersuara. Kekangan untuk membuat keputusan. AKu sentiasa terikat dengan orang lain.
Ambil contoh la, aku TAK ADA kenderaan. Kenderaan aku hanya KAKI. Yang lain semuanya bukan milik aku. Itu milik orang lain. Zaman sekarang semua orang memerlukan pengangkutan untuk bergerak. Jauh mana sangatlah kita boleh bergerak dengan KAKI sahaja? Fuiyoo jauhnya…
Dan aku memang marah dan menyampah dengan orang yang berkereta. Mereka mudah pergi ke mana saja mereka suka. Kebanyakkan mereka yang ada kereta (yang aku nampak kat dalam kampus la) cuma guna kereta untuk pergi kelas, keluar makan, berfoya-foya dan kerja-kerja yang remeh. Aku lain. Aku banyak menggunakan kereta untuk kerja-kerja kelab, kerja-kerja persatuan, urusan seri paduka baginda dan yang penting-penting saja. Yang lain-lain itu semua sampingan. Kerja penting dah settle, kerja lain dibolehkan. Sendiri mau pikir la.
Aku cemburu. Aku cemburu. Aku cemburu!!! Orang lain dapat semua kemewahan itu semua sebab mak bapak diaorang kerja gaji masuk sebulan 5 angka. Boleh lah rasa kemewahan yang melampau. Aku sedar diri aku. Aku tahu siapa aku. Yang aku boleh buat hanya merungut, merungut dan merungut… Sampailah aku puas atau letih.
Apakan daya. Aku tak mampu untuk memiliki semua itu. Aku hanya manusia yang hidup sederhana sebab kewangan aku sederhana. Bawah sederhana pun mungkin juga. Tapi tuhan suruh kita bersabar. Tak apalah. Akan ada satu masa aku mengecapi itu semua. Bila agaknya? Sabarlah…
Sama ada dapat atau tak aku rasa semua itu, itu kerja tuhan dia yang tentukan. Hidup biar bertuhan, mati biar berhantu…






