Al-Muqaddimah
Kipas-Susah-Mati~
Tuesday, August 23, 2011
Pembebasan Libya?
Thursday, November 25, 2010
Interface Baru! Yeargh!
Wednesday, July 7, 2010
Siapakah orangnya?
Siapakah orang yang MANIS senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk – numpukkan harta.
Siapakah orang yang RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang SEMPIT lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa neraka.
Siapakah orang yang KEDEKUT?
Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan pesanan ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain.
Monday, July 5, 2010
Masalah menjadi lelaki perempuan atau jantan betina?
Aku bukak surat khabar hari ni hati aku sakit. Rasa nak koyak-koyak surat khabar tu sebab berita-berita yang terpapar semuanya menyakitkan hati dan perasaan. Berita pertama merobek hati, ‘Lagi bayi dijumpai di buang di belakang Masjid, tak pun kat tempat pembuangan sampah, tak pun kat tepi sungai, tak pun kat belakang rumah sedara sendiri. Apasal tak terus ditanam je terus kat dalam lubang kubur? Dah tentu-tentu mak bapak yang buat anak tu tak nak jaga bayi tu kan? Buat je pandai, expert gitu. Tapi tak reti nak jaga. Bila dah terberanak buang la macam buang anak kucing. Mak kucing pun tak buang anak dia. Ops, aku lupa yang kat Malaysia ni mana ada subjek jaga anak atau menguruskan anak diajar kat sekolah. Tapi ade la pulak idea nak ajar subjek Pendidikan Seks di sekolah. Semuanya ni menggalakkan pelajar-pelajar yang baru nak kenal ‘tegang’ dan ‘kemut’ mempraktikkan apa yang dipelajari secara teori. Kenapa tak dibuat je praktikal terus kat sekolah?
Apabila dipikirkan kenapa tak dibuat praktikal sekali di sekolah, aku dikejutkan dengan satu lagi berita yang menjawab persoalan aku. ‘Guru rogol pelajar sendiri’. Hari ini seorang guru berusia 22 tahun merogol pelajar Form 4 dan telah melakukan perbuatan itu sebanyak 2 kali. Hei cikgu, kalau kau dah suka kat budak tu masuk la bernikah, yang kau pergi ‘kekah’ budak 16 tahun tu kenape? Tak pasal-pasal dah rabak budak tu sebelum dia tamat persekolahan. Suatu kejadian yang mencemari institusi perguruan yang sepatutnya dianggap mulia dan agung. Lepas ni tinggal harapan la budak-budak sekolah nak respek dan hormat lagi kat guru terutamanya lelaki. Tak mustahil lepas ni ada pulak kejadian ‘Pelajar rogol guru sendiri’ di atas motif balas dendam atau ‘lepas geram’. Itu memang rujukan ter’baek’ untuk kajian teori beserta praktikal di sekolah.
Aku teruskan baca lagi. Jumpa pulak dengan headline ‘257,000 sijil kelahiran luar nikah dikeluarkan’. Ulang balik? 257 RIBU? Wah! Banyaknye anak harum yang didaftarkan kat Malaysia nie! Itu baru yang didaftar, yang belum atau tak akan di daftar camne pulak? Tak lama lepas ni tak payah daftar la anak tu. Biar tak ad ape pengenalan diri sebab dia tak sah taraf macam kebanyakkan anak kat US dan UK. Itu baru la boleh buat rekod ‘Kelahiran anak luar nikah seramai 257 PULUH, RATUS, RIBU, JUTA tak perlu didaftarkan. Apa la nak jadi orang Malaysia sekarang ni? Nak sedap-sedap je, bila perut dah bulat sanggup pulak gugurkan. Kalau tak gugurkan, nanti bila dah cukup bulan boleh la buang macam buang sampah ye? Pandai korang. Siapa la mak bapak dia ek? Memang tak reti ajar anak pasal ‘anak’ ke? Dasar manusia sampah.
Aku kesian sebenarnya kat bayi-bayi yang dibuang tu. Comel-womel semuanya. Tapi kenapa sanggup dibuang? Baik bagi je kat orang yang kahwin tapi takde anak. Diaorang tu lagi bersusah-payah nak dapatkan anak sampai macam-macam produk la dicubanya. Dari Viagra sampailah ke Kopi Jantan dicuba dan dipakai tapi rezeki tu tuhan yang bagi kan. Pelik tengok dunia nie. Yang nak anak tak dapat anak. Yang nak ‘bersedapan’ dengan ‘penyedap’ pulak subur sentiasa sampaikan senang gile nak dapat anak.
Selak punye selak, jumpa lagi berita yang buat aku panas. Nasib baik tengah minum air sejuk masa ni. Tapi berapi jugak aku bila baca ‘Remaja perempuan lari ikut kekasih’. Apa la punye bongok budak-budak zaman sekarang ni. Tak ada langsung sebab yang kukuh untuk kau lari dari rumah. Alasan ikut kekasih tu hanya ‘bullshit’ la. Apa kekasih kau tu akan jaga dan sara kau ke sampai kau mampos? Ada dia bagi makan minum dan penempatan yang lagi selesa dan ikhlas selain dari mak bapak kau? Silap-silap kau yang jadi ‘lauk’ makanan diaorang yang langsung tak bertanggungjawab ni. Dah la menyusahkan mak bapak dia nak kena buat report polis, pastu kena siarkan kat dalam akhbar pulak tentang kehilangan, polis pulak kena buat carian dan siasatan. Bila dah jumpa sah-sah la si ‘pembawa’ tu akan kena hukuman dan si ‘pelari’ pulak tak pasal-pasal kena menghadap mak bapak yang risau keselamatan anak dia. Kot-kot kena jual kat Siam ke, jadi pelacur untuk mak dan bapak ayam ke, jadi mangsa jual organ ke, di bawak ke Lombok ke, paling koman pun kena ‘kekah’ dek mat-mat rempit yang suka pada
hidangan yang muda dan ‘fresh’ gitu. Sedap hingga terjilat kaki sendiri. Busuk hatinya seperti kakinya. Umur baru belas-belas. Bak kata seseorang, “Bulu pun baru nak tumbuh”, dah pandai nak ikut balak la, pakwe la ke sana ke mari. Tonggek bontot naik motor pastu kalau mati tergolek, orang nak pandang pun dah jijik tau. Tu kalau tergolek ok lagi, kalau jadik tembikai camne? Mak bapak juga yang tak kering airmata menangis. Senang cerita duduk ke kat rumah tu. Selagi mak bapak kau hidup, jangan menggatal nak lari ikut jantan yang datang dari planet mane ntah. Kalau lari ikut suami itu cerita lain. Keluar topik.
Bukak pulak mukasurat sebelah, aku dengan heran tak heran baca ‘Pelajar sekolah mati dipukul’ dan ‘Remaja perempuan bergaduh di sekolah’. Oii budak sekolah yang SPM belum tentu pass ke fail, kau datang sekolah untuk belajar ke atau nak cari gaduh??? Kalau datang sekolah untuk belasah orang lain, baik kau berhenti sekolah pastu masuk la kelab boxing ke tomoi ke judo ke silat pulut ke. Seluar masih hijau, kain masih biru dah pandai nak tunjuk lagak belasah orang. Kenapa tak belasah orang yang lagi tua dari kau? Berani sangat ke? Pihak sekolah patut buat hukuman bagi satu sekolah pulak belasah budak yang membelasah tu. Biar dia rasa camne sakitnya dibelasah. Kalau aku ada masa tu, confirm aku capai kerusi kayu dengan
batang paip kat belakang jamban sekolah tu. Aku anti betul dengan budak sekolah yang suka pukul orang ni. Agaknya belum rasa lagi penyepak dan penerajang orang yang lagi tua dari dia. Kalau la aku jumpa budak-budak camni, tak kira la lelaki ke perempuan, ade jugak yang merasa makan kasut Bata aku ni. Keras tapaknya boleh buat semua gigi patah rasanya. Boleh tahan.
Akhirkalam: Masyarakat Malaysia sekarang aku tengok semakin rosak, semakin ganas dan kejam. Tak ada langsung perikemanusiaan apatah lagi kehaiwanan. Dah tahap lagi teruk dari binatang dah. Sedih dan pedih memikirkan masalah ni. Yang si lelaki dah tak lagi bertanggungjawab menjaga dan memelihara kaum perempuan sebaliknya memecahkan amanah yang terpikul tu. Yang si perempuan pulak dah jadi tak sedar diri sampai sanggup buat perkara yang terkutuk dan memalukan keluarga. Dah takde lagi ciri-ciri kesopanan dan kelembutan. Yang ada sekarang hanya keganasan dan kebrutalan melampau. Rasanya panggilan jantan betina dah tak sesuai lagi dah. Lagi kejam dari Alien dan Predator…
Monday, June 28, 2010
Bila penjara diroboh…
Penjara Pudu atau nama otainya, Pudu Goal telah diisytiharkan baru-baru ini supaya dirobohkan kerana kawasannya yang terletak di segitiga emas Kuala Lumpur berpotensi untuk dimajukan lagi sehingaaga ke tahap maksimum. Rumah yang telah menjadi kuku besi bagi banduan-banduan pecah rumah, rompak samun, rogol, bunuh serta pelbagai jenis kesalahan itu telah dibina pada tahun 1895 lagi di waktu era pemerintahan British. Biarpun rumah bagi pesalah itu telah lama dikosongkan, tapi keunikkannya terletak pada lukisan pada dinding mural yang sepanjang 384 meter dan 4.5 meter tinggi yang pernah mencatat rekod dunia pada masa lampau sebagai mural terpanjang.
Namun sekarang yang tinggal hanya sisa-sisa runtuhan batu-bata tembok batu itu yang dirobohkan secara berperingkat-peringkat. Dah tentu ada orang yang menangis dan meratap dengan tragedi yang menimpa penjara ‘kesayangan’ ramai ini antaranya bekas-bekas banduan yang pernah menghuni bilik berdinding batu berpintukan jeriji keluli dan berkatilkan simen. Nak berak pun tak boleh nak hadang sebab masing-masing banduan dapat melihat antara satu sama lain.
Juga terdapat seniman yang menangisi ‘pemergian' penjara ini kerana sejarah lukisan mural yang terpapar di dindingnya. Mural yang mungkin tak dapt lagi dilihat pada masa akan datang. Pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa penjara ini bukan bahan sejarah dan tidak patut dipelihara warisan binaannya sekalipun usisanya telah mencatat umur 115 tahun. Penjara Pudu selepas ini hanya akan tinggal tapak dan kenangan kerana mungkin akan dibangunkan menjadi pusat komersial.
Barangkali mungkin ada yang lupa bahawa penjara juga mempunyai tempat hukuman gantung dan kerusi elektrik bagi banduan yang melakukan kesalahan jenayah tahap gaban. Bayangkan berapa banyak roh-roh yang tidak rela semangatnya berpisah dengan badan telah ditarik secara ‘paksa’ di tali gantung dan arus elektrik. Betapa banyak hantu setan yang tidak aman dengan kejadian itu terus menghuni kurungan itu dengan perasaan tidak tenteram.
Apakah selepas ini akan dibangunkan hotel, pusat perniagaan, kompleks membeli belah di kawasan tapak penjara itu dirobohkan? Hanya pihak pembangunan bandar yang tahu apakah jenis bangunan yang sesuai didirikan di tapak itu demi memastikan kawasan segitiga emas bandaraya Kuala Lumpur itu dapat mengaut keuntungan yang lumayan dan berjuta-juta lemon. Seandainya hotel yang didirikan, tak mustahil bahawa ada diantara bilik-bilik hotel itu yang akan mengalami gangguan dari roh-roh banduan yang mati dengan pelbagai hukuman seperti tali gantung. Tak mustahil ada pekerja-pekerja syarikat dan ahli perniagaan yang akan dikacau dek hantu yang tak senang duduk apabila tempatnya dimusnahkan dan tak mustahil juga orang ramai yang akan lari dari kawasan itu akibat tak senang duduk di tempat yang pernah meragut nyawa entah berapa ratus atau ribu orang tahanan sejak 115 tahun lampau.
Justeru, memerlukan masa yang agak lama juga untuk membiasakan diri di tempat yang sudah lama tak dihuni manusia tetapi mungkin dihuni dengan sesuatu yang ‘bukan manusia’ jika ingin terus memajukan kawasan berkenaan untuk mempertingkatkan ekonomi dan pembangunan bandar Kuala Lumpur agar terus pesat. Usaha ini juga secara tidak langsung dapat menghalau hantu-hantu kota supaya berpindah-randah ke tempat yang terpencil di mana mereka tidak diganggu lagi oleh manusia yang suka mengambil kediaman orang lain termasuklah kediaman ‘bukan orang’ lain.
Akhirkalam: Dulu mungkin hantu yang menganggu manusia, sekarang manusia pulak yang menganggu hantu…
Thursday, June 24, 2010
Manusia akhir zaman…
1400 tahun dulu satu agama langit yang paling lengkap dan suci telah diturunkan oleh tuhannya kepada hambaNya. Agama samawi ini telah dijanjikan oleh penciptanya akan dipelihara sehingga hari kebangkitan semua makhluk-makhluk yang diciptanya. Muhammad sebagai insan agung yang dipertanggungjawabkan untuk menerima wahyu ini dan menyebarkannya ke setiap pelusuk bumi.
Agama agung ini telah berjaya menakluk separuh dari dunia suatu masa dulu. Juga telah berjaya mengalahkan kuasa-kuasa besar dunia pada zaman lampau. Khalifah yang agung, tamadun yang ulung dan dinasti yang unggul. Tercipta kerna pengaruh agama ini.
Namun mengapakah sekarang di media massa hangat memperkatakan tentang ajaran-ajaran senget dan songsang lagi salah yang semakin merebak merosakkan ajaran agama yang sudah lengkap ini? Walaupun telah lama wujud fahaman yang salah ini, tapi mungkin disebabkan dunia hendak mencapai akhir zaman, mereka-mereka yang obses dengan fahaman sesat ini ingin memperluaskan usaha drastik mereka dalam menentukan kemenangan bagi yang bathil. Bagi mereka, yang salah itulah yang betul dan yang betul itulah yang salah.
Surat khabar sekarang menggunakan isu agama dan politik yang dicampuradukkan sehingga mencapai tahap pemimpin sanggup menjual maruah agamanya demi membenarkan fahaman yang sesat dengan menggunakan pengaruhnya yang sedia ada. Wahabbi semakin berleluasa di sana sini. Orang itu mengaku dia bukan Wahabbi tapi dia mengaplikasikan ajaran Wahhabi dalam kehidupannya. Ada pula yang menegakkan Wahhabi dengan mengatakan itu ajaran yang sebetulnya.
Muncul juga golongan anti-Hadis yang hanya berpaksikan Al-Quran semata-mata tanpa mengikut Sunnah Rasulullah. Semuanya diambil secara bulat-bulat dari Al-Quran tanpa merujuk penjelasan yang lengkap dari Hadis-hadis Nabi. Sembahyang pun cukup dengan niat saja tanpa perlu rukun seperti rukuk dan sujud.
Az-Zahiriyyah pulak mengambil semua benda secara zahir saja tanpa mengambil kira maksud sebenar tersirat pada yang batin dna ghaib. Arak yang tidak mabuk itu boleh diminum, sutera dan emas itu boleh dipakai oleh lelaki ujarnya. Yang haram itu arak yang apabila diminum akan terus mabuk, yang haram itu hanya emas dan sutera yang ditunjukkan oleh Nabi sewaktu pengharamannya, selain itu semuanya halal. Betapa singkatnya pemikiran Az-Zahiriyyah dari segi hukum. Yang haram dihalalkan manakala yang halal diharamkan. Silap-silap semuanya menjadi halal kerana yang haram itu telah tiada lagi.
Tambahan dengan puak Syi’ah pula yang mengagung-agungkan Saidina Ali melebihi dari Muhammad kekasih Allah seperti yang terjadi di Iran. Tidak diketahui atau dikenalpasti sama ada wujudkah pengikut ajaran Syi’ah di bumi Malaysia ini.
Mungkin kita tidak sedar bahawa orang bukan Islam juga ada yang membawa pengaruhnya kepada orang Islam di mana pada zaman kini semuanya hendak dibuktikan dengan sains dan teknologi. Hampir semua benda mesti dibuktikan dengan akal manusia. Mereka lupa bahawa ada perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia biasa selain dari mereka yang dikurniakan mukjizat oleh Tuhan. Hanya Nabi-nabi dan ahli Karamah saja yang diberikan keistimewaan untuk melakukan sesuatu di luar pemikiran manusia. Bak kata lagu Elyana, Tak Tercapai Akalmu. Mereka ini adalah penganut Muktazilah yang mengutamakan penggunaan akal melampaui penggunaan hati dan spiritual. Ahli saintis berusaha bersungguh-sungguh hendak me’logik’kan sesuatu yang pada hakikatnya tak diterima dek akal. Contohnya nabi Musa membelah laut menggunakan tongkatnya. Dikatakan laut memang boleh terpisah apabila berlaku hentaman yang kuat ke atas permukaan air seperti yang terjadi pada nabi Musa. Mereka seboleh-bolehnya menidakkan kuasa Allah yang mengjangkaui tahap pemikiran manusia yang sememangnya bodoh dan sentiasa berpandu pada sumber dari tuhannya…
Manusia sekarang terlalu ingin mencabar kuasa tuhan yang maha pencipta. Mereka lupa bahawa logik akal tak cukup untuk membongkar semua misteri alam yang Allah ciptakan ini. Hanya dengan kekuasaannya barulah semua yang luar biasa ini boleh terjadi dan tiada manusia biasa yang dapat melakukannya biar dengan apa cara sekalipun. Sedarlah wahai manusia akhir zaman…
Mereka berpecah kerana mereka sentiasa menganggap diri mereka yang sentiasa betul dan akan terus menegakkannya walaupun ia bertentangan dengan Islam yang sebetulnya. Maka wujudlah ayat ‘Lakum deenukum wa liya deen…’
Wednesday, March 10, 2010
I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair
Anda pernah dengar nama Gatsby? Dia ada pelbagai produk-produk kesihatan yang tak boleh dimakan. Untuk luaran sahaja! Aku ingat dulu aku pernah beli gel rambut dia. Memang keras gila. Aku buat eksperimen selama 3 hari. Hari ketiga memang masih keras lagi. Mantap gel rambut Gatsby! Tapi deodorant dia aku tak pernah try pulak. Takut ada kesan-kesan khas. Huhu!
Satu lagi aku pernah tengok iklan kat TV dimana ada orang bermata sepet, entahlah Jepun ke Taiwan ke China ke yang rambut dia boleh bertepuk macam tepuk tangan. Sekali lagi syabas kepada kesan khas Gatsby!
Tapi kali ni, Gatsby Deodorant nak buat pulak ‘Street Fair’ secara besar-besaran dan gilang-gemilang gitu pada 17 April 2010, start pukul jam 10 pagi hingga 5 petang dan bertempat di ruang legar Berjaya Time Square KL. Ada 1001 jenis gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’ ni. Ada yang sesimple alam dari acara baling getah hinggalah ke aksi-aksi melampau yang melucukan dan menggelikan tali perut hingga tahap terburai.
Siapa-siapa yang berminat nak ke Jepun untuk test power main sumo tak perlu pergi Jepun. Kat sini pun ada tapi kali ini uniknya kat dalam beg udara oleh para peserta. Peserta-peserta permainan ini akan mengumpul mata dan korang boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!! Best tuu! Barang ape itu aku pun tak tahu lagi sebab acara belum bermula. Kalau nak tahu jom datang beramai-ramai!
Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan juga akan melayakkan diri untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elektronik, komputer, telefon bimbit dan cash voucher berjumlah lebih dari RM 15,000! Boleh shopping sakan nanti sampai kena sewa lori untuk bawak barang balik rumah!
Dan yang lebih istimewa lagi, buat kaki-kaki bloggers yang gila blogging, korang juga akan bertemu muka ke muka dengan lebih daripada 500 orang bloggers yang bakal berkumpul dan berada disana. Silap-silap Pipiyapong dan Chika pun ada. Meriahhh…
Selalunya cara untuk aku pergi ke Times Square tu dari tempat aku di UIA ni ialah mula-mula amik bus rapid T231 ke Terminal Putra. Tambang RM1 je. Pastu amik tren Putra LRT sampai ke stesen Dang Wangi. Prepare la duit dalam RM2 gitu. Lepas tu kena keluar peluh sikit berjalan tukar stesen pulak ke KL Monorail stesen Bukit Nanas sampai lah ke stesen Imbi. Yang ni pulak RM 1.60 kalau tak silap. Kalau nak jimat lagi sila la turun kat mana-mana area KL. Pastu jalanlah kaki sampai ke Times Square. Ikut arah ke Pudu. Confirm tak keluar duit tapi korang akan mandi peluh.
Untuk maklumat lanjut atau tak lanjut, korang boleh la menyibukkan diri korang untuk melayari www.gatsby.com.my/streetfair. Kat sini ada info-info yang mungkin aku tertinggal nak tulis. Huhu. Selamat berlayar~
Monday, March 1, 2010
Status percintaan Nabi dan Rasul
Notakepala: Terlebih dahulu entri ini ditulis atas dasar kesedaran yang tinggi terhadap rasa cinta kepada Rasulullah. Rasa tidak puas hati atau menyampah atau dengki sila berurusan dengan Allah sebab aku di sini hanya berniat untuk menyebarkan rasa cinta agung pada kekasihNya. Puak-puak Wahhabi atau anti-Hadis atau pengamal fahaman sesat sangat-sangat tidak dialu-alukan untuk berada di sini. Silalah angkat kaki dan bertaubat sebelum maut menjemput kalian…
Sudah lebih 1400 tahun nabi kita Muhammad diangkat menjadi rasul dan kekasih Allah. Dipilih dari kaum bangsawan yang mulia untuk menjadi pesuruh bagi Allah dan penyampai berita gembira kepada umat sekalian alam. Detik itu tiada siapa yang dapat mengerti bahawa kelahirannya ke muka bumi ini adalah satu rahmat yang maha agung tidak diberikan kepada mana-mana manusia lain di bumi ini kecuali Muhammad. Kurniaan itu tidak diberikan kepada Obama selaku presiden US, tidak kepada Iskandar Zulkarnain sebagai raja yang agung, tidak kepada Saddam Hussain selaku diktator Iraq atau sesiapa sahaja yang selain Muhammad.
Dia dilahir dan dibesarkan dengan keadaan yatim kerana penjaga mutlaknya ialah Allah sendiri. Meskipun dia tiada berteman yang setia, namun malaikat-malaikat di langit dan bumi sentiasa mengiringinya. Jasadnya tidak berbayang kerana dia sendiri ialah nur cahaya yang menyinari alam semesta ini. Maqamnya diangkat oleh Allah dan bersekedudukan bersamanya kerana dia kekasih tuhan. Akhlaknya terlalu mulia sehingga tiada perkataan yang dapat menjurus kepada beliau. Subhanallah.
Aku menulis entri ini bersempena Maulidur Rasul yang disambut setiap kali tiba bulan Rabiul Awwal setiap tahun. Saban kali aku melihat perarakan diadakan kerana kasih sayang umatnya kepada rasulnya. Perayaan maulud diadakan di rumah-rumah, di masjid-masjid sebagai tanda kita masih ingat kepadanya. Bagiku, ingat itu masih tidak mencukupi untuk kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak. Syafaat itu seumpama kunci khas kepada umatnya untuk membuka pintu syurga yang melimpah ruah dengan nikmat.
Rasa cinta kepada nabi itu perlu lahir dalam hati setiap umatnya tambah-tambah di akhir zaman ini. Meskipun kita tidak melihatnya namun payahkah kita untuk melahirkan rasa rindu dan cinta kepadanya? Bukan aku katakan kita tidak boleh mencintai awek kita, ibu bapa kita, saudara kita, tapi ingatlah bahawa mencintai nabi itu sama tarafnya dengan mencintai Allah.
Mengapakah kita suka menyebut nama awek atau pakwe yang kita cintai saban hari tetapi tidak nama Muhammad? Mengapakah di hati sering timbul rasa rindu pada kekasih tapi tidak kepada Muhammad? Kenapa kita boleh menghabiskan ratusan dan ribuan ringgit untuk memuaskan hati kekasih tetapi tidak demi cinta kepada Muhammad? Sanggup pula mencari no telefon dan mengupah penyiasat untuk mencari latarbelakang orang yang digilai tetapi kenapa tak dicari sirah dan sejarah kehidupan Muhammad yang penuh saat pahit dan manis? Rindu angau kepada sang jejaka dan teruna hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi tetapi pernahkah kita mimpi bertemu Muhammad? Lembut lidah dan manis madah mengalunkan lagu rock kapak dan puisi kepada si jelita tetapi berbelit lidah mengalunkan qasidah dan puji-pujian ke atas baginda Muhammad s.a.w!
Inilah hakikat umat Muhammad zaman sekarang!
Dengarlah wahai saudaraku, semakin ramai yang melupakan Nabi namun menafikan tingkah laku mereka. Berdebatlah suara-suara yang lagaknya seperti ulama agung menyatakan itu dan ini tidak boleh! Itu nabi tidak buat! Ini nabi tak suruh! Benda itu sahabat tak buat dan benda itu bidaah! Mahu saja aku katakan mereka ini semua dungu dan tolol kerana menafikan cinta manusia kepada seorang kekasih tuhan! Kenapa Nabi waktu hampir saat wafatnya masih mengenangkan dan mengasihi umatnya sedangkan umatnya kini tidak pernah langsung mengenangnya?
Apakah salahnya mengadakan maulud kerana itu puji-pujian ke atas nabi? Apakah dosanya meletakkan diri kita dalam satu keadaan di mana kita asyik dan khayal dengan nabi? Salahkah kita merebut cinta nabi kerana cintanya itulah yang akan menjemput kita dengan tiket VVVIP ke syurga? Susahkah untuk melakukan benda-benda yang nabi suka sedangkah kita sanggup meredah lautan api serta mendaki gunung yang tinggi demi kekasih yang sementara di dunia? Berbaloikah meletakkan diri kita di kalangan orang-orang yang rugi? Lagi berbaloikah kita menempah tiket neraka free???
Pernahkah kita menangis atau frust menonggeng kerana cinta kita di tolak oleh Nabi? Pernahkah kita terfikir nak bunuh diri kerana cinta kita tidak berbalas atau bertepuk sebelah tangan? Percayalah bahawa walaupun Nabi telah wafat dan meninggalkan kita, ruhnya yang bersifat nur sentiasa hidup dan mengutus salam kepada umat-umatnya yang tercinta. Pedulikan kata-kata dusta orang lain kerana kita tetap cinta akan Muhammad.
Dalil bahawa Ruh Nabi itu kekal hidup adalah kerana Nur Muhammad itu telah dicipta oleh Allah 2000 tahun sebelum kelahiran Adam a.s. Lalu ditiupkan nur itu masuk ke dalam tulang sulbi Adam semasa diturunkan ke bumi. Lalu dipindahkan nur itu ke dalam sulbi Nuh a.s sewaktu menaiki bahtera dalam banjir besar. Lalu dipindahkan ke dalam sulbi Ibrahim a.s ketika dibakar oleh api Namrud. Nur itu dipindahkan menerusi tulang-tulang sulbi orang-orang yang baik sifatnya ke dalam rahim-rahim orang yang suci perbuatannya. Lalu lahirlah Muhammad dari rahim Aminah menghadap dunia dengan mukjizat sudah dikhatankan dan tidak menangis. Lahirnya memadamkan api kaum Majusi dan meruntuhkan istana Kisra Parsi. Tidakkah itu cukup untuk menunjukkan keagungan rahmat tuhan?
Justeru kalian umat akhir zaman, carilah kembali di mana sebenarnya status cinta kita kepada Nabi:
…adakah Single bagi orang-orang yang masih belum mengenal Nabi;
…adakah It Is Complicated bagi orang-orang yang bodoh dan buta cinta;
…adakah In a Relationship bagi orang-orang yang sedang berasmara dengan Nabi;
…adakah Engaged khas untuk orang yang terikat dengan Nabi kerana cinta mereka;
…beruntunglah orang-orang yang Married dengan nabi kerana mereka sedang bersama-sama dengan kekasih Allah serta para sahabat;
… tetapi celakalah orang yang berstatus Divorce dengan Nabi kerana mereka sesungguhnya telah hilang nikmat di dunia dan di akhirat!
Aku tidak mengatakan aku terlalu bagus untuk meletakkan justifikasi begini tetapi aku masih mencuba untuk merapati dan mendekati Muhammad s.a.w! Aku masih mencuba untuk berselawat dan memujinya setiap kali aku mendengar namanya! Aku masih mencari kekasih Allah kerana aku juga ingin menjadi kekasihnya juga! Mahukah kamu semua berebut dengan semua umat Muhammad di dunia ini bahawa siapa yang akan dipilih oleh Muhammad untuk menjadi teman dan kekasihnya? Mengapakah bangga nama kita disebut-sebut oleh orang kenamaan, tokoh korporat, raja-raja, bangsawan sedangkan belum tentu Muhammad akan menyebut dan memanggil nama kita…
Notakaki: Aku menulis risalah entri ini bersempena dengan edisi khas Maulidur Rasul dan bulan kelahiran Muhammad Rasulullah s.a.w.
Saturday, February 27, 2010
Cukup-cukuplah bermaksiat…
Aku tengok banyak budak-budak sekarang semakin lupa dengan tujuan asal hidup. Tambah-tambah lagi pelajar sebab pelajar ini dikatakan golongan terpelajar dan berintelek sikit kalau dibandingkan dengan penagih dadah, penari kelab malam, pekerja Alam Flora serta kutu rayau malam. Tapi hakikatnya TERpelajar sikit jela dari golongan kedua tu. Jangan marah sebab ini REALITI!
Tujuan asal kita hidup ini sebenarnya hanyalah persediaan dan kelengkapan untuk kehidupann kita di hari kemudian kelak iaitu di alam yang satu lagi. Hanya ada 2 destinasi iaitu syurga yang penuh nikmat atau neraka yang membakar isi-isi di dalamnya. Bakaran yang lebih melampau dari ayam golek hangus kat pasar malam Kerinci.
Budak-budak sekarang lebih mementingkan hiburan dan terlalu asyik dengan pesona dunia yang semakin menjadi-jadi pada masakini. Pengaruh barat semakin menjajah minda dan pemikiran anak-anak muda sekarang. Terdapat pelbagai contoh yang sebenarnya tak baik untuk kesihatan dan masa depan mereka-mereka yang tak sedar diri ini.
Selang semalam mereka akan menziarahi kelab-kelab malam untuk clubbing. Bukannya pergi BERPERSATUAN tapi di sana mereka akan menari dan berjoget dengan iringan muzik yang melampau. Untuk pengetahuan korang, muzik-muzik yang dimainkan di kelab malam ini biasanya dari genre hip-hop atau R&B dan dipasang dengan tahap kebisingan maksima. Andaikata anda berpenyakit jantung, nescaya belum cukup 5 minit di dalam kelab, anda sudah ke rahmatullah. Bagi yang berdarah tinggi pula, anda mungkin akan berdarah hidung melihat keseksian gadis-gadis kelab ini yang entah masih gadis atau pun hanya tinggal sejarah.
Minuman ruji ialah air-air mabuk serta air setan yang dihidangan sejuk berserta ais di dalam gelas atau pun jag bagi mereka yang inginkan kemabukan terlampau. Sebenarnya syarat asas untuk berada di dalam kelab ialah anda perlu mabuk atau hilang pertimbangan kerana manusia normal tidak akan tahan untuk menari selama berjam-jam dengan iringan muzik yang menggegarkan jantung. Juga ada kelab-kelab yang menawarkan ecstasy supaya mereka tidak sedar apa yang mereka sedang lakukan pada waktu itu. Kalau kena angkut ke dalam bilik hotel pun nasib lah. Alamat kena kenduri aqiqah secara berjemaah. Masya-allah~
Jenis pakaian bagi kaum-kaum betina ini pula boleh diibaratkan seperti meletakkan plastik di atas badan. Serupa tak pakai apa-apa. Baik tak payah pakai terus. Alang-alang berdosa biar bertimbun kan? Keseksian melampau terserlah dengan menonjolkan segala bonggol-bonggol yang sudah tentu akan menyebabkan semua mata-mata kaum jantan tersagat dek bonggol tajam itu. Silap-silap mereka boleh terbabas atau mendapat kemalangan serius yang julung kali tidak direkodkan di dalam mana-mana Ops Sikap di negara ini.
Aksi-aksi lucah selalunya menjadi bahan tumpuan di kelab malam ini. Peluk cium dan lenggok-lenggok ghairah sentiasa dilakonkan oleh pelakon tanpa tauliah ini. Kalau diperiksa pun belum tentu mereka ini ada lesen memandu apatah lagi lesen tak senonoh. Tapi lagaknya mengalahkan pelakon lucah amatur kerana mereka ini hanya profesional dari aspek pandangan mata-mata lelaki hidung belang sahaja.
Bukankah lebih bagus untuk berkumpul dalam halaqah untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah sosial yang kian kronik? Ataupun berzanji ataupun mengadakan maulid secara berjemaah ke? Paling koman pun buatlah tilawah Quran ke dalam berkumpulan. Tak kan baca Yassin yang cuma 83 ayat itupun susah sedangkan lagu-lagu yang dipasang di kelab sanggup dihafalnya demi memastikan agar mereka menari ikut tempo. Kalau salah menari nanti kena gelak pula.
Lebih baik masjid itu dipenuhkan dari memenuhkan pusat-pusat hiburan di kotaraya. Lebih baik solat tahajud didirikan daripada menari dengan aksi terkinja-kinja monyet pada pukul 3 pagi. Lebih baik duit-duit itu disedekahkan kepada anak yatim atau orang yang memerlukan daripada menghabiskan duit berjudi di meja pakau. Dan adalah 1000 kali lebih baik mati kerana menegakkan syiar Islam dari mati katak memperjuangkan benda yang ntah ape-ape ntah tak tahu lagi kebenaran dan kesahihannya...
Tuesday, February 23, 2010
Cukuplah setakat ini…
Dasar manusia zaman sekarang. Yang dahulunya dicari dan ditarik ke hulu ke hilir sekarang langsung terus dibiarkan senyap kelu tak terkata. Hilang terus punca komunikasi seakan-akan tidak mengenali antara satu sama lain.
Dahulunya susah senang dikatakan bersama diungkap kalimah itu berulang kali tanda setia untuk berkorban demi teman yang diagungkannya. Sekarang setelah dapat kembali punca kegemilangannya yang dahulu pernah meninggalkannya kerna angkara sengketa orang ketiga dan juga beberapa.
Dilupakan kalimah akrab yang pernah dia lafazkan dulu kerana sekarang sentiasa berdamping dengan gurunya. Khabarnya sangat susah nak didengar sedangkan dulu bunyi tapak kakinya selalu terdengar. Entah sakit pening lapar hidup kenyang mati langsung hilang tanpa berita.
Orang lain yang selalu ada bak belangkas juga kini menjadi belangkas orang lain. Hati dan perasaan ini tidak langsung dijaga. Tahunya mengutuk, mengherdik, memaki dan memandang serendah-rendahnya martabat orang yang pernah mengiringinya dulu.
Cukuplah pengorbanan aku selama ini telah aku berikan. Sakitnya masih terasa menikam-nikam kini pintu ulu hati. Aku juga punya impian dan mimpi yang aku ingin jadikan kenyataan. Aku tidak ingin lemas dalam lautan angan-angan sekiranya kau semua juga lemas di situ.
Aku selamatkan diriku ini sebelum terlewat untuk diselamatkan. Aku tak akan lagi berkorban kerana aku tak mahu terkorban. Tidak cukupkah apa yang dah aku korbankan selama ini? Selama ini yang telah ribuan mata telah memandang penat lelahku. Cukuplah untuk aku berehat disini. Aku tak ingin hanyut dalam permainan orang-orang yang rugi…
Wednesday, February 17, 2010
Muzium komik
Aku teringat yang kat rumah aku ada collection komik sejak aku berusia 5 tahun. Dah penuh stor kat umah aku sampaikan aku terpikir nak buat muzium komik. Paling koman pun perpustakaan komik lah.
Pelbagai jenis komik boleh didapati dari yang berkulit tebal hingga yang dah koyak rabak, dari yang putih baru hingga yang kuning kena matahari, dari yang bahasa melayu hingga bahasa cina. Ingatkan boleh kuasai bahasa mandarin kalau aku beli komik tu. Masa tu bodoh alang lagi beli komik cina untuk tengok gambar je. Syabas kepada Tony Wong sebagai pelukis komik hero cina.
Teringin jugak nak jual kot ada peminat setia komik lama-lama yang nak beli ke. Harga boleh runding. Standand barang antik la. Sedangkan syiling lama pun boleh jual ribu-ribu, inikan pulak koleksi komik peribadi aku yang dah makan puluhan tahun lamanya. Paling kurang aku letak harga RM1000 la sebijik komik. Jangan lepaskan, Tak ada lagi di pasaran. Kalau ada pun itu tiruan semata-mata. Belilah barangan buatan tempatan dan yang paling penting original…
Perhatian kepada bloggers sekalian…
Disini aku ingin merungkai segala persoalan yang bermain di minda aku sebagai seorang blogger yang mempunyai sebuah blog di blogspot ini. Bagaimanakah caranya untuk kita pastikan bahawa blog kita ini dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk membaca setiap entri yang kita hantar?
Lapisan masyarakat tu termasuklah ahli korporat, penjual cendol, kontraktor bangunan, ibu-ibu tunggal, budak sekolah, pelajar universiti dan sesiapa sahaja yang asalkan mereka mempunyai blog. Apakah medium yang perlu digunakan untuk menyebarkan kata-kata yang telah aku tulis sehingga berpeluh-peluh? Pengiklanan apakah yang membolehkan aku menyampaikan kata-kata hatiku ini ke mata dunia?
Adakah setiap follower yang mengikuti blog kita akan betul-betul mengikuti setiap entri yang dihantar saban hari? Tidakkah mereka hanya menjadi follower orang lain dengan niat agar orang itu akan menjadi follower mereka kembali? Tidakkah bilangan follower itu sekadar untuk menunjukkan bilangan orang-orang yang mengikut sambil lewa saja?
Blogger sekarang juga telah menjadi medium untuk peniaga-peniaga mencari pelanggan melalui alam maya. Pelbagai jenis produk disiarkan dari tudung, makanan kesihatan, kopi ginseng, jus tongkat ali, tonik dalaman, ubat gigi sehinggalah kepada selipar jepun turut dipersembahkan di dalam blogger.
Jika kita ada 1000 pengikut adakah anda pasti memang ada 1000 orang pengikut yang membaca karya kita? Tidak banyak tidak kurang daripada separuh yang betul-betul mengikuti dan memberi pendapat mereka. Itupun komen yang ditulis diberi oleh orang yang sama setiap kali. Apa gunanya ada 1000 pengikut?
Mengapakah blog ibu tunggal, diari budak sekolah, jurnal penganggur, luahan jejaka kecewa itu juga yang seringkali mendapat perhatian dari blogger-blogger yang sebenarnya hanyalah stalker semata-mata? Tinggikah hasil penulisan mereka sehingga ramai orang sanggup buka blog mereka itu setiap hari untuk mengikuti perkembangan?
Ohh…wajarkah ini semua….
Monday, February 15, 2010
Sebentar bersama hati penulis
Kadang-kadang aku terfikir juga, kebelakangan ni entri-entri yang aku hantar semuanya bertemakan perasaan aku. Perasaan itu pulak semuanya berlatarbelakangkan ketidakpuasanhatiku terhadap sesuatu duaatu dan tigaatu atau banyak suatu.
Perasaan emosi, tensi, marah, bengang, sakit hati, tekanan, stres dan unsur-unsur yang berbaur negatif menyelubungi diri ini hingga boleh mandatangkan mudarat yang kronik kepada penghidapnya. Sekarang jarang sekali aku hantar entri yang menggembirakan atau yang menghiburkan. Sebabnya yang aku alami dewasa ini hanya menjalani hari-hari yang penuh onak duri yang tajam macam landak hutan.
Bukan aku tak nak hantar entri yang menarik tapi yang menyedihkan lebih banyak datang ke dalam hidup aku ini. Bagi pembaca-pembaca, maafkan saya jika selalu sangat beremosi ketika menulis blog ini. Ini sajalah medium luahan hati saya kepada dunia. Nama pun mataHATI ke mataDUNIA. Tak kisahlah korang nak baca atau tak sebab aku tak rugi apa-apa pun kalau tak ada orang baca, blog ini sekadar mengisi masa lapang daripada terbuang...
Dulu aku tak tahu nak tulis ape kat dalam blog, Tengok orang lain ada blog, aku pun nak punya blog jugak. Tapi apa yang ditulis? Tak ada. Aku cuma cut-and-paste je entri-entri yang aku rasa menarik dari blog orang lain. kira macam ciplak jugak lah. Plagiat gitu. Tapi masa tu aku tak ada modal nak tulis ape untuk menghiasi blog tu. Sekarang lain, walaupun aku tak ada idea yang menarik untuk dihantar, aku perlu memastikan semua entri dalam blog aku adalah asli dan tulen dari luahan otak cair aku. Walaupun mengarut sekali atau duakalipun.
Memang betul ke blog aku ni tak menarik? Aku tahu aku tak punya gaya bahasa unik seperti Hilang Punca. Aku tak pandai oleh ayat semenarik nurulism.com juga aku tak mudah bermain dengan kata-kata seperti dalam novel Hlovate. Namun aku tetap tahu yang aku perlu terus mencuba, memperbaiki madah berhelah yang akan aku coret dalam blog kesayanganku ini…
Thursday, February 4, 2010
Melukut lagi
Aku terasa hati lagi hari ini. Entah mengapa aku asyik nak terasa hati je. Dengan orang ni. Dengan orang tu. Hari ini pulak bila kedatangan aku rasa macam tak diundang. Aku datang atas dasar jemputan oleh seseorang. Tapi bila aku datang je semua orang ingat aku ni macam orang asing. Rasa macam alien pulak. Sakit hati rasanya. Meluap-luap.
Tapi aku buat bodoh je. Pergi lantak la ape orang lain nak kata, nak cakap belakang, cakap depan. Suka hati korang lah. Yang aku tahu aku buat kerja aku sendiri. Aku punya suka.
Saturday, January 30, 2010
Hati-hati dengan hati!
Setiap orang di dunia ini ada perasaan dan pemikiran di benak hati masing-masing. Ada yang hatinya luhur, ada yang lurus, ada yang busuk, ada yang keras, ada yang lembut, ada yang kering, dan ada yang batu (diambil dari simpulan bahasa ‘hati batu’). Kadang-kadang tersalah cakap sikit orang lain dah terasa. Bila tak cakap macam serba-salah pulak. Bila dah mintak maaf pulak kadang-kadang tak nak memaafkan. Kenapa hati ini begitu mudah tersinggung?
Apakah singgungan itu akan membuatkan orang lain akan menunjukkan belas kasihan atau timbul rasa prihatin? Jawapannya terletak pada niat orang yang tersinggung itu sendiri. Kenapa hati ini mempunyai terlalu banyak jenis perasaan dan kadangkala wujud prasangka? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Niat seseorang itu meluahkan perasaannya adalah kerana dia sudah tidak mempu menahan dan menanggung lagi sesuatu dan terlalu ingin dia lepaskan. Kemarahan barangkali. Mungkin juga perasaan tidak puas hati. Seandainya dia pendam perasaannya itu, mungkin dia akan mendapat tekanan darah tinggi, stres, jiwa kacau dan emosi terganggu. Ada kemungkinan juga untuk dia mendapat penyakit jantung yang kronik. Inilah akibat-akibat menahan perasaan.
Tapi bila diluahkan, ada pula orang yang tersinggung, terasa hati, terguris perasaan bak analogi memerah limau ke atas luka. Pedihnya tiada terhingga sakit melampau. Sesiapapun di tempat itu mungkin akan meraung, melolong dan melalak kesakitan. Bagai di tusuk sembilu akan sakitnya.
Bila dah makan hati pulak, apa lagi yang nak dibuat? Tanggung jela kesakitan yang dialami tu. Biar pahit macam mana pun namun peria itu terpaksa ditelan. Dengan penuh penderitaan manyelubungi hatinya yang seakan-akan dirobek-robek dengan pisau rambo.
Hati punya pasal bukan boleh main-main. Sebab kalau ikutkan hati, mati jawabnya. Ikutkan nafsu, lesu pulak. Ikutkan tuhan, kita kenalah tahan dengan cuba bersabar dengan banyak. Walaupun iman kita senipis kulit bawang cuma, namun itu adalah lebih baik dari tiada iman langsung…
P/s: Jangan makan hati banyak sangat. Bukannya sedap pun. (nasihat yang dipetik dari seorang sahabat)
Thursday, January 28, 2010
Private Number?
Sedang aku syok dan asyik menulis blog, tiba-tiba handphone aku bergetar (aku kalau kat rumah memang letak mode senyap je. Tak suka bising-bising). Getarannya sekejap aje. Dalam hatiku terdetik siapalah yang bongok sangat buat miscall ni.
Aku periksa nombornya. Kalau aku tahu siapa memang aku hantar SMS sindiran berkata, “Alahai kesiannya tak ada kredit ye? Buat misscall je ke?”
Namun tak ada nombor keluar. Private number. Ni lagi satu punya sengal dalam kepala. Dah tahu kau tu pakai private number buat apa nak misscall aku? Memang sampai kiamatlah aku tak akan tahu siapa yang buat misscall. Kalau iye pun rindu ke, bosan ke, sunyi ke, perlukan teman ke, tunjukkan la nombor tu supaya senang aku nak tahu.
Kalau dah boring sangat tu SMS la ON SUNYI ke 32121. Tak pun kalau dah level dewa tak tahan sangat bosan tu SMS pulak ON SANGAP ke 37647!
Sunday, December 6, 2009
the end of Romans
Aku penat nak mengira post nombor Roman dari 1 hingga post yang terkini. Sebelum ini aku mesti letak nombor Roman beserta dengan tajuk post tu.
***
Ini pun baru 40 berapa post. Kalau dah masuk post yang ke-1000 rasanya nak tulis nombor Roman ni sahaja lagi panjang dari tajuk post. Buat menyemak ruang untuk tulis tajuk saja.
***
Nombor 39 sahaja dah guna 8 huruf – XXXVIIII. Kalau seribu? MMXJSNKXSIIII agaknya? Cukup-cukup la tu. Mulai hari ini aku tak akan letak nombor Roman lagi dekat tajuk post. Penat aku nak mengira.
***
Selamat tinggal Roman. Aku dah malas nak tulis kau!
Saturday, December 5, 2009
XXXIV. Memo buat semua student
Perhatian kepada semua student-student iium yang bakal memasuki gombak. Berkuatkuasa pada tahun 2010, iium akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua student. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. BIASISWA
Sekiranya anda tergolong dalam keluarga yang mewah pendapatan melebihi 10,000 sebulan, pihak iium x akan meluluskan biasiswa kerana keluarga anda terlalu mewah. Sekiranya anda tergolongan dalam golongan pertengahan,kehidupan berkesederhanaan dan cukup serba-serbi pihak iium juga tidak akan meluluskan biasiswa kerana anda berada di level yang sepatutnyer. Sekiranya anda berada digolongan bawahan keluarga sangat2 memerlukan bantuan biasiswa ntuk pelajaran pihak iium juga x akan meluluskan, kami menganggap anda berkemungkinan sudah mempunyai bantuan dari pihak lain so pihak iium juga x kan meluluskan.
b. CUTI SEMESTER
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.ini kerana pihak iium ingin menjaga status mereka sebagai international.
c. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kelas juga….
d. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai student yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ’student sembelit’.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan dimasukkan kedalam yuran pengajian dan dibayar pada waktu graduation
Terima kasih kerana masih setia belajar di kampus kami ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih…
Saturday, November 28, 2009
NOTIS 2
mataHATI ke mataDUNIA
ape-ape pun. post-post baru saasatul-ibaad penuh dengan provokasi minda dan bahan-bahan ilmiah yang terbuka untuk sesiapapun berhujah. insya-Allah~
-salam dari tukang tulis-
Thursday, November 26, 2009
NOTIS 1
KEPADA SELURUH PEMBACA SETIA BLOG SAASATUL-IBAAD – mataHATI KE mataDUNIA…
SAYA DI SINI DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS INGIN MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI
RAYA AIDIL ADHA/
HAJI/KORBAN
BAGI TAHUN 1430
HIJRIYAH
SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI,
SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR
BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA DAN BERMUNAJAT KEPADA ALLAH MEMOHON KEREDHAAN-NYA.
Insya-Allah~ =D