Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله
Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Friday, April 22, 2011

20 Senarai Lelaki Bajet Malaya


  1. Kau yang cakap dirty dengan kawan-kawan & kuat-kuat konon nampak kool & sempoi padahal kau nampak bodoh
  2. Kalau text ngan laki, bahasa rilex & ok..tapi bile text ngan gadis, "macam manew niew..i segan lew nark kuar ngan u..hukhuk..^__^" macam shit doh konon menepati citerase gadis itu
  3. Rambut kau menjadi masalah disamping keutamaan..payah lah kalau berangin sikit kau pegi sliding door or cermin kereta cepat-cepat semata-mata nak repair rambut kau..kalau jalan tepi bende bercermin pun nak jeling tengok rambut..ape doh
  4. Kau dah famous ngan sikap sempoi..tapi kau agak-agak lah kalau nak kuar g tengok wayang pun pakai short..kemas sikit pakai jeans pun ok lah..asal? bulu kaki kau rebonding eh? aq tengok sendiri pun jijik
  5. Tak payah budget nak sempoi & kool sangat lah bile kau pakai beg,accessories pink konon kau ni jambu & metroseksual tapi kulit hitam berminyak..wekks
  6. Kau kutuk kawan lelaki sendiri yang muka berjerawat konon kulit kau bersih pakai Fair & Lovely..lelaki lagi awesome bile ada jerawat
  7. Bila kau lepak ngan gadis, kau steady..tapi bila member lalu depan selamba "i tak kenal dia"..kalau angkat pun muka macam nak tak nak je
  8. Sopan ngan girls hot..tapi kurang ajar ngan yang lain..tak kira lah lelaki sendiri or gadis yang gemok & tak cun..cam aram
  9. Menggelabah nak belanja gadis gebu kat fastfood..bila kawan sendiri mintak belanja Coke alasan kau macam shit
  10. Pakai barang branded..Adidas, COnverse, Top Man, Levis, Casio, Okley..lepastu kau nak gampang-gampang ngan member kau yang pakai sliper Sufian ngn baju pagoda
  11. Tak pun kau cerita banyak duit & barang berjenama dekat gadis gebu kasi gadis gebu tertarik ngan sifat metroseksual & up-to-date kau
  12. Kau pakai DSLR pakai duit ptptn tak pun duit mak abah tapi duit makan sesak sampai pinjam member..tapi bile member nak pinjam DSLR kau kedekut macam sial
  13. Usung DSLR kau kehulu kehilir konon kau ni foto-tangkap..bila tengok cara amik gamba pun cam suck..pegang DSLR pun tak style
  14. Panas terik, berpeluh kat tengah kotaraya ni, boleh pulak kau pakai sweater tebal,Okley, topi Monster, short pants & kasut Vans yang besar sampai orang tengok pun lemas
  15. Taip macam-macam kat facebook siap fuck suck sume keluar..tapi realiti lepak jugak ngan budak layan anime & tonton Fairy Tale, Naruto dekat lapy
  16. Nak lepak ngan gadis tapi barang dressup sume kau pinjam..daripada topi Monster, Okley, baju, kemeja, jeans & kasut sampai duit pun pinjam..alasan nye barang sendiri tak hensem ngn kau..buat apa kau beli dulu bodoh
  17. Kau cakap "bro..nak g mana bro? lepak lah kejap bro.." kuat-kuat padalah bila dalam rumah, kolej tak pernah pulak cakap macam tu
  18. Duit ptptn habis sebab belanja awek..tapi bila awek tanya kenapa duit habis, cakap member selalu pinjam..nak kasi diri tu nampak mulia di mata gadis
  19. Kau kerek ngan abang kerja kat Petronas or Caltex masa nak isi minyak bila dalam kereta kau ada gadis gebu tak pakai tudung konon kau hensem sampai abang tu respect kat kau
  20. Main blog, Facebook & Twitter bagai..tapi semua yang dalam blog & lain-lain gampang je lebih..kasi orang nampak kau awesome di alam maya..realiti, menangis bila gaduh ngan gadis

JOM LAYAN 25 jenis perempuan yang lelaki menyampah,klik link kat bawah tuh okay? hihihi~


Tuesday, April 5, 2011

30 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita

Lelaki perlu tahu....

1. Wanita terlalu mementingkan penampilan sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak yakin dengan diri sendiri.
2. Wanita pandai berhias bagi menawan hati lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gilakannya.

3. Wanita suka apabila teman lelakinya sentiasa ingat hari-hari penting seperti hari lahir, hari perkenalan kita dengannya dan hari kita declare.

4. Air mata perempuan memiliki kuasa sakti yang luar biasa dan ia digunakan bagi menagih rasa belas ihsan sama ada semasa ditimpa kesusahan ataupun meminta sesuatu yang susah didapati.

5. Wanita sukakan lelaki yang romantik dan sentiasa ingat semasa bersamanya ataupun berjauhan.

6. Wanita suka apabila kita selalu memasukkan dia dalam perbualan bersama rakan-rakan kita.

7. Wanita suka apabila kita menghargai setiap tindakannya dan mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang dia berikan.

8. Wanita tidak sah jadi wanita apabila dia tidak pandai merajuk.

9. Wanita tidak suka apabila kekasihnya keluar makan dengan perempuan lain walaupun mereka itu rakan sepejabat.

10. Wanita tidak suka apabila kita asyik mengarahnya seperti hamba.

11. Wanita memang mudah kecil hati. Jika kita sering membuat dia kecil hati, lama-kelamaan wanita boleh hilang hatinya.

12. Wanita begitu sibuk pada bulan Ramadan. Mereka juga mengurangkan bercakap semasa berpuasa tetapi menambah kekerapan membeli belah.

13. Wanita tidak suka kita bercerita perkara yang tidak diketahuinya kerana mereka rasa mereka kurang berpengetahuan.

14. Lelaki perlu tahu saiz pakaian dan kasut yang dipakai oleh pasangan anda barangan yang disukainya.

15. Wanita kuat cemburu. Oleh itu, buatlah aktiviti yang tidak mengundang sebarang syak wasangka yang buruk semasa kita tidak bersamanya.

16. Wanita kaum yang sensitif. Baik berhati-hati semasa bercakap dengannya.

17. Sekali pandang gincu yang dipakai wanita sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna itu sebenarnya tidak sama; ada merah hati, merah sirap, merah ros, merah darah dan merah jambu.

18. Cermin adalah teman sejati wanita. Wanita membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja, tiga kali di tandas dan dua kali pula semasa balik kerja dengan mengambil masa kira-kira lima minit setiap kali.

19. Apabila wanita bersedih, lelaki perlu mendengar luahannya dan jadilah pendengar yang setia. Cuba fahami masalah yang dialami.

20. Lelaki perlu tahu kegemaran atau hobi kekasihnya dan makanan yang disukai. Lakukan aktiviti yang digemari bersama-sama.

21. Pujilah wanita pada masa-masa yang dirasakan perlu. Wanita amat menghargainya.

22. Jangan lupa beli hadiah hari lahir dan ulang tahun perkenalan.

23. Sentiasa pandang wajah pasangan semasa bercakap kepadanya.

24. Biarkan dia bercakap sehingga dia puas dan berhenti sendiri.

25. Apabila kita nampak dia penat, tolong dia sedikit sebanyak. Inilah antara perkara kecil tetapi amat menyukakan hati wanita.

26. Wanita cepat jemu. Jadi dia suka berjalan-jalan dan mencari hiburan.

27. Wanita bersifat sentimental. Cinta dan kasih sayang adalah keseluruhan cita-cita dan sasaran hidup.

28. Wanita cemburu kerana ingin mempertahankan harga diri dan mempertahankan kepentingan peribadi.

29. Wanita suka membaca cerpen dan novel yang berkaitan dengan cinta.

30. Wanita sering memikirkan tentang kecantikan diri dan kehodohannya, suka bercermin, menaruh angan-angan bakal suaminya dan suka mengawal lelaki.



P/S: post di dibuat oleh seorang perempuan... so bias itu wujud di dalam hasil nukilan beliau ini.... harap jgn terasa wahai kaum Adam~
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top