Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Bila penjara diroboh…

553px-YosriPintuPenjaraPudu Penjara Pudu atau nama otainya, Pudu Goal telah diisytiharkan baru-baru ini supaya dirobohkan kerana kawasannya yang terletak di segitiga emas Kuala Lumpur berpotensi untuk dimajukan lagi sehingaaga ke tahap maksimum. Rumah yang telah menjadi kuku besi bagi banduan-banduan pecah rumah, rompak samun, rogol, bunuh serta pelbagai jenis kesalahan itu telah dibina pada tahun 1895 lagi di waktu era pemerintahan British. Biarpun rumah bagi pesalah itu telah lama dikosongkan, tapi keunikkannya terletak pada lukisan pada dinding mural yang sepanjang 384 meter dan 4.5 meter tinggi yang pernah mencatat rekod dunia pada masa lampau sebagai mural terpanjang.

pudu4 Namun sekarang yang tinggal hanya sisa-sisa runtuhan batu-bata tembok batu itu yang dirobohkan secara berperingkat-peringkat. Dah tentu ada orang yang menangis dan meratap dengan tragedi yang menimpa penjara ‘kesayangan’ ramai ini antaranya bekas-bekas banduan yang pernah menghuni bilik berdinding batu berpintukan jeriji keluli dan berkatilkan simen. Nak berak pun tak boleh nak hadang sebab masing-masing banduan dapat melihat antara satu sama lain.

pudu8 Juga terdapat seniman yang menangisi ‘pemergian' penjara ini kerana sejarah lukisan mural yang terpapar di dindingnya. Mural yang mungkin tak dapt lagi dilihat pada masa akan datang. Pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa penjara ini bukan bahan sejarah dan tidak patut dipelihara warisan binaannya sekalipun usisanya telah mencatat umur 115 tahun. Penjara Pudu selepas ini hanya akan tinggal tapak dan kenangan kerana mungkin akan dibangunkan menjadi pusat komersial.

Barangkali mungkin ada yang lupa bahawa penjara juga mempunyai tempat hukuman gantung dan kerusi elektrik bagi banduan yang melakukan kesalahan jenayah tahap gaban. Bayangkan berapa banyak roh-roh yang tidak rela semangatnya berpisah dengan badan telah ditarik secara ‘paksa’ di tali gantung dan arus elektrik. Betapa banyak hantu setan yang tidak aman dengan kejadian itu terus menghuni kurungan itu dengan perasaan tidak tenteram.

00vj9 Apakah selepas ini akan dibangunkan hotel, pusat perniagaan, kompleks membeli belah di kawasan tapak penjara itu dirobohkan? Hanya pihak pembangunan bandar yang tahu apakah jenis bangunan yang sesuai didirikan di tapak itu demi memastikan kawasan segitiga emas bandaraya Kuala Lumpur itu dapat mengaut keuntungan yang lumayan dan berjuta-juta lemon. Seandainya hotel yang didirikan, tak mustahil bahawa ada diantara bilik-bilik hotel itu yang akan mengalami gangguan dari roh-roh banduan yang mati dengan pelbagai hukuman seperti tali gantung. Tak mustahil ada pekerja-pekerja syarikat dan ahli perniagaan yang akan dikacau dek hantu yang tak senang duduk apabila tempatnya dimusnahkan dan tak mustahil juga orang ramai yang akan lari dari kawasan itu akibat tak senang duduk di tempat yang pernah meragut nyawa entah berapa ratus atau ribu orang tahanan sejak 115 tahun lampau.

Justeru, memerlukan masa yang agak lama juga untuk membiasakan diri di tempat yang sudah lama tak dihuni manusia tetapi mungkin dihuni dengan sesuatu yang ‘bukan manusia’ jika ingin terus memajukan kawasan berkenaan untuk mempertingkatkan ekonomi dan pembangunan bandar Kuala Lumpur agar terus pesat. Usaha ini juga secara tidak langsung dapat menghalau hantu-hantu kota supaya berpindah-randah ke tempat yang terpencil di mana mereka tidak diganggu lagi oleh manusia yang suka mengambil kediaman orang lain termasuklah kediaman ‘bukan orang’ lain.

Akhirkalam: Dulu mungkin hantu yang menganggu manusia, sekarang manusia pulak yang menganggu hantu…

tali gantung

Tuesday, February 23, 2010

Terkenang member aku seorang…

Tengah dok melayan Facebook tiba-tiba ternampak wajah seseorang yang dah lama lekang dari ingatan. Member sekolah aku sejak dari sekolah rendah lagi. Yang aku kenal kepoyoannya sejak darjah 5. Pagi-pagi datang kelas hingus meleleh lagi. Budak lagi masa tu. Jauh dari akil baligh.

Masuk sekolah menengah dia dah mula tunjuk hero. Buat benda-benda yang sengaja menjadikannya senarai ‘most wanted’ cikgu-cikgu di sekolah. Hisap rokok, ponteng kelas dan sekolah, ganja gua tak tau dia ada try ke  tak. Itu diluar bidang kuasa pihak pengawasan keselamatan persekutuan.

Aku dengan dia memang tak berapa masuk sikit. Cuma aku respek sebab dia boleh dikira pandai main bola la kalau bandingkan dengan aku. Jaringan dia lebih sikit je dari aku. Subjek banyak gila yang gagal. Tiba je waktu Open Day mesti dia bagi alasan kata mak ayah tak ada kat Malaysia la apa la sebagai alasan tak nak tunjuk buku rekod yang penuh warna merah.

Tapi orang-orang macam tu mesti ada perempuan yang minat dan sangkut. Apa keistimewaan yang dia ada? Hensem lagi aku? Pernah juga terbaca yang perempuan suka lelaki yang agak-agak jahat ni. Ke nakal kot? Tak perasan la. Mulut dia manis kot? Entah aku tak pernah pulak gila nak rasa atau jilat mulut dia. Sewel hape?Tapi biasalah orang-orang jahat ni kan selalunya ada saje perempuan mendampinginya. Tak adil betul!

Tak lama lepas tu dia pindah sekolah. Terus senyap dari pandangan orang ramai kat sekolah aku. Ada je tambah dia sebagai kawan kat Facebook tapi sekadar add je la pastu buat tak tahu. La ni bila nampak muka dia tergerak pulak nak tengok apa kegiatan jahat dia yang terbaru. Mana tahu dah jadi pengedar ganja bertauliah ke. Huhu.

Sekarang aweknya punyalah cun bukan main. Tengok gambar-gambar mesra bukan main lagi. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia setia dengan perempuan tu. Tak kan lah nak dilepaskan awek yang muka ala-ala minah Jepun kat orang lain kan? Jaga baik-baik sudah. Gambar yang sempat ditonton menampakkan hubungan mereka agak serius hingga ke peringkat famili dah kenal dan mesra. Cemburulah pulak rasanya.

Apa yang aku kenal dulu dia memang dari golongan berada. Ayahnya berpangkat besar gaji tak kurang 5 angka. Mak dia entah aku tak berminat pulak nak tahu. yang aku tahu dia sangat sombong masa zaman sekolah dulu kecuali dengan budak-budak perempuan atau geng sekaki jahatnya. Maka tak hairanlah kalau sekarang dia boleh kesana kemari berkereta mengangkut aweknya kemana saja. Genting? JB? Langkawi? Huh!

Bila ditatap gambar pasangan itu, nampak serasi dan secocok. Satu pasangan yang agak berada dan mengamalkan cara hidup bekeluarga yang elit. Speaking menjadi bahasa perbualan seharian. Makan nak bersudu garpu saja. Aduh! Kalah cerita Samarinda atau Lestari di TV3!

p/s: Nama tidak disiarkan atas tujuan keselamatan. Cerita ini sekadar mengimbau kenangan masa lampau yang ada kalanya indah dan ada masanya pahit!

Wednesday, February 17, 2010

Muzium komik

shelf-library-2 Aku teringat yang kat rumah aku ada collection komik sejak aku berusia 5 tahun. Dah penuh stor kat umah aku sampaikan aku terpikir nak buat muzium komik. Paling koman pun perpustakaan komik lah.

Pelbagai jenis komik boleh didapati dari yang berkulit tebal hingga yang dah koyak rabak, dari yang putih baru hingga yang kuning kena matahari, dari yang bahasa melayu hingga bahasa cina. Ingatkan boleh kuasai bahasa mandarin kalau aku beli komik tu. Masa tu bodoh alang lagi beli komik cina untuk tengok gambar je. Syabas kepada Tony Wong sebagai pelukis komik hero cina.

Teringin jugak nak jual kot ada peminat setia komik lama-lama yang nak beli ke. Harga boleh runding. Standand barang antik la. Sedangkan syiling lama pun boleh jual ribu-ribu, inikan pulak koleksi komik peribadi aku yang dah makan puluhan tahun lamanya. Paling kurang aku letak harga RM1000 la sebijik komik. Jangan lepaskan, Tak ada lagi di pasaran. Kalau ada pun itu tiruan semata-mata. Belilah barangan buatan tempatan dan yang paling penting original…

Wednesday, December 23, 2009

Wayang Pacak 2

DSC01321

Semalam Kelab Wawasan UIAM telah mengadakan satu program yang dinamakan Wayang Pacak untuk kali yang kedua bertempat di Main Staircase, UIA. Program ini tercetus berdasarkan konsep dahulukala di mana di kampung-kampung orang Melayu akan datang berduyun-duyun untuk melihat wayang gambar. Wayang tersebut di pancarkan terus melalui mesin projektor yang menggunakan engin generator. Sungguh kuno tetapi klasik!

Kali ini, Kelab Wawasan membawakan kembali era-era zaman nostalgia dahulukala kepada pelajar-pelajar UIAM sendiri untuk merasai sedikit sebanyak kemanisan pada waktu itu. Tetapi kali ini di ubah sedikit dengan sentuhan moden dimana wayang akan ditayangkan menggunakan projektor LCD dan memainkan filem-filem Melayu kontemporari. Tetapi suasana dimana penonton akan duduk bersila beramai-ramai berbumbungkan langit dan bintang masih diadaptasikan dalam program Wayang Pacak kali ini.

Pada pukul 5 petang semalam, beberapa orang dari ahli Kelab Wawasan telah mempromosikan program ini dengan menaiki sebuah lori untuk mengelilingi kampus UIA dan masuk ke setiap kolej-kolej pelajar sambil melaungkan dan menjemput mereka untuk datang memeriahkan program yang akan dijalankan pada malam hari. Turut menggunakan kreativiti untuk bermain gendang bagi menarik perhatian umum terhadap program ini. Sungguh unik sekali!

Program yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam terpaksa ditunda kepada pukul 9.30 malam kerana hujan yang turun renyai seakan-akan bermain-main dengan program ini. Walaupun hujan, namun masih ada jua penonton yang sanggup untuk meneruskan menonton filem ‘Pensil’ sehingga habis lebih kurang pukul 11.30 malam. Sungguhpun program kali ini tidak mendapat sambutan hangat, namun Wayang Pacak kali ini masih dapat meraih penonton yang setia menunggu walaupun hujan turun. Tahniah diucapkan kepada Kelab Wawasan UIAM!

Sunday, December 20, 2009

Majlis Kahwin Sir Azib

DSC01290Aku terbangun dari tidur nyenyakku. Kelajuan kipas menunjukkan pada takat 4 tapi aku dah rasa menggigil. Hidung pun mulai berair. Gara-gara tak pakai selimut. Aku memang tak suka pakai selimut. Rasa tertutup. Apa yang tertutup pun entahlah.

Aku terasa nak mengetuk-ngetuk papan kekunci. Seperti apa yang aku tengah buat sekarang. Tengah hari tadi aku pergi majlis perkahwinan. Bekas pensyarah yang mengajar ‘Orang Hati’ aku erti sosiologi dan antropologi semasa di pusat asasi dulu, Sir Azib. Hari ini dia kahwin. Boleh tahan bini dia. Aku tak berapa kenal dia sebab dia tak pernah mengajar aku erti apekejadah logi di atas. Tapi layankan sajalah.

DSC01282 Aku pergi dengan berkeretakan Waja. Sedap pula bawak kereta ni. Harga pun sedap. Berlemak. Bertemankan Orang Hati dan seorang lagi junior. Ingat nak pergi ambik seorang lagi kawan, tapi banyak pula alasan. Tinggallah kau. Sebelum sampai ke majlis, sempat pulak singgah di Giant untuk beli hadiah. Cari punya cari, maka terbelilah hadiah yang agak mahal walaupun mula-mulanya tengok macam murah. Hampeh. Tapi dah beli nak buat macam mana kan. Layannn.DSC01288Sampai di majlis bukan nak makan dulu sebaliknya bergambar, berfotografi, berimagisasi dulu dengan pengantin. Bukan selalu dapat ambik gambar dengan pengantin kan. Layan lagi. Lepas tu aku tak kira. Aku nak makan. Perut aku dah keluarkan bunyi lagu-lagu rock kapak zaman aku kecik dulu. Apa lagi, tibailah makan macam lauk tu kau yang punya.

Masa majlis tu sempat jumpa bekas-bekas pensyarah dan pensyarah yangDSC01287 masih mengajar sekarang. Sir Majid bawak anak isterinya, Madam Sza melayan keletah ‘baby girl’nya yang sentiasa merengek. Sir Arshad pulak sibuk melantak dengan orang rumahnya. Masing-masing buat macam biasa. Kenalan sesama student adalah beberapa umat dan puak-puak. Sekaranglah baru nak bertegur sapa. Kat UIA buat tak kenal aja. Manusia…

Bila dah puas masukkan makanan dalam perut, muka dalam kamera dan meluahkan isi hati dengan kenalan-kenalan, maka beransurlah membawa diri balik ke perantauan. Balik UIA laa…

tukang tulis

Sunday, December 13, 2009

Kau, kau dan kau…

Aku bukan nak mengata orang. Jauh sekali nak mengumpat atau gosip-gosip liar. Bukan juga nak jaga tepi kain orang sebab orang sekarang pakai kain pun tak cukup. Boleh belah dengan paparazzi dan mamarazzi. Aku bukan dapat duit pun kalau aku tulis pasal orang-orang tertentu ni. Sekadar luahan sebab blog ni aku yang punya. Ikut suka suki hati tuan punya blog la katakan.

Sedih bila mengenangkan kawan-kawan sekarang suka memakan balik kawan-kawan. Bak haruan makan anak. Dulu bila saat senang, sama-sama berkumpul. Enjoy ke sana ke sini. Hidup meriah. Gelak ketawa di mana-mana. Sekarang bila susah, erti kawan tu dah hilang. Lenyap ditelan ego sendiri. Lesap macam biskut chipsmore. Semua bagi alasan. Hantar SMS tak balas. Call tak angkat. Masing-masing jadi makhluk asing.

Bila senang semua mengaku kawan. Bila susah semua buat tak nampak. Aku ada hati. Punya perasaan. Facebook sentiasa ada untuk aku korek apa hal ehwal semasa kau, kau dan kau semua. Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau, kau dan kau buat. Aku mungkin rabun tapi aku tak buta dan pekak. Kau sorok macam mana pun aku tetap tahu juga. Terima kasih pada teknologi canggih zaman sekarang.

Aku tahu di belakang aku kau semua mengutuk aku, mengata, mengumpat, memburuk-burukkan macam kau orang semua cantik. Tak guna cantik pun kalau hati busuk, meloyakan, menjijikan macam sampah sarap kat tempat pengumpulan sampah kat Klang. Sentiasa kau orang ada kawan bila tiba masa untuk mengata belakang orang kan. Jangan ingat aku tak ada pengintip, inteligen dan penyamar yang bersifat talam dua muka. Macam umang-umang.

Cukup setakat tu. Aku dah penat memikirkan hal kau, kau dan kau. Aku dah cukup sakit hati. Aku dah puas memendam rasa. Akhir ingin aku nyatakan sedangkan gunung berapi lagikan meletup. Inikan pula hati manusia. Lu pikirlah sendiri…

 tukang tulis

Wednesday, December 9, 2009

Koboi ke Johor Baharu

9pm. Wadi ajak aku turun ke Johor Baharu. Mak seorang kawan kami meninggal petang tadi. Kawan kitaorang tu pun sebenarnya baru lepas kemalangan raya lalu. Ni mak dia pulak yang meninggalkan alam dunia ni. Bertimpa-timpa dugaan. Kesian pulak. Sebagai seorang ahli kelab yang berdedikasi dan bermamabagi, nak tak nak setiap kami yang turun ke JB kena hulur RM 50 untuk tambang minyak kereta dan tol. Dalam hati sedikit merungut.

3am. Telefonku memainkan bunyi mesej masuk. Tertulis, “turun skrg.” Dengan sebuah beg disumbat baju sejuk dan buku cerita, aku turun ke kereta Iswara buruk tak berkunci bernama Sherry. Aku hulur kunci kereta kepada Wadi. Wadi panaskan enjin sementara menunggu Faruqi yang baru keluar dari bilir air dengan bertuala bawah paras pusat. Kelihatan menggigil. Macam kucing kena simbah air.

4am. Kereta dipandu Wadi bak pelesit meredah Jalan Hulu Kelang sebelum susur keluar ke tol Sg. Besi menuju arah selatan. Mamod kat sebelah aku terlentok dengan mulut ternganga luas. Mentang-mentang tak ada lalat dalam kereta. Dia kena tidur sebab masa balik nanti dia yang kena drive. Sambil kunyah gula-gula masam dan keropok ikan keras, aku, Wadi dan Faruqi bercerita tentang hal ehwal semasa kelab. Gosip sana dan umpat sini. Saja tambah dosa sikit.

5am. Dah masuk sempadan Melaka. Wadi semakin rancak bercerita tentang orang itu dan ini. Faruqi pun selaku media massa yang 100 kali lebih pantas dari CNN kerap menyiarkan berita-berita panas terkini ala-ala Melodi. Sesekali Wadi mintak Faruqi terangkan hujahnya seperti menerangkan kepada budak darjah 5. Sukar untuk ditafsirkan putar belit lidah ular lidinya.

6am. Singgah tempat rehat Machap untuk membuang bahan kumuh dan menambahnya kembali dengan air teh ‘O suam. Seakan serupa warnanya. Rasanya mungkin manis-manis gula jugak.

rumah faruqi Rumah Faruqi

mamod dan wadi7am. Sampai rumah Faruqi kat Senai. Borak dalam 10 minit dengan ayah Faruqi. Anak dengan bapak langit dengan bumi. Merasa jugak la sarapan lontong Johor kat rumah dia. Agak kurang asam bila sempat tengok tv sekejap sambil terlentok kat sofa. Nasib baik air mulut tak meleleh. Penampilan kena jaga.

9am. Tiba di rumah si mati. Ayah kawan kami menyambut dengan senyuman. Dalam hati dia tuhan saja yang tahu. Anak sakit, isteri meninggal. Agak kusut masai mungkin serabut nak selesaikan itu ini. Punca kematian mungkin sebab jangkitan kuman atau parasit. Tak sempat jumpa kawan kami sebab dia pun masih tak sihat. Wadi hulurkan derma kat ayahnya hasil kutipan ahli-ahli kelab malam tadi. Mintak banyakkan bersabar dan tabahkan hati. Allah sentiasa bersama hambaNya.

10am. Gerak balik ke Kuala Lumpur. Tak boleh singgah mana-mana destinasi percutian atau perkelahan sebab poket kering. Lagipun nak kejar masa sebab ada urusan lain. Mamod yang segar memecut kereta dengan skill berbahayanya menyusur lebuhraya utara-selatan. Lori dan bas pun mengelak ke kiri memberikan laluan kepada kereta kami.

2pm. Sampai di UIA Gombak dengan mata merah dan sakit tekak. Tanda-tanda nak demam. Damn! Aku terus ke kelas Arab untuk memastikan kehadiran penuh. Hari ni memang buat kerja semua macam koboi! Tapi koboi ni semua naik kereta.

******

p/s: Kadangkala kita perlu berkorban sesuatu atas dasar desakan. Aku sendiri berkorban wang, masa dan tenaga kerna aku tahu semua ini ujian dariNya. Bila-bila masa boleh di balas balik. Hari ini hari kau. Mana tahu esok hari aku?

1F132A9AFE17D7B1CE3F70C26CF914B4

Friday, December 4, 2009

XXXII. 1, 2, 3…? Cepatnya!

mini jadual
Aku baru lepas check jadual pre-registration aku. Semua subjek yang aku nak dah selamat didaftarkan. Lega gila. Tambah satu subjek kena ulang. Bodoh punya I***r. Bengang aku dengan kau. Kau punya pasal la ni. Celaka.


Cuma Intro to Econs je aku pikir nak drop sebab kelas tu pagi sangat. Takut  aku tak boleh bangun. Huhu. Kena tukar kelas yang lambat sikit. Buka semester nanti aku kena add balik subjek tu secara manual. Nampaknya kena mengadap Wahabuddin si Kepala Jabatan la gamaknya.


Aku periksa Comfirmation Slip. Ku lihat atas kanan. Wah! Aku dah level 3. Maknanya aku dah tahun ke-3. Gila lama. Tak terasa kepantasan waktu bergerak. Lagi 2 tahun aku grad. Huhu. Insya-Allah. Tak sabarnya!
Dah tahun 3 ni maknanya subjek makin susah. Study makin payah. Tugasan makin parah. Dugaan makin gagah. Silap-silap boleh muntah darah. Wek!


Tahun 3. Maknanya junior aku bertambah ramai yang masuk UIA. Aku dah jadi senior. Terbayang-bayang panggilan dari freshie-freshie: “Abang…itu. Abang…ini.” Bila senior ni banyak orang rujuk kat kita. Siapa lecturer killer. Camne nak tiru dalam exam. Apa alasan best untuk ponteng kelas. 1001 soalan dikeudarakan. Berpengalaman la katakan.

Wednesday, December 2, 2009

XXXI. Once upon a time… (Grade 2)

Haa… Masa ni umur aku dah masuk 8 tahun. Dah Darjah 2. Yeay! Aku masuk kelas yang paling top antara 3 kelas kat sekolah aku. Cikgu-cikgi yang mengajar pun semua hebat-hebat kalau nak dibandingkan dengan dua kelas yang lain. Cikgunya lemah semangat. Budak tahap 1 pun susah nak tackle.


Subjek Pendidikan Jasmani masih subjek kesukaan setiap kanak-kanak ribena di sini. Masa ni aku dah maju sikit. Hobi aku suka bawa komik ke sekolah. Bila ada masa lapang je aku mentelaah la komik tu. Study apa-apa yang patut. Semestinya berkongsi bersama rakan-rakan yang baru separa mumaiyiz ni. Kalau tak pun kami akan bermain ‘pemadam’. Tengok siapa yang ‘makan’ siapa. Kebiasaannya pemadam yang lagi besar akan menang.


Lagi satu aktiviti membuang masa ialah keluarkan semua alatulis dalam bekas pensil dan susun jadi kapal perang. Siap dengan peluru berpandu dan torpedo. Kecik-kecik dah berfantasi pasal perang. tak hairan la banyak pengebom berani mati sekarang ni.


Waktu rehat pulak kami akan bermain permainan tradisional, gasing. Pentas gelanggang adalah di belakang kelas. Bila cikgu keluar je gasing pun turut sama keluar. Tapi tak ada seorang pun yang berani nak putar gasing tu atas tapak tangan macam pemain gasing profesional buat. Tapak tangan masih suci agaknya.


Zaman ni boleh dikatakan aku agak ‘playboy’. Aku kawan dengan semua budak tak kira laki atau perempuan. Pondan belum wujud dalam kelas aku masa ni. Tapi aku lebih mesra belah perempuan. Siap minta no telefon rumah. Asal malam je aku call la. Borak macam-macam cerita. Masa tu otak masih bersih. Belum tahu maksud ‘sexual harassment.’


Mak aku ada mintak tolong dengan seorang budak perempuan Cina untuk tolong tengok-tengokkan aku. Naomi namanya. Amoi cun tapi badan masih leper lagi. Pengawas darjah 5. Tapi aku anggap dia macam kakak je. Kalau dia masih ada sekarang itu cerita lain. Waktu rehat aku ada kuasa ‘veto’ untuk makan dalam kelas. Sebab ada kakak pengawas jaga aku. Budak-budak lain tak komen apa-apa sebab belum belajar topik hasad dengki.


Guru Bahasa Melayu aku, Cikgu Norlela. Cikgu yang aku paling sayang. Last aku jumpa dia tahun 2000 dan rupa paras masih sama. Dia ni boleh dikirakan mak angkat aku la. Boleh tahan jugak aku rapat dengan dia dulu. Boleh dikategorikan sebagai bodek. Kepintaran aku memanipulasi masih mantap kalau nak dibandingkan dengan budak lain yang sebaya tapi otak masih di tahap tumbesaran.


Waktu petang pulak aku pergi sekolah agama. Tapi start darjah 1 sebab tahun lepas aku tak sekolah agama. Budak-budaknya pun muda setahun jagung dari aku. Tapi aku masih maintain ‘cool’ tak nak tunjuk senioriti di sini. Kebanyakkannya datang untuk main-main. Ada juga yang bawak permainan dan teddy bear. Pemikiran masih di tahap kanak-kanak berusia 1 digit. Mak bapaknya tak periksa ke apa yang ada dalam beg anak mereka?


Result kedua-dua sekolah boleh tahan. Tapi sekolah pagi tak cemerlang sangat sebab duduk dalam kelas top. Persaingan sengit di situ. Sekolah agama pulak aku pun tak tahu result dapat berapa. Tak ingat ada belajar atau tidak. Yang penting ialah kegembiraan. Siapa yang jadi ustazah masa tu memang sangat sabar dan tabah menempuh cobaan.


bersambung darjah 3....

Monday, November 30, 2009

XXVIIII. Once upon a time… (Grade 1)

tiba-tiba aku terasa nak tulis balik kenangan aku masa aku darjah satu. SRK Jalan Bellamy. itulah nama sekolah aku dari darjah satu sampai darjah tiga. pastu aku dah pindah sekolah lain.

terletaknya sekolah ni dekat dengan istana negara. padahal aku tak pernah nampak pun Agong lalu berdekatan. mak aku jadi cikgu kat sekolah ni dulu. tu yang aku end up masuk sekolah ni. tapi masa aku masuk sekolah ni mak aku pindah pulak sekolah lain. hampeh sungguh.

aku masih takut untuk bergaul dengan kawan-kawan. tiap-tiap hari waktu rehat dan selepas habis sekolah aku akan panjat kerusi kayu dan call mak aku kat sekolah baru dia. rindu. padahal hari-hari jumpa. manja lagi time tu. sekarang baru belajar berdikari.

nak kata aku pandai masa darjah satu takde la sangat. aku tak fikir pun yang aku tengah belajar. cikgu bagi latihan aku buat. suruh lukis aku lukis. suruh buat itu ini aku buat aje tanpa berfikir kenapa cikgu suruh aku buat benda-benda sedemikian?

mungkin sebab mak aku dah biasa bagi macam-macam latihan kat rumah. kebanyakkannya Matematik la. aku pulak suka mewarna. melukis memang hobi aku. watak utama adalah Doraemon dan Goku. zaman tu tengah top komik tu. memang pujaan hatyku.

waktu Pendidikan Jasmani adalah subjek kesukaan setiap pelajar. permainan kegemaran ialah badminton dan bolasepak. adalah sekali dua main ‘roundes’. game ni macam ‘baseball’ dan ‘softball’. yang pasti lepas pukulan kena bola, kena lari keliling padang. penat la bodoh. ingat budak umur 7 tahun kuat sangat ke? pelajar yang tak bawak baju sukan akan di denda oleh cikgu. kutip sampah ke. lari keliling padang ke. sama macam main ‘roundes’ gak. bezanya pakai baju sukan atau tak. paling teruk kena cuci jamban ke. kecik-kecik lagi cikgu dah layan budak-budak macam banduan penjara. zalim ya amat.

kring!!! waktu rehat untuk tahap 1 pukul 10.15am. tak cukup senaman waktu Pendidikan Jasmani. waktu rehat main kejar-kejar lagi sambil ‘spray’ aiskrim ‘pop’ yang tak beku kat kawan-kawan. satu 10 sen. bukan nak buat makan benda tu. kecik-kecik dah pandai membazir. habis rehat je badan dan baju melekit kena gula aiskrim ‘pop’.

aku masih ingat lagi hari tu. hari anugerah cemerlang. cikgu suruh aku amik hadiah. aku tanya kenapa kena amik hadiah? cikgu cakap aku pandai. cemerlang dalam ujian. eh, bila masa aku amik ujian? tak sedar pun. aku dapat tempat kedua dalam kelas masa tu. celaka punya budak. ada yang lagi cemerlang dari aku. budak tu anak cikgu jugak. cikgu Bahasa Melayu. aku benci cikgu tu. bajet body lawa sangat. pikir dirinya Angelina Jolie. anak dia pun bajet bagus jugak. gila pangkat masa tu. rasanya sekarang dia main kriket untuk squad kebangsaan.

indahnya zaman tu. zaman penuh dengan keceriaan dan permainan. tak sedar ada exam. tahu-tahu je dapat hadiah anugrah cemerlang. kalaulah sekarang kat universiti pun macam tu jugak. tahu-tahu dah graduate. mengarut dah aku ni.

bersambung…Grade 2

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top