Semalam Kelab Wawasan UIAM telah mengadakan satu program yang dinamakan Wayang Pacak untuk kali yang kedua bertempat di Main Staircase, UIA. Program ini tercetus berdasarkan konsep dahulukala di mana di kampung-kampung orang Melayu akan datang berduyun-duyun untuk melihat wayang gambar. Wayang tersebut di pancarkan terus melalui mesin projektor yang menggunakan engin generator. Sungguh kuno tetapi klasik!
Kali ini, Kelab Wawasan membawakan kembali era-era zaman nostalgia dahulukala kepada pelajar-pelajar UIAM sendiri untuk merasai sedikit sebanyak kemanisan pada waktu itu. Tetapi kali ini di ubah sedikit dengan sentuhan moden dimana wayang akan ditayangkan menggunakan projektor LCD dan memainkan filem-filem Melayu kontemporari. Tetapi suasana dimana penonton akan duduk bersila beramai-ramai berbumbungkan langit dan bintang masih diadaptasikan dalam program Wayang Pacak kali ini.
Pada pukul 5 petang semalam, beberapa orang dari ahli Kelab Wawasan telah mempromosikan program ini dengan menaiki sebuah lori untuk mengelilingi kampus UIA dan masuk ke setiap kolej-kolej pelajar sambil melaungkan dan menjemput mereka untuk datang memeriahkan program yang akan dijalankan pada malam hari. Turut menggunakan kreativiti untuk bermain gendang bagi menarik perhatian umum terhadap program ini. Sungguh unik sekali!
Program yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam terpaksa ditunda kepada pukul 9.30 malam kerana hujan yang turun renyai seakan-akan bermain-main dengan program ini. Walaupun hujan, namun masih ada jua penonton yang sanggup untuk meneruskan menonton filem ‘Pensil’ sehingga habis lebih kurang pukul 11.30 malam. Sungguhpun program kali ini tidak mendapat sambutan hangat, namun Wayang Pacak kali ini masih dapat meraih penonton yang setia menunggu walaupun hujan turun. Tahniah diucapkan kepada Kelab Wawasan UIAM!
No comments:
Post a Comment