Satu lagi entri melepas geram aku. Geram dengan kehidupan
ini yang kurasakan seakan-akan tidak adil. Astaghfirullah… Kenapa aku jadi
camni? Kenapa dan kenapa? Kenapa lagi??? Menolak takdirnya sedangkan kita semua
tahu setiap sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya yang tersembunyi…
Geram. Kenapa geram? Geram bila aku tak dapat apa yang aku
nak. Apa yang aku nak? Macam-macam. Manusia kan sifatnya tak pernah puas. Itu memang
lumrah makhluk bernama manusia. Sentiasa rasa tidak cukup dan bersyukur dengan
apa yang ada. Semoga Allah ampunkan segala dosaku… :’(
Aku nak perubahan dalam hidup. Aku nak ubah hidup aku supaya
jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Aku rasa tak salah kalau aku nak upgrade dan
berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik kan?? Dan sekaranglah masanya aku
rasakan betapa pentingnya untuk aku memulakan perubahan dalam hidup ni.
Sorry to say yang aku sebenarnya agak tertekan dengan
suasana di rumah yang sentiasa tidak terurus. Kedua parent aku dah tua dan aku
pulak sibuk bekerja. Jadi apa yang tinggal untuk menguruskan rumah? Orang gaji?
Makan sendiri pun seminggu 3 4 kali lauk kuah je. Alhamdulillah. Tapi tu masih
tak melayakkan aku untuk mencari orang gaji. Kalau gaji dah 6k 7k barulah pikir
nak ada orang gaji atau tak.
Perkara pokoknya aku bukan nak orang gaji. Aku perlukan
seorang yang boleh menjadi SURI HIDUP. Bukan suri rumah atau Lisa Surihani. Itu
Yusri dah kebaih dulu jadi milik dia. Kalau nak tulis sejauh mana atau seperlu
mana aku kepada seorang berstatus isteri, aku tak mampu nak tulis kat sini
sebab itu rahsia hati. Aku punya sebab dan alasan kenapa aku perlukan seorang
untuk jadi seorang suri dalam hidup aku.
Sebab di situlah aku yakin bahawa aku dapat mengubah diri
aku kehidupan aku untuk bergerak selangkah lagi maju dalam kehidupan ini. Maju
dalam tanggungjawab. Maju dalam menyempurnakan agama. Maju dalam menjaga hati
dan perasaan. Maju dalam mengawal emosi dan rohani. Maju dalam menjadi seorang
Muslim sejati. Dan yang paling penting maju dalam menjadi seorang hamba Allah.
Aku dah pikir masak-masak. Titik tolaknya bermula dari situ.
Rasa yang terlalu membuak-buak untuk merasai kasih dan saying seorang wanita
bernama isteri, zaujah. Sungguh tak mampu aku nak luahkan di ruangan yang terhad ini.
Bukan masalah terhad saja, tetapi apabila hati berbicara, apakah perkataan yang
mampu untuk menzahirkan rasa itu…
Sungguh tak mudah untuk mengubah hidup ni kan wahai kalian…
Allahu Allah.. T_T