Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Friday, February 5, 2010

Aku yang suka merungut

Aku terperangkap dengan pelbagai keadaan. Tapi ada orang tak memahami diri aku. Perasaan aku. Hati aku. Nak salahkan tak boleh jugak. Dia tak ada bersama dengan aku masa aku terperangkap. Kalau dia ada dengan aku mesti dia akan terperangkap gak.

Masalahnya bila dia tak ada bersama aku, dia akan merungut kata aku suka mungkir janji la, suka buat dia sakit hati lah. Macam-macam lah. Maafkan aku. Aku memang manusia yang tak sempurna. Aku sentiasa bergantung pada orang lain untuk melakukan sesuatu. Namun aku sentiasa dan masih mengalami kekangan dalah hidup. Kekangan untuk bergerak. Kekangan untuk bersuara. Kekangan untuk membuat keputusan. AKu sentiasa terikat dengan orang lain.

Ambil contoh la, aku TAK ADA kenderaan. Kenderaan aku hanya KAKI. Yang lain semuanya bukan milik aku. Itu milik orang lain. Zaman sekarang semua orang memerlukan pengangkutan untuk bergerak. Jauh mana sangatlah kita boleh bergerak dengan KAKI sahaja? Fuiyoo jauhnya…

Dan aku memang marah dan menyampah dengan orang yang berkereta. Mereka mudah pergi ke mana saja mereka suka. Kebanyakkan mereka yang ada kereta (yang aku nampak kat dalam kampus la) cuma guna kereta untuk pergi kelas, keluar makan, berfoya-foya dan kerja-kerja yang remeh. Aku lain. Aku banyak menggunakan kereta untuk kerja-kerja kelab, kerja-kerja persatuan, urusan seri paduka baginda dan yang penting-penting saja. Yang lain-lain itu semua sampingan. Kerja penting dah settle, kerja lain dibolehkan. Sendiri mau pikir la.

Aku cemburu. Aku cemburu. Aku cemburu!!! Orang lain dapat semua kemewahan itu semua sebab mak bapak diaorang kerja gaji masuk sebulan 5 angka. Boleh lah rasa kemewahan yang melampau. Aku sedar diri aku. Aku tahu siapa aku. Yang aku boleh buat hanya merungut, merungut dan merungut… Sampailah aku puas atau letih.

Apakan daya. Aku tak mampu untuk memiliki semua itu. Aku hanya manusia yang hidup sederhana sebab kewangan aku sederhana. Bawah sederhana pun mungkin juga. Tapi tuhan suruh kita bersabar. Tak apalah. Akan ada satu masa aku mengecapi itu semua. Bila agaknya? Sabarlah…

Sama ada dapat atau tak aku rasa semua itu, itu kerja tuhan dia yang tentukan. Hidup biar bertuhan, mati biar berhantu…

Maskara 19

Thursday, February 4, 2010

Melukut lagi

Aku terasa hati lagi hari ini. Entah mengapa aku asyik nak terasa hati je. Dengan orang ni. Dengan orang tu. Hari ini pulak bila kedatangan aku rasa macam tak diundang. Aku datang atas dasar jemputan oleh seseorang. Tapi bila aku datang je semua orang ingat aku ni macam orang asing. Rasa macam alien pulak. Sakit hati rasanya. Meluap-luap.

Tapi aku buat bodoh je. Pergi lantak la ape orang lain nak kata, nak cakap belakang, cakap depan. Suka hati korang lah. Yang aku tahu aku buat kerja aku sendiri. Aku punya suka.

Wednesday, February 3, 2010

Aku bukan kedekut



Hari ini aku berjumpa lagi dengan kerenah orang yang aku tak berapa nak gemar. Walaupun dah lama aku kenal orang tu, tapi lama kelamaan sifatnya itu menjadi-jadi sampai aku kadangkala jadi terasa hati dengan sikapnya itu. Sikap dia tu yang bermotifkan hentaman membuat aku timbul rasa menyampah dan meluat. Tapi layankan saja lah.

Cerita sebenarnya panjang tapi bila dah dipendekkan berbunyi begini: Masa tu perut beberapa orang tengah lapar dan sibuk nak cari tempat makan. Dia berkata asyik dia saje yang selalu belanja orang makan. Kali ini dia nak orang lain lah pulak yang ‘buka meja’. Tiba-tiba ditujunya nama aku. Alasannya aku tak pernah belanja orang makan. Hei, tolong sikit. Aku pernah belanja kawan-kawan aku makan okay. Aku bukanlah kedekut tahap kuda. Mungkin dia mengeluarkan kenyataan begitu sebab dia fikir aku tak pernah belanja dia makan. Aku masih ingat aku pernah belanja dia makan. Yang pasti lebih dari 2 atau 3 kali.

Aku tahu bila aku nak belanja orang. Aku selalunya belanja orang apabila ada kerja-kerja yang memerlukan khidmat mereka. Contohnya cat banner, gantung bunting dan lain-lain. Aku keluarkan duit aku SENDIRI ye. BUKAN duit program. BUKAN duit upah. Tapi apo nak dikato bila orang lain anggap beli makan dan minum itu bukan dari duit aku sendiri. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak gaduh-gaduh. Buang masa.

Aku keluarkan duit aku sendiri kerana aku rasa masa itu aku telah menggunakan tenaga dan masa kawan-kawan aku untuk menyiapkan kerja. Jadi seharusnya aku bagi sedikit penghargaan untuk mereka. Aku tidak akan mengeluarkan duit aku sewenang-wenangnya untuk dibelanjakatakkan memenuhi perut orang lain. Ada orang yang buat macam tu dengan alasan nak jaga hati kawan. Nak pegang budak. Nak bina hubungan. Akhirnya poket sendiri juga yang kopak sampai terpaksa pinjam duit orang lain. Aku tahu dimana status kewangan aku dan sebab itulah aku cuba untuk berjimat cermat. Bukan kedekut.

Aku bukan orang kaya. Aku bukan anak menteri. Aku bukan tauke balak. Aku bukan kontraktor binaan yang poketnya kembung berjuta-juta. Aku hanya seorang pelajar yang pada masa ini membuat pinjaman dengan PTPTN yang perlu aku langsaikan lepas habis belajar nanti. AKu juga perlu simpan sedikit wang untuk mencapai impian aku yang juga impian semua orang. Aku nak kahwin. Aku nak beli kereta. Aku nak beli rumah. Dan terlalu banyak benda lain yang aku nak miliki dalam dunia ini.

Semua itu memerlukan aku untuk mula berjimat cermat dan belajar untuk menyimpan demi kesenangan di masa hadapan. Tapi apakan daya. Kadangkala ada orang tak faham perasaan dan hati kita bila kita tak pernah cerita tentang masalah kita kat orang lain. Aku bukan jenis suka memberitahu masalah aku pada orang lain kecuali jika aku betul-betul dah tak tertahan. Saat itu aku akan meluahkan. Dan bukan semua orang terpilih untuk mendengar luahan aku.

Pada aku, janganlah kita terlalu memandang buruk seseorang itu kerna mungkin dia ada masalah yang mengekang dia untuk berbuat demikian. Aku pasti seandainya orang itu berkemampuan dan tak ada masalah, dia pasti akan membuat sesuatu yang akan menggembirakan semua orang.

Wallahualam…

Monday, February 1, 2010

Perangai orang hari ini

Hari ini sekali lagi aku marah dan meluap-luap macam gunung berapi. Tapi nasib baik gunung berapi tu tak meletup secara fizikal. Secara mental cuma. Penampilannya menggelikan seluruh urat saraf dan saraf tunjang aku. Terketar-ketar seluruh badan menggeletar melihat liang liuknya. Sangat menaikkan pengaliran hormon adrenalin ke tahap maksimum.

Aku nampak seorang perempuan yang agak-agak kurang cantik la. Badanya besar gedempol semacam lagi nak pakai baju dan seluar yang ketat-ketat. Kalau cun tu tak apa la jugak. Ini macam sarung nangka busuk. Mulutnya boleh tahan la mengutuk orang. Rasa macam tak sedar diri pulak budak tu. Cakapnya main lepas je. Yang aku bengang pulak tu dia boleh pulak datang sini bawak kereta. Parking kereta pulak tak betul. Masuk pun separuh je. Memang mengganggu keluar masuk kereta. Apa dia pikir jalan ni bapak dia yang bikin?

Tak cukup dengan itu. Adalah pulak seorang manusia ni yang sememangnya dia adalah seorang yang amat tua (senior). Berlagak macam tempat ini dia dah pijak selama beribu-ribu tahun. Beraksi macam dia mempunyai pengalaman dari perjalan sejuta tahun. Bercakap macam dia adalah manusia yang tak pernah buat salah dalam dunia. Hanya dia yang betul dirasakan. Beri arahan pulak pada waktu dan keadaan yang tak sepatutnya. Di mana letaknya pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari selama jutaan tahun? Tunjukkanlah kalau betul berpengalaman dan bertindaklah secara profesional. Ini tidak, lain yang diucapkan, lain yang dilakukan.

Ada saja benda yang menghilangkan mood aku pada hari ini. Gelagat dan fiil pelbagai orang yang ditemui pada hari ini kurasakan nak pijak-pijak saja sebab menyampah dengan perbuatan-perbuatan mereka yang tak sedar dek diri. Hampas! Hampagas!

Disclaimer: (Maaf kalau penggunaan bahasa yang digunakan adalah melampau. Ini berlaku kerana penguasaan diri untuk mengawal minda adalah di tahap yang membimbangkan. Kadar kewarasan adalah separa dan perasaan untuk melakukan perkara-perkara emosi adalah tinggi.)
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top