Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Sunday, November 7, 2010

Kala 3 pagi

Hari ini aku tempuh satu lagi perjalanan hidup. Perjalanan hidup yang sementara ni banyak mengajar aku erti kehidupan. Hidup ni memerlukan kita untuk sentiasa mencari pencipta iaitu tuhan. Kita seringkali lupa kepadanya di saat kita leka dan alpa dengan nikmat dunia. Dunia ni hanya ujian, cabaran dna dugaan. Pentas di mana kita perlu bertarung untuk mengecapi hidup yang aman dan mengejar akhirat yang kekal abadi.

muhasabahAku sekarang akan menempuh tahun 4 di universiti. Sedangkan masih banyak yang bakal menanti di kemudian hari. Adakah aku sudah bersedia? Adakah aku sudah cukup mampu untuk menempuh hari mendatang? Aku tak dapat tidur memikirkan persoalan hidup ni. Saban hari dugaan yang datang makin mencabar. Menggugat iman sesiapa yang lemah menghadapinya. Otak serabut tak payah cakaplah. Memang suatu tekanan yang sentiasa bermain di minda tak henti-henti.

Exam ada 4 kertas yang yang bakal diduduki. Sedangkan mood untuk belajar masih belum datang. Entah akan datang atau tak akan datang. Kemudian datang pula persoalan study. Kenapa susah sangat nak study? Kenapa perlu ada motivasi baru nak study? Tabahkan hati aku untuk teruskan perjuangan. Aku sendiri belum dapat jawapan…

Aku perlu mencari tuhan. Ada ketika aku ingat dan ada juga aku melupakannya. Kenapa aku lupa pada pencipta? Kenapa aku lalai dalam mengingatinya? Adakah hasutan syaitan itu terlalu kuat sehingga aku lalai dalam kewajibanku? Kenapa di saat-saat kesusahan baru aku nak mencariNya? Sedangkan aku perlu sentiasa ingat padaNya tak kira susah ataupun senang? Oh hidayah, datganglah kepadaku, aku perlukan petunjuk dariMu Ya Allah.

Aku sedar aku ini lemah. Lemah untuk melawan hawa nafsu hidup di zaman ini. Aku mengaku aku persetankan semua yang bagiku membuang masa, bermaksiat, perkara yang sia-sia dan sebagainya. Tapi kenapa aku masih tak berusaha untuk melawannya? Kenapa, kenapa dan kenapa?

Masih banyak yang perlu aku tempuhi. Belajar, kerja, kahwin, tanggungan, mak bapak, masyarakat, kewangan. Itu semua perlu bagi aku teruskan hidup. Berbaloikah aku berkorban untuk semua ini? Sedangkan aku juga berniat untuk berjuang di jalan Allah. Cukup keringkah hati ini untuk aku korbankan yang sementara demi mencari keredhaanNya? Aku sedar yang hidup ini hakikatnya kita tetap berseorangan walaupun wujudnya ibu bapak, saudara mara, sahabat handai. Kerna yang akan jawab soalan alam kubur itu kita seorang. Yang akan meniti Sirat itu kita seorang. Yang akan ditimbang amalan itu kita seorang. Dan yang akan masuk alam kekal itu kita jugalah yang menentukan sejak dari kita lahir hingga saat kematian.

Aku mungkin pikir terlalu banyak. Berfikir dan berfikir sampai serabut otak ni dibuatnya. Masa semakin singkat. Adakah aku masih mempunyai masa untuk lakukan semua itu? Aku cuba untuk sedar yang perjuangan hidup dan matiku, hanya untuk keluargaku, agamaku dan tuhanku. Tiada lain.

Thursday, November 4, 2010

Hati Meletup…

broken_heart_emo-1500Hari ini hati aku meluap-luap. Meluap kerana aku rasa seperti dipermain-mainkan. Ingat aku ni anak kecil ke kau nak bagi layanan yang sedemikian rupa? Kau ingat kau bagus?

Menyampah tahap gaban selepas aku tahu keputusannya yang aku tak tersenarai dalam pemilihan itu. Penat membazir masa berlari ke sana ke mari sampai berpeluh-peluh menitik turun dari badan. Kejap orang sana. Kejap orang sini. Hanya untuk memastikan samada berita tu sahih atau tak. Tapi semua orang hanya membangaukan orang lain dengan pass kat orang sana lepas tu orang lagi sana dan lagi-lagi sana. Sebenarnya orang tu tak ada pun hari ini…

Kenapa aku tak dipilih membuatkan aku rasa bengang separuh hari. Penat lelah aku menyediakan semua kelengkapan dan proses-proses semua aku lalui semata-mata untuk dapatkan peluang itu. Apakah aku tak layak? Bullshit la… Setakat nak dapat takat yang tertinggi pun aku layak sebenarnya… Bukan nak menunjuk atau membangga diri, cuma aku masih bengang sebab menjadi mangsa keadaan yang mendiskriminasikan aku sebagai seorang insan.

Berikan aku satu sebab yang kukuh kenapa aku tak dapat pemilihan tu. Tak banyak. Satu je. Kau nak kata yang kejadian-kejadian lepas di antara sebab aku tak dipilih kali ni? Aku ade 1000 alasan yang kukuh untuk membuktikan yang aku tak bersalah dalam kes tu. Aku buat mengikut prosedur yang sebenar dan korang sebenarnya tak ada hak untuk hukum sesuatu yang tak salah!

Dah la… aku dah menyampah dengan korang. Lantak korang lah. Aku malas nak amik tahu lg dah. Kalau ade rezeki tu ada lah. Kalau tuhan nak balas pun korang lah yang akan terima akibatnya. Astalavista…

Sunday, October 24, 2010

Kau Wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

3.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

4.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

5.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

6.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

7.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

Friday, October 22, 2010

Maskara!!!

Maskara oh Maskara~

Lama gile aku tak pergi tengok persembahan Maskara oleh Sindiket Sol-Jah. Bila dah sekali pegi tu terasa tarikannya nak pergi lagi berkali-kali lagi dan lagi dan lagi. Eyyy..berapa banyak kali-kali lagi-lagi daa...

Aritu cuma dapat pergi sekali je. Masa itu pun kebetulan Azree pergi sekali dan naik kereta dia. Kalau tak mungkin tak pergi juga rasanya. Aku terlepas Maskara Shorties. Belum kesempatan lagi nak tengok tayangan cerita-cerita pendek yang mengandungi pelbagai nasihat. Haha. Macam aku ni dengar nasihat je.

Dah tu buat program pulak kat Rumah Pena. Untuk aku yang takda transport ni memang patah kaki dan tangan la. Nak harap siapa pula yang sudi nak bawak aku ke sana. Azree pun dah busy dan dia macam dah tak amik port lagi pasal Maskara ni. Syafiqah pun takde kereta. Haih. Orang-orang yang jiwa seni ni selalu je ada dugaan bila nak mencari ketenangan. Hahaha. Ayat tak boleh berambus. Shuh! Shuh!

Aku harap aku akan dapat pergi lagi untuk beberapa kali sebab aku dah mengidam gila nak tengok lagi program-program indie tu. Kalau dekat Rumah Pena tu ada Monorail ke Putra ke, memang sah aku pegi tengok. LRT ada tapi jauh sikit la nak jalan lebih kurang setengah jam jugak la kalau lari-lari anak. Aku rasa la.

Demm.

Saturday, October 9, 2010

Lamanya Menyepi!

Aargh!! I'm back! Lama gile aku tak update blog ni! Dekat 2 3 bulan jugak la aku tak post entry baru yang sentiasa dinanti-nantikan peminat-peminat sekalian. Haha. Ayat gile poyo! Nak buat macam mana, masa tak cukup nak mengetuk-ngetuk keyboard ni. Perlukan ample time sambil duduk depan laptop bertemankan secawan kopi atau Nescafe panas... Baru la syok nak post entry! Kan kat TV dulu ada iklan kalau minum Nescafe nanti otak kita akan berkembang dan bercambah. Itu mengarut ok.

Bertemankan secawan air panas tu sekadar nak bagi feel datang je. Kadang-kadang idea dah ada dalam kepala tapi tak terhajat nak disampaikan kat blog ni. Ada je aral yang melintang. Itu lah. Ini lah. Biawak melintas lah. Kereta terjunam lah. Macam-macam alasan kan. Naik bosan pulak dengar karutan yang sama. Ishhh.

Lepas ni tak tau ada lagi tak masa untuk layan hidupkan blog ni. Nampak macam dah mati pun ada jugak. Pembaca haram nak komen. Usahkan sepatah, se-smiley pun depa kedekut nak bagi. Harammm tol. Follower setakat ni adalah 100+ orang. Tapi 100+ ni pun macam join sambil lewa je. Jeles tengok blog-blog panas yang sentiasa ada orang komen walaupun isinya tu mengarut. Agaknya orang suka komen benda-benda mengarut kot? Tapi aku tak suka mengarut. Itu berlawanan dengan lumrah alam aku. Haha.

Jadi aku perlu fikir patutkah aku buat entry yang bersifat provokatif? Atau yang lebih humor? Atau lebih radikal? Semua tu bagi aku akan ada kesan-kesan khas yang akan muncul di kemudian hari. Sekarang ni silap cakap sikit keluar surat khabar. Silap sikit lagi polis dan reporter cari. Lagi silap lagi boleh masuk lokap. Lagi-lagi silap memang jadi penghuni Kamunting. Nak sebut pun bahaya. Kat Malaysia ni terlalu banyak isu sensitif sampaikan nak bersuara pun susah. Di mana kebebasan bersuara??? Ops..tersebut la pulak. Maaf~
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top