Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Monday, May 16, 2011

Untuk Kau Yang Bergelar GURU...

Hari Guru tiba lagi. Saban tahun setiap orang yang mempunyai kaitan dengan guru mesti akan meraikannya. Guru, cikgu, pendidik, pengajar, pensyarah. Semuanya memikul tugas yang mulia mendidik anak bangsanya yang tercinta.

GURU. Satu kalimat yang amat sinonim dalam kamus hidupku. Sepanjang hidupku dari kecil sampai sekarang berkisar dalam suasana guru. Paling kurang pun ada hubungan dengan orang yang bergelar guru. Seakan-akan tiada jurang antara aku dengan perkataan guru itu. Apatah lagi dengan orang-orang disekelilingku yang bergelar guru. Guru sana. Cikgu sini. Dimana-mana pun ada guru dan cikgu.


Ibuku seorang guru. Walaupun dah pencen, dia pernah bergelar guru. Walaupun dia kini bekas guru, namun sifat pendidiknya tak pernah hilang sekalipun dah berstatus pesara. 33 tahun sebagai guru menunjukkan kematangannya dalam arus pendidikan negara. Sejak aku berumur 4 atau 5 tahun lagi aku dah dibawa ke sekolah. Menjalani dan merasai bagaimana suasana dan persekitaran di institusi pengajian peringkat asas itu. Walaupun masa tu aku takut nak masuk ke kelas (sebab budak Darjah 1 besar-besar masa tu), aku sudah mengerti apa itu sekolah. Masa tu sekolah dan rumah tak ada bezanya bagiku. Sekolah itulah rumahku dan rumah itulah sekolahku. Mak dari kecik dah sumbat aku dengan pelbagai soalan-soalan dan latihan seperti di sekolah. Pendidikan formal aku telah bermula sebelum aku masuk Darjah 1 lagi. Masa tu aku masih tak dapat membezakan latihan ataupun peperiksaan. Bagi aku sama saja. Mudah dan senang aku menjawabnya sebab dah terbiasa diberi soalan yang banyak. Semuanya berkat usaha mak, ibu yang menjagaku. Pokok isinya, ibuku, sudah merasai apa itu GURU.

Kini, kakakku juga menjadi seorang guru. Walaupun baru bergelar guru dalam tempoh 2 tahun ini, lambat laun dia juga akan merasai pahit maung, masam manis seorang guru. Sama seperti yang dilalui ibuku. Kakakku kini sedang merasai suasana seorang guru di sekolah. Tatkala suasana di sekolah sekarang berlainan dengan suasana dahulu, namun tugasnya tetap sama, tak pernah berubah. Kakakku bakal merasai puluhan tahun lagi bergelar seorang guru sebelum dia digelar bekas guru pula. Perkataan itu tetap ada walaupun tugas rasminya telah tamat tempoh. Paling kurang ada 3 dekad lagi untuk dia menjalankan tugas sebagai pendidik rasmi kakitangan kerajaan sebelum dia menjalankan tugas sebagai pendidik tak rasmi pula. Mungkin dia akan membuka kelas tuisyen ataupun pusat latihan pembelajaran. Selepas dia menamatkan kerjaya sebagai pendidik itu.

Kemudian, adikku juga bakal menjadi seorang guru. Kini dia sedang menyambung pengajiannya di institusi yang mengasaskan ribuan guru yang menjadi pendidik di tanah air tercinta ini. Dia masih belum bergelar guru. Tapi dia akan merasai apa yang telah dirasai oleh ibuku dan kakakku. Masih jauh ranjau yang perlu dilaluinya sebelum boleh bergelar pendidik bangsa. Masih jauh perjalanannya sebelum menjadi cikgu yang bakal menerima hadiah dari pelajar-pelajarnya setiap kali Hari Guru menjelang. Masih banyak liku-liku yang wajib diharungi sebelum layak menjadi lilin yang membakar diri demi menerangi kehidupan anak muridnya.

Aku juga pernah bergelar guru. Walaupun tempoh itu cuma seketika, namun bagiku itu satu pengalaman manis yang tak dapat aku lupakan sampai akhir hayat. Meskipun tak pernah mendapat hadiah sempena Hari Guru, namun aku pernah menerima ucapan "Selamat Pagi Cikgu!" setiap kali aku menjejakkan kaki ke dalam kelas. Meskipun tugasku tak sampai satu penggal persekolahan, namun banyak pengalaman di sekolah yang dapat aku jadikan sebagai pedoman hidup di dunia ini. 

Kini aku bukan lagi seorang guru. Jawatan GSTT itu hanyalah sebagai mengisi masa lapangku dulu sebelum menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Adakalanya bila terserempak dengan bekas anak muridku dan dia menyapa aku dengan panggilan "Cikgu" membuat aku terkenang kembali saat-saat pahit dan manis aku bergelar guru. Semua itu adalah pengajaran yang tak dapat dipelajari secara formal di sekolah. Sebuah potret kehidupan yang tak mampu diungkapkan dengan 1000 kata-kata.


Tugas guru itu hanyalah formal dan rasmi di sekolah. Tetapi apabila melangkah keluar dari pagar sekolah, seorang guru itu tetap guru yang tidak jatuh martabatnya walaupun tugas itu menjadi tak rasmi dan tak formal. Guru bukan hanya di sekolah. Guru juga seorang pembimbing, seorang fasilitator atau pemudah cara, seorang kaunselor yang mendengar luahan pelajarnya, dan juga seorang ibu atau ayah di sekolah.

Murabbi, ustaz, muallim, guru, cikgu, atau apa jua namanya sekalipun...tugas yang mereka dukung adalah sangat mulia dan agung kerana seorang guru itu mampu melahirkan arkitek, peguam, ahli politik, saintis dan sebagainya...tetapi belum tentu semua anak muridnya mampu membalas jasa seorang guru yang pernah mendidiknya sehingga mencapai tahap tersebut... 

Untuk insan-insan sekelilingku yang sudah, sedang, dan bakal menjadi guru, luahan agung untukmu... SELAMAT HARI GURU...



Wednesday, May 11, 2011

Tak sabar menunggunya...

Dah beberapa hari jugak aku tak menulis entry kat blog ni. FB pun dah dekat 3 hari tak bukak rasanya. Rasa malas pulak nak melayan notification-notification yang berlambak-lambak berjela-jela tu. Kalau bukak mesti berjam-jam masa terbuang dilayannya FB tu. Baik aku men'cuti'kan diri aku dari internet barang seketika sehari dua. Huhu.

Hari ini aku online sebab nak kena hantar emel. Kalau lambat hantar menyusahkan orang lain pulak. Alang-alang dah online tu, sempat la layan FB sambil tulis entry ni kejap. Kalau waktu lain tak dan nak menulis entry sebab asyik keluar rumah je. Tak lekat kat rumah sebab aku selalu ikut family aku keluar melayan urusan diaorang pulak. Pagi, petang, siang, malam keluar. Tapi tangah malam tak keluar la. Kami manusia. Bukan Batman.

Sepanjang hari mesti ada cerita yang menarik, ada kisah sedih, ade pengalaman baru, ada tragedi Oktober dan macam-macam adaaaa. Perasaan pun macam-macam jugak. Ada rasa nak marah, nak mengamuk, nak menangis, nak belasah orang, nak duduk diam je dan macam-macam jugak adaaaa.

Esok sampai Ahad ada macam-macam jadual yang perlu diisi (wajib diisi). Sebabnya kebanyakkan plan semuanya ikut kepala family aku. Mana depa pergi aku kena ikut. Macam banduan pulak dah. Aku yang tak ada kuasa ini ikut jela plan diaorang. Layannnn. Tapi yang paling aku tak sabar tunggu ialah hari Sabtu ini. Hari Sabtu dalam sejarah. Hari keramat. 14 Mei. Bukan tragedi 13 Mei. Semoga tarikh 14 Mei ini akan melimpahkan rahmat dan berkat-Nya ke atas kami semua. Amin.

Tak sabar aku menunggunya. Penantian yang bakal berakhir. Perasaan yang telah bertahun lamanya ku pendam. Apakah bakal diluahkan semuanya pada hari penuh bersejarah itu?

Cuma hati ini kadangkala bertanya, perlu ke aku ikut diaorang? Aku duduk rumah je tak boleh ke? Atau aku keluar ke mana saja yang aku rasa nak pergi? Entah la.. Persoalan tu makan masa jugak untuk di jawab. Tapi aku harap semuanya akan baik-baik saja. Doakan la yang terbaik. 

Saturday, May 7, 2011

Ya Allah… Tabahkanlah hatiku

Ya Allah, aku memohon ampun dan maaf kepadaMu kerana hambaMu ini terlalu acap kali…setiap ketika…setiap masa dan setiap saat mengeluh, merintih, merungut dengan ketentuanMu oh tuhan…

Hati hambaMu ini kadangkala tidak tertahan…tidak terdaya… tiada upaya menempuh ujian dan dugaan yang Kau turunkan kepadaku... Satu demi satu dugaan yang kau berikan ini seakan-akan membuat jasad lemahku ini tak sanggup lagi untuk meneruskan hidup yang menyeksakan ini oh tuhanku…

Iman hambaMu ini terlalu rapuh, nipis dan mudah sekali untuk hancur luluh… Iman yang lebih nipis dari kulit bawang ini mungkin bila-bila masa sahaja terkoyak dek tekanan yang mengujinya… Aku ini lemah lagi hina Ya Allah!

Aku tak tahu mengapa Kau terus menguji dan menguji kami ini Ya Allah… Apakah kerana kau tahu yang aku masih mampu mengharunginya dengan kudratku yang selemah ini? Apakah ada hikmah yang ingin Kau tunjukkan kepada kami wahai tuhanku yang Maha Pengasih? Seandainya begitu, redhakanlah hati hambaMu ini agar aku bisa menelannya sekalipun ia sepahit hempedu…

Mengapakah Kau merenggut dan menyentap hatiku sedangkan hati ini baru mula untuk sembuh dari luka sepanjang hidup…?

Jiwa dan laraku ini lemah…tiada kuasa…tiada daya untukku menerima sebuah hakikat yang pahit untukku menerimanya… UjianMu semakin lama semakin sukar untukku harunginya oh tuhan yang Maha Menguji…

Aku pohon kepadaMu Ya Rabbi dengan sepenuh hati ini… janganlah kau menguji diriku, jiwaku, fizikalku, mindaku, rohaniku, zahirku dan batinku dengan sesuatupun yang tidak mampu aku lalui kerana aku takut ketidakmampuanku untuk mengharungi dugaanMu itu membuat imanku berkurangan kepadaMu…

Seandainya dengan melalui ujian-ujian ini Kau masukkan kami dalam golongan-golongan yang beriman kepadaMu, maka kami pasrah dan tawakkal akan ketentuanMu Ya Rabbul Jalil…Tuhan Maha Agung… Sesungguhnya hanya Kaulah yang Maha Mengetahui segala isi yang tersurat dan tersirat…di langit dan di bumi…

Amin…

(T_T)………

Wednesday, May 4, 2011

Luahanku padaMu Yang Maha Segalanya

Ya Sami', tangan hambaMu ini tergerak untuk menyentuh kembali papan kekunci pada hari ini. Syukur padaMu tidak mampu ku ucapkan di atas nikmat pemberianMu ini Ya Wahhab. Sesungguhnya ini adalah hadiah yang tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya bagi diriku. Suatu anugerah yang pasti akan ku ingat sampai akhir hayatku di bumi ciptaanMu ini. Kehadiran mereka aku terima dengan hati yang terlalu terbuka kerana kasih dan rindu pada mereka tidak pernah padam malah semakin lama semakin kuat dan utuh.

Ya Wajiid, meskipun telah lama terpisah dan membawa diri, aku percaya ruh-ruh mereka kekal sentiasa bersama denganku. Mungkin berkat doa seseorang yang mentakdirkan kami untuk disatukan semula pada waktu dan ketika yang sesuai penuh hikmah dan inayah. Kini aku tak sabar menunggu masa untuk bertemu jasad ke jasad dengan mereka Ya Tuhanku. Aku sungguh-sungguh rindukan mereka oh tuhanku yang Maha Menemukan! Oh betapa besar Keagungan dan KehebatanMu Ya Rabb! 

Ya Muriidan, kami akur dan redha dengan kehendak dan takdirmu Ya Tuhan. Kerana Kau lah yang menetapkan segala ketentuan bagi kami sejak Azali lagi. Jalan persuratan dan persiratan kami telah kau tiupkan ke dalam ruh lalu ke dalam jasad yang kecil tidak berupaya ini. Sesungguhnya Kau telah membuka mata dan hati kami menerusi keajaiban yang Kau berkehendakkan terjadi ke atas kami. Betapa Adzimnya kuasamu Ya Allah. Betapa uniknya dan istimewanya petunjuk dan hidayah yang Kau suratkan kepada kami. Sungguh aku kagum... Subhanallah...

Ya Khaliq, hambaMu ini tidak termampu untuk menunjukkan tanda syukur kami melainkan sujud kami yang sebenar-benar sujud kepadaMu. Kami berdoa semoga kau sentiasa berikan petunjuk dan panduan kepada kami dalam meniti hari-hari yang mendatang menjalani ujianMu Ya Hakim. Kasihmu kepada hambaMu tidak terbalas oleh kami yang maha lemah ini. Justeru berikanlah kami kekuatan dan keimanan untuk terus mengagungkanMu oh Tuhan dengan nama Ya Jalil.

Ya Karim, janganlah kau jadikan peristiwa ini sebagai satu daripada punca kami berkurang keimanan kepadaMu. Tetapi jadikanlah kejadian ini sebagai asbab meningkatnya iman dan kasih kami kepadaMu. Dan sesungguhnya Hubbul Adzim kami hanyalah padaMu dan RasulMu sepanjang hayat kami di dunia ini dan di akhirat nanti... 

Ya Allah, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untukMu Tuhan sekalian alam...

Tuesday, May 3, 2011

Sangkutlah Nasihat Ini Pada Hatimu



Hari ini aku tak tahu nak kata apa. Fikiranku hanya satu benda. Saudara. Orang warna putih kata 'bloodlines'. Garisan darah agaknya. Haa..yo la tu. Mindaku tak keruan memikirkan hal ini sejak peristiwa istimewa semalam. Beberapa orang telah mengalami perasaan bercampur baur di dalam hati mereka. Kalau la perasaan tu boleh dinilai menggunakan warna, maka semalam warna itu boleh mencapai 32bit skema warna Windows. Mungkin beratus, beribu, berjuta titisan jernih airmata diiringi dengan tangis dan mungkin esak telah berkumandang di taman hati mereka itu...


Sepanjang beberapa detik waktu itu mereka seakan-akan kembali bersatu seumpama anggota-anggota badan yang bercerai-berai kembali bercantum semula. Analoginya. Air jernih yang turun itu telah disimpan lebih 1 dekad lamanya terpendam. Walaupun peristiwa itu hanya perkhabaran tanpa jasad. Maka apakah yang akan berlaku sekiranya berlaku pertemuan antara jiwa-jiwa ini yang setelah sekian lama menjeruk rindu dendam antara satu sama lain? Apakah akan berlaku satu episod yang mungkin mengatasi Cerekarama ke Anugerah Skrin TV3? Aku disini bukan Tukang Tilik tapi hanya Tukang Tulis. Aku serah segalanya kepada Maha Tukang di langit yang yang sifatnya Maha Atur dan Maha Kuasa yang berada di KursiNya yang Maha Agung.

Pujiku, puji kami, dan puji sekalian makhluk hanyalah padaMu yang Maha Khaliq dan Maha Menyatukan. Sesungguhnya Tuhan kami berkehendak untuk sesuatu peristiwa itu terjadi atas Doa dan Tawakkal hambaNya. Maka dengan itu luruhlah segala tembok rintangan antara mereka kerna mereka kini Yakin di bawah payung kekuasaan Azza Wa Jalla itu sangat melindungi sifatnya dari segala sesuatu yang tidak layak disekutukan denganNya.

Ya Shauqati, Allah mempertemukan Adam dan Hawa kerna doa mereka, doa agung yang menjadi asbab kita berpijak di Al-Ard dan menjunjung As-Sama' pada hari kini. Justeru, pohon dan pintalah yang Khairun belaka agar kita memperoleh hidup yang Barakah dan Hikmah. Jauhkanlah diri kalian dari Syarrun kerana itu hanyalah sebuah tiket kesengsaraan Fi Dunya wa Al-Akhirah. Bersama-sama kita tingkatkan syukur, tawaddu' dan tawakkal kita padaNya kerana kita hanya merancang, tapi Dialah sebaik-baik Perancang.

Allah A'lamu bi Sawwab~
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top