Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Friday, May 27, 2011

Ikhlas ke kita?


Ikhlas ke kita? Satu persoalan umum yang boleh dikatakan hampir semua orang kat dunia ni gagal untuk menjawabnya.

Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)

Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)


Ikhlas. Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan dan kebaikan dunia akhirat Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita -apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah. Apakah anda muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya? Pernahkah anda gembira jika anda dipuji orang-orang tua apabila anda ke masjid?

Na'uzubillah.

Lantas, oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan apa niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap pandai. Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.

Bila anda mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah kerana riya' hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.

Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)

Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia Na'uzubillah. Anda selalu solat di masjid namun lama-kelamaan ia semakin pudar dengan riya' dalam hati. Rugilah anda. Bukanlah mengatakan solat di masjid itu riyak. Cuma kita perlu berhati-hati antara ikhlas, teladan kepada orang lain atau riyak. Tepuk dada tanya hati.

Ya Allah, apakah amalanku yang selama ini kuanggap ikhlas kerana-Mu telah dikaburi riyak. Ya Allah, jauhkanlah aku yang syirik yang nyata dan yang tidak nyata.

Rasulullah s.a.w bersabda, Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn. Mereka bertanya, Apakah itu, wahai Rasulullah Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali. Mereka bertanya, Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka. (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Na'uzubillah.

Betapa bahayanya riya' ke atas diri kita. Halus dan tidak nyata tapi mengubah keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.

Manusia mengadili hanya dengan deria mereka. Namun, amal semua manusia hanya Allah yang mengetahui.

Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.

2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.

3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.

4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.

5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.

6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.

Mungkin, orang yang menangis ketika beribadah di khalayak ramai itu lebih ikhlas daripada orang yang beribadah di dalam bilik seorang diri (yang riya').

Tahukan bahawa segala amalan kita hanya sia-sia jika Allah bertanyakan: "Ikhlaskah kamu dalam beramal?" Satu soalan itu sudah cukup untuk kita dilemparkan ke neraka. Kerana walaupun sifat ikhlas itu wujud, namun sesungguhnya ia amat sukar untuk dijaga lagi dipelihara.

Thursday, May 26, 2011

Manusia tak masuk neraka kalau hari hujan?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya”.

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu”.

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Di Istana Sultan Demak

Konon, Nasruddin pernah berkunjung ke Tanah Jawa. Itu terjadi ketika ia masih muda dan penuh jiwa petualangan. Ketika itu ia ikut sebuah kapal dagang yang berlayar ke Timur Jauh, dan dalam perjalanan pulang ke Turki, kapal itu kebetulan mampir di sebuah bandar di pesisir utara Jawa. 

Pada zaman itu, kehebatan Sultan Demak sudah didengarnya, karena itu kesempatan tersebut dipergunakan sebaik-baiknya untuk berkenalan langsung dengan Sultan.

Nasruddin mendapat keterangan bahwa Sultan tidak berkeberatan menerimanya, sebab ia pun ingin berkenalan dengan pemuda Turki yang terkenal cerdas itu. 

Sebelum menghadap, Nasruddin mendapat keterangan terinci mengenai tata tertib keraton Jawa. Antara lain dikatakan oleh pegawai istana, "Nasruddin, kau harus selalu menyembah setiap kali berbicara dengan Sultan!" Lalu ia pun diajar bagaimana melakukan sembah.

Di depan Sultan, Nasruddin duduk bersila dengan tertib. "Kau yang bernama Nasruddin?" tanya Sultan.

"Benar, Yang Mulia," jawab Nasruddin sambil menyembah.

"Kau tinggal dimana?"

"Di Akshehir, Yang Mulia," jawabnya terus tetap menyembah tertib.

"Dekat Masjid Agung?" tanya Sultan.

Nasruddin ingin menunjukkan lokasi masjid di kotanya itu, tetapi ia ingat bahwa harus tetap menyembah kalau berbicara dengan Sultan; jadi ia menunjuk dengan kaki kanannya sambil berkata, "Masjid di sebelah sini, Yang Mulia."

"Dekat pasar?" tanya Sultan lagi.

"Pasar di sebelah sini, Yang Mulia," sambil berkata itu Nasruddin menunjuk dengan kaki kirinya, jadi sekarang kedua kakinya mekangkang.

"Dekat kelurahan?" tanya Sultan.

Nasruddin mulai bingung, ia harus menunjukkan tempat tetapi kedua tangannya untuk menyembah. Akhirnya tangannya yang kanan tetap nempel di hidung, yang sebelah kiri menunjuk, "Kelurahan di sebelah situ, Yang Mulia."

"Lantas, rumahmu sebelah mana?"

Tak ada lagi anggota badannya yang bisa dipakai untuk menunjukkan lokasi rumahnya. Akhirnya dikatakannya, "Rumah hamba di sebelah sana, Yang Mulia," dan sambil berkata itu ia meludah, tepat jatuh di hadapan Sultan.

*********************************

Wednesday, May 25, 2011

Template Blog Baru

Sekarang dah pukul 9 malam. Aku mula edit dan edit dan edit template blog ni sejak tengah hari tadi. Ada je benda yang tak kena. Blog senget la. Widget tak keluar la. Ni pun mana entah pegi Nuffnang punye widget tak keluar-keluar pulak. Tension dibuatnya.

Aku sedar yang internet ni jadi suatu benda yang tak guna bila kita tak jumpa apa yang kita cari. Kau carilah macam mana cara pun kalau tak ada tu tetaplah sampai kiamat pun tak keluar.

Macam-macam jenis template blog yang aku try. Semuanya tak kena. Tak masuk dengan plugin la widget la. Sengal betul. Last-last aku guna Blogger punye manual template design je. Simple mimple. Tak menyakitkan kepala hotak aku.

Apa-apa pun, setakat ni biarlah blog aku ni jadi macam ni dulu. Dah tak tahu nak adjust macam mana dah. Lantak kau lah.

Tuesday, May 17, 2011

Buat Adinda dan Kekandaku

Tanggal 14 Mei. Hari yang paling bersejarah dalam hidup aku. Aku ditemukan dengan adik perempuan dan kakakku yang dah dekat 16 tahun berpisah. Abangku yang membawa mereka berkunjung ke teratak ini. Berpisah kerana terikat dengan keadaan. Mungkin Allah lebih tahu bahawa itu keadaan yang terbaik buat kami semua. Dia temukan kami dalam keadaan yang tenang, cuaca yang baik dan suasana yang harmoni. Tiada setitik pun airmata yang ditumpahkan walaupun hati kami semua sebak dan berdebar-debar dengan situasi itu. Mungkin kerana kami semua redha dengan ketentuanNya yang menemukan kami dalam keadaan sedemikian. Atau mungkin juga airmata tu dah ditumpahkan lebih awal apabila kami semua bertemu secara maya di arus internet. Pertemuan di internet yang lebih awal 2 minggu sebelum pertemuan secara jasad itu membuatkan kami terus akrab dengan bertanya khabar setiap hari, mengambil berat antara satu sama lain, dan juga sepanjang 2 minggu itu jugalah kami merancang untuk mengadakan pertemuan secara terang-terangan ini. Alhamdulillah, Allah mendengar doa kami semua dan pada tarikh ini doa kami diperkenankan. Terima kasih Ya Allah Yang Maha Pemurah....

Adikku dan kakakku menolong mak memasak makan tengah hari di dapur. Sebermula di situ kemesraan kami bercambah, bertumbuh dan terus menyubur. Sempat kami bergurau senda, bergelak ketawa, melepaskan rindu yang tersimpan selama berbelas tahun lamanya ini. Potret-potret lamaku aku sembahkan pada mereka, sekadar untuk melepaskan ketagih mereka melihat perkembanganku sepanjang pengkhabaranku di luar jangkauan mereka. Aku sendiri tersenyum melihat diriku sendiri yang mulanya comel, kemudian kurus, gemuk, dan kembali sederhana kini... =p


Abangku yang membawa mereka kena balik awal sebab ada kerja yang belum dia siapkan lagi. Biasalah orang sibuk. Kena kejar dateline. 

Tiba-tiba lepas tu hari hujan lebat. Adik dan kakakku lepak di rumah aku lebih lama sementara menanti hujan teduh. Sempat la kami bercerita barang satu dua kisah silam dan lampau. Mereka plan nak balik petang tu jugak sebab ingatkan ziarah sekejap je. Tapi Allah tu sentiasa Maha Pemurah dan Mengasihani hambaNya. Dia nak kami bersama dengan lebih lama, lebih rapat. Mak suruh diaorang tidur je kat rumah ni sebab hari dah senja. Lepas Maghrib, kami semua keluar untuk makan malam pulak di sebuah restoran kat area Pantai Dalam. Keletah adikku yang manja tu membuatkan aku rasa seronok dan terhibur melayannya. Tak pernah aku merasa jemu melayan kerenah dan berborak bersama kedua-dua saudara kandungku itu. 

Malam tu mereka bermalam di rumahku sambil malam tu kami menonton wayang di laptop. Sekadar memenuhi masa yang berharga yang tak pernah kami rasai sebelum ini. Suatu masa yang aku sentiasa dambakan untuk kecapi bersama sepanjang hidupku yang berseorangan tiada beradik ini. Kami berbaring berkongsikan bantal. Suatu kemesraan yang kadang-kadang aku terasa sebak dengan nikmat dan anugerah yang Allah berikan pada kami adik-beradik ini.

Keesokkan harinya, kami penuhi siang, pagi sampai ke petang dengan bercerita 1001 kisah yang berkisar tentang keluarga kami. Bak kata Astro, "Macam-macam adaaaa!" Petang tu kami semua balik ke Rembau menghadiri Majis Haul oleh Sheikh Fuad di madrasahnya. Kami bertiga di kerusi belakang kereta pun tertidurlah dengan lenanya kerana hari hujan lebat di luar. Rasa syoknya tidur beramai-ramai sebab suasana tu sungguh aman dan selesa. ^_^

Malam tu, kami kena hantar adik aku balik ke rumahnya di Tampin. Sempatlah berjumpa dengan Pakcik Anuar dan Ibu Hamisah. Bersalaman tangan dan berpeluk cium. Terasa seperti kami semua sekeluarga bersatu kembali dalam keadaan yang aman. Bercerita punya cerita sampai tak sedar masa berlalu. Sungguh besar kekuasaan Allah itu mengaturkan perjalanan ini semua. Sungguh tiada siapa antara kami yang tersangka akan begini perancanganNya...

Saat aku dan kakakku nak balik ke KL, aku cium pipi adikku buat pertama kalinya dalam hidupku. Terasa sedih la jugak nak berpisah. Walaupun cuma dapat bersama dengannya selama 2 hari, namun terasa macam dah duduk lama. Bila ada rezeki semoga boleh bersama lagi untuk waktu yang lebih panjang. InsyaAllah. Kami semua mengharapkan agar hubungan kami semua semakin erat dan utuh. Sehingga tiada siapa pun yang mampu memisahkan kami semua kecuali dengan ketentuanNya. Itu doa kami. Itu azam kami. Perkenankan doa kami Ya Allah Yang Maha Menyatukan...

Malam tu dalam perjalanan balik ke KL, aku dan kakakku bersembang lagi dan lagi dan lagi tentang keluarga kami. Sedar tak sedar kami berdua pun tertidur kat kerusi belakang tu. 

Keesokkan harinya, selepas breakfast kakakku kena balik ke rumah sebab hari tu dia kerja tapi waktu petang. Takkan lah aku nak paksa dia jangan balik pulak. Dia ada tugasnya sebagai pendidik yang mesti dilaksanakan. Itu tugas mulia sebagai seorang Guru. Aku faham kerana aku pernah melaluinya. Aku percaya apabila ada masa dan ketikanya kami semua akan dapat mengisi masa yang terluang bersama-sama lagi. InsyaAllah....


Sesungguhnya Allah punya perancangan dan nikmat yang terbaik buat kita. Kita hanya merancang untuk berjumpa seketika je, tapi diberinya kita berhari-hari masa agar kita semua dapat bermesra dan bermuhibbah...lebih dari apa yang kita minta. Syukur padaMu Ya Allah...

Buat semua adinda dan kekandaku, pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk kamu semua. Datanglah bila-bila masa pun kerana hati ini sentiasa merinduimu dan mengalu-alukan kehadiranmu... =)
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top