Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Saturday, September 24, 2016

Aku mahu meluangkan masa...

Melihat anak-anak mungkin kadangkala timbul stress. Tiba-tiba merengek tak tau nak apa. Malam-malam melalak nak susu. Nak itu nak ini. Request menggunakan bahasa mereka yang aku tak paham.

Tapi di sudut hati aku rasa bahagia. Aku rasa tenang. Gelisah dan penatku hilang. Melihat keletah dan kecomelan mereka bermain dalam dunia kanak-kanak.

Aku sejujurnya ingin meluangkan sepenuh masaku untuk melayan mereka, membelai mereka, menghiburkan mereka... Ketikamana aku masih mampu lagi melayan mereka. Aku ingin gunakan masa-masaku bersama mereka. Mencium mereka, membelai kulit lembut mereka yang masih lagi suci.. Tiada dosa.

Itu suatu nikmat bagiku. Suatu perasaan yang menenangkan jiwa bila bersama orang-orang yang kusayangi.. Suatu rasa yang takkan aku lepaskan dengan perkara-perkara lain. Ahhhh... Yang lain itu persetankan saja. Tidak ada perkara lain yang membahagiakan.

Cukuplah dengan urusan kerja. Tak aku sanggup untuk mempertaruhkannya dibandingkan bersama orang-orang yang aku cintai.. Kerja sampai bila tak habis.. Tapi masa yang berkualiti bersama yang tersayang, itu priceless.. Tak kan ada galang ganti untuk menebusnya...

Sunday, August 7, 2016

Kereta Sewa

Aku nak cerita bagaimana aku mula terjebak dengan kereta sewa ni. Alkisah dimulakan apabila seorang student aku yang bernama Azhar offer aku untuk kerja di tempat dia bekerja. Aku pun pada masa tu mmg tgh nk mencari side income. Terus terang aku katakan gaji tak cukup pada masa tu.

Maka bermulalah suatu perjanjian dimana aku menyerahkan dokumen slip gaji dan penyata bank aku ke pihak company kereta sewa ni dan dia uruskan pembelian Kereta atas nama aku. Memang musibat kan. Lalu keluarlah sebijik Viva, 2 bijik Myvi dan sebijik van hiace 2nd hand sial yang akan menyusahkan hidup aku di kemudian hari.

Di sini aku merisikokan nama aku untuk naik apabila berlaku saman atau ape ape je yang membabitkan kereta tersebut. Sekali lagi musibat di situ. Awal 2 3 bulan rasa syok sikit la. Merasa la untung bersih 1000 lebih apabila company bagi 50-50 untung kat aku.

Masuk bulan bulan seterusnya aku dah mula terbau taik. Untung daripada 1000 turun jadi 800, 600 dan makin kurang. Alasannya kena cover kos repair van 2nd tu yg asyik meragam overheat. Masa kau beli dulu tanpa pengetahuan aku tu kau tak check betul betul van tu ke hah pukimak sial musibat lahanat pungkoq haramjadah babi???

Ditambah pulak dengan kes client cibai sewa viva aku lepas tu gi samun kedai handphone. Memang bertambah2 la kebabian lepas tu. Polis dtg rumah aku tanya siapa owner kereta. Nasib baik partner tu bagi kerjasama ulang alik ke balai utk selesaikan kebabian ni.

Makin lama makin takda untung aku nampak. Aku nekad untuk ambil balik semua kereta dan van sial yg didaftarkan atas nama aku. Baik aku buat sendiri daripada bagi kat musibat lepas tu aku yang kena lahanatnya.

Satu myvi aku tolak sambung byr kat sorg mamat lancau duk kat Pahang. Sembang kata kerja kedai emas... Tapi skrg dah 2 bulan tertunggak. Memang haramjadah. Satu lagi myvi dgn viva aku uruskan sendiri jadikan kereta sewa untuk budak budak kat kolej aku. Apa apa jadi senang. Tak jadi babi macam kalau sewakan pada orang luar yang aku tak tahu dia tu penyamun ke perompak ke perogol ke pukimak ke.. Untung sikit pun sikit la. Alhamdulillah daripada bagi kat company habis semua jadi risiko aku.

Sekarang bala yang tinggal ialah van bodo ni yang bank dah nak tarik tapi tak jumpa sebab telah disorok oleh seekor bangsat yg bernama Ahmad. Nama dah elok... Tapi perangai memang macam celaka. Pencuri hak orang. Sama je dengan Isa si penipu. Kau tunggu nasib kau. Kalau aku jumpa memang belasah kau sampai lunyai la babi. Dah kau degil sangat nk amik hak aku apesal hah mangkuk hayun cibai?? Tak sedar diri ke hape? Bodoh nak mampos.

Maka sekian sahaja makian untuk hari ni. Aku menulis sebab nK meluahkan ke stress an aku dan ke tension an aku yang melanda ni.

Semoga Allah membukakan jalan keluar dari masalah ni. Ameen.

Monday, April 25, 2016

Tak tertanggung dek badan

Rasa macam tak sanggup untuk teruskan hari esok. Ada saja kerja hari ni yang tak siap. Drag sampai esok. Esok pun sama. Drag sampai lusa. Lusa pun sama. Drag sampai tulat.

Bukan aku saja nak drag. Tapi sebab badan tak larat. Jasad tak mampu. Dengan mengajar budak dari pagi hingga petang. Nak siapkan tugasan itu ini. Artikel pun tak siap lagi. Soalan exam budak2 ni haram aku tak sentuh lagi. Tak tahu nak buat.

Baru nak sentuh komputer dah keluar macam2 error. Mintak update la mintak repair la. Semua itu melambatkan kerja aku. Merosakkan mood aku. Last2 mmg mereput kerja tak siap.

Masa ada. Tapi badan tak larat. Balik rumah dah penat. Badan berlengas. Nak mandi pun dah malas. Pikir nak tido je. Badan sakit2 nak urut2 tak mendapat...

Adoi. Merungut...mengeluh.. Orang lain goyang kaki, duit masyukkk.. Masa bersepah sampai tak tahu nak buat aktiviti ape.

Bak sikit aku masa dan duit kau... Banyak benda lain aku nak kena settlekan.. Haremmmm

Wednesday, April 20, 2016

Speechless...

Kadang2 aku dah tak tau nak kata apa lagi dah... Meluahkan hanya pada Allah.. Sakit hati.. Makan hati.. Kerana menjadi mangsa discrimination orang yang tak kenang budi dan jasa orang lain...

Dicampak ditendang macam bola.. Tanpa diberitahu kenapa perlu disepak terajang. Agaknya dah hakikat bola macam tu agaknya..

Serius aku tak boleh terima. Aku tak boleh terima apabila diperlakukan hukuman tanpa sebab. Ya mmg betul ada ada solusinya... Tapi aku perlu tahu apa puncanya. Kau merahsiakan perkara yang berkaitan aku.. Kau tahulah macam mana aku tuntut kat akhirat nanti.. Aku tuntut.. Jangan ingat aku buat bodo je berdiam diri... Benda yang melibatkan aku akan tuntut..... Itu sumpah aku!

Monday, March 25, 2013

PENERANGAN OLEH DATO' DR HARON DIN MENGENAI ZIKIR MENARI

SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.

Kadang-kadang ada yang mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Raad, ayat 28).

Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top