Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Tuesday, December 29, 2009

Suami Lebih Bahagia Berbanding Malam Pertama

1_207690222l
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu...
Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi s.a.w:


"Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah ia." Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku...

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

”Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhaan-Nya."


MasyaAllah. Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami macam nie. Adakah kita mampu lakukan seperti yang dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya. Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami-2 yang redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia. Tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi.
tukang tulis

Orang tak malu yang melukut

Kali ini aku terpaksa bekerja dengan si dia sekali lagi. Dulu dah pernah ada kes salah faham dengan orang lain dalam pasukan. Tapi dari matahati aku mengatakan ini semua bahana ego yang mendalam di dalam diri. Dia saje yang nak betul. Orang lain semua salah. Samapah betul orang macam ni. Aku tak nampak apa kepentingan orang macam ni pada masyarakat. Tak lebih dari sekadar sampah yang busuk dan menyusahkan orang. Sakit hati betul. Bengkek beb!

Quarrel1Ingatkan itulah kali terakhir aku bekerja dengan dia. Tak sanggup lagi dah nak simpan perasaan menyampah dan meluat yang mendalam. Nampaknya kali ini hujan di langit turun balik setelah sekian lama cuaca cerah. Langit tu hati aku lah yang mula-mula mendung dan semakin lama semakindilanda keributan. Dengan masalah itu lagi, ini lagi. Aku tak larat nak melayan semua sebab bukan semuanya memberi faedah bagi aku. Ada yang menyenangkan tapi tak kurang yang menyemak saja. Hidup macam semak samun. Dekat situ ada orang dekat situlah dia nak semakkan keadaan yang semamangnya dah semak. Jangan sampai aku tebas kau semak.

Kehadiran dia atau ketiadaan dia sama saja. Dia tak ada pun tak apa sebab dia sememangnya tak menyumbang dalam aktiviti ini. Sekejap ada tapi banyak kejap yang hilang. Entah ke mana merende’ bertiten pun tuhan saja yang tahu. Nak buat projek ke ‘makeout’ ke lantak kau lah. Rasakan kalau nanti ada balasan menunggu kau yang mungkin setimpal atau banyak timpal bergantung dengan kadar kafarah yang seharusnya.

Perangai tak ubah macam budak-budak yang duduk kat kawasan perumahan aku. Macam anak gampang. Bertukar-tukar pasangan macam tukar baju. Dimana kesetiaan kau? Mana hilangnya respek aku dulu pada kau bila kau mendapat seorang perempuan yang baik hadir dalam hidup kau. Awek kau  tu punyalah sikit punya baik sejak aku kenal dia. Memang perempuan pilihan setiap lelaki la. Ini kau pulak buat hal bila dah dapat dia. Jagalah hati dia macam mana kau nak orang jaga hati kau jugak. Jangan hidup untuk ambik je tapi tak nak memberi. Perangai macam sialan.

Orang-orang sebegini tak sepatutnya dijadikan sebahagian dari aset untuk bekerjasama. Buat tak tak tahu je lagi bagus dari bercakap dengan mereka-mereka ni. Kalau cara percakapan pun dah menyakitkan hati apatah lagi nak  dijadikan rakan kongsi. Hampagas!

Friday, December 25, 2009

Christmas Night Out

Aku masih ingat lagi waktu tu hari tengah petang meremang. Duduk melepak dekat warung jual Bihun Sup Utara di belakang UIA. Bihun dia banyak isi. Kenyang la makan dengan nilai RM 3. Berbaloi-baloi. Tiba-tiba henset aku keluarkan bunyi rock dia. Tanda ada panggilan yang masuk dan tertera nama Nurdin.

“Hello…hello…!”

Aku malas nak tulis dialog perbualan tapi gayanya lebih kurang nak ajak aku pergi merayau la malam Krismas ni. Aku pun dengan kurang pasti mengiyakan saja pelawaan Nurdin tu. Tengok-tengok la nanti.

*****

Toyota SE menunggu aku di depan pagar besar. Nampak kelibat Nurdin dengan seorang lagi yang aku tak pernah nampak muka ditempat duduk pemandu. Lepas menunaikan urusan-urusan yang sepatutnya di dalam kampus, kami pun menuju ke destinasi lawatan yang pertama, Taman Ibu Kota.

DSC01332Perlawanan malam tu tak sengit langsung. Hanya beberapa biji bola snuker yang masuk dengan tak sengaja. Tolak dan tolak lagi bola lebih kurang sejam. Kawan Nurdin, Fadzil Nor menunjukkan bakat dan skil tumpulnya sehingga dia dapat rank yang teratas, Mahmud dapat tempat ke-2 hasil jaringan orang lain. Aku pulak dapat ke-3 sebab saja nak kasi can. Nurdin pula terpaksa berpuas hati dengan tempat ke-4. Nasib baik ada nombor la jugak walau dapat tempat terakhir.

DSC01335 Jalan sesak boleh tahan jugak. Terutamanya kat kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti kat Bukit Bintang, KLCC, Times Square. Sambil-sambil tu tengok la jugak mat-mat dan minah-minah saleh yang mabuk tu terbongkang dan jalan melintas jalan dengan terhuyung-hayang. Kalau langgar pun mesti dia tak rasa sakit. Siapa suruh kau mabuk. Bodoh! Sangat bodoh!

Destinasi seterusnya menghala ke kotaraya Kuala Lumpur. Toyota SE memecut melepaskan asap hitam pekatnya dengan deruman yang memekakkan telinga. Bayangkan perasaan orang yang terpaksa duduk dalam kereta tu mesti hangin satu badan. Kereta berhenti di tepi jalan berbatu-bata Dataran Merdeka. Banyaknya kutu rayau membiarkan diri mereka menjadi kutu di merata tempat. Dataran dah jadi tempat manusia melihat manusia yang tak macam manusia. Ada yang pakaian macam pengemis, ada yang saje tunjuk tayang kereta yang tak berapa nak cantik. Macam-macam lagilah perangai dan peel. Layankan saja.

DSC01341 DSC01342

DSC01336 Jalanraya penuh dengan sampah-sampah seperti tin berkarbonat, air-air setan, belon-belon, spray pekebenda entah yang keluar macam buih-buih tu dan pelbagai jenis sampah sarap. Nasib baik belum keluar bau lagi. Kesian gile mat bangla Alam Flora kena kerja lebih masa. Patutnya ini waktu tidur diaorang kot. Lepas tu banyak lepak di kedai mamak minum air dan berborak saja sampai lah masa berlalu…

Dekat-dekat nak habis subuh tu baru la kitaorang balik. Mata sorang-sorang dah macam kena tumbuk dengan ahli gusti. Yang jadi macam mata beruang panda pun ada jugak. Hari Krismas dihabiskan dengan berdengkur dan bergolek-golek memeluk bantal busuk. Nyam… Nyam… Kroh.. kroh…

tukang tulis

 

Wednesday, December 23, 2009

Wayang Pacak 2

DSC01321

Semalam Kelab Wawasan UIAM telah mengadakan satu program yang dinamakan Wayang Pacak untuk kali yang kedua bertempat di Main Staircase, UIA. Program ini tercetus berdasarkan konsep dahulukala di mana di kampung-kampung orang Melayu akan datang berduyun-duyun untuk melihat wayang gambar. Wayang tersebut di pancarkan terus melalui mesin projektor yang menggunakan engin generator. Sungguh kuno tetapi klasik!

Kali ini, Kelab Wawasan membawakan kembali era-era zaman nostalgia dahulukala kepada pelajar-pelajar UIAM sendiri untuk merasai sedikit sebanyak kemanisan pada waktu itu. Tetapi kali ini di ubah sedikit dengan sentuhan moden dimana wayang akan ditayangkan menggunakan projektor LCD dan memainkan filem-filem Melayu kontemporari. Tetapi suasana dimana penonton akan duduk bersila beramai-ramai berbumbungkan langit dan bintang masih diadaptasikan dalam program Wayang Pacak kali ini.

Pada pukul 5 petang semalam, beberapa orang dari ahli Kelab Wawasan telah mempromosikan program ini dengan menaiki sebuah lori untuk mengelilingi kampus UIA dan masuk ke setiap kolej-kolej pelajar sambil melaungkan dan menjemput mereka untuk datang memeriahkan program yang akan dijalankan pada malam hari. Turut menggunakan kreativiti untuk bermain gendang bagi menarik perhatian umum terhadap program ini. Sungguh unik sekali!

Program yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam terpaksa ditunda kepada pukul 9.30 malam kerana hujan yang turun renyai seakan-akan bermain-main dengan program ini. Walaupun hujan, namun masih ada jua penonton yang sanggup untuk meneruskan menonton filem ‘Pensil’ sehingga habis lebih kurang pukul 11.30 malam. Sungguhpun program kali ini tidak mendapat sambutan hangat, namun Wayang Pacak kali ini masih dapat meraih penonton yang setia menunggu walaupun hujan turun. Tahniah diucapkan kepada Kelab Wawasan UIAM!

Aku nak kereta!!!

Panas. Panas meluap-luap. Itu yang aku rasa dalam hati aku yang saban hari rasa tak puas hati je bila mula berpikir pasal benda ni.

Kereta.

Bukan lagi kemewahan tapi keperluan. Untuk orang yang selalu bergerak macam aku ni kereta amatlah diperlukan. Turun jumpa orang sana. Pergi tempat ini. Bawak orang itu pergi sini. Macam-macam kerja lagilah. Aku meluat guna pengangkutan awam. Lembab. Tak efisyen tapi komisen nak lebih. Sialan.

Di saat-saat kecemasan itulah masa bas dan teksi tak ada. Tren dan komuter sangat ramai orang bersesak-sesak macam ulat mayat. Dah tu jalan lembab pulak ala siput khinzir. Itu semua buat aku hangin satu badan rasa nak keluarkan ‘fire’ macam Ultraman Taro.

Apakan daya aku bukan anak menteri, anak doktor, anak jurutera, anak tauke balak, anak YB yang boleh bagi kereta untuk anak diaorang. Sedangkan aku tengok mereka-mereka tu tak lah menggunakan kereta sesibuk aku. Patutnya bagi kat aku kereta mereka tu. Hidup ini tak adil.

Benci. Benci. Benci!!! 2h37jx3.jpg

Bertambah kadar kordial sirap dalam darah bila kita nak pinjam kereta mereka mulalah bagi 1 juta alasan dimana 99% daripadanya tak masuk akal bodoh diaorang. Tak siapa nak tolong kita bila kita susah. Sedihnya.

Hati mula menjadi bengkek dengan tiba-tiba bila tengok budak muda-muda dah pakai kereta. Kereta mahal-mahal pulak tu. Rasa nak sekeh je kepala budak-budak hingus meleleh ni. Kaya tak sedar diri. Aku menjadi mangsa keadaan dan situasi.

Apakan daya mak bapak aku tak mampu untuk belikan satu kereta untuk aku. Belum cukup status kewangan untuk keluarga aku tambah lagi satu kereta. Otak aku bertambah tertekan. Rasa meletup-letup bila Reader’s Digest hantar berdozen-dozen surat-surat menipu ke rumah mengatakan ada peluang menang kereta mewah la, bas kilang la, lori sampah la, jengkaut, traktor, steamroll dan sebagainya yang semestinya menipu. Sialan. Aku tak percaya.

Benda ni aku dah bawak cakap perlahan dengan mak aku. Pelbagai alasan diberikan. Alasan yang paling kuat adalah kewangan yang aku memang tak dapat nafikan. Aku nak beli kereta terpakai pun dia tak bagi dengan alasan kurang munasabah dan munasarawak. Apatah lagi kereta baru yang jauh lagi mahal harganya. Kalau nak beli baik yang baru, katanya. Itu sebab tak pandai tengok dan baca kereta terpakai. Member aku yang beli kereta terpakai ok jer. Siap cantik lagi kereta tu. Apakan daya. Bengkek bertambah besar dan membesar. Nak maintain satu kereta yang ada sekarang pun seksa. Bodoh punya kereta. Macam-macam masalah. Bodoh punya masalah.

Berapa lama lagi untuk aku punya kereta? Hah???  2lscr2r.jpg

tukang tulis

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top