Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Monday, May 2, 2011

Sejenak Membaca Hatimu Yang Menamakan Diri 'Ana'...



Lama sudah aku tinggalkan papan kekunci yang sering diketuk untuk meluahkan isi hatiku ini. Dewasa ini aku hanya sekadar berkongsi maklumat orang lain agar kalam ini terus hidup - walaupun bukan dari lubuk hatiku. Namun hatiku terdetik untuk meluahkannya malam ini juga kerana perasaanku yang tiada tara lagi tahannya.

Terkedu pandanganku seketika tatkala sampai ke pelabuhan kalamnya. Kalam hati seorang insan yang menamakan dirinya 'Ana'. Meriah. Aku pasti dia amat sukakan merah jambu. Allah temukan aku dahulu dengan kalam hatinya. Bukan parasnya. Bukan rupanya. 16 tahun yang lampau aku masih tak ingat apa-apa. Jauh sekali memahami apa yang terjadi saat itu. Satu demi satu kalamnya aku pelusuri hingga titik noktah kalam yang ke 363. Sudah hampir 2 tahun kalamnya itu berada di alam maya sebagai luahan isi hatinya. Baru kini kutemukan.

Aku gelisah bertanyakan semua kenalan yang aku kenali di Tanjung Malim itu. Ke atas. Ke bawah. Bagai kucing hilang anak. Majoriti tidak mengenali siapa 'Ana'. Tidak Hasmizah. Tidak Illyana. Tidak Nurra. Tidak Najjah. Tetapi Amirah membuka sedikit hatiku apabila dia memberikan jawapan harapan. Syukur padaMu Ya Allah. Arakian, tatkala aku mengetuk-ngetuk keyboard ini Amirah masih belum dapat memberikan kepastian tentang jawapannya. Aku masih menunggu panggilan telefon darinya.

'Ana'. Satu demi satu potret di blognya aku singgah. Aku tatapi dengan hati yang bercampur aduk. Sebak. Gembira. Sedih. Semua membawa makna dan persoalan yang tersendiri. Gembira kerana aku dapat menatap wajahnya. Tapi timbul sebak mengenangkan yang menjadi penghubung aku dan dia sudah berada di sisi Allah yang Maha Mengembalikan. Al-Fatihah~

Begitu banyak potretnya di sebuah kampus di Tanjung Malim itu seakan-akan menampar laju pipiku sendiri. Kenapa tidak aku tahu benda ini lebih awal? Kenapa tidak aku gegar saja telefon bimbit Paksu Si YDP KHAR tu sampai dia menjawabnya? Masakan aku bodoh kerana aku nampak wajah 'Ana' bersama Paksu! Adakah aku bodoh sekali lagi kerana sudah beberapa kali aku menjejakkan kaki di Kolej Harun Aminurrashid tapi aku masih tak tahu hal sebenar? Mungkin ramai orang yang kenal siapa Paksu. Tapi Paksu kenal aku. Paksu kenal 'Ana' juga!

Tapi aku bersyukur kerana Allah Maha Menemukan. Dia menemukan aku dengan kalam-kalam 'Ana' yang penuh dengan 1001 maklumat, luahan dan pengertian. Sekali lagi aku bersyukur kerana Kau Ya Allah menjaganya dari segala yang buruk. Aku dapat merasainya dengan pancainderaku yg masih kau pinjamkan ini Ya Allah. Dari mataku dapatku menatap wajahnya meskipun tinggal potret cuma. Segala kerinduannya pada Sang Penglahir membuatkan aku sujud pada kebesaranNya dan keesaanNya.

Masihkah dia di Tanjung Malimkah atau sudah di Baiti Jannatikah? Aku berfirasat yang dia mungkin akan datang sejenak ke mukalam ini melihat siapakah gerangan orang yang membalas komentar di kalamnya sebentar tadi. Aku lihat seketika Live Traffic. Kelihatan ada insan dari Tanjung Malim, Perak yang datang menziarahi kalamku di sini. Tapi aku masih belum menaip lagi saat itu. Kebarangkalian 'Ana'kah? Atau orang lainkah yang kebetulan dari Tanjung Malim juga?

Aku cemburu. Iri melihat hampir semua berada dalam sekeping potret. Adinda Ina, kekanda Wan, adinda Ila. Kelihatan 'Ana' dah jadi 'maksu' dengan kehadiran anak-anak buahnya. Mengapa aku rasa seperti ada korum yang kurang dalam potret itu? Siapakah yang hilang?

'Ana' sudah berpacar. Dia sudah ada yang punya. Tampak bagus gerangan pilihannya. Pandai 'Ana' memilih. 'Ana' sudah meningkat dewasa. Dia bukan lagi kanak-kanak berusia 4 tahun yang aku pernah melihatnya suatu ketika dulu. 'Ana' sudah boleh kahwin. Sudah boleh jadi seorang isteri. Seorang ibu. Ya Allah, pastikan dia solehah, dan pasangannya mithali. Asal siapa jadi zauj-mu, aku doakan kebahagian tiada bersempadan. Itu doaku.

Tuturkatanya yang lemah lembut dan berhemah menyenangkanku melusuri kata-katanya. Pendidikannya juga tidak kurang hebatnya. Bakal jadi seorang guru. Ustazah lebih baik. Sesuai dengan dirinya yang lemah lembut. Tidak salah mengikut jejak langkah adinda sebagai seorang pendidik. Aku redha dan suka dengan karier sebegitu. Menitipkan ilmu untuk anak bangsa. Andai dirinya menjadi Murabbi atau Daie sekalipun, aku redha kerana tugas itu juga mulia di sisi yang Maha Mengetahui.

Dari kalamnya, aku tahu dia seorang yang tabah. Demikian jugalah yang dikatakan oleh kekandanya. Kekandaku jua. Namun pelbagai persoalan timbul. Masih ingatkan dia pada diriku yang juga hina ini? Masih ingatkah dia pada wajahku, namaku, asal usulku? Aku kaji kalamnya lagi jauh ke suatu sudut. Aku mendapat tahu yang dia masih ingat yang dia ada 3 orang kekanda. Maklumat itu cukup untuk membuat kalbuku lega. Tapi tahukah dia akan namaku? Dimanakah aku berada sekarang? Apakah status dan keadaan hidupku? Sepanjang 363 buah entri itu, aku tidak pernah bersua dengan namaku. Aku tidak puas hati lalu kucari lagi maklumat yang sepatutnya. Akhirnya aku bertemu dengan:-

"...jadikan aku insan pilihanMu ya Allah..

pilihan ke syurga-syurga MU...

jadikan ibu bapa ku insan yang Engkau berikan tempat di syurgaMU

berikan kakak-kakak dan abg-abgku tempat mulia disisiMU..

berikan kesempatan dan peluang kepada suamiku serta anak-anakku kelak mencium bau syurgaMU...

aminnn ya Allah..."

Kata-kata itu membuatkan aku sebak dan titis-titis mula bergenang di kelopak mata... kakak-kakakmu...abang-abangmu... lantas jatuh berderai tatkala aku sedang menekan-nekan papan beisi huruf ini... Tulusnya hatimu wahai 'Ana'... Jujur hatiku sebak menulis luahan ini. Apakah 'Ana' mengerti maksud yang tersirat di lubuk hatiku? Fahamkah dia yang aku selalu merindukannya tatkala aku terkenang kembali asal keturunanku? 'Ana', asal kita dari Adam. Ibu kita Hawa. Anak-anak mereka usul salasilah kehidupan kita. Sebesar mana pun Al-Ardi ini, Kun FayakunAllah lebih besar kuasanya.

Ya Allah...
Dapatkah 'Ana' menerima kehadiranku dalam hidupnya? Terkesima dan kagetkah dia menerima berita ini? Sebuah perutusan dengan kehendakMu Ya Allah...

Adakah ini sebuah titik tolak supaya kami dapat meningkatkan mahabbah dan iman kami kepadaMu? Sesungguhnya tunjukkanlah makrifat dan hidayahMu Ya Allah. Agar kami tergolong dalam golongan-golongan yang diredhai dan dicintai olehMu. Masukkanlah kami, keluarga kami, saudara mara kami, dan orang-orang yang pernah berjasa kepada kami ke dalam lingkungan JannahMu. Masukkanlah kami semua bersama-sama melalui Bab al-NikmatMu di Firdausi nanti. Amin Ya Rabb...

Semoga Allah sentiasa melindungimu...adindaku 'Ana'...

Yang ikhlas dari kekandamu.


link: ...::: BICARA AMANI :::...


Sunday, May 1, 2011

Pengajaran Dari Ideologi Mustafa Kemal Ataturk

  1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.
  2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
  3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.
  4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.
  5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.
  6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.
  7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menhilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.
  8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan.
  10. Agama Rasmi Turki jugak sudah bukan Islam.
  11. Islam diserang secara terbuka.
  12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.
  13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium, dan ada jugak yang dijadikan gereja.
  14. Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali.
  15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.
  16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.
  17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.
  18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun. Telah berlaku satu peristiwa ketika salah seorang askarnya sengaja ditanya “siapakah tuhan kamu dan dimana dia tinggal?”. Disebabkan terlalu takut, askar itu menjawab “Kemal Ataturk adalah tuhannya”. Beliau merasa amat gembira dengan jawapan itu.
Saat kematiannya yang menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:

1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya.
2. Sakit jantung
3. Darah tinggi

Beliau juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan beliau di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu beliau sedar tetapi telah hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, sekali lagi beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad beliau. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasadnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut.

Yang menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kemal Ataturk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kemal Ataturk!”

Namun ada dikalangan kita masih menyanjungnya, mengaku Islam namun ...
Moral of story.. renung2 dan fikir2kanlah .. dan jadikan iktibar..

Friday, April 29, 2011

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN OLEH WANITA...

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
"Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama:- perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Wednesday, April 27, 2011

Debu - Malam Ini



Malam ini, kekasihku,

Hamba datang kepadaMu,
PadaMu sebagai tamu,
S’lalu dijaga olehMu.

Dalam setiap hal begitu,
Kami dijaga olehMu,
Kami selalu hambaMu,
Dalam tangan kuasaMu.

Kami bentuk yang dibuat,
Dibuat oleh tanganMu,
Diberi rizki dan kuat,
Dari khazanah agungMu.

Kami serupa merpati,
Merpati dalam sarangMu,
Malar terbang, menikmati,
Di keliling istanamu.

Kau mengirimkan ilhamMu,
Kepada hati hambaMu,
Hati jadi kayak batu,
Batu di bawah pahatMu.

Kami tak takut seturu,
Atau seorang seteru,
Kami dijaga olehMu,
Kayak mas dalam petiMu.

Kami malar naik ke arah,
Sumber kami yang termulia,
Ke arah lautan cahaya,
Yang sumber setiap rahasia.

Nah, itulah maksud miraj,
Asal kami lautan caya,
Itulah juga maksud haj,
Cahaya atas cahaya.

Jalan sempit, jalan cinta,
Lebih sempit daripada,
Mata jarum yang biasa,
Kami lewati matanya.

Melewati kayak benang,
Yang sepanjang hidup kami,
Kalau sedih atau senang,
Pelan-pelan melewati.

Malam ini, kekasihku,
Hamba datang kepadaMu. 

Tuesday, April 26, 2011

13 Aurat Kaum Wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top