Aku bukan nak mengata orang. Jauh sekali nak mengumpat atau gosip-gosip liar. Bukan juga nak jaga tepi kain orang sebab orang sekarang pakai kain pun tak cukup. Boleh belah dengan paparazzi dan mamarazzi. Aku bukan dapat duit pun kalau aku tulis pasal orang-orang tertentu ni. Sekadar luahan sebab blog ni aku yang punya. Ikut suka suki hati tuan punya blog la katakan.
Sedih bila mengenangkan kawan-kawan sekarang suka memakan balik kawan-kawan. Bak haruan makan anak. Dulu bila saat senang, sama-sama berkumpul. Enjoy ke sana ke sini. Hidup meriah. Gelak ketawa di mana-mana. Sekarang bila susah, erti kawan tu dah hilang. Lenyap ditelan ego sendiri. Lesap macam biskut chipsmore. Semua bagi alasan. Hantar SMS tak balas. Call tak angkat. Masing-masing jadi makhluk asing.
Bila senang semua mengaku kawan. Bila susah semua buat tak nampak. Aku ada hati. Punya perasaan. Facebook sentiasa ada untuk aku korek apa hal ehwal semasa kau, kau dan kau semua. Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau, kau dan kau buat. Aku mungkin rabun tapi aku tak buta dan pekak. Kau sorok macam mana pun aku tetap tahu juga. Terima kasih pada teknologi canggih zaman sekarang.
Aku tahu di belakang aku kau semua mengutuk aku, mengata, mengumpat, memburuk-burukkan macam kau orang semua cantik. Tak guna cantik pun kalau hati busuk, meloyakan, menjijikan macam sampah sarap kat tempat pengumpulan sampah kat Klang. Sentiasa kau orang ada kawan bila tiba masa untuk mengata belakang orang kan. Jangan ingat aku tak ada pengintip, inteligen dan penyamar yang bersifat talam dua muka. Macam umang-umang.
Cukup setakat tu. Aku dah penat memikirkan hal kau, kau dan kau. Aku dah cukup sakit hati. Aku dah puas memendam rasa. Akhir ingin aku nyatakan sedangkan gunung berapi lagikan meletup. Inikan pula hati manusia. Lu pikirlah sendiri…
3 comments:
huhu..
banyak2 bersabo ea..
hmm... kepadaNya aku bermohon ketabahan....
itulah lumrah khdpn..uhuhu
Post a Comment