Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Tuesday, December 18, 2012

Oh Suri, Oh Isteri, Oh Zaujati...

Satu lagi entri melepas geram aku. Geram dengan kehidupan ini yang kurasakan seakan-akan tidak adil. Astaghfirullah… Kenapa aku jadi camni? Kenapa dan kenapa? Kenapa lagi??? Menolak takdirnya sedangkan kita semua tahu setiap sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya yang tersembunyi…

Geram. Kenapa geram? Geram bila aku tak dapat apa yang aku nak. Apa yang aku nak? Macam-macam. Manusia kan sifatnya tak pernah puas. Itu memang lumrah makhluk bernama manusia. Sentiasa rasa tidak cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Semoga Allah ampunkan segala dosaku… :’(

Aku nak perubahan dalam hidup. Aku nak ubah hidup aku supaya jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Aku rasa tak salah kalau aku nak upgrade dan berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik kan?? Dan sekaranglah masanya aku rasakan betapa pentingnya untuk aku memulakan perubahan dalam hidup ni.

Sorry to say yang aku sebenarnya agak tertekan dengan suasana di rumah yang sentiasa tidak terurus. Kedua parent aku dah tua dan aku pulak sibuk bekerja. Jadi apa yang tinggal untuk menguruskan rumah? Orang gaji? Makan sendiri pun seminggu 3 4 kali lauk kuah je. Alhamdulillah. Tapi tu masih tak melayakkan aku untuk mencari orang gaji. Kalau gaji dah 6k 7k barulah pikir nak ada orang gaji atau tak.

Perkara pokoknya aku bukan nak orang gaji. Aku perlukan seorang yang boleh menjadi SURI HIDUP. Bukan suri rumah atau Lisa Surihani. Itu Yusri dah kebaih dulu jadi milik dia. Kalau nak tulis sejauh mana atau seperlu mana aku kepada seorang berstatus isteri, aku tak mampu nak tulis kat sini sebab itu rahsia hati. Aku punya sebab dan alasan kenapa aku perlukan seorang untuk jadi seorang suri dalam hidup aku. 

Sebab di situlah aku yakin bahawa aku dapat mengubah diri aku kehidupan aku untuk bergerak selangkah lagi maju dalam kehidupan ini. Maju dalam tanggungjawab. Maju dalam menyempurnakan agama. Maju dalam menjaga hati dan perasaan. Maju dalam mengawal emosi dan rohani. Maju dalam menjadi seorang Muslim sejati. Dan yang paling penting maju dalam menjadi seorang hamba Allah.

Aku dah pikir masak-masak. Titik tolaknya bermula dari situ. Rasa yang terlalu membuak-buak untuk merasai kasih dan saying seorang wanita bernama isteri, zaujah. Sungguh tak mampu aku nak luahkan di ruangan yang terhad ini. Bukan masalah terhad saja, tetapi apabila hati berbicara, apakah perkataan yang mampu untuk menzahirkan rasa itu…

Sungguh tak mudah untuk mengubah hidup ni kan wahai kalian… Allahu Allah.. T_T

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top