Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Sunday, January 31, 2010

Aku yang sensitif…

Sejak akhir-akhir ini emosi aku amat sangat sungguh tak stabil. Kalau aku perempuan dah lama orang kata aku kena ‘period’ atau kena PMS. Namun aku ini seorang lelaki. Perjalanan hormon aku mungkin lebih agresif daripada hormon seorang perempuan. Ahh! Aku sudah melalut.

2uyk314.jpg

Pendek kata semua benda mesti ada yang tidak kena bagi aku. Tengok orang ini rasa nak marah. Tengok orang itu rasa nak penyepak. Sentiasa ada perasaan tak puas hati yang semakin lama semakin menebal dalam jiwa ini. Sensitiviti bertambah. Hati sangat mudah terguris apabila tersentuh oleh sesuatu perangsang atau pemangkin yang dibangkitkan oleh sesetengah individu atau pihak. Kalau diikutkan hati ini mahu saja disepak-sepak dan diterajang-terajang mulut-mulut yang lancang bicaranya itu. Sungguh menyakitkan hati!

ml19iu.jpg maj5hw.jpg

Namun, kewarasan masih wujud di dalam diri yang membuatkan aku masih boleh bersabar dan bertoleransi dengan keadaan yang berlaku. Layankan saja. Tapi bila dilayan akan menambah sakit hati pula. Jiwa tertekan, jiwa kacau. Orang lain punya mulut bercakap macam aku ini tak ada harga diri. Macam aku ini hina sangat dan tak ada akal untuk berfikir tentang hujan yang dibahaskan. Aku bukan dungu untuk orang-orang ini mengula-gulakan aku! Aku juga punya maruah dah pegangan dalam hidup!

Apa orang lain yang bersuara lantang itu terlalu muliakah atau terlalu agungkah sampai boleh merendah-rendahkan orang lain hingga di tahap yang memalukan orang itu? Didepan cakap lepas-lepas. Entah-entah di belakang memang tak ada lepas lagi, terus saja cakap dengan tiada langsung perasaan simpati dan empati. Siapakah yang lebh hina disini sebenarnya?

Dalam hatiku hanya ada satu pendaman yang mungkin meletup, atau meletus atau mungkin jua akan terpadam dengan sendirinya. Orang-orang yang bajet bagus itu pun semuanya sebenarnya 2x5 sahaja. Bukanlah bagus mengalahkan tahap seorang Agong. Bukannya lama lagi pun untuk berada di depan mata kepalaku menahan kutukan dan cercaan. Paling lama pun dalam tempoh setahun orang-orang ini akan berambus meninggalkan tanah tempat aku berpijak sekarang.

Mereka ini sudah lupa daratan agaknya. Tak sedarkah mereka berpijak di bumi yang nyata dimana langit dijunjung dan bumi dipijak. Selagi mereka masih menghirup udara segar kurniaan tuhan ini, mereka perlulah sedar bahawa sentiasa ada makhluk yang lebih berkuasa dan besar daripadanya. Maka tak perlulah berbesar diri menunjuk-nunjuk di sana-sini dan merendahkan orang lain kerana mungkin akan merima balasan yang lebih teruk dari orang yang lebih besar…

tukang tulis

Saturday, January 30, 2010

Hati-hati dengan hati!

Setiap orang di dunia ini ada perasaan dan pemikiran di benak hati masing-masing. Ada yang hatinya luhur, ada yang lurus, ada yang busuk, ada yang keras, ada yang lembut, ada yang kering, dan ada yang batu (diambil dari simpulan bahasa ‘hati batu’). Kadang-kadang tersalah cakap sikit orang lain dah terasa. Bila tak cakap macam serba-salah pulak. Bila dah mintak maaf pulak kadang-kadang tak nak memaafkan. Kenapa hati ini begitu mudah tersinggung?

Apakah singgungan itu akan membuatkan orang lain akan menunjukkan belas kasihan atau timbul rasa prihatin? Jawapannya terletak pada niat orang yang tersinggung itu sendiri. Kenapa hati ini mempunyai terlalu banyak jenis perasaan dan kadangkala wujud prasangka? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Niat seseorang itu meluahkan perasaannya adalah kerana dia sudah tidak mempu menahan dan menanggung lagi sesuatu dan terlalu ingin dia lepaskan. Kemarahan barangkali. Mungkin juga perasaan tidak puas hati. Seandainya dia pendam perasaannya itu, mungkin dia akan mendapat tekanan darah tinggi, stres, jiwa kacau dan emosi terganggu. Ada kemungkinan juga untuk dia mendapat penyakit jantung yang kronik. Inilah akibat-akibat menahan perasaan.

Tapi bila diluahkan, ada pula orang yang tersinggung, terasa hati, terguris perasaan bak analogi memerah limau ke atas luka. Pedihnya tiada terhingga sakit melampau. Sesiapapun di tempat itu mungkin akan meraung, melolong dan melalak kesakitan. Bagai di tusuk sembilu akan sakitnya.

Bila dah makan hati pulak, apa lagi yang nak dibuat? Tanggung jela kesakitan yang dialami tu. Biar pahit macam mana pun namun peria itu terpaksa ditelan. Dengan penuh penderitaan manyelubungi hatinya yang seakan-akan dirobek-robek dengan pisau rambo.

Hati punya pasal bukan boleh main-main. Sebab kalau ikutkan hati, mati jawabnya. Ikutkan nafsu, lesu pulak. Ikutkan tuhan, kita kenalah tahan dengan cuba bersabar dengan banyak. Walaupun iman kita senipis kulit bawang cuma, namun itu adalah lebih baik dari tiada iman langsung…

P/s: Jangan makan hati banyak sangat. Bukannya sedap pun. (nasihat yang dipetik dari seorang sahabat)

tukang tulis

Friday, January 29, 2010

Sang Senior dan Si Junior

Senioriti masih membuat sang senior menganggap dirinya lebih tua, lebih berpengalaman, lebih dari segala aspek duniawi dan rohaniah. Sang junior pulak ada ceritanya yang tersendiri. Sang junior adalah lebih senior dari junior-juniornya. Jadi sang junior ini berada di tengah-tengah. Dia terpaksa akur dengan arahan sang senior walaupun dia adalah senior kepada juniornya.

Sang junior pula ada yang bermacam-macam jenis ragam pan perangai. Ada sang junior yang berlagak macam dah tua sangat sebab dia ada pengalaman yang junior-junior lain tak ada. Walaubagaimanapun, hakikatnya dia masih seorang junior kepada seniornya. Adalah perkara biasa untuk di marah, di maki, di herdik, di caci dan diperlakukan dengan bermacam cara. Tapi ada juga yang bagusnya bila sang junior ini dihargai. Terutama apabila dipuji, diberikan suatu tanda atau anugerah untuk menjaga hatinya.

Ada juga junior yang jenis kaki bodek. Mereka-mereka ini seringkali mendapat habuan yang tak sepatutnya mereka dapat. Sepatutnya habuan itu diberikan pada orang-orang lain yang telah berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Juga terdapat junior yang tak sedar diri dan boleh memaki hamun si senior macam maki budak-budak. Dia belum kena maki balik boleh la dia buat begitu. Cuba sang senior tu bagi sebijik penampar Jawa, pasti si junior tu tak berani lagi berbuat begitu.

Aduhai, alangkah sedihnya bila tidak ada yang mengamalkan konsep yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Tapi janganlah terlalu menghormatkan orang sampai tahap boleh dipijak dan janganlah terlalu menyayangi sampai dia naik lemak dan bagi betis nak peha. Tak pasal-pasal nanti ada yang makan peha!

tukang tulis

Thursday, January 28, 2010

Private Number?

Sedang aku syok dan asyik menulis blog, tiba-tiba handphone aku bergetar (aku kalau kat rumah memang letak mode senyap je. Tak suka bising-bising). Getarannya sekejap aje. Dalam hatiku terdetik siapalah yang bongok sangat buat miscall ni.

Aku periksa nombornya. Kalau aku tahu siapa memang aku hantar SMS sindiran berkata, “Alahai kesiannya tak ada kredit ye? Buat misscall je ke?”

Namun tak ada nombor keluar. Private number. Ni lagi satu punya sengal dalam kepala. Dah tahu kau tu pakai private number buat apa nak misscall aku? Memang sampai kiamatlah aku tak akan tahu siapa yang buat misscall. Kalau iye pun rindu ke, bosan ke, sunyi ke, perlukan teman ke, tunjukkan la nombor tu supaya senang aku nak tahu.

Kalau dah boring sangat tu SMS la ON SUNYI ke 32121. Tak pun kalau dah level dewa tak tahan sangat bosan tu SMS pulak ON SANGAP ke 37647!

Wednesday, January 27, 2010

2 Kepala babi ditemui di 2 buah masjid!

Berita utama di televisyen hari ini dikejutkan dengan penemuan 2 ekor kepala babi hutan di 2 buah pusat ibadat orang Islam iaitu di Masjid Imam Tarmizi, Taman Sri Sentosa dan di Masjid Jumhriyah, Taman Dato. Harun. Masjid Jumhiriyah ni aku selalu pergi dulu buat Train of Trainers untuk fasi-fasi matovasi sebelum aku masuk UIA.

Penemuan itu turut disertai dengan penemuan duit berjumpa RM35 di kawasan perkarangan masjid. Siasatan polis di kawasan berdekatan turut menjumpai lagi 2 ekor kepala babi hutan beserta duit RM35 tidak jauh dari lokasi masjid berkenaan. Keseluruhannya adalah 4 ekor kepala babi hutan dan wang berjumlah RM70 yang ditemui. Apakah kaitan kepala babi dengan duit RM35 itu masih menjadi tanda tanya. Kena panggil Sherlock Holmes untuk menyiasat kes ini.

Pihak polis telah memeriksa sebuah kedai makanan Cina di kawasan berdekatan yang menghidangkan hidangan eksotik sama ada mereka telah membekalkan bahan bukti dalam kejadian tersebut. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi pengingatan kepada sesiapa individu yang terlibat dalam kes ini supaya ‘tidak bermain dengan api’. Kerana api kelak membakar diri!

Inferens awal yang dapat seorang yang normal berikan ialah perbuatan ini MUNGKIN dilakukan oleh orang bukan Islam kerana menyentuh babi itu haram hukumnya. Apatah lagi meletakkan najis itu di kawasan perkarangan masjid sebagai sebuah institusi agung bagi umat Islam. Bagaimanakah pula jika orang bukan Islam boleh menceroboh kawasan masjid sedangkan ia bukanlah sebuah destinasi perlancongan untuk dilawati (kecuali Masjid Negara atau masjid-masjid bersejarah seperti di Melaka). Tak tahu la kalau ada orang Islam sendiri yang tergamak untuk melakukan perbuatan yang bakal melaknat dirinya sendiri ini. Ramai saja yang bernama Islam tetapi mengamalkan kehidupan sebagai seorang kafir. Itulah realiti orang masakini.

Jikalau betul perbuatan ini dilakukan oleh orang bukan Islam, apakah motif mereka melakukan sedemikian? Ini adalah kali kedua perbuatan meletakkan najis di dalam tempat ibadat orang Islam selepas kejadian yang sama berlaku di sebuah tempat ibadat orang Islam di Universiti Malaya kalau tak silap. Minggu lepas negara dihangatkan pula dengan kejadian kebakaran beberapa buah gereja di merata tempat di Malaysia. Adalah ini salah satu komplot untuk melaga-lagakan sentimen perkauman atau ini adalah satu taktik balas-membalas dendam antara pihak yang terlibat?

Apakah perlu untuk sesebuah kaum itu membenci kaum yang lain sedangkan mereka berpijak di bumi yang sama hingga memerlukan mereka untuk bertindak sebegini? Apakah insiden berdarah 13 Mei itu tidak cukup untuk memberikan pengajaran kepada setiap kaum untuk tidak menumpahkan darah antara satu sama lain? Jadi apakah gunanya diwujudkan akta kawalan yang menetapkan agar tiada isu perkauman yang dibangkitkan selepas 13 Mei itu jika masih ada lagi sentimen perkauman di negara pelbagai kaum ini? Apalah gunanya slogan 1 Malaysia yang diinovasikan oleh Najib dilaung-laungkan seandainya insiden ini masih berlaku hingga mengusik sensitiviti penganut agama lain?

Dimanakah hilangnya sifat hormat-menghormati dan bantu-membantu antara kaum sepertimana semua kaum bersatu untuk mencapai kemerdekaan dulu? Mana perginya? Andai wujud ketidakpuashatian di antara kamu, maka berundinglah dengan cara yang terbaik. Bukan dengan melepaskan nafsu dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang membangkitkan kemarahan orang lain. Ada saja jalan penyelesaian. Bukan bertindak dengan memBABI-BUTA! Ingatlah peringatan Ketua Polis Negara sebagai seorang yang bertanggungjawab memelihara keamanan negara. Hidup Musa Hassan!

Tuesday, January 26, 2010

Biar papa asal bergaya?

Hari ni aku teman mak aku pergi periksa doktor kat Bandar Tun Razak. Dah biasa dengan doktor ni dekat 15 tahun. Asal ada sakit ke demam ke pening-pening lalat ke mesti jumpa doktor ni. Kecuali dah terdesak atau terpaksa barulah pergi jumpa doktor lain. Harga kat klinik dia ni pun berpatutan. Tak lah macam klinik lain yang bagi paracetamol dan ubat selsema tapi harga beratus-ratus. Rasa macam nak aje aku cekik-cekik doktor tu biar dia mampos. Menangguk di air keruh sungguh!

Aku bersunat pun kat klinik ni jugak. Dah. Dah. Itu cerita 14 tahun yang lepas. Kalau kahwin anak dah Form 2 dah. Ceh. Aku mengarut dah. Sebab tu aku agak segan sikit nak jumpa doktor ni sebab dia pernah tengok senjata aku. Hampeh sungguh. 14 tahun dulu punya cerita la katakan. Sekarang aku dah besar panjang. Kalau aku demam pun aku lagi rela makan panadol dari jumpa dengan doktor ni. Malu! Tapi parent aku tetap menjadi ‘pesakit’ setia doktor ni. Lantak laa…

Klinik ni terletak di kawasan perumahan rumah pangsa atau bahasa mudahnya ‘flat’. Klinik ni masih menjadi tempat kunjungan pesakit sama ada dari kawasan berdekatan mahupun berjauhan. Ada yang datang dari Perak, Johor pun ada. Sunguhpun menggunakan perubatan moden, namun kebanyakkan kesakitan dapat disembuhkan. Agak mujarab di situ. Tetapi aku bukan nak bercakap pasal klinik, tapi pasal apa yang aku lihat sendiri di kawasan flat ini.

Kawasan flat, biasanya dipenuhi dengan kereta-kereta dan motor-motor rempit. Anak-anak muda bertenggek macam gagak di atas motorsikal yang telah dibikin dan bunyi ekzosnya sesedap telinga mendengar. Awek-awek flat pula banyak yang berbaju sendat dan berseluar ketat. Sesekali kelihatan warna seluar dalam yang telah pudar apabila mereka membonceng motor dan memeluk pakwenya si mat rempit dengan posisi tonggek. Prrreeeennnggggg!!! Bunyi ekzos meletup memecah keheningan sunyi di kawasan rumah flat tersebut.

Semakin banyak rumah yang pasang Astro sedangkan rumah aku sendiri tak pasang benda alah tu. Kos pemasangan dan langganan dah murah agaknya. Rata-rata yang mendiami perumahan flat ini adalah rakyat-rakyat dan individu yang berpendapatan rendah, berstatus bujang atau baru berkahwin. Status ekonomi dan kewangan mereka masih belum stabil sepenuhnya memaksa mereka masih mendiami rumah flat yang serba tidak kena ini. Ada saja benda yang membuat sesiapa saja manusia biasa berasa tidak selesa untuk tinggal di sini. Mungkin penduduk di sini dah lali dengan keadaan sebegini.

Tapi tadi dengan tiba-tiba, ketidaknormalan alam berlaku di depan mata aku. Di mana ianya ialah satu proses yang membuat aku tak boleh terima proses itu daripada terjadi tetapi ianya telah terjadi di depan bola mata kepala aku. Sungguh tidak ku percaya. Kelihatan sebuah BMW 7 Series bukan Perodua Kancil masuk ke perkarangan perumahan pangsa itu dan parking di kawasan tempat letak kereta. Rata-rata kereta yang ada di tempat itu adalah kereta yang berharga kurang RM 70k. Kereta paling banyak adalah Kancil dan MyVi.

m055

Lalu keluar seorang lelaki ber‘t-shirt’ pagoda dan berseluar ladang dalam lingkungan berumur 40’an menggeliat sambil membetulkan seluarnya yang agak terlondeh. Dari pintu belakang keluar 3 orang budak, 1 laki 2 perempuan yang masih berpakaian sekolah agama. Anak dia agaknya. Setelah mengunci kereta menggunakan alarm mode senyap, mereka naik ke blok rumah pangsa mereka dengan menaiki tangga hingga ke tingkat 4. Lif rosak agaknya. Dalam hatiku berkata. “What the hell???” Bukan pasal lif, tapi lelaki itu!

Apakah mungkin seorang lelaki yang tidak mungkin berjawatan tinggi mampu memiliki BMW 7 Series? Kalau dia mampu sekalipun, mengapakah dia masih tinggal di rumah flat? Paling busuk pun rumah teres setingkat la baru logik dipandang. Tidak ada tanda-tanda dia bekerja sebagai driver seseorang kerana di cermin keretanya tidak ada stiker-stiker yang berpengaruh melainkan stiker cukai jalan. Tidak ada juga tanda-tanda lelaki itu orang terlalu kaya berada ataupun entah-entah kereta itu kereta curi!

Apakah mungkin dia memenangi cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium BSN atau Car Craze Petronas? Tak pun peraduan Peraduan Menangi 1 Juta Power Root Tingkat Ali? Tak pun dia menang peraduan Reader’s Digest yang 1 dalam 1 bilion orang baru ada pemenang? Itu pun kalau menang. Sungguh tak boleh diterima dek akal…

145294725c5d063647

Kelemahan sistem undang-undang terhadap kepercayaan karut

Seperti yang ramai orang tahu bahawa sistem undang-undang di negara Malaysia di ambil daripada sistem perundangan di Britain kerana negara Inggeris itu pernah menjajahi negara kita. Boleh dikatakan hampir setiap aspek di dalam negara mempunyai undang-undang dan aktanya yang tersendiri. Jika ada yang tidak kena atau memerlukan perubahan, maka pindaan akan dibuat setelah mendapat persetujuan Parlimen.

Namun, di negara Malaysia yang pesat membangun dengan era kemodenan dan industrialisasi ini, masih wujud kepercayaan karut dan tahyul di benak hati rakyat-rakyat Malaysia. Mereka masih percaya dengan konsep bomoh, perubatan tradisional, jampi-jampi, air tawar dan sebagainya yang sukar diterangkan secara saintifik. Kesedaran bahawa perkara-perkara ghaib itu memang wujud kerana Al-Quran sendiri mengatakan bahawa dunia ini bukan sekadar manusia sahaja yang mendiaminya malah termasuk juga jin, malaikat, syaitan dan sebagainya makhluk ciptaan Allah.

Sebagai contoh, sifat dengki yang telah menguasai diri telah mendorong manusia untuk memohon pertolongan daripada sesuatu entiti ghaib untuk merealisasikan niat jahatnya. Perkara ini dikategorikan sebagai syirik dan haram seharam haram hukumnya disisi Islam. Maka wujudlah kejadian seperti busung, muntah darah, santau, rasuk, dan sebagainya yang berkonsep spiritual paranormal dan superstisi.

Perbicaraan undang-undang di Malaysia dan di kebanyakkan negara membangun hanya meneruskan prosedur dengan wujudnya saksi dan bahan bukti. Ketiadaan bahan bukti yang kukuh sebagai punca untuk meyakinkan orang ramai menyebabkan prosedur pembicaraan tidak dapat diteruskan.

Maka, kes-kes terpencil (agak banyak juga sebenarnya kalau direkodkan) seperti kejadian luar biasa atau luar alam tidak akan diterima untuk diperbicarakan di dalam mahkamah. Paling busuk pun doktor yang merawat si pesakit akan merekodkan kejadian sebagai kes-kes unik dan misteri. Laporan akan dihantar kepada peguam dan kes tertutup disitu berdasarkan laporan doktor yang mengesahkan. Jadi, orang-orang yang mengamalkan perbuatan syirik untuk membalas dendam atau berniat jahat akan terlepas dari pengadilan di dunia ini.

Takkan dalam mahkamah akan ada benda-benda seperti kemenyan, tempat perasap, limau nipis, jarum, atau bahan berunsurkan syirik perlu dibawa sebagai bahan bukti? Ini kerana tidak dapat dibuktikan kaitan diantara barang-barang tersebut dengan kesan yang diterima oleh pesakit! Hubungkaitnya tidak wujud dari segi saintifik tetapi wujud dari perspektif ghaib dan paranormal dengan bantuan benda-benda ghaib yang terlaknat sejak zaman Firaun sekalipun yang mempraktikkan sihir!

Andaikatalah undang-undang menerima perbicaraan kes misteri dan ghaib ni, dah tentu banyak pawang-pawang, dukun-dukun, bomoh-bomoh yang mampos terjelir lidah kat tali gantung disebabkan penggunaan sihir untuk mencederakan orang lain. Dengan itu, orang-orang musyrik ni pasti tak akan terlepas dari pengadilan dunia. Namun, walau pun mereka sekarang bergembira dan terlepas dari pengadilan dunia, di akhirat nanti pengadilan tuhan lagi kejam, ganas, brutal, sadis dan menyeksakan akan menanti di sana. Tunggu dan saksikanlah……

Saturday, January 23, 2010

L.A.P.A.R.

Lapar. Makan.

Makan. Kenyang.

Kenyang. Mengantuk.

Mengantuk. Tidur.

Tidur. Bangun.

Bangun. Bosan.

Bosan. Otak kosong.

Otak kosong. Merapu.

Merapu. Lapar.

Friday, January 22, 2010

Siapa cakap?

Sekarang ini nampaknya isu siapa cakap semakin hangat diperkatakan dan diperbicarakan. Pergi sini cakap isu ini. Pergi sana pun cakap isu ini. Tak ada isu lain ke yang nak diborakkan? Serius sakit kepala.

Si polan bin si polan membuka sebuah topik atau cerita ketika sedang duduk melepak dengan kawan-kawannya. Si polan kedua pulak mencelah bertanya kepada si polan pertama, “Siapa yang bagi tahu kau cerita ini?” Si polan pun tercengang-cengang bila berdepan dengan soalan cepumas tersebut. Maka si polan pun terpaksalah mendedahkan nama tuan punya cerita. Hilanglah rahsianya dan keasliannya sebab semuanya dah dikorek dan terkorek.

Si polan memang suka untuk mencari asal-usul dan susur galur sesebuah cerita itu. Setiap orang demi orang akan diwawancaranya untuk mendapatkan sesuatu jawapan bagi persoalan yang berada di minda. Rahsia demi rahsia akan dikoreknya untuk memastikan dia tahu siapa orang-orang yang terlibat dalam sesebuah cerita itu.

Agak kompleks unutk dinyatakan disini demi menjaga kemaslahatan ummah sejagat. Keharmonian perkauman dan bangsa sendiri perlu dijaga untuk mengekalkan konsep 1 Malaysia yang tak berapa nak Malaysia lagi pada umumnya. Sakit kepala lagi pikir.

Isu ‘siapa cakap’ boleh menimbulkan syakwasangka dan keraguan dalaman. Juga berpotensi untuk membangkitkan pergaduhan sekiranya wujud ketidakpuashatian antara beberapa pihak yang terlibat. Sakit pulak badan kalau kena pukul yek? Boleh dikategorikan sebagai satu isu yang sensitif dan bukan mudah untuk diperbualkan di khalayak ramai terutamanya apabila berhadapan dengan orang-orang yang berisiko untuk mengeluarkan soalan berbaur provokatif dan mengundang.

Ketidakpuashatian dan keegoan itu wujud dalam diri setiap pihal kerana mereka sentiasa berfikiran yang hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain adalah salah. Sekalipun mereka adalah salah, namun mereka tetap akan mempertahankan diri mereka agar tidak dipersalahkan. Kebiasaannya adalah dengan mencari salah orang lain untuk menutup pekung di dada sendiri. Serius memang manusia tak ada hati perut. Perasaan ellek. Kapish.

Wednesday, January 20, 2010

Asal usul kemudahan bagi manusia

Bila difikirkan kembali, apakah asal usul kemudahan-kemudahan yang kita nikmati sekarang? Kemudahan yang dimaksudkan adalah seperti kereta, dapur gas, rumah, pakaian dan apa sahaja yang orang puba tak pernah guna.


Orang zaman purba juga dapat teruskan hidup walaupun mereka tak mempunyai kemudahan-kemudahan seperti yang disenaraikan di atas. Mereka tak guna kereta tetapi mereka boleh saja berjalan kaki. Tak perlu dapur gas untuk memasak tapi mereka gunakan kayu api. Menyala juga api dan masak jugak makanan yang nak dimakan. Pakaian apa-apa pun boleh janji menutup kemaluan. Ye la kot? Sumber diambil berdasarkan cerita-cerita seperti 10,000 BC, Year One, Ice Age, Tarzan dan yang sezaman dengannya.


Manusia mula mencipta kemudahan-kemudahan ini semua hanya kerana satu sebab dan alasan yang kukuh. MALAS. Itulah perkataan yang paling sesuai untuk merujuk kenapa manusia perlukan kenderaan, pakaian, rumah, dan segala kemudahan lain yang wujud di sekeliling kita.


Kenapa manusia perlukan kereta, bas, LRT dan sekaum dengannya sedangkan mereka boleh berjalan kaki untuk kemana saja? Maka tak adalah isu harga minyak naik setiap kali kerajaan menaikkan harga petrol. Kenapa perlu adanya dapur gas sedangkan boleh juga memasak menggunakan dapur kayu?


Sebabnya manusia malas untuk berjalan, maka diciptakan kereta. Malas untuk menggesek kayu api sampai menyala, maka terciptalah dapur gas. Petik suis saja dah keluar api. Kenapa adanya telefon? Sebab manusia malas dan tak larat untuk menjerit kalau si penerima terlalu jauh. Takut lain yang di jerit, lain yang di dengarnya. Banyak benda sebenarnya yang dicipta untuk memenuhi keperluan seharian manusia kerana kemalasan yang melampau.


Tak lama lagi mungkin akan ada mesin yang bercakap bagi pihak manusia. Hanya perlu fikir je suara akan dikeluarkan oleh robot. Tak mustahil ada alat menjawab exam sebab pelajar-pelajar terlalu malas unntuk ulangkaji menjelang peperiksaan. Malasnya tahap dewa naga. Agaknya nanti robot yang akan melakukan semua kerja-kerja manusia sebab manusia terlalu malas untuk berfikir pun. Kalau berfikir pun malas, apa gunanya hidup. Baik tanam diri hidup-hidup!





Sunday, January 17, 2010

Pendapat kaum tua

Semalam aku balik ke rumah. Mak suruh balik sebab dah dekat 2 minggu aku tak balik rumah pada hujung minggu. Macam-macam alasan bernas yang aku bagi sebelum ini. Banyak kerja la. Nak kemas bilik la. Ada kelas la. Sebenarnya memang aku sibuk pun dengan kerja-kerja sosial bersama dengan orang-orang budget profesional. Kerja kelab, kerja underground, kerja belakang tabir, kerja memahat dan memaku, mengetuk dan mengecat dan sebagainya. Orang multi-skill la katakan. Bukan aku tak nak balik rumah. Siapa yang selalu bersama aku tahu la macam mane hidup aku sebenarnya.

Bukan aku tak suka balik rumah. Tapi bila balik rumah mesti ade je benda yang aku tak  gemar akan berlaku. Yang menjadi kemestian ialah antara aku dan mak aku masing-masing nak menegakkan benang yang basah. Entah benang siapa yang basah, siapa yang kering.

15f5e0k.jpg

Bagi aku, pendapat kaum tua ni lain sikit. Peningkatan usia membuatkan sistgem pemikiran mereka menjadi terlebih matang dalam memberikan pendapat dan keputusan. Mereka akan sentiasa nak menang walaupun hakikatnya entah betul atau salah. DIaorang ni anggap dah terlalu matang sebab dah banyak sangat makan garam sampai kena darah tinggi. Kesian.

Setiap kali balik ada saje point atau punca untuk berlaku pertikaman lidah. Tapi semuanya dijalankan dengan penuh sifat-sifat keprofesionalan. Perbincangan ilmiah yang berjalan secara terancang dan strategik. Akhirnya mesti ada satu pihak yang mengalah sebab dah tak larat lagi nak bertekak.  Selalunya aku la yang mengundur diri sebab malas dah nak bercakap. Cakap pun benda yang sama je berulang kali. Kalau kaum tua tu tak nak terima, memang dia tak akan terima jugak. Tambahan lagi bab-bab agama.

Mereka akan berkata yang mereka dah berjumpa banyak orang, tahu hati budi orang itu orang ini, kenal masyarakat, ada yang hati baik atau hati busuk. Macam-macam lagi la. Pening. Pening. Pendapat kaum muda langsung tak dipedulikan, dianaktirikan, dipinggirkan.

Kaum muda pulak punya pemikiran yang lebih terbuka, meluas. Sebab mereka lebih tededah dengan dunia masakini. Corak kehidupan lebih moden dan terbabit dalam penggunaan teknologi yang terkini. Blackberry, Facebook, blogger, broadband dan sebagainya. Alat-alat seperti telegram, surat bawah pintu, surat posmen 30 sen dah terhapus dari kamus hidup kaum muda.

Konklusinya, kaum muda dan kaum tua masih tak sehaluan dalam beberapa aspek. Pendapat tidak akan sehaluan sebab masing-masing pikir mereka sahaja yang betul Bagi aku yang muda ni, dah pastilah aku akan menyokong konsep orang muda sebab aku masih 21 tahun. Baru layak mengundi la katakan. Ada pendapat orang tua yang boleh diterima. Kalau susah sangat nak terima tu, diamkan saja lah. Itu lagi baik dari bertekak dan bertengkar bertikaman lidah yang kadang-kadang mengeluarkan kata-kata tajam menikam perasaan kaum tua.

tukang tulis

Sunday, January 10, 2010

Maafkan aku sayangku

Maafkan aku sayangku,

Kerna aku insan yang hina dina,

Kerna aku fakir harta benda,

Kerna aku buta pada pujuk rayu.

Maafkan aku sayangku,

Aku tiada siapa-siapa,

Aku hanya sebatang kara,

Aku hilang tali bergantung.

Maafkan aku sayangku,

Senyumanmu penyinar hari-hariku,

Tawamu menghilangkan kegelisahanku,

Rajuk manjamu membahagiakan aku.

Maafkan aku sayangku,

Engkau terlalu berharga untukku,

Engkau satu-satunya di hatiku,

Engkau bidadari dunia dan syurgaku.

Maafkan aku sayangku,

Diriku selalu menyakitimu,

Diriku sering menyedihkanmu,

Diriku inilah yang memujamu.

Maafkan aku sayangku,

Hanya kau tempat aku berpaut,

Hanya wajahmu bermain di mindaku,

Hanya dirimu ingin ku peluk sentiasa.

Maafkan aku sayangku,

Tangismu merobek hancur hatiku,

Sedihmu menyiat-nyiat kulitku,

Pergimu mematikan hidupku.

Maafkan aku sayangku,

Aku tak bisa hidup tanpamu,

Aku rela mati kehilanganmu,

Aku tak pasrah pemergianmu.

Maafkan aku sayangku,

Hadirku mungkin membahagiakanmu,

Hadirku juga mungkin mengguris hatimu,

Hadirku ini sebagai penagih cinta.

Maafkan aku sayangku,

Aku tak rela kau jauh di sisi,

Aku tak tahan kecundang lagi,

Aku lalu titiskan airmataku ini…

Thursday, January 7, 2010

Skin laptop baru

PC Fair yang lepas aku dapatlah shopping beberapa barang-brang komputer. Dapat pulak free cash voucher RM30. Apa lagi, sakan lah beli apa yang patut dan sedap mata memandang. Beli pulak pada hari terakhir jadi kebanyakkan barang harganya dah turun tak banyak sikit.


Aku sempat beli casing external hard disk macam kulit (yang sebenarnya PVC tapi cantik), cable 3.5” sub woofer, mouse lelong, dan 2 keping DVD haram (cetak rompak) bertajuk Inglourious Basterds dan This Is It. Dua cerita ni memang aku dah cari kat LAN tapi tak jumpa. Hangin betul. Tapi yang paling aku mengidam nak beli ialah skin laptop untuk menghiasi laptop aku yang dah agak buruk dan banyak tampalan-tampalan ni (macam seluar koyak pulak).



Aku memang mencari skin yang ada gambar labah-labah (ada maksud tersendiri…hehe). Jadi skin yang serupa dengan skin idaman hati ialah skin spiderman. Ada 2 corak skin yang dijumpai: Spiderman baik dan Spiderman jahat (hitam). Yang Spiderman baik tu berwarna merah macam biasa, jadi aku pilih yang hitam jahat pulak. Skema pula rasanya kalau pilih yang baik tu. Hehe.







Berikut adalah gambar-gambar laptop aku setelah dihias dengan skin laptop idaman aku. Boleh tahan la. Tak la terlalu pandai menghias tapi cukup la untuk puaskan hati aku. Haha. Habis luar dan dalam aku hias. Agaknya kalau ada skin lebih, bahagian ‘dalam’ laptop ni pun aku hias jugak. Hahaha.

Tuesday, January 5, 2010

Still Loving You



Time, it needs time
To win back your love again.
I will be there, I will be there.
 
Love, only love
Can bring back your love someday.
I will be there, I will be there.

Fight, babe, I'll fight
To win back your love again.
I will be there, I will be there.

Love, only love
Can break down the walls someday.
I will be there, I will be there.

If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Your pride has build a wall, so strong
That I can't get through.
Is there really no chance
To start once again?
I'm loving you.

Try, baby try
To trust in my love again.
I will be there, I will be there.

Love, your love
Just shouldn't be thrown away.
I will be there, I will be there.

If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Your pride has build a wall, so strong
That I can't get through.
Is there really no chance
To start once again?

If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Yes I've hurt your pride, and I know
What you've been through.
You should give me a chance
This can't be the end.

I'm still loving you.
I'm still loving you,
I need your love.
I'm still loving you.
Still loving you, baby...
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top