Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Friday, January 22, 2010

Siapa cakap?

Sekarang ini nampaknya isu siapa cakap semakin hangat diperkatakan dan diperbicarakan. Pergi sini cakap isu ini. Pergi sana pun cakap isu ini. Tak ada isu lain ke yang nak diborakkan? Serius sakit kepala.

Si polan bin si polan membuka sebuah topik atau cerita ketika sedang duduk melepak dengan kawan-kawannya. Si polan kedua pulak mencelah bertanya kepada si polan pertama, “Siapa yang bagi tahu kau cerita ini?” Si polan pun tercengang-cengang bila berdepan dengan soalan cepumas tersebut. Maka si polan pun terpaksalah mendedahkan nama tuan punya cerita. Hilanglah rahsianya dan keasliannya sebab semuanya dah dikorek dan terkorek.

Si polan memang suka untuk mencari asal-usul dan susur galur sesebuah cerita itu. Setiap orang demi orang akan diwawancaranya untuk mendapatkan sesuatu jawapan bagi persoalan yang berada di minda. Rahsia demi rahsia akan dikoreknya untuk memastikan dia tahu siapa orang-orang yang terlibat dalam sesebuah cerita itu.

Agak kompleks unutk dinyatakan disini demi menjaga kemaslahatan ummah sejagat. Keharmonian perkauman dan bangsa sendiri perlu dijaga untuk mengekalkan konsep 1 Malaysia yang tak berapa nak Malaysia lagi pada umumnya. Sakit kepala lagi pikir.

Isu ‘siapa cakap’ boleh menimbulkan syakwasangka dan keraguan dalaman. Juga berpotensi untuk membangkitkan pergaduhan sekiranya wujud ketidakpuashatian antara beberapa pihak yang terlibat. Sakit pulak badan kalau kena pukul yek? Boleh dikategorikan sebagai satu isu yang sensitif dan bukan mudah untuk diperbualkan di khalayak ramai terutamanya apabila berhadapan dengan orang-orang yang berisiko untuk mengeluarkan soalan berbaur provokatif dan mengundang.

Ketidakpuashatian dan keegoan itu wujud dalam diri setiap pihal kerana mereka sentiasa berfikiran yang hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain adalah salah. Sekalipun mereka adalah salah, namun mereka tetap akan mempertahankan diri mereka agar tidak dipersalahkan. Kebiasaannya adalah dengan mencari salah orang lain untuk menutup pekung di dada sendiri. Serius memang manusia tak ada hati perut. Perasaan ellek. Kapish.

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top