Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Saturday, January 30, 2010

Hati-hati dengan hati!

Setiap orang di dunia ini ada perasaan dan pemikiran di benak hati masing-masing. Ada yang hatinya luhur, ada yang lurus, ada yang busuk, ada yang keras, ada yang lembut, ada yang kering, dan ada yang batu (diambil dari simpulan bahasa ‘hati batu’). Kadang-kadang tersalah cakap sikit orang lain dah terasa. Bila tak cakap macam serba-salah pulak. Bila dah mintak maaf pulak kadang-kadang tak nak memaafkan. Kenapa hati ini begitu mudah tersinggung?

Apakah singgungan itu akan membuatkan orang lain akan menunjukkan belas kasihan atau timbul rasa prihatin? Jawapannya terletak pada niat orang yang tersinggung itu sendiri. Kenapa hati ini mempunyai terlalu banyak jenis perasaan dan kadangkala wujud prasangka? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Niat seseorang itu meluahkan perasaannya adalah kerana dia sudah tidak mempu menahan dan menanggung lagi sesuatu dan terlalu ingin dia lepaskan. Kemarahan barangkali. Mungkin juga perasaan tidak puas hati. Seandainya dia pendam perasaannya itu, mungkin dia akan mendapat tekanan darah tinggi, stres, jiwa kacau dan emosi terganggu. Ada kemungkinan juga untuk dia mendapat penyakit jantung yang kronik. Inilah akibat-akibat menahan perasaan.

Tapi bila diluahkan, ada pula orang yang tersinggung, terasa hati, terguris perasaan bak analogi memerah limau ke atas luka. Pedihnya tiada terhingga sakit melampau. Sesiapapun di tempat itu mungkin akan meraung, melolong dan melalak kesakitan. Bagai di tusuk sembilu akan sakitnya.

Bila dah makan hati pulak, apa lagi yang nak dibuat? Tanggung jela kesakitan yang dialami tu. Biar pahit macam mana pun namun peria itu terpaksa ditelan. Dengan penuh penderitaan manyelubungi hatinya yang seakan-akan dirobek-robek dengan pisau rambo.

Hati punya pasal bukan boleh main-main. Sebab kalau ikutkan hati, mati jawabnya. Ikutkan nafsu, lesu pulak. Ikutkan tuhan, kita kenalah tahan dengan cuba bersabar dengan banyak. Walaupun iman kita senipis kulit bawang cuma, namun itu adalah lebih baik dari tiada iman langsung…

P/s: Jangan makan hati banyak sangat. Bukannya sedap pun. (nasihat yang dipetik dari seorang sahabat)

tukang tulis

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top