Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Wednesday, November 28, 2012

STIAS - SEKOLAH TINGGI ISLAM AS-SOFA


MEMPERKENALKAN PUSAT PENDIDIKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH!! STIAS - SEKOLAH TINGGI ISLAM AS-SOFA.

Masalah Aqidah melanda Ummat? SYIAH, LIBERAL, MUKTAZILLAH dan lain-lain? Risau hal ini akan menimpa keluarga anda? Tahukah anda, terdapat sekolah yang menyerapkan fahaman-fahaman bathil ini di Tadika dan Pusat pendidikan??

JADI SOLUSINYA IALAH : Sekolah Tinggi Islam As-Sofa!!

Apa KELEBIHAN STIAS berbanding Sekolah tinggi yang lain??


1) ANAK ANDA BOLEH MEMPELAJARI 2 ALIRAN DALAM SATU MASA IAITU DINIYYAH DAN AKADEMIK

- STIAS menggabungkan dua aliran ini iaitu Akademik dan Diniyyah. Usaha ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mantap ilmu agama dan menghafal al Quran walaupun mendalami bidang Profesional seperti bidang kedoktoran, Falsafal, perniagaan dan lain-lain lagi.

2) FASILITI YANG LENGKAP

- Pelbagai kemudahan yang lengkap disediakan seperti tempat belajar berhawa dingin, Bilik Kuliah yang luas, Perpustakaan yang mempunyai 5000 buah Kitab dan banyak lagi.

3) MEMPELAJARI KITAB-KITAB THURATH

- Pelajar STIAS juga berpeluang untuk mempelajari Kitab-kitab Thurath dab bertalaqi bersama Ulama. Sbg Contoh, menjadi tradisi di STIAS untuk mengkhatamkan Sahih Bukhari setiap tahun dan banyak lagi.

4) PARA GURU YANG BERKUALITI

- Guru-guru yang dipilih untuk mengajar semestinya beraqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ditapis terlebih dahulu. Hal ini untuk menjamin manhaj dan kualiti pembelajaran.

5) BERPELUANG UNTUK BERTEMU RAMAI ULAMA DALAM DAN LUAR NEGARA

- Jika kebiasaannya, kita hanya mampu melihat Ulama di kaca TV tetapi di STIAS, anak anda mampu untuk bertemu dengan ramai Ulama dalam dan luar negara. Mengikut nisbah hampir setiap bulan, pusat pendidikan ini dikunjungi oleh Ulama.

6) ANAK ANDA DITARBIYAH TENTANG 'ADAB'

- Di zaman mutaakhir ini, normanya ppelajar mempunyai masalah kekurangan adab terhadap guru, masyarakat dan keluarga. Jadi disini, para pelajar akan ditarbiyah akan hal ini sekaligus membentuk adab anak anda terhadap anda.

7) YURAN YANG BERPATUTAN

- Ibu bapa boleh membayar yuran secara bulanan iaitu RM350 sebulan. Hal ini saya kira amat berpatutan bagi Sekolah Swasta dengan fasiliti yang lengkap, keunikannya, kaya dengan kitab dan ilmu Thurath dan bermacam-macam lagi.

HADITH BUKHARI & MUSLIM : "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih, Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi atau Majusi"

P/S : Jangan lepaskan peluang ini. Sama-sama kita bantu sahabat, jiran dan keluarga untuk membentuk ummat yang beradab, tidak tandus permodenan tetapi teap teguh ilmu agamanya ! Sila panjang-panjangkan berita gembira ini!

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top