Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Tuesday, December 29, 2009

Suami Lebih Bahagia Berbanding Malam Pertama

1_207690222l
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu...
Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi s.a.w:


"Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah ia." Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku...

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

”Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhaan-Nya."


MasyaAllah. Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami macam nie. Adakah kita mampu lakukan seperti yang dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya. Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami-2 yang redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia. Tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi.
tukang tulis

Orang tak malu yang melukut

Kali ini aku terpaksa bekerja dengan si dia sekali lagi. Dulu dah pernah ada kes salah faham dengan orang lain dalam pasukan. Tapi dari matahati aku mengatakan ini semua bahana ego yang mendalam di dalam diri. Dia saje yang nak betul. Orang lain semua salah. Samapah betul orang macam ni. Aku tak nampak apa kepentingan orang macam ni pada masyarakat. Tak lebih dari sekadar sampah yang busuk dan menyusahkan orang. Sakit hati betul. Bengkek beb!

Quarrel1Ingatkan itulah kali terakhir aku bekerja dengan dia. Tak sanggup lagi dah nak simpan perasaan menyampah dan meluat yang mendalam. Nampaknya kali ini hujan di langit turun balik setelah sekian lama cuaca cerah. Langit tu hati aku lah yang mula-mula mendung dan semakin lama semakindilanda keributan. Dengan masalah itu lagi, ini lagi. Aku tak larat nak melayan semua sebab bukan semuanya memberi faedah bagi aku. Ada yang menyenangkan tapi tak kurang yang menyemak saja. Hidup macam semak samun. Dekat situ ada orang dekat situlah dia nak semakkan keadaan yang semamangnya dah semak. Jangan sampai aku tebas kau semak.

Kehadiran dia atau ketiadaan dia sama saja. Dia tak ada pun tak apa sebab dia sememangnya tak menyumbang dalam aktiviti ini. Sekejap ada tapi banyak kejap yang hilang. Entah ke mana merende’ bertiten pun tuhan saja yang tahu. Nak buat projek ke ‘makeout’ ke lantak kau lah. Rasakan kalau nanti ada balasan menunggu kau yang mungkin setimpal atau banyak timpal bergantung dengan kadar kafarah yang seharusnya.

Perangai tak ubah macam budak-budak yang duduk kat kawasan perumahan aku. Macam anak gampang. Bertukar-tukar pasangan macam tukar baju. Dimana kesetiaan kau? Mana hilangnya respek aku dulu pada kau bila kau mendapat seorang perempuan yang baik hadir dalam hidup kau. Awek kau  tu punyalah sikit punya baik sejak aku kenal dia. Memang perempuan pilihan setiap lelaki la. Ini kau pulak buat hal bila dah dapat dia. Jagalah hati dia macam mana kau nak orang jaga hati kau jugak. Jangan hidup untuk ambik je tapi tak nak memberi. Perangai macam sialan.

Orang-orang sebegini tak sepatutnya dijadikan sebahagian dari aset untuk bekerjasama. Buat tak tak tahu je lagi bagus dari bercakap dengan mereka-mereka ni. Kalau cara percakapan pun dah menyakitkan hati apatah lagi nak  dijadikan rakan kongsi. Hampagas!

Friday, December 25, 2009

Christmas Night Out

Aku masih ingat lagi waktu tu hari tengah petang meremang. Duduk melepak dekat warung jual Bihun Sup Utara di belakang UIA. Bihun dia banyak isi. Kenyang la makan dengan nilai RM 3. Berbaloi-baloi. Tiba-tiba henset aku keluarkan bunyi rock dia. Tanda ada panggilan yang masuk dan tertera nama Nurdin.

Hello…hello…!”

Aku malas nak tulis dialog perbualan tapi gayanya lebih kurang nak ajak aku pergi merayau la malam Krismas ni. Aku pun dengan kurang pasti mengiyakan saja pelawaan Nurdin tu. Tengok-tengok la nanti.

*****

Toyota SE menunggu aku di depan pagar besar. Nampak kelibat Nurdin dengan seorang lagi yang aku tak pernah nampak muka ditempat duduk pemandu. Lepas menunaikan urusan-urusan yang sepatutnya di dalam kampus, kami pun menuju ke destinasi lawatan yang pertama, Taman Ibu Kota.

DSC01332Perlawanan malam tu tak sengit langsung. Hanya beberapa biji bola snuker yang masuk dengan tak sengaja. Tolak dan tolak lagi bola lebih kurang sejam. Kawan Nurdin, Fadzil Nor menunjukkan bakat dan skil tumpulnya sehingga dia dapat rank yang teratas, Mahmud dapat tempat ke-2 hasil jaringan orang lain. Aku pulak dapat ke-3 sebab saja nak kasi can. Nurdin pula terpaksa berpuas hati dengan tempat ke-4. Nasib baik ada nombor la jugak walau dapat tempat terakhir.

DSC01335 Jalan sesak boleh tahan jugak. Terutamanya kat kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti kat Bukit Bintang, KLCC, Times Square. Sambil-sambil tu tengok la jugak mat-mat dan minah-minah saleh yang mabuk tu terbongkang dan jalan melintas jalan dengan terhuyung-hayang. Kalau langgar pun mesti dia tak rasa sakit. Siapa suruh kau mabuk. Bodoh! Sangat bodoh!

Destinasi seterusnya menghala ke kotaraya Kuala Lumpur. Toyota SE memecut melepaskan asap hitam pekatnya dengan deruman yang memekakkan telinga. Bayangkan perasaan orang yang terpaksa duduk dalam kereta tu mesti hangin satu badan. Kereta berhenti di tepi jalan berbatu-bata Dataran Merdeka. Banyaknya kutu rayau membiarkan diri mereka menjadi kutu di merata tempat. Dataran dah jadi tempat manusia melihat manusia yang tak macam manusia. Ada yang pakaian macam pengemis, ada yang saje tunjuk tayang kereta yang tak berapa nak cantik. Macam-macam lagilah perangai dan peel. Layankan saja.

DSC01341 DSC01342

DSC01336 Jalanraya penuh dengan sampah-sampah seperti tin berkarbonat, air-air setan, belon-belon, spray pekebenda entah yang keluar macam buih-buih tu dan pelbagai jenis sampah sarap. Nasib baik belum keluar bau lagi. Kesian gile mat bangla Alam Flora kena kerja lebih masa. Patutnya ini waktu tidur diaorang kot. Lepas tu banyak lepak di kedai mamak minum air dan berborak saja sampai lah masa berlalu…

Dekat-dekat nak habis subuh tu baru la kitaorang balik. Mata sorang-sorang dah macam kena tumbuk dengan ahli gusti. Yang jadi macam mata beruang panda pun ada jugak. Hari Krismas dihabiskan dengan berdengkur dan bergolek-golek memeluk bantal busuk. Nyam… Nyam… Kroh.. kroh…

tukang tulis

 

Wednesday, December 23, 2009

Wayang Pacak 2

DSC01321

Semalam Kelab Wawasan UIAM telah mengadakan satu program yang dinamakan Wayang Pacak untuk kali yang kedua bertempat di Main Staircase, UIA. Program ini tercetus berdasarkan konsep dahulukala di mana di kampung-kampung orang Melayu akan datang berduyun-duyun untuk melihat wayang gambar. Wayang tersebut di pancarkan terus melalui mesin projektor yang menggunakan engin generator. Sungguh kuno tetapi klasik!

Kali ini, Kelab Wawasan membawakan kembali era-era zaman nostalgia dahulukala kepada pelajar-pelajar UIAM sendiri untuk merasai sedikit sebanyak kemanisan pada waktu itu. Tetapi kali ini di ubah sedikit dengan sentuhan moden dimana wayang akan ditayangkan menggunakan projektor LCD dan memainkan filem-filem Melayu kontemporari. Tetapi suasana dimana penonton akan duduk bersila beramai-ramai berbumbungkan langit dan bintang masih diadaptasikan dalam program Wayang Pacak kali ini.

Pada pukul 5 petang semalam, beberapa orang dari ahli Kelab Wawasan telah mempromosikan program ini dengan menaiki sebuah lori untuk mengelilingi kampus UIA dan masuk ke setiap kolej-kolej pelajar sambil melaungkan dan menjemput mereka untuk datang memeriahkan program yang akan dijalankan pada malam hari. Turut menggunakan kreativiti untuk bermain gendang bagi menarik perhatian umum terhadap program ini. Sungguh unik sekali!

Program yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam terpaksa ditunda kepada pukul 9.30 malam kerana hujan yang turun renyai seakan-akan bermain-main dengan program ini. Walaupun hujan, namun masih ada jua penonton yang sanggup untuk meneruskan menonton filem ‘Pensil’ sehingga habis lebih kurang pukul 11.30 malam. Sungguhpun program kali ini tidak mendapat sambutan hangat, namun Wayang Pacak kali ini masih dapat meraih penonton yang setia menunggu walaupun hujan turun. Tahniah diucapkan kepada Kelab Wawasan UIAM!

Aku nak kereta!!!

Panas. Panas meluap-luap. Itu yang aku rasa dalam hati aku yang saban hari rasa tak puas hati je bila mula berpikir pasal benda ni.

Kereta.

Bukan lagi kemewahan tapi keperluan. Untuk orang yang selalu bergerak macam aku ni kereta amatlah diperlukan. Turun jumpa orang sana. Pergi tempat ini. Bawak orang itu pergi sini. Macam-macam kerja lagilah. Aku meluat guna pengangkutan awam. Lembab. Tak efisyen tapi komisen nak lebih. Sialan.

Di saat-saat kecemasan itulah masa bas dan teksi tak ada. Tren dan komuter sangat ramai orang bersesak-sesak macam ulat mayat. Dah tu jalan lembab pulak ala siput khinzir. Itu semua buat aku hangin satu badan rasa nak keluarkan ‘fire’ macam Ultraman Taro.

Apakan daya aku bukan anak menteri, anak doktor, anak jurutera, anak tauke balak, anak YB yang boleh bagi kereta untuk anak diaorang. Sedangkan aku tengok mereka-mereka tu tak lah menggunakan kereta sesibuk aku. Patutnya bagi kat aku kereta mereka tu. Hidup ini tak adil.

Benci. Benci. Benci!!! 2h37jx3.jpg

Bertambah kadar kordial sirap dalam darah bila kita nak pinjam kereta mereka mulalah bagi 1 juta alasan dimana 99% daripadanya tak masuk akal bodoh diaorang. Tak siapa nak tolong kita bila kita susah. Sedihnya.

Hati mula menjadi bengkek dengan tiba-tiba bila tengok budak muda-muda dah pakai kereta. Kereta mahal-mahal pulak tu. Rasa nak sekeh je kepala budak-budak hingus meleleh ni. Kaya tak sedar diri. Aku menjadi mangsa keadaan dan situasi.

Apakan daya mak bapak aku tak mampu untuk belikan satu kereta untuk aku. Belum cukup status kewangan untuk keluarga aku tambah lagi satu kereta. Otak aku bertambah tertekan. Rasa meletup-letup bila Reader’s Digest hantar berdozen-dozen surat-surat menipu ke rumah mengatakan ada peluang menang kereta mewah la, bas kilang la, lori sampah la, jengkaut, traktor, steamroll dan sebagainya yang semestinya menipu. Sialan. Aku tak percaya.

Benda ni aku dah bawak cakap perlahan dengan mak aku. Pelbagai alasan diberikan. Alasan yang paling kuat adalah kewangan yang aku memang tak dapat nafikan. Aku nak beli kereta terpakai pun dia tak bagi dengan alasan kurang munasabah dan munasarawak. Apatah lagi kereta baru yang jauh lagi mahal harganya. Kalau nak beli baik yang baru, katanya. Itu sebab tak pandai tengok dan baca kereta terpakai. Member aku yang beli kereta terpakai ok jer. Siap cantik lagi kereta tu. Apakan daya. Bengkek bertambah besar dan membesar. Nak maintain satu kereta yang ada sekarang pun seksa. Bodoh punya kereta. Macam-macam masalah. Bodoh punya masalah.

Berapa lama lagi untuk aku punya kereta? Hah???  2lscr2r.jpg

tukang tulis

Sunday, December 20, 2009

Majlis Kahwin Sir Azib

DSC01290Aku terbangun dari tidur nyenyakku. Kelajuan kipas menunjukkan pada takat 4 tapi aku dah rasa menggigil. Hidung pun mulai berair. Gara-gara tak pakai selimut. Aku memang tak suka pakai selimut. Rasa tertutup. Apa yang tertutup pun entahlah.

Aku terasa nak mengetuk-ngetuk papan kekunci. Seperti apa yang aku tengah buat sekarang. Tengah hari tadi aku pergi majlis perkahwinan. Bekas pensyarah yang mengajar ‘Orang Hati’ aku erti sosiologi dan antropologi semasa di pusat asasi dulu, Sir Azib. Hari ini dia kahwin. Boleh tahan bini dia. Aku tak berapa kenal dia sebab dia tak pernah mengajar aku erti apekejadah logi di atas. Tapi layankan sajalah.

DSC01282 Aku pergi dengan berkeretakan Waja. Sedap pula bawak kereta ni. Harga pun sedap. Berlemak. Bertemankan Orang Hati dan seorang lagi junior. Ingat nak pergi ambik seorang lagi kawan, tapi banyak pula alasan. Tinggallah kau. Sebelum sampai ke majlis, sempat pulak singgah di Giant untuk beli hadiah. Cari punya cari, maka terbelilah hadiah yang agak mahal walaupun mula-mulanya tengok macam murah. Hampeh. Tapi dah beli nak buat macam mana kan. Layannn.DSC01288Sampai di majlis bukan nak makan dulu sebaliknya bergambar, berfotografi, berimagisasi dulu dengan pengantin. Bukan selalu dapat ambik gambar dengan pengantin kan. Layan lagi. Lepas tu aku tak kira. Aku nak makan. Perut aku dah keluarkan bunyi lagu-lagu rock kapak zaman aku kecik dulu. Apa lagi, tibailah makan macam lauk tu kau yang punya.

Masa majlis tu sempat jumpa bekas-bekas pensyarah dan pensyarah yangDSC01287 masih mengajar sekarang. Sir Majid bawak anak isterinya, Madam Sza melayan keletah ‘baby girl’nya yang sentiasa merengek. Sir Arshad pulak sibuk melantak dengan orang rumahnya. Masing-masing buat macam biasa. Kenalan sesama student adalah beberapa umat dan puak-puak. Sekaranglah baru nak bertegur sapa. Kat UIA buat tak kenal aja. Manusia…

Bila dah puas masukkan makanan dalam perut, muka dalam kamera dan meluahkan isi hati dengan kenalan-kenalan, maka beransurlah membawa diri balik ke perantauan. Balik UIA laa…

tukang tulis

Wednesday, December 16, 2009

Hilang baju

Aku dengar dari sumber perisikan dan pertahanan awam mengatakan ada beberapa kumpulan manusia yang dah hilang baju. Ada berapa kumpulan tu aku tak tahu tapi ada laa. Apa maksud hilang baju ni? Ada orang jahat yang curi ke? Tak hairan lah makin banyak manusia sekarang yang pakai baju tapi tak cukup kain. Selalu je jumpa orang macam tu kat kelab malam, pub, disko dan lorong-lorong  mencari pelanggan. Tapi yang tu pakai baju lah jugak walaupun secebis je kan? Macam kain buruk kat rumah aku.

*****

Patutlah baru-baru ni aku nampak sekumpulan orang tu dah lama tak menonjolkan muka diaorang. Rupa-rupanya baju diaorang hilang. Patut la menghilangkan diri. Kesian la pulak kan. Tapi harap-harap diaorang ni jangan la bersedih. Korang mesti akan dapat balik baju yang hilang tu. Tak kan nak biar bogel je kan? Aurat dan maruah kena jaga. Malu tuu…

Cari-carilah siapa-siapa yang prihatin yang boleh sedekah baju kat sekumpulan orang ni. Teruskan pencarian dan berjuang. Mesti akan jumpa balik baju tu. Okek?

*****

Monday, December 14, 2009

Manusia produk

cyborgUntuk apa manusia diciptakan sebenarnya? Untuk tuhan atau untuk manusia tu sendiri? Aku rimas dan lemas mendengar kenyataan orang itu adik orang ini. Manusia di sana menjadi mentor manusia di sini. Insan begini mendidik orang begitu. Berkhidmat macam taraf hamba dan memberi layanan memenuhi nafsunya. Nafsu bukan sekadar seks. Boleh jadi nafsu makan. tidur, main ping pong dan sebagainya. Jangan silap tanggapan disini ok?

Bagus sangatkah yang mereka-mereka yang menjadi superior di sana? Semua manusia pun ada kelemahan dan kekurangan. Hanya ego masing-masing yang mempamerkan kelebihan dan kekuatan. Semua nak tunjuk hebat, gah dan ke‘power’an sendiri. Masa ni mereka bertindak di luar sedar mungkin kerana hormon testosteron dah menguasai minda.

Kehebatan terserlah bila orang-orang bawahannya atau boleh dikatakan juga sebagai ‘mentee’ menjalankan tugas dengan rekod yang cemerlang.

Budak aku bagus! Budak kau tak bagus!”

“Mentee aku mantap! Tak lembab macam kau!”

Ayat-ayat biasa nak menunjukkan siapa lagi bagus dari siapa yang terlibat. Kesian pulak bagi si orang bawah. Kalau dia buat kerja sikit punya bagus, si orang atas atau mentor la yang dapat nama. Tapi kalau orang bawahnya buat silap sikit je pasti akan kena maki, hamun, sumpah, seranah dan silap-silap kena tempeleng Jawa. Kejam ya ampun.

Harap-harap la mereka ni fikir sikit hati dan perasaan orang-orang bawahan ni. Kita juga pernah jadi orang bawah. Bila kita dah jadi orang atas tu sedarlah ada yang lagi atas dari kita. Jangan syok sendiri. Kebajikan orang lain pun kena jaga jugak. Makan, minum, rokok, top-up, dan lain-lain barang keperluan lain lagi seperti Kotex yang amat penting bagi kaum pempuan terutama di saat-saat kecemasan. Ini asyik nak kenyangkan perut sendiri je siapa tak mengamuk kan? Binatang kat sarkas pun marah kan kalau buat kerja je tapi tak bagi makan. Inikan pulak manusia yang punya kepala hotak. Robot pun akan rosak kalau asyik buat kerja tak bagi rehat kan.

tukang tulis

Sunday, December 13, 2009

Kau, kau dan kau…

Aku bukan nak mengata orang. Jauh sekali nak mengumpat atau gosip-gosip liar. Bukan juga nak jaga tepi kain orang sebab orang sekarang pakai kain pun tak cukup. Boleh belah dengan paparazzi dan mamarazzi. Aku bukan dapat duit pun kalau aku tulis pasal orang-orang tertentu ni. Sekadar luahan sebab blog ni aku yang punya. Ikut suka suki hati tuan punya blog la katakan.

Sedih bila mengenangkan kawan-kawan sekarang suka memakan balik kawan-kawan. Bak haruan makan anak. Dulu bila saat senang, sama-sama berkumpul. Enjoy ke sana ke sini. Hidup meriah. Gelak ketawa di mana-mana. Sekarang bila susah, erti kawan tu dah hilang. Lenyap ditelan ego sendiri. Lesap macam biskut chipsmore. Semua bagi alasan. Hantar SMS tak balas. Call tak angkat. Masing-masing jadi makhluk asing.

Bila senang semua mengaku kawan. Bila susah semua buat tak nampak. Aku ada hati. Punya perasaan. Facebook sentiasa ada untuk aku korek apa hal ehwal semasa kau, kau dan kau semua. Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau, kau dan kau buat. Aku mungkin rabun tapi aku tak buta dan pekak. Kau sorok macam mana pun aku tetap tahu juga. Terima kasih pada teknologi canggih zaman sekarang.

Aku tahu di belakang aku kau semua mengutuk aku, mengata, mengumpat, memburuk-burukkan macam kau orang semua cantik. Tak guna cantik pun kalau hati busuk, meloyakan, menjijikan macam sampah sarap kat tempat pengumpulan sampah kat Klang. Sentiasa kau orang ada kawan bila tiba masa untuk mengata belakang orang kan. Jangan ingat aku tak ada pengintip, inteligen dan penyamar yang bersifat talam dua muka. Macam umang-umang.

Cukup setakat tu. Aku dah penat memikirkan hal kau, kau dan kau. Aku dah cukup sakit hati. Aku dah puas memendam rasa. Akhir ingin aku nyatakan sedangkan gunung berapi lagikan meletup. Inikan pula hati manusia. Lu pikirlah sendiri…

 tukang tulis

Saturday, December 12, 2009

Aku jelak melihat mereka berjelakan

Hari ini aku dengar terlalu banyak masalah orang itu, manusia ini, insan di sana dan kehidupan di sini. Orang itu kedengaran baru memutuskan ikatan dengan pasangannya. Manusia ini melakukan penindasan terhadap manusia lain. Insan di sana mengabaikan kebajikan insan-insan bawahannya. Kehidupan di sini terasa sesak dengan pelbagai rungutan dan pencabulan kemaslahatan. Lemas dalam suasana.

Seorang demi seorang rakan mempunyai masalah peribadi. Terlalu peribadi hingga tak manis diceritakan di sini. Sebagai sahabat aku sedih, pedih dan letih dengan kes yang sama berlaku acap kali. Hendakku tolong tapi aku orang luar. Outsider.

Manusia itu lupa dengan tugas yang dipikulnya amat berat. Dia lagi mengejar pangkat, harta dan kuasa. Dia sibuk menjaga hal ehwal dunia orang-orang yang hanya menangguk di air keruhnya. Hilang kesedarannya apabila dia leka dengan teman-teman sekejapnya. Lalai mengusai dirinya yang mabuk dengan nafsu dan kuasa hanya seketika saja. Dia alpa.

Insan di situ pula sibuk membazirkan harta yang dikumpulnya suatu ketika dulu. Dibelanjakan sewenang-wenangnya tanpa mengira jalan yang sedang dilalui. Pintu kanankah atau pintu kirikah? Biar dia yang pilih. Dah besar kan.

Sekumpulan watak-watak di sana merasa panas dengan sikap penindasan ketuanya. Mereka hangat dengan agenda-agenda yang busuk dan kejam. Semuanya bermotifkan kepentingan dan keuntungan poket sendiri. Janji kenyang perut sendiri dan biar orang lain kebuluran.

Makhluk di sana berlagak seperti tahu semuanya sedangkan dia bodoh sentiasa. Bercakap macam dunia ni bapak dia yang punya. Keseimbangan masyarakat diumbang-ambingkan. Kroni dibela, musuh ditambah, masalah dicari, agama dianak tirikan, akal disimpan sampai karat dan perpecahan dijamin. Otak tak diletak di lutut sebab lutut pun tak boleh terima tahap pemikiran yang berfikir jarak singkat.

Hidupan itu pula hanya hidup berasaskan pengharapan kepada ehsan orang lain dan bertiangkan periuk nasik rumah orang lain. Tak reti hidup atas kaki sendiri. Sentiasa berpayungkan dompet tebal orang berada. Asyik berteduhan dari kehujanan masalah remeh-temeh. Bagi alasan hidup kena pandai menggunakan orang lain. Dasar makan budi orang tapi tak tahu nak bagi budi balik. Kedekut.

Kehidupan mereka semua aku dengar penuh dengan dugaan dan pancaroba. Menghakis keimanan kepadaNya yang mengisi periuk nasi. Seumpama hanya hidup untuk dunia tiada akhirat. Janji perut kenyang dan nafsu dipenuhi. Semua menjadi semakin busuk dan hanyir. Sifat-sifat kemanusiaan telah dikaburi dengan kebinatangan yang ganas, rakus dan liar. Aku sedih melihat, mendengar, memerhati dan mengetahui semua agenda syaitan ini. Aku harap semua akan berubah sebelum dunia ini hilang hayatnya. Harapnya mereka sedar tugas mereka di alam ini bukan untuk dunia tapi untuk akhirat…

145294725c5d063647 1F132A9AFE17D7B1CE3F70C26CF914B4

Friday, December 11, 2009

Untuk mak bapak yang ada anak

lk_01.1 Hari ini aku tengok perangai budak-budak makin hari makin teruk. Kebiadapan melantun-lantun. Bila aku keluar ke jalanan, aku nampak tak ada lagi hormat menghormati. Keruntuhan moral bak tsunami remaja. Lemah penggunaan mental dan akal yang tuhan bagi. Pupus keindahan akhlak sudah semestinya. Budi bahasa tandus bak Sahara. Semua rosak…rosak!

Bila aku bukak Facebook pun aku terkejut tengok budak sekelas dengan aku yang luarannya baik dan bersopan boleh letak gambar dedah sana sini tayang badan. Baju rasanya tak sampai 2 meter kain. Memang sesuai buat alas meja atau alas kaki. Ambil gambar pulak dekat club dan bar. Carlsberg, Heineken, Tiger bersepah sini sana. Posing dan lentoknya mengalahkan model iklan ubat nyamuk. Badan seksi sikit dari anjing laut je pun. Hati aku sedih. Pilu. Bukan situ tempatnya budak Melayu seperti kita.

Tak payah jauh la. Budak zaman sekolah aku dulu pun perangai lagi langsi dari samseng Cina dan kongsi gelap Botak Chin. Kecik-kecik dah melawan cakap cikgu, orang tua. Mak bapak dia macam mana agaknya? Aku kekadang terasa nak aje cari siapa mak bapak budak ni. Tak tahu cara nak ajar anak ke sampai anak jadi kurang ajar? Ataupun terlebih belajar sampai diajar yang bukan-bukan? Gampang bangat.pelajar-rokok

Mungkin mak bapaknya kerja tahu bersedapan buat anak je tak? Nak besarkan anak tak ada hal. Sumbatlah makanan apa pun janji besar dan hidup. Jangan mati sudah. Tapi soal nak didik tu di mana letaknya? Tugas guru? Itupun kalau anaknya tak ponteng sekolah. Silap-silap mak bapaknya pun sama je perangai ataupun lagi teruk. Mana tumpahnya kuah-kuah busuk kalau tak ke anak-anak bajingan ni. Kalau sekadar didik anak tu bagai melepaskan batuk di tangga, baik mati masa kecik la. Sekurang-kurangnya dah besar tak ada lah menyusahkan orang awam bila dah dapat hidup.

Sekarang menggunung kes-kes rogol, ragut, rempit, rompak, dan spesis dengannya yang tak ada moral, etika dan berlawanan fitrah manusia biasa. Tiap-tiap hari masuk surat khabar berita nenek tua mati diragut. Budak bawah umur dirogol. Pelajar dibunuh. Gaduh sana. Belasah sini. Pukul itu. Tibai ini. Apa lu orang pikir dunia ni bapak lu punya??? Gua dan mat-mat lain nak hidup aman damai lu tau tak!!!

clubbingAnak luar nikah yang jumpa kat tepi longkang tu rasanya perangai lagi mulia dari anak yang ada mak bapak tapi perangai hina serupa iblis. Syaitan suka la geng dia dah bertambah ramai. Maka misi dia menyesatkan manusia pun berjaya la hendaknya. Aku cukup tak puas hati tengok sifat seekor demi seekor ‘binatang’ yang bermukakan manusia ni. Rasa-rasa nak jelmakan jadi bolasepak dan sepak puas-puas sampai kempis. Kalau meletup bola tu puas hati sikit.

Semuanya berbalik kepada mak bapak. Kalau dah buat anak tu pandai-pandailah didik agar jadi ‘orang’. Bukan jadi ‘sialan’ yang bakal di caci maki orang-orang yang benci mata memandang. Didiklah dengan agama. Terapkan nilai-nilai murni. Kalau tak dapat didik anak tu dengan sempurna, cukuplah dengan perbetulkan dulu khilaf diri sendiri. Sebab biasanya mak bapaklah yang jadi Setan dulu sebelum melahirkan anak Setan! Mak bapak tu role model yang pertama diikut anak-anak. Kalau perangai mak bapaknya macam haram, maka pekerti anaknya pun turut macam haramlah walaupun hakikatnya halal sekalipun.

Jangan sampai jadi anak ‘halal’. Semua yang haram pun di’halal’kan jugak. Macam zaman nak kiamat sekarang ni…

*****

p/s: Sememangnya aku marah dan menyumpah dengan situasi sekarang. Ada siapa berani pangkah? Itulah realiti manusia akhir zaman sekarang ni. Jalang dan sampah. Keluarlah dan lihatlah ke jalanan untuk berjumpa dengan kelakuan keji ‘binatang-binatang’ itu sekalian…

1F132A9AFE17D7B1CE3F70C26CF914B4

Thursday, December 10, 2009

Siapa pengemis harta?

Si pengemis menadah tangannya setiap kali ada kaki-kaki yang lalu di depannya. Sesekali dia menghulurkan cawan plastik yang entah di rembat dari mana. Kelihatan dalam cawan itu ada isi berupa wang kertas dan syiling. Beberapa tangan yang simpati menghulurkan wang kertas not satu ringgit. Ada juga tangan yang memasukkan besi-besi bulat sehingga kedengaran bunyi gemerincing. Si pengemis mengucapkan terima kasih. Setelah puas dia mengemis di situ, pindahnya dia mencari port yang baru agar tidak diberkas Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dasar tak mahu orang tolong. Duit orang nak pulak.


pengemis_splimaAku timbul kasihan. Inginku hulur tapi dompetku juga kempis. Hanya tinggal beberapa kad-kad nama dan lesen memandu. Sudahlah. Kalau nak derma kat masjid lagi bagus. Aku singgah Maghrib di Masjid Kampung Baru. Ada penghawa dingin. Karpetnya tebal. Nyaman sekali iktikaf di sana. Sesudah Maghrib, aku korek kocek kananku. Ada beberapa wang besi. Aku masukkan kesemuanya di tabung masjid. Getusku ada jugak tempat untuk aku bersujud pada tuhan kalau nak dibandingkan dengan nilai wang besi yang masuk dalam tabung tadi. Tuhan akan ganti balik wang besi tu dengan wang kertas yang lebih tinggi nilainya. Hendaknya.


Terlalu banyak yang aku idam untuk miliki di dunia ini. Walau hayat hanya sementara, aku ikat azam untuk miliki itu semua. Aku rela berpeluh darah untuk pastikan aku dapat itu semua. Aku dah biasa kerja berkonsepkan individualisme. Itu lebih buat aku puas hati dari kerja ramai-ramai tapi akhirannya kerja tak siap. Sembang aja lebih. Macam tin kosong isi batu sebijik. Memekak.


Prinsip aku kalau kita nak sesuatu kena cari sendiri. Tak perlu harap kat buah yang tak jatuh atau tunggu kucing bertanduk. Biar perit dan jerih pun, sekurang-kurangnya benda tu hasil keringat kita sendiri. Tak ada unsur-unsur atau elemen orang lain. Bila kita yang cari benda tu, suka-suki kitalah nak buat apa dengan benda tu. Riak dan bangga dengan usaha sendiri seribu kali bagus dari riak makan harta orang lain.


pengemis Tapi ingat sedekah tu perlu. Nak sucikan harta kita. Jangan takut untuk memberi sebab semua benda kat dunia ni bukan milik kita pun. Tuhan bagi pinjam sebab kesian. Kenalilah hakikat sebenar kita yang tak punya apa-apa walau harta sebesar zarah sekalipun. Tak perlu riak sebenarnya dengan benda bukan milik kita. Kita berusaha susah payah nak mendapatkan harta tu seumpama kita berjuang untuk menjadi pemegang amanah tuhan terhadap harta-herti tu. Samada nak guna di jalan sebaiknya atau sebaliknya. Sebab tu ada orang yang tak nak cari harta sebab dia tak nak pikul tanggungjawab ini. Ingat, cari harta tu lagi senang dari jaga harta ke jalan kebenaran.


p/s: Sekurang-kurangnya azam aku lagi mulia daripada orang yang tak reti nak usaha cari sesuap nasik bungkus…pemalas.





Wednesday, December 9, 2009

Koboi ke Johor Baharu

9pm. Wadi ajak aku turun ke Johor Baharu. Mak seorang kawan kami meninggal petang tadi. Kawan kitaorang tu pun sebenarnya baru lepas kemalangan raya lalu. Ni mak dia pulak yang meninggalkan alam dunia ni. Bertimpa-timpa dugaan. Kesian pulak. Sebagai seorang ahli kelab yang berdedikasi dan bermamabagi, nak tak nak setiap kami yang turun ke JB kena hulur RM 50 untuk tambang minyak kereta dan tol. Dalam hati sedikit merungut.

3am. Telefonku memainkan bunyi mesej masuk. Tertulis, “turun skrg.” Dengan sebuah beg disumbat baju sejuk dan buku cerita, aku turun ke kereta Iswara buruk tak berkunci bernama Sherry. Aku hulur kunci kereta kepada Wadi. Wadi panaskan enjin sementara menunggu Faruqi yang baru keluar dari bilir air dengan bertuala bawah paras pusat. Kelihatan menggigil. Macam kucing kena simbah air.

4am. Kereta dipandu Wadi bak pelesit meredah Jalan Hulu Kelang sebelum susur keluar ke tol Sg. Besi menuju arah selatan. Mamod kat sebelah aku terlentok dengan mulut ternganga luas. Mentang-mentang tak ada lalat dalam kereta. Dia kena tidur sebab masa balik nanti dia yang kena drive. Sambil kunyah gula-gula masam dan keropok ikan keras, aku, Wadi dan Faruqi bercerita tentang hal ehwal semasa kelab. Gosip sana dan umpat sini. Saja tambah dosa sikit.

5am. Dah masuk sempadan Melaka. Wadi semakin rancak bercerita tentang orang itu dan ini. Faruqi pun selaku media massa yang 100 kali lebih pantas dari CNN kerap menyiarkan berita-berita panas terkini ala-ala Melodi. Sesekali Wadi mintak Faruqi terangkan hujahnya seperti menerangkan kepada budak darjah 5. Sukar untuk ditafsirkan putar belit lidah ular lidinya.

6am. Singgah tempat rehat Machap untuk membuang bahan kumuh dan menambahnya kembali dengan air teh ‘O suam. Seakan serupa warnanya. Rasanya mungkin manis-manis gula jugak.

rumah faruqi Rumah Faruqi

mamod dan wadi7am. Sampai rumah Faruqi kat Senai. Borak dalam 10 minit dengan ayah Faruqi. Anak dengan bapak langit dengan bumi. Merasa jugak la sarapan lontong Johor kat rumah dia. Agak kurang asam bila sempat tengok tv sekejap sambil terlentok kat sofa. Nasib baik air mulut tak meleleh. Penampilan kena jaga.

9am. Tiba di rumah si mati. Ayah kawan kami menyambut dengan senyuman. Dalam hati dia tuhan saja yang tahu. Anak sakit, isteri meninggal. Agak kusut masai mungkin serabut nak selesaikan itu ini. Punca kematian mungkin sebab jangkitan kuman atau parasit. Tak sempat jumpa kawan kami sebab dia pun masih tak sihat. Wadi hulurkan derma kat ayahnya hasil kutipan ahli-ahli kelab malam tadi. Mintak banyakkan bersabar dan tabahkan hati. Allah sentiasa bersama hambaNya.

10am. Gerak balik ke Kuala Lumpur. Tak boleh singgah mana-mana destinasi percutian atau perkelahan sebab poket kering. Lagipun nak kejar masa sebab ada urusan lain. Mamod yang segar memecut kereta dengan skill berbahayanya menyusur lebuhraya utara-selatan. Lori dan bas pun mengelak ke kiri memberikan laluan kepada kereta kami.

2pm. Sampai di UIA Gombak dengan mata merah dan sakit tekak. Tanda-tanda nak demam. Damn! Aku terus ke kelas Arab untuk memastikan kehadiran penuh. Hari ni memang buat kerja semua macam koboi! Tapi koboi ni semua naik kereta.

******

p/s: Kadangkala kita perlu berkorban sesuatu atas dasar desakan. Aku sendiri berkorban wang, masa dan tenaga kerna aku tahu semua ini ujian dariNya. Bila-bila masa boleh di balas balik. Hari ini hari kau. Mana tahu esok hari aku?

1F132A9AFE17D7B1CE3F70C26CF914B4

sedarkan diri sebelum bersuara

Hari ini hati aku panas. Kalau siram air sejuk pun belum tentu boleh keluar stim yang mengeluwap. Panas mak! Auww! Aku benci orang cakap tak serupa bikin. Tak ada prinsip diri. Tandus pegangan hidup. Bercakap ikut sedap mulut dia yang tengah kunyah keropok tu. Tak pernah pun pikir sakit hati orang lain ni tahap kritikal ke, kecemasan ke, ICU ke, nyawa ikan ke atau pun selamat dikebumikan. Keropok tu kunyah telan, kunyah telan. Kesian aku tengok keropok tu. Agaknya kalau aku bagi selipar jepun pun dia kunyah telan jugak. Tapi liat-liat sikit tu biasalah. Made in Japan la katakan. Produk jepun memang tahan lasak.

Aku bersungut dalam hati. Marah. Menyampah.

Salah ke aku panggil orang yang bakal jadi isteri aku tu ‘bini’? Haram ke aku panggil insan yang bakal jadi mak mertua aku tu ‘mak’? Panggilan ganti nama diri tu bukan senang untuk aku lafazkan semudah mengunyah lalu menelan keropok yang macam yang kau tengah buat sekarang. Apa hak kau untuk komen aku sedangkan kau pun buat perkara yang serupa? Dasar keling cakap membelit macam ular.

Hukum bunuh ular itu harus. Patut ke aku bunuh je mamat ni macam ular jugak? Hmm…

Aku ada hak asasi untuk cakap apa jua pun berdasarkan artikel kebebasan bersuara (freedom of speech) dalam Perlembagaan Malaysia. Kalau tak percaya jangan percaya. Aku tak paksa pun. Buang karan cas-cas positif aku aje. Kerna itu aku emosi. Badan penuh dengan cas-cas negatif. Berbahaya.

Kenapa kau boleh merujuk bakal isteri kau dengan gelaran ‘bini’, ‘ma’am’, ‘orang rumah’ dan sinonim dengannya sedangkan kau pun belum bernikah jugak? Kahwin jauh sekali. Bersanding entah bila. Tunggu dipaksa agaknya. Sama macam aku jugak status kau tu beb. Tak ada beza pun. Kalau kau dah cukup kumpul duit silalah kahwin. Kenapa kau masih simpan anak dara orang lain? Nak buat orang pekasam? Tunggu sampai betul-betul masam macam tapai basi? Buek joghuk pun sodap!

Tak perlu nak banding dengan aku yang masih mengumpul duit ni. Setidaknya memang sahih aku serius dengan hubungan aku. Jadi aku punya hak untuk berkata apa pun tentang urusan kehidupan aku. Kau tak layak komen tentang perkara yang kau sendiri buat. Malu la sikit bila bercakap tu. Cermin muka kau sebelum mengata orang lain. Sedar perkataan-perkataan kau tu buat aku mentafsirkan kau tak sedar diri. Itulah hakikat yang benar belaka.

Aku tak terima komentar seseorang kalau orang tu sendiri buat benda tak serupa bikin. Baik diam saja dari menyakitkan hati aku yang belum terubat ni.

Sunday, December 6, 2009

the end of Romans

Aku penat nak mengira post nombor Roman dari 1 hingga post yang terkini. Sebelum ini aku mesti letak nombor Roman beserta dengan tajuk post tu.

***

Ini pun baru 40 berapa post. Kalau dah masuk post yang ke-1000 rasanya nak tulis nombor Roman ni sahaja lagi panjang dari tajuk post. Buat menyemak ruang untuk tulis tajuk saja.

***

Nombor 39 sahaja dah guna 8 huruf – XXXVIIII. Kalau seribu? MMXJSNKXSIIII agaknya? Cukup-cukup la tu. Mulai hari ini aku tak akan letak nombor Roman lagi dekat tajuk post. Penat aku nak mengira.

***

Selamat tinggal Roman. Aku dah malas nak tulis kau!

Saturday, December 5, 2009

Maskara Penutup 2009

maskara18

Penangan MASKARA. Aku sengaja balik ke UIA awal-awal pagi. Lebih kurang waktu orang-orang bekerja dah masuk ke pejabat. Kalau aku duduk rumah mustahil untuk aku sampai ke program ni. Pagi tadi aku agak meletup bila orang yang janji untuk pergi Maskara sama dengan aku dah melencong ke tempat lain. Katanya tak sempat nak kejar balik. Aku mencarut beberapa patah berkataan di dalam hati.

******

Aku sibuk gegar kawan-kawan aku. Sama ada di UIA atau di Facebook. Boleh tahan la jugak kredit yang Celcom untung. Kot-kot ada yang berminat nak teman aku ke Rumah Pena malam ni. Sebenarnya aku hanya perlukan sesiapa yang ada kenderaan je. Agak susah untuk jumpa kenderaan awam di sana. Nasib baik ada seorang kawan ni bagitahu yang dia akan ke Maskara juga malam ni. Maka tak ada la berlaku konsep memanipulasi disini.

******

Pukul 8.30pm aku tumpang kereta Myvi kawanku ke Rumah Pena. Dalam pukul 9pm aku menjejakkan kaki di rumah yang aku selalu tengok tapi tak pernah singgah tu. Aku redah jalan rumput yang bersuluh cahaya dari rumah itu. Lampu jalan dah mati agaknya. Aku lewat setengah jam. Sekarang ni waktu rehat. Kelihatan orang-orang yang ada muka macam penulis buku, pembaca buku, penyemak dan pemain muzik. Sebab dia tengah pegang gitar. Kepandangan juga sekumpulan mat-mat Indie yang tengah meniup asap rokok berkepul-kepul ditembak cahaya dari dalam rumah. Maca asap kereta api zaman Jepun.

******

Ada penjual buku sedang sibuk mempromosi buku-buku terbaru. Ada juga si laki dan si perempuan yang sibuk melahap bihun goreng, kentang goreng dan air berkarbonat. Sungguh nikmat sekali. Sempatlah beramah mesra dengan beberapa orang penulis antaranya Lt. Radzi, seorang penembak tepat. Aku dapat buku antologi puisi percuma dari dia. Kawan aku sempat beli buku Badrul Bambi dan sempat dapat autograf dari penulis buku tu, Kak Rai. Oleh sebab aku tak berapa kenal orang-orang di sini, maka aku pun buat muka selenga. Lebih kurang sama macam mat-mat Indie yang bersepahan di sini jugak.

******

Ada yang menyanyi, berpuisi, bercerita, berceloteh dan mengarut. Tak kurang juga lawak kurang pandai yang sekali-sekala menggamatkan suasana dalam rumah itu. Dalam pukul 11pm, selepas aku habiskan RM 15 untuk beli buku di situ, aku dan kawan aku beransur pulang ke UIA tercinta. DIharap Maskara akan datang lebih meriah dan sempoi. Letak makanan tu banyak sikit.

p/s: Sebelum balik singgah Tupai-Tupai minum air lobak susu sambil berborak dengan seorang editor di sebuah syarikat penerbitan. Umur 22 tahun. Tapi dah pakai kereta. Aku cemburu.

1F132A9AFE17D7B1CE3F70C26CF914B4

XXXVI. Ayuh kita berkhalwat!

Khalwat? Tajuknya agak kontroversi kan? Apa pengertian khalwat yang sebenar? Khalwat boleh didefinasikan sebagai berada dalam keadaan tertutup dengan niat dan tujuan tertentu. Jadi betul la kalau orang tu ditangkap khalwat sebab ada tujuan tersendiri? Ehem…ehem… Mari kita kaji dengan lebih mendalam.


Kita sebagai manusia sering lupa, alpa, lalai tentang hubungan kita dengan sang pencipta, Allah yang agung. Kita sibuk dengan urusan seharian mencari rezeki, mengejar pangkat dan kemewahan, keseronokan. Nikmat dunia semata-mata. Kadangkala sampai tertinggal fardhu yang wajib disebabkan kepenatan. Alasan yang kurang munasabah diberikan. Untuk berpenat lelahan buat keja lain tak rasa penat pulak ye?


Ada orang yang sibuk mengejar ilmu. Macam-macam jenis ilmu yang terdapat kat dunia ni. Ada yang bermanfaat dan jugak yang merugikan. Allah dah kurniakan kita akal. Suatu anugerah yang takde pada makhluk bernama binatang. You know animals? Yes…good boy. Akal tu perlu digunakan untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Setakat ada akal tapi kalau tak digunakan, itu yang dinamakan kerugian. Its functional is to dysfunction kata seorang pemuda Inggeris. Hanya orang yang salah menggunakan akal akan menggunakannya untuk mencari ilmu yang tak bermanfaat.


Contoh ilmu tak bermanfaat adalah seperti belajar mencuri, menghisap dadah, memanipulasi, menipu dan yang seangkatan dengannya. Kalau ada manfaat pun cuma seketika. Padah dan kerugian yang berpanjangan. Justeru pilih la ilmu yang akan mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada kita.


Kalau kita kaji balik, apa hubungan yang ada antara Nabi Adam a.s dengan syaitan laknatullah? Kedua-duanya ada membuat kesalahan masa kat dalam syurga. Adam telah memakan buah khuldi yang dilarang oleh tuhannya. Syaitan pulak menghasut Adam untuk makan jugak buah larangan tu. Kedua-duanya adalah kesalahan. Yang membezakan keduanya ialah Adam mengaku kesalahnya memakan buah tu tetapi syaitan tak mengaku kesalahannya yang telah menghasut Adam di depan Allah. Keduanya dihukum oleh Allah tapi hukuman syaitan lebih berat – tinggal di neraka selama-lamanya.


Jadi manusia ni kalau dah buat salah mengaku aje la. Kalau kena hukum pun mungkin akan dikurangkan kadarnya. Tak perlu nak selindung kesalahan. Tambah-tambah kalau dengan tuhan pulak. Tak ada satu pun yang dapat kita sembunyikan daripada pengetahuanNya yang maha mengetahui.


Apa yang patut kita buat antara hubungan kita dengan Allah ialah dekatkan diri kita padaNya. Jauhkan dari benda-bendi yang tak berfaedah. Langkah terbaik untuk mendekatkan diri dengan Allah ialah selalu mendampinginya, bersendirian dengannya. Itu yang aku maksudkan tadi ‘berkhalwat’. BUKAN DENGAN MANUSIA! Tapi dengan ALLAH s.w.t. Tak ada salahnya kalau kita nak berkhalwat dengan Allah pun. Kalau dengan manusia memang la salah. Kantoi ditangkap dengan perempuan nanti keluar akhbar kena tangkap basah pulak. Kena tangkap dengan lelaki tak pasti basah atau kering. Tapi yang pasti akan di cop homoseksual dan liwat atau bahasa antarabangsanya ‘gay’.


Alangkah bagusnya kalau kita cintakan Allah tu lebih dari kita cintakan awek kita, boyfriend kita, sugardaddy, sugarmummy, paparazzi, kemewahan, rumah banglo, kereta Bugatti dan sebagainya. Kita nak ‘dating’ dengan Allah? Skandal? No problem.  Tu semua tanda kita sayangkan Allah. Yang pasti tuhan juga akan cintakan kita lebih dari kita cinta padaNya.


Keistimewaan ni confirm tak dapat kalau kita couple dengan pasangan manusia seperti kita. Kering je poket kau alamatnya bye-bye la. Kalau muka tak hensem tu lagi la parah. Kurang kredit dan saham di mata perempuan. Perempuan pun kalau dah tua, ‘getah’ dah hilang. Confirmation Slip mungkin keluar laki cari pasangan yang lain. Tapi kalau kita bercinta dengan Allah, rupa paras dan status kita Allah tak pandang semua tu. Cantik atau hodoh sekalipun, kaya atau fakir, masam atau wangi, tinggi atau ketot, semua tu bukan kayu ukur tahap kecintaan Allah pada kekasihnya.


Kalau kita sedarlah, lagu-lagu cinta yang didendangkan penyanyi-penyanyi sekalian. Lirik-lirik lagu mereka berunsurkan betapa kita sanggup mengorbankan segalanya demi cinta. Sanggup mengharungi lautan api, hutan belantara, gunung-ganing lembah Everest, hatta piranha di Amazon sekalipun. Sakitnya bila cinta didustai dan di khianati. Frust tertonggeng! Seksanya menanggung rindu di kalbu bukan kepalang. Semua itu pastinya akan lebih manis kalau cinta kita bukan kerana manusia, tetapi cinta kepada Allah mengatasi segala-galanya. Wallahualam.


Akhirayat: Siapa kata Matematik takde kaitan dengan cinta pada Allah? Kalau cinta kita pada Allah memanjang di paksi-X, nescaya cinta Allah pada kita juga akan menaik dengan berganda-ganda lemon secara berkadaran di paksi-Y. Kesimpulannya X=Y++……



XXXV. panas! panas! panas!

lately ni memang hari yang membengangkan aku. waktu-waktu yang aku lalui rasa macam merentas hujan yang penuh duri. atas kepala ada. bawah kaki ada. tambah pulak dengan ranting-ranting yang melukakan datang dari pelbagai arah.  

ada aje orang yang buat aku terasa hati. buat aku marah. menambahkan kandungan estrogen dalam darah aku. tak pasal-pasal aku turut terkena PMS (Pre-Menstrual Syndrome). bodoh betul. period pun tak boleh nak control.
ml19iu.jpg
siapa orangnya? tak payah cakap la. nanti ada orang pulak yang terasa. tak nak la orang yang tak bersalah pulak terasa pedas makan cili api kan? yang pasti mereka-mereka ni tak pernah cuba untuk memahami aku. kalau paham pun cuma seketika je. tak tau la kalau diaorang ni memang jenis yang suka menaikkan angin aku atau hobinya memang dah termaktub dari azali mengundang nahas dan bahaya andainya aku meletup.
e9byo7.jpg
selama ni aku bersabar agak banyak la. tapi sejauh mana aku yang nipis iman ni boleh sabar. kurang-kurang pun aku boleh bersabar jangan sampai tangan aku mencapai apa-apa objek tumpul mahupun tajam untuk dijadikan bahan bukti polis. tak pasal-pasal nanti aku kena naik mahkamah walaupun aku banyak kawan yang bekerjaya sebagai peguam.

tolong la weyh. aku bukan minta banyak. tolong faham keadaan aku je. jangan menindas orang macam Firaun seksa hamba-hamba dia dulu. tolong jangan paksa aku samakan korang semua dengan benda-benda tak elok. at least jangan buat aku sebut nama binatang yang haram dimakan, disentuh dan sewaktu dengannya.

aku rasa permintaan aku tak susah kan? harap-harap korang semua faham la. ni la tempat luahan aku. perit jerih aku korang mana pernah tahu. mana pernah rasa. sebab aku tak pernah cerita. buang air liur aku je cerita kat korang. itu pun kalau korang faham la. faham?

XXXIV. Memo buat semua student

Student Sekalian,

Perhatian kepada semua student-student iium yang bakal memasuki gombak. Berkuatkuasa pada tahun 2010, iium akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua student. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. BIASISWA
Sekiranya anda tergolong dalam keluarga yang mewah pendapatan melebihi 10,000 sebulan, pihak iium x akan meluluskan biasiswa kerana keluarga anda terlalu mewah. Sekiranya anda tergolongan dalam golongan pertengahan,kehidupan berkesederhanaan dan cukup serba-serbi pihak iium juga tidak akan meluluskan biasiswa kerana anda berada di level yang sepatutnyer. Sekiranya anda berada digolongan bawahan keluarga sangat2 memerlukan bantuan biasiswa ntuk pelajaran pihak iium juga x akan meluluskan, kami menganggap anda berkemungkinan sudah mempunyai bantuan dari pihak lain so pihak iium juga x kan meluluskan.

b. CUTI SEMESTER
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.ini kerana pihak iium ingin menjaga status mereka sebagai international.

c. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kelas juga….

d. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai student yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ’student sembelit’.

g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan dimasukkan kedalam yuran pengajian dan dibayar pada waktu graduation

Terima kasih kerana masih setia belajar di kampus kami ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih…

Friday, December 4, 2009

XXXIII. nak derma ke tak?

Masa aku balik dari masjid tadi, sedang aku berjalan ke arah kereta aku nampak ada musafir ni pergi dari sebuah ke sebuah kereta yang lain. Mintak sedekah agaknya. Abah pulak lambat. Entah pergi tandas berhajat agaknya. Tinggallah aku dengan mak aku kat dalam kereta. Tiba-tiba datang musafir tadi bagi salam. Aku pun jawab la salam tu. Baru keluar dari masjid takkan tak boleh jawab salam kot.


Dia mintak derma. Sambil menunjukkan dokumen nak bina surau ke masjid lebih kurang gitu. Aku pun seluk dompet aku. Ada RM 1. Mak aku pun hulur RM 1 gak. Nak bagi banyak-banyak kitaorang pun tengah sengkek. Aku hulurkan RM 2 kat musafir tu sambil katakan ikhlas. Dia kata tak ada resit RM 1. Yang ada cuma resit RM 5 dan RM 10. Apa maksudnya disitu? Adakah dia bermaksud:-


1) Dia tak dapat nak bagi resit dengan jumlah RM 2
2) Dia mintak tambah lagi kurang-kurang pun RM 5 la.


Aku cakap tu aje yang kitaorang boleh bagi. Lain la kalau bapak aku tauke balak. Aku derma selori balak untuk buat surau. Musafir tu pun berlalu.


Apa yang aku nak katakan, kadang-kadang cara dan tingkahlaku mereka buat kita timbul rasa kesian. Baik pengemis mahupun peminta derma. Kita jadi tak sampai hati bila mereka meminta-minta. Masih wujud rasa simpati dan prihatin.

Namum ada jugak orang yang halau je mereka macam halau binatang. Kekadang siap ada yang maki hamun lagi. Tak cukup boleh tambah pakej hina-dina. Menampakkan sifat keperibinatangan dan keperihaiwanan.


Kalau tak nak derma tu cakap aje lah maaf sebab tak dapat derma. Ni seboleh-bolehnya nak usir manusia kategori malang tu tu untuk tak pasal-pasal dapat maki percuma. Pedas lagi kalau ditambah cili.


Mana kita tahu nasib kita esok tulat pulak camne? Entah-entah kita pulak yang mintak derma kat si peminta sedekah tadi. Katalah tiba-tiba mamat tu jadi kaya kan. Dapat kutip derma RM 1 juta. Jadi jangan terkejut kalau orang tu maki kita balik. Lagi pedas dari wasabi.
maj5hw.jpg
Muhasabah la diri anda~

Jangan patahkan jari dalam masjid!

DSC01266

Papan tanda ini di ambil di salah sebuah masjid di ibu negara. Jika dilihat pada peraturan no. 17 dan telah di highlightkan tertera: ‘Jangan mematah-matahkan (teknik urut) tulang jari (kaki dan tangan) di dalam masjid dan jangan merokok. Jangan merokok dalam kawasan masjid dan peraturan-peraturan lain yang tertera boleh diterima sebagai peraturan sebagai menghormati pusat ibadat.

Tapi adakah mematah-matahkan tulang jari itu juga satu bentuk cubaan untuk tidak menghormati masjid? Apakah relevannya di sini? Setahu kita mematahkan tulang jari tidak mengeluarkan bunyi yang menganggu orang lain pun. Lain lah kalau bunyi kentut atau orang menjerit melalak. Ada juga timbul rasa nak bagi penumbuk sebiji kat orang tu kan.

Adakah mematah-matahkan tulang jari itu seakan-akan sama seperti orang yang tidak puas hati dan rasa nak pukul orang? (Sebab dalam cerita atau filem kita selalu lihat kalau orang tu nak gaduh, dia mesti akan patah-patahkan dulu tulang jarinya. Nak memudahkan pergerakkan agaknya. Atau takut tulang terseliuh sewaktu tengah bergaduh.)

m030 ml19iu.jpg

Tapi masjid bukanlah tempat pergaduhan dan tidak salah rasanya untuk mematahkan tulang jari di dalam masjid kerana perbuatan itu tidak menganggu ketenteraman awam mahupun kekhusyukan orang sedang beribadat. Wallahualam. 

145294725c5d063647

XXXII. 1, 2, 3…? Cepatnya!

mini jadual
Aku baru lepas check jadual pre-registration aku. Semua subjek yang aku nak dah selamat didaftarkan. Lega gila. Tambah satu subjek kena ulang. Bodoh punya I***r. Bengang aku dengan kau. Kau punya pasal la ni. Celaka.


Cuma Intro to Econs je aku pikir nak drop sebab kelas tu pagi sangat. Takut  aku tak boleh bangun. Huhu. Kena tukar kelas yang lambat sikit. Buka semester nanti aku kena add balik subjek tu secara manual. Nampaknya kena mengadap Wahabuddin si Kepala Jabatan la gamaknya.


Aku periksa Comfirmation Slip. Ku lihat atas kanan. Wah! Aku dah level 3. Maknanya aku dah tahun ke-3. Gila lama. Tak terasa kepantasan waktu bergerak. Lagi 2 tahun aku grad. Huhu. Insya-Allah. Tak sabarnya!
Dah tahun 3 ni maknanya subjek makin susah. Study makin payah. Tugasan makin parah. Dugaan makin gagah. Silap-silap boleh muntah darah. Wek!


Tahun 3. Maknanya junior aku bertambah ramai yang masuk UIA. Aku dah jadi senior. Terbayang-bayang panggilan dari freshie-freshie: “Abang…itu. Abang…ini.” Bila senior ni banyak orang rujuk kat kita. Siapa lecturer killer. Camne nak tiru dalam exam. Apa alasan best untuk ponteng kelas. 1001 soalan dikeudarakan. Berpengalaman la katakan.

Wednesday, December 2, 2009

XXXI. Once upon a time… (Grade 2)

Haa… Masa ni umur aku dah masuk 8 tahun. Dah Darjah 2. Yeay! Aku masuk kelas yang paling top antara 3 kelas kat sekolah aku. Cikgu-cikgi yang mengajar pun semua hebat-hebat kalau nak dibandingkan dengan dua kelas yang lain. Cikgunya lemah semangat. Budak tahap 1 pun susah nak tackle.


Subjek Pendidikan Jasmani masih subjek kesukaan setiap kanak-kanak ribena di sini. Masa ni aku dah maju sikit. Hobi aku suka bawa komik ke sekolah. Bila ada masa lapang je aku mentelaah la komik tu. Study apa-apa yang patut. Semestinya berkongsi bersama rakan-rakan yang baru separa mumaiyiz ni. Kalau tak pun kami akan bermain ‘pemadam’. Tengok siapa yang ‘makan’ siapa. Kebiasaannya pemadam yang lagi besar akan menang.


Lagi satu aktiviti membuang masa ialah keluarkan semua alatulis dalam bekas pensil dan susun jadi kapal perang. Siap dengan peluru berpandu dan torpedo. Kecik-kecik dah berfantasi pasal perang. tak hairan la banyak pengebom berani mati sekarang ni.


Waktu rehat pulak kami akan bermain permainan tradisional, gasing. Pentas gelanggang adalah di belakang kelas. Bila cikgu keluar je gasing pun turut sama keluar. Tapi tak ada seorang pun yang berani nak putar gasing tu atas tapak tangan macam pemain gasing profesional buat. Tapak tangan masih suci agaknya.


Zaman ni boleh dikatakan aku agak ‘playboy’. Aku kawan dengan semua budak tak kira laki atau perempuan. Pondan belum wujud dalam kelas aku masa ni. Tapi aku lebih mesra belah perempuan. Siap minta no telefon rumah. Asal malam je aku call la. Borak macam-macam cerita. Masa tu otak masih bersih. Belum tahu maksud ‘sexual harassment.’


Mak aku ada mintak tolong dengan seorang budak perempuan Cina untuk tolong tengok-tengokkan aku. Naomi namanya. Amoi cun tapi badan masih leper lagi. Pengawas darjah 5. Tapi aku anggap dia macam kakak je. Kalau dia masih ada sekarang itu cerita lain. Waktu rehat aku ada kuasa ‘veto’ untuk makan dalam kelas. Sebab ada kakak pengawas jaga aku. Budak-budak lain tak komen apa-apa sebab belum belajar topik hasad dengki.


Guru Bahasa Melayu aku, Cikgu Norlela. Cikgu yang aku paling sayang. Last aku jumpa dia tahun 2000 dan rupa paras masih sama. Dia ni boleh dikirakan mak angkat aku la. Boleh tahan jugak aku rapat dengan dia dulu. Boleh dikategorikan sebagai bodek. Kepintaran aku memanipulasi masih mantap kalau nak dibandingkan dengan budak lain yang sebaya tapi otak masih di tahap tumbesaran.


Waktu petang pulak aku pergi sekolah agama. Tapi start darjah 1 sebab tahun lepas aku tak sekolah agama. Budak-budaknya pun muda setahun jagung dari aku. Tapi aku masih maintain ‘cool’ tak nak tunjuk senioriti di sini. Kebanyakkannya datang untuk main-main. Ada juga yang bawak permainan dan teddy bear. Pemikiran masih di tahap kanak-kanak berusia 1 digit. Mak bapaknya tak periksa ke apa yang ada dalam beg anak mereka?


Result kedua-dua sekolah boleh tahan. Tapi sekolah pagi tak cemerlang sangat sebab duduk dalam kelas top. Persaingan sengit di situ. Sekolah agama pulak aku pun tak tahu result dapat berapa. Tak ingat ada belajar atau tidak. Yang penting ialah kegembiraan. Siapa yang jadi ustazah masa tu memang sangat sabar dan tabah menempuh cobaan.


bersambung darjah 3....

Tuesday, December 1, 2009

XXX. poket berhabuk

korang semua ada duit masa cuti semester ni. asal tiba je cuti, adalah yang berjemaah tengok wayang, shopping, jalan-jalan ke sana ke mari dengan kawan-kawan. aku juga punya masa lapang. cuma aku tak punya wang.


duit PTPTN aku dah lama habis sebelum mula cuti lagi pun. mana tak habis. sini orang pinjam. sana orang nak buat loan. kalau aku jahat sikit boleh aku jadi Ah Long. sayangnya aku tak ada kaki-kaki pukul kalau dieorang tak boleh bayar. tapi nanti tak pasal aku kena angkat balai pulak. lagi haru.


alangkah best kalau aku boleh rompak bank macam dalam movie tu. macam-macam taktikus dan strategi-strategu mereka gunakan. yang unik dan tak pernah terfikir dek kaum pun ada. dah la. aku bukan nak cerita pasal rompak kat sini.


cuma waktu cuti ni aku agak terkilan. tak berapa rasa macam cuti. duduk rumah tidur aje la. kalau mak aku tak masak alamatnya makan lauk kedai la. kedai pun kedai sama je. seminggu dekat tiga empat kali makan kat kedai sama. bilalah nak merasa air tangan isteri. cepat-cepatlah! amin…


ni dah nak bukak sem baru ni ada lah beberapa orang yang namanya terpaksa dirahsiakan atas tujuan-tujuan keselamatan kerajaan dah mula bagi arahan dah. dah menunjukkan belangnya. timbul la masalah yang aku agak tak puas hati la.masalahnya ialah semua benda yang dia suruh buat tu memerlukan wang, pitih, dan seumpamanya yang nilainya disahkan oleh Bank Negara Malaysia.


tempat peminjam wang aku pula entah bilalah dia nak masukkan dalam akaun bank yang nilai tinggal 2 digit tu. mungkin seminggu lepas bukak semester. mungkin 2 minggu. memang kena ikat perut la buat sementara waktu ni. haih la badan. sabar jela perut ye. kita sama-sama kesian.


dengan nak beli ini lagi itu lagi. mata memandang semua nampak menarik. hujung minggu ni ada PC Fair kat KLCC. aku nak shopping barang-barang komputer. tapi tengah pokai ni. =’(


p/s: ada orang sudi pinjamkan aku duit?
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top