Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Tuesday, October 17, 2017

Kleptokrasi

Perhimpunan yang dianjurkan baru-baru ini oleh Pakatan Harapan dengan tema ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ sedikit sebanyak membuka minda rakyat untuk mengenali apakah yang dimaksudkan dengan ‘kleptokrasi’ ini. Istilah kleptokrasi ini mungkin agak asing bagi mereka yang bukan dari latar belakang yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang politik dan pemerintahan sesebuah negara. Akan tetapi istilah ‘kleptokrasi’ ini bukanlah sesuatu yang baru dan asing kerana perkataan ini berasal dari bahasa Yunani di mana klepto bermaksud pencuri, manakala krasi bermaksud suatu bentuk pentadbiran atau pemerintahan. Secara langsung perkataan ini membawa makna yang mempunyai konotasi yang negatif di mana pihak pentadbir atau pemerintah yang mengambil wang milik rakyat untuk kepentingan sesuatu kelompok pemerintah khususnya golongan kleptokrat. Justeru ia boleh dikatakan sebagai suatu bentuk pencurian atau pengambilan harta rakyat yang pada hakikatnya adalah suatu bentuk jenayah negara tetapi dilakukan oleh pegawai perkhidmatan awam yang menyamar sebagai seseorang yang jujur dan amanah ketika melaksanakan tugas.

Pencurian harta rakyat ini dilakukan secara terancang bagi menipu mata rakyat supaya tidak kelihatan seperti rakyat ditipu dan diperdaya oleh pihak pemerintah. Pengamalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak pegawai untuk kepentingan peribadi juga dilihat sebagai suatu bentuk kleptokrasi, terutamanya apabila mengaitkan ahli politik dan birokrat pada satu pihak, juga dengan ahli kelas pemodal pada pihak lain. Keadaan negara menjadi semakin kritikal apabila rasuah dijadikan sebagai suatu alat untuk pengumpulan modal yang utama dan dianggap sebagai faktor pengeluaran dalam bidang ekonomi.

Walaupun kleptokrasi ini dianggap sebagai suatu bentuk jenayah dari pandangan sebelah pihak, namun masih terdapat negara-negara di luar sana yang mempunyai ciri-ciri negara kleptokrat: sekalipun negara-negara tersebut menafikannya. Bukan dengan tujuan menuduh, tetapi tidak sukar untuk meneka negara manakah yang boleh dijadikan contoh. Antaranya ialah negara Nigeria dan Arab Saudi yang mempunyai sumber terbesar minyak petroleum dunia. Aset negara yang sepatutnya dikembalikan kepada rakyat digunakan oleh pemerintah mengikut kehendak dan keperluan mereka sewenang-wenangnya. Belgian Congo (kini Republik Congo) yang pada asalnya adalah sebuah koloni tapi kenyataannya hasil negara pergi kepada Raja Belgium. Dan terdapat beberapa lagi contoh lain yang boleh kita lihat melalui paparan sejarah.

Tidak kurang banyaknya juga negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi tetapi dibayangi oleh corak pemerintahan kleptokrasi. Dan apabila ini berlaku, maka negara ini sebenarnya mempunyai pemerintahan berbentuk oligarki di mana ia dikuasai oleh segolongan kleptokrat yang ego mempertahankan kepentingan masing-masing. Kenyataan yang dikeluarkan oleh golongan kleptokrat ini acapkali bernada sederhana sambil mengulang-ulang menegakkan prinsip yang menyatakan mereka berbuat sedemikian pulangannya adalah untuk rakyat. Sedangkan rakyat terus ternanti-nanti apakah habuan yang bakal mereka dapat setelah mengiakan dan membenarkan golongan kleptokrat ini terus dan terus mencuri harta milik rakyat. Di canang bahawa dasar mereka bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat tetapi akhirnya dimanfaatkan oleh golongan-golongan lain.

Walaupun jika dilihat dari satu sudut kleptokrasi ini adalah suatu bentuk jenayah, namun tidak kurang juga wujud sesetengah pihak yang memandang wujudnya aspek positif dalam corak pemerintahan pencuri ini. Mereka berhujah menyatakan rasuah sebagai contoh, dapat menambah kecekapan kerana pekerja yang menerima wang segera akan menjadi lebih produktif tanpa memerlukan tambahan gaji. Pandangan ini kurang tepat kerana wang segera biasanya tidak menambah kecekapan, tetapi hanya dapat membeli perkhidmatan tanpa perlu mengikut prosedur yang sepatutnya.

Rakyat juga seharusnya dididik dan diberikan pencerahan tentang betapa bahayanya fenomena negara kleptokrasi ini supaya rakyat dapat membezakan kebaikan dan keburukannya. Kesannya kepada rakyat adalah suatu yang dianggap kritikal jika rakyat masih tidak sedar kancah ini akan menjerumuskan negara ke suatu bentuk penindasan dan penyelewengan ke atas rakyat. Rasuah bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng kerana penyakit ini merosakkan pemikiran dan prinsip sebuah negara yang makmur dan bebas dari korupsi. Walaupun di skala kecil, fenomena ini tidak boleh dibiarkan kerana barahnya akan melahirkan rakyat dan masyarakat yang membenci tampuk pemerintahan lalu memberikan kesan negatif kepada negara. Ketidakstabilan politik, sosial, ekonomi dan sebagainya adalah kesan buruk akibat membiarkan penyakit politik ini berleluasa.

Persoalan adakah negara Malaysia ini juga tergolong dalam negara kleptokrasi adalah suatu bentuk sentimen yang sensitif untuk dibicarakan oleh orang awam yang tidak mengenali dan memahami tujuan, alasan dan urusan pihak pemerintahan ketika menjalankan tugas mereka. Walaupun pada hakikatnya rakyat kini telah membuka mata dan sedar bahawa mereka seakan-akan dipermainkan oleh pihak kleptokrat ini, namun rakyat seakan-akan bisu dan tidak mampu untuk bersuara menyatakan kebenaran; ini suatu hakikat di sebuah negara demokrasi yang kononnya negara diperintah dan ditadbir oleh rakyat. Pihak pembangkang yang terus menerus menuduh pihak kerajaan ini yang dianggap memeras ugut rakyat perlu sedar bahawa adakah mudah untuk membasmi kleptokrasi ini sehingga licin? Atau adakah pihak pembangkang pula yang akan mempraktikkan corak yang sama ini tatkala mereka pula yang meneraju pucuk pimpinan negara?

Justeru pentadbiran kleptokrat ini seharusnya diperhalusi dan diteliti tentang bagaimana untuk diperbaiki kelemahannya agar harta dan wang rakyat kembali dimanfaatkan dengan cara dan jalan yang terbaik. Golongan kleptokrat juga harus sedar bahawa mencuri harta rakyat untuk kepentingan peribadi hanyalah akan mengundang sumpah seranah rakyat apabila hak dan kepentingan rakyat dicabuli. Adalah tidak adil bagi ‘sang pentadbir’ menjadi ‘sang pencuri’ apabila melihat mereka mempunyai kuasa dan peluang untuk mengambil sesuatu yang bukan hak mereka untuk kegunaan sendiri. Telus, amanah dan jujur adalah kunci untuk memperbetulkan kembali sistem yang dianggap ‘betul’ ini demi memastikan rakyat mendapat kembali sesuatu yang dimiliki oleh mereka dan membaik pulih negara kerana rakyat adalah aset negara yang tidak ternilai. Penjagaan hak dan kebajikan rakyat yang teratur pasti dapat meningkatkan lagi hasil negara kerana rakyat rasa berpuas hati dan gembira dengan pihak pemerintah yang cakna dan prihatin tentang nasib rakyat.

Penyumbang idea asal:
Hudzaifah Shubli

Artikel ditulis oleh:
Mohd Shukur Mohd Isa

email: shuk.iium@gmail.com
FB: Shuq Faqat al-Fansuri
IG: shuqfaqat

Tuesday, May 16, 2017

Orang tua Rasulullah di syurga

Orang tua Rasulullah di syurga

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذى هدانا لهذا وما كن لنـتهدي لو لا أن هدانا الله

والصلاة والسلام على سيدنا محمد رسول الله

وعلى آله وصحبه الفائزين برضا الله

وبعد

قدموا أعمالكم لدار الآخرة تجدوا عندها فوزا ونجاة

Dakwaan

Diantara dalil golongan yang menyatakan orang tua Nabi masuk neraka adalah hadits riwayat Imam Muslim dari Hammad :

أَنَّ رَ...جُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيْنَ أَبِي قَالَ فِي النَّارِ فَلَمَّا قَفَّى دَعَاهُ فَقَالَ إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Bahwasanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah " Ya, Rasulullah, dimana keberadaan ayahku ?, Rasulullah menjawab : " dia di neraka" maka ketika orang tersebut hendak beranjak, Rasulullah memanggilnya seraya berkata " sesungguhnya ayahku dan ayahmu di neraka ".

Imam Suyuthi menerangkan bahwa Hammad perawi Hadits di atas diragukan oleh para ahli hadits dan hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim. Padahal banyak riwayat lain yang lebih kuat darinya seperti riwayat Ma'mar dari Anas, al-Baihaqi dari Sa'ad bin Abi Waqosh :

اِنَّ اَعْرَابِيًّا قَالَ لِرَسُوْلِ الله اَيْنَ اَبِي قَالَ فِي النَّارِ قَالَ فَأَيْنَ اَبُوْكَ قَالَ حَيْثُمَا مَرَرْتَ بِقَبْرِ كَافِرٍ فَبَشِّّرْهُ بِالنَّارِ

Sesungguhnya A'robi berkata kepada Rasulullah SAW " dimana ayahku ?, Rasulullah SAW menjawab : " dia di neraka", si A'robi pun bertanya kembali " dimana AyahMu ?, Rasulullah pun menawab " sekiranya kamu melewati kuburan orang kafir, maka berilah kabar gembira dengan neraka "

Riwayat di atas tanpa menyebutkan ayah Nabi di neraka. Ma'mar dan Baihaqi disepakati oleh ahli hadits lebih kuat dari Hammad, sehingga riwayat Ma'mar dan Baihaqi harus didahulukan dari riwayat Hammad. Dalil mereka yang lain hadits yang berbunyi :

لَيْتَ شِعْرِي مَا فَعَلَ أَبَوَايَ

Demi Allah, bagaimana keadaan orang tuaku ?

Kemudian turun ayat yang berbunyi :

إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيْراً وَنَذِيْراً وَلَا تُسْأَلُ عَنْ أَصْحَابِ الْجَحِيْم (البقرة : ١١٩)

Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran; sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, dan kamu tidak akan diminta (pertanggungan jawab) tentang penghuni-penghuni neraka. (QS. al-Baqarah : 119)

Jawaban

Ayat itu tidak tepat untuk kedua orang tua Nabi karena ayat sebelum dan sesudahnya berkaitan dengan ahlul kitab, yaitu :

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada-Ku, niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu; dan hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut (tunduk) (QS. Al-Baqarah : 40)

sampai ayat 124 :

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dengan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman : "sesungguhnya aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia ". Ibrahim berkata : "(dan saya mohon juga) dari keturunanku ". Allah berfirman : "janjiku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".

Semua ayat-ayat itu menceritakan ahli kitab (yahudi). (QS. Al-Baqarah : 124)

Bantahan di atas juga diperkuat dengan firman Allah SWT :

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا (الإسراء : ١٥)

"dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul." (QS. Al-Isra` : 15)

Kedua orang tua Nabi wafat pada zaman fatharah (kekosongan dari seorang Nabi/Rasul). Berarti keduanya dinyatakan selamat. Imam Fakhrurrozi menyatakan bahwa semua orang tua para Nabi muslim. Dengan dasar berikut :

* Al-Qur'an surat As-Syu'ara' : 218-219 :

الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ * وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang), dan (melihat pula) perobahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud.

Sebagian Ulama' mentafsiri ayat di atas bahwa cahaya Nabi berpindah dari orang yang ahli sujud (muslim) ke orang yang ahli sujud lainnya. Adapun Azar yang secara jelas mati kafir, sebagian ulama' menyatakan bukanlah bapak Nabi Ibrohim yang sebenarnya tetapi dia adalah bapak asuhnya dan juga pamannya.

* Hadits Nabi SAW :

قال رسول الله (لم ازل انقل من اصلاب الطاهرين الى ارحام الطاهرات)

" aku (Muhammad SAW) selalu berpindah dari sulbi-sulbi laki-laki yang suci menuju rahim-rahim perempuan yang suci pula"

Jelas sekali Rasulullah SAW menyatakan bahwa kakek dan nenek moyang beliau adalah orang-orang yang suci bukan orang-orang musyrik karena mereka dinyatakan najis dalam Al-Qur'an. Allah SWT berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ

"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis"

Nama ayah Nabi Abdullah, cukup membuktikan bahwa beliau beriman kepada Allah bukan penyembah berhala

* Imam Muslim dan Imam Turmudzi meriwayatkan hadits yang telah mereka sahihkan dari Watsilah bin Asqa' RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:

إن الله اصطفى من ولد إبراهيم إسماعيل واصطفى من ولد اسماعيل كنانة واصطفى من كنانة قريشا واصطفى من قريش بني هاشم واصطفاني من بني هاشم

Sesungguhnya Allah telah memilih Ismail dari turunan Ibrahim dan memilih Kinanah dari turunan Ismail dan memilih Quraisy dari turunan Kinanah dan memilih Bani Hasyim dari turunan Quraisy dan memilih Aku dari turunan Bani Hasyim.

Bahkan dari hadits ini Syekh Ibn Taimiyah berkata : Ketentuan hadits di atas menunjukkan bahwa Ismail dan turunannya adalah orang-orang pilihan dari keturunan Ibrahim.

* Imam Turmudzi meriwayatkan hadits dan menganggapnya Hasan dari 'Abbas bin Abdulmuttholib RA bahwa Nabi SAW bersabda:

إن الله خلق الخلق فجعلني من خير فرقهم ثم تخير القبائل فجعلني في خير قبيلة ثم تخير البيوت فجعلني في خير بيوتهم فأنا خيرهم نفسا وخيرهم بيتا

Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk dan menjadikan Aku dari golongan yang paling baik kemudian Allah memilih suku dan menjadikan Aku dari suku yang terbaik kemudian memilih rumah dan menjadikan dalam rumah terbaik mereka. Maka Aku adalah yang paling baik jiwanya dan paling baik rumahnya.

* Imam Al-Baihaqi meriwayatkan dalam kitabnya "Dalailun Nubuwwah" dari Anas RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:

أنا محمد بن عبد الله بن عبد المطلب بن هاشم بن عبد مناف بن قصي بن كلاب بن مرة بن كعب بن لؤي بن غالب بن فهر بن مالك بن النضر بن كنانة بن خزيمة بن مدركة بن إلياس بن مضر بن نزار بن معد بن عدنان. وما افترق الناس فرقتين إلا جعلني الله في خيرهما فأخرجت من بين أبوي ولم يصبني شيء من عهر الجاهلية وخرجت من نكاح ولم أخرج من سفاح من لدن آدم حتى انتهيت إلى أبي وأمي فأنا خيركم نسبا وخيركم أبا

Aku adalah Muhammad bin Abdillah bin Abdil Mutthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ay bin Gholib bin Fihr bin Malik bin Al-Nadlr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudlor bin Nizar bin Ma'd bin 'Adnan. Dan tidaklah terpisah golongan manusia kecuali Allah telah menjadikan aku dalam yang terbaik dari dua golongan tersebut. Maka aku dilahirkan dari kedua orang tuaku dan tidak mengenaiku sesuatupun dari kebejatan jahiliyah. Dan aku lahir dari pernikahan dan tidaklah aku lahir dari perzinaan dari mulai Nabi Adam sampai pada ayah ibuku. Maka aku adalah yang terbaik dari kalian dari sisi nasab dan orang tua.

Dan masih banyak lagi hadits-hadits lain yang menjelaskan tentang orang-orang tua Nabi SAW. Bahwa mereka adalah pilihan Allah SWT. Tidakkah anda melihat kalimat

إن الله اصطفى (sesungguhnya Allah memilih) apakah Allah akan memilih orang kafir sedangkan di sana ada orang yang beriman? Apakah Allah memilih penduduk neraka jika di sana ada penduduk surga? Padahal orang tua Nabi adalah orang-orang pilihan!

Imam Suyuthi berkata dalam kitabnya Masalikul Hunafa

وإن كان المجادل ممن يكتب الحديث ولا فقه عنده يقال له قد قالت الأقدمون المحدث بلا فقه كعطار غير طبيب فالأدوية حاصلة في دكانه ولا يدري لماذا تصلح والفقيه بلا حديث كطبيب ليس بعطار يعرف ما تصلح له الأدوية إلا أنها ليست عنده.‏

وإني بحمد الله قد اجتمع عندي الحديث والفقه والأصول وسائر الآلات من العربية والمعاني والبيان وغير ذلك فأنا أعرف كيف أتكلم وكيف أقول وكيف استدل وكيف ارجح وأما أنت يا أخي وفقني الله وإياك فلا يصلح لك ذلك لأنك لا تدري الفقه ولا الأصول ولا شيئا من الآلات والكلام في الحديث والاستدلال به ليس بالهين ولا يحل الإقدام على التكلم فيه لمن لم يجمع هذه العلوم فاقتصر على ما آتاك الله وهو أنك إذا سئلت عن حديث تقول ورد أو لم يرد وصححه الحفاظ وحسنوه وضعفوه ولا يحل لك في الإفتاء سوى هذا القدر وخل ما عدا ذلك لأهله:

لا تحسب المجد تمرا أنت آكله * لن تبلغ المجد حتى تلعق الصبرا

(مسالك الحنفا في والدي المصطفى ص: ٦٧)

"Jika si pendebat itu seorang pelajar hadits yang tidak memahami fiqh, maka bilang padanya: Para salaf terdahulu berkata. "ahli hadits yang tak mengerti fiqh layakmya penjual obat yang bukan dokter, dia punya obat namun tak tahu kegunaan obat itu. Sebaliknya ahli fiqh yang tak memahami hadis ibarat dokter yang tidak punya obat. Ia mengerti betul kegunaan obat tapi tak memilikinya."

Sedangkan saya, Alhamdulillah, telah menguasai beragam ilmu : hadits, fiqh, usul fiqh, dan ilmu-ilmu bahasa Arab, ilmu ma'ani, bayan dan lain-lain. Aku tahu bagaimana harus bicara, bagaimana mengutip dalil, dan bagaimana menarjih dalil. Sedangkan engkau-semoga Allah memberikan taufiq-Nya padamu dan padaku- belum layak untuk hal seperti itu.

Engkau kurang menguasai fiqh, usul fiqh, juga ilmu-ilmu alat (bahasa arab). Bicara hadits dan mengambil dalil bukanlah hal yang remeh. Bagi yang belum menguasai ilmu-ilmu yang telah kusebut di atas, dilarang membicarakan ini (keimanan ayah bunda baginda Rasul). Cukuplah kau bahas ilmu yang diberikan Allah kepadamu. Bila kau ditanya mengenai suatu hadis, cukuplah katakan, Ini warid ini tidak, hadis itu disahihkan para ahli hadis, dinilai hasan, atau dhaif. Tak patut bagimu melampaui semua itu. Serahkanlah yang lain pada ahlinya. "Jangan kau anggap kemuliaan itu sebutir kurma yang tinggal kau makan. Tak kan kau capai kemuliaan itu sebelum kau kecap obat yang pahit"

(Masalikul hunafa hal. 67)

Syaikh al-Qhadhi salah seorang Imam dari Madzhab Malikiyyah pernah ditanya tentang bahwa orang tua Nabi Saw berada di neraka. Maka beliau menjawab

"MAL'UN (terlaknat org itu) karena Allah Swt berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا

"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknat mereka di dunia dan di akherat dan menyiapkan untuk mereka adzab yang hina" (QS. al-Ahzab : 57)

Adakah yang lebih menyakiti hati Rasulullah Saw dari mengatakan bahwa orangtua Rasul Saw berada di neraka ?

Nabi Saw melarang membicarakan jelek kepada orang yang sudah mati dan memeintahkan menutup lisan jika jika sahabat dipermasalahkan, maka menjaga lisan dari mempermasalahkna orantua Nabi Saw lebih berhak.

Renugkanlah kisah dibawah ini, bahwasanya seoarang pembantu Rasul yang bernama Barkah pernah meminum air kencing Rasul Saw yg ada di dalam bejana. Kemudian Nabi Saw menanyakannya "Manakah air yg ada di dalam bejana ini ?" Barkah menjawab "Aku minum wahai Rasul" Rasul Saw bersabda "Jika demikian perutmu tidak disentuh oleh api neraka".

Kemudian pernah Ibnu Zubair diperintahkan oleh Rasul Saw membuang darah bekas cantuk Rasul Saw. Namun Ibnu Zubair malah meminum darah tersebut. Ketika ditanya oleh Rasul Saw "Sudahkah kau buang darah bekas cantukku wahai Ibnu Zubair ?" "sudah wahai Rasul" Rasul bertanya "Di mana ?" ia menjawab "Dalam perutku". Rasul Saw bersabda "Barangsiapa yangg darahnya bercampur dengan darahku, maka ia tidak akan masuk neraka."

Kisah kisah ini disebutkan dalam Hadist-Hadist shohih yg diriwayatkan Daru Quthni.

Dari kisah ini menunjukkan bahwa hukum kelebihan dalam tubuh Nabi Saw adalah suci, tidak najis karena Rasul tdk memerintahkan Barkah dan Ibnu Zubair untuk menyuci mulutnya. Dan hal ini juga menunjukkan bahwa satu tetes dari kelebihan tubuh Nabi Saw yang masuk ke dalam perut orang lain dapat menyelamatkannya dari api nereka. Lalu bagaimana dengan seseoang yg darah dan daging Nabi Saw berasal darinya ?

Berkata syaikhul Islam Ibn Taimiyah dlm mustholahul hadis (11/676)

والجمهور من السلف والخلف على أن ما كانوا فيه قبل مجيء الرسول صلى الله عليه وسلم من الشرك والجاهلية شيأ قبيحا, وكان شرّا لكن لا يستحقون العذاب إلاّ بعد مجيء الرسول.- إلى أن قال- وعلى هذا عامة السلف وأكثر المسلمين. وعليه يدل الكتاب والسنة. فإن فيهما بيان أنّ ما عليه الكفار شرّ وقبيح وسيء قبل الرسل وإن كاتوا لايستحقون العقوبة

Menurut jumhur salaf dan khalaf, perbuatan dan kebiasaan orang-orang sebelum datangnya Rasulullah dari pada syirik dan jahiliyah itu jelek sekali, tetapi tidak berhak diadzab kecuali setelah datangnya Rasulullah. –hingga perkataannya- Ini pendapatnya Ulama salaf dan kebanyakan orang muslim, sesuai dengan al-Quran dn Hadist yang menerangkan bahwa orang kafir itu keji dan buruk sekali walaupun sebelum kedatangan seorang Rasul mereka tidak berhak untk diadzab.

Subhanallah.

Hanya dengan berpegang pada sebuah hadits riwayat Muslim saudara wahabi -semoga Allah membuka hatinya- dengan tegas mengatakan, kalian mengaku Ahlussunnah tetapi tidak percaya apa yang dikatakan dan diakui Rasul sendiri. Bukan kami tidak percaya wahai saudara wahabi, tetapi karena kami tahu mana yang sebenarnya dan mana yang bukan, kami adalah hamba dhaif yang tidak mengerti apa-apa jika tidak ada HIDAYAH dari Allah dan IRSYAD dari guru-guru kami yang mulia.

Akhirnya,

Ya Allah... dengan berkat Rasul Mushtafa, dengan berkat Khulafaurrasyidin, dengan berkat Seluruh Shahabat, dengan berkat Imam Mujtahid, dengan berkat Auliya dan Ulama berilah hidayah dan petunjuk kepada kami dalam menegakkan Sunnah sesuai dengan tuntutan Rasulullah yang berkesinambungan melalui "lidah" Shahabat, Tabi'in, Tabi' Tabi'in, Ulama Mutaqaddimin dan Muta-akh-khirin dan Guru-guru kami yang masih senantiasa ikhlas memberi ilmu kepada kami. Amin Ya Rabbal 'alamin.

wallahua'lam bish-shawab

Monday, March 27, 2017

Perihal owner majikan yang buta hati

Di mana harus ku mulakan cerita. Perihal sepasang suami isteri yang banyak duit tapi hakikatnya masih miskin. Sebab tak cukup-cukup dengan duit dan harta yang ada masih lagi nak menindas orang lain.

Ramai dah yang terkena. Anak murid aku pun dah terkena dengan musibat ni. Dah sekarang aku pun macam nak merasa je perangai musibat yang sama ni.
Betina suruh aku kerja 8 jam sehari. Bullshit ape student langsung tak ramai. 6 jam sehari pun dah terlebih jaga budak2 ni. Kelas sejam setengah cukuplah. Tuisyen lama-lama pun budak-budak ni main je lebih. Fuck la.

Habis tu nak suruh aku kerja 8 jam sehari buat hape? Duduk goyang kaki walaupun tak ada orang? Menghabiskan membazir duit bayar aircond dan letrik? Pakai otak la bodo.

Dah tu aku je pulak yang kena jaga budak-budak mentah ni? Kau duduk goyang kaki dapat telan duit yuran tuisyen? Sial la kau. Kalau kau baca ni sila sedar diri sikit. Sila mereput. Pergi meninggal.

Lagi kau cakap mau potong gaji aku? Pundek la kau student tak cukup kau la yang kena promosi. Kerja aku mengajar je. Admin kau. Kutip yuran kau. Management kau. So kau la yang kena pikir mana nak cari student lagi. Ape tu pun tak boleh nak pikir ke hah kepala lancau?

Laki bini sama je. Pakai 6 series ingat dah mewah sangat la tu? Miskin la woi. Sebab lau tak cukup-cukup dengan duit yang ada. Lagi nak peras keringat orang lain yang dah tersedia dengan hutang dan masalah. Fuck la weh.

Memang kerja dok menindas orang je eh? Patutlah guru yang dulu blah je. Sebab tak tahan dengan perangai kau laki bini sama je. Kadang-kadang tuhan dah balas tapi kau masih tak nampak kan? Tak pela.. Tunggu la balasan tuhan yang lebih besar baru kau nampak dan baru kau rasa ape yang kau dah aniaya pada orang-orang teraniaya macam kami ni.

Last but not least. Sila meninggal. Kalau hidup tak habis-habis menyusahkan orang. Go to hell...

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top