Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Saturday, February 27, 2010

Cukup-cukuplah bermaksiat…

Aku tengok banyak budak-budak sekarang semakin lupa dengan tujuan asal hidup. Tambah-tambah lagi pelajar sebab pelajar ini dikatakan golongan terpelajar dan berintelek sikit kalau dibandingkan dengan penagih dadah, penari kelab malam, pekerja Alam Flora serta kutu rayau malam. Tapi hakikatnya TERpelajar sikit jela dari golongan kedua tu. Jangan marah sebab ini REALITI!

Tujuan asal kita hidup ini sebenarnya hanyalah persediaan dan kelengkapan untuk kehidupann kita di hari kemudian kelak iaitu di alam yang satu lagi. Hanya ada 2 destinasi iaitu syurga yang penuh nikmat atau neraka yang membakar isi-isi di dalamnya. Bakaran yang lebih melampau dari ayam golek hangus kat pasar malam Kerinci.

Budak-budak sekarang lebih mementingkan hiburan dan terlalu asyik dengan pesona dunia yang semakin menjadi-jadi pada masakini. Pengaruh barat semakin menjajah minda dan pemikiran anak-anak muda sekarang. Terdapat pelbagai contoh yang sebenarnya tak baik untuk kesihatan dan masa depan mereka-mereka yang tak sedar diri ini.

DSC01475 Selang semalam mereka akan menziarahi kelab-kelab malam untuk clubbing. Bukannya pergi BERPERSATUAN tapi di sana mereka akan menari dan berjoget dengan iringan muzik yang melampau. Untuk pengetahuan korang, muzik-muzik yang dimainkan di kelab malam ini biasanya dari genre hip-hop atau R&B dan dipasang dengan tahap kebisingan maksima. Andaikata anda berpenyakit jantung, nescaya belum cukup 5 minit di dalam kelab, anda sudah ke rahmatullah. Bagi yang berdarah tinggi pula, anda mungkin akan berdarah hidung melihat keseksian gadis-gadis kelab ini yang entah masih gadis atau pun hanya tinggal sejarah.

Minuman ruji ialah air-air mabuk serta air setan yang dihidangan sejuk berserta ais di dalam gelas atau pun jag bagi mereka yang inginkan kemabukan terlampau. Sebenarnya syarat asas untuk berada di dalam kelab ialah anda perlu mabuk atau hilang pertimbangan kerana manusia normal tidak akan tahan untuk menari selama berjam-jam dengan iringan muzik yang menggegarkan jantung. Juga ada kelab-kelab yang menawarkan ecstasy supaya mereka tidak sedar apa yang mereka sedang lakukan pada waktu itu. Kalau kena angkut ke dalam bilik hotel pun nasib lah. Alamat kena kenduri aqiqah secara berjemaah. Masya-allah~

Jenis pakaian bagi kaum-kaum betina ini pula boleh diibaratkan seperti meletakkan plastik di atas badan. Serupa tak pakai apa-apa. Baik tak payah pakai terus. Alang-alang berdosa biar bertimbun kan? Keseksian melampau terserlah dengan menonjolkan segala bonggol-bonggol yang sudah tentu akan menyebabkan semua mata-mata kaum jantan tersagat dek bonggol tajam itu. Silap-silap mereka boleh terbabas atau mendapat kemalangan serius yang julung kali tidak direkodkan di dalam mana-mana Ops Sikap di negara ini.

Aksi-aksi lucah selalunya menjadi bahan tumpuan di kelab malam ini. Peluk cium dan lenggok-lenggok ghairah sentiasa dilakonkan oleh pelakon tanpa tauliah ini. Kalau diperiksa pun belum tentu mereka ini ada lesen memandu apatah lagi lesen tak senonoh. Tapi lagaknya mengalahkan pelakon lucah amatur kerana mereka ini hanya profesional dari aspek pandangan mata-mata lelaki hidung belang sahaja.

Bukankah lebih bagus untuk berkumpul dalam halaqah untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah sosial yang kian kronik? Ataupun berzanji ataupun mengadakan maulid secara berjemaah ke? Paling koman pun buatlah tilawah Quran ke dalam berkumpulan. Tak kan baca Yassin yang cuma 83 ayat itupun susah sedangkan lagu-lagu yang dipasang di kelab sanggup dihafalnya demi memastikan agar mereka menari ikut tempo. Kalau salah menari nanti kena gelak pula.

Lebih baik masjid itu dipenuhkan dari memenuhkan pusat-pusat hiburan di kotaraya. Lebih baik solat tahajud didirikan daripada menari dengan aksi terkinja-kinja monyet pada pukul 3 pagi. Lebih baik duit-duit itu disedekahkan kepada anak yatim atau orang yang memerlukan daripada menghabiskan duit berjudi di meja pakau. Dan adalah 1000 kali lebih baik mati kerana menegakkan syiar Islam dari mati katak memperjuangkan benda yang ntah ape-ape ntah tak tahu lagi kebenaran dan kesahihannya...

Thursday, February 25, 2010

Teruskan hidup sepenuhnya!

Hari ini aku agak happy. Sebab apa itu tak boleh bagitau nanti ada orang ambil kesempatan. Sebenarnya ok je pun kalau ada orang yang tahu tapi baik aku rahsiakan saja. Sengaja nak bagi pembaca-pembaca saspens.

Rasa perjalanan hidup hari ini berjalan lancar. Tak ada serabut sangat kepala ni duk pikir masalah negara yang rakyat yang menderita. Penduduk kampung pun rasanya aman bahagia.

Dalam gumbira pun sebenarnya ada jugak runsing dan risau. Tapi kegembiraan tu melegakan segalanya hari ini. Rasa kurang satu masalah. Tapi orang selalu kata masalah tak akan berkurang tapi bertambah. Lagi kita duk lepak lagi bertimbun-timbunlah masalah macam gunung bukit.

Tapi hidup ini sekali saja. Teruskan dengan sepenuhnya. Dugaan ke cabaran ke cobaan ke, harung je mcm redah air lecak tepi jalan. Sekala sekali basah apa salahnya. Asyik nak rasa senang je mana boleh. Kadang-kadang mandi hujan itu seronok walaupun lepas tu demam. Menjerit masa tengah karok itu syurga walaupun lepas tu hilang suara. Ponteng kelas itu nikmat walaupun surat warning datang ke rumah…

Tuesday, February 23, 2010

Cukuplah setakat ini…

discrimination Dasar manusia zaman sekarang. Yang dahulunya dicari dan ditarik ke hulu ke hilir sekarang langsung terus dibiarkan senyap kelu tak terkata. Hilang terus punca komunikasi seakan-akan tidak mengenali antara satu sama lain.

Dahulunya susah senang dikatakan bersama diungkap kalimah itu berulang kali tanda setia untuk berkorban demi teman yang diagungkannya. Sekarang setelah dapat kembali punca kegemilangannya yang dahulu pernah meninggalkannya kerna angkara sengketa orang ketiga dan juga beberapa.

Dilupakan kalimah akrab yang pernah dia lafazkan dulu kerana sekarang sentiasa berdamping dengan gurunya. Khabarnya sangat susah nak didengar sedangkan dulu bunyi tapak kakinya selalu terdengar. Entah sakit pening lapar hidup kenyang mati langsung hilang tanpa berita.

Orang lain yang selalu ada bak belangkas juga kini menjadi belangkas orang lain. Hati dan perasaan ini tidak langsung dijaga. Tahunya mengutuk, mengherdik, memaki dan memandang serendah-rendahnya martabat orang yang pernah mengiringinya dulu.

Cukuplah pengorbanan aku selama ini telah aku berikan. Sakitnya masih terasa menikam-nikam kini pintu ulu hati. Aku juga punya impian dan mimpi yang aku ingin jadikan kenyataan. Aku tidak ingin lemas dalam lautan angan-angan sekiranya kau semua juga lemas di situ.

Aku selamatkan diriku ini sebelum terlewat untuk diselamatkan. Aku tak akan lagi berkorban kerana aku tak mahu terkorban. Tidak cukupkah apa yang dah aku korbankan selama ini? Selama ini yang telah ribuan mata telah memandang penat lelahku. Cukuplah untuk aku berehat disini. Aku tak ingin hanyut dalam permainan orang-orang yang rugi…

Terkenang member aku seorang…

Tengah dok melayan Facebook tiba-tiba ternampak wajah seseorang yang dah lama lekang dari ingatan. Member sekolah aku sejak dari sekolah rendah lagi. Yang aku kenal kepoyoannya sejak darjah 5. Pagi-pagi datang kelas hingus meleleh lagi. Budak lagi masa tu. Jauh dari akil baligh.

Masuk sekolah menengah dia dah mula tunjuk hero. Buat benda-benda yang sengaja menjadikannya senarai ‘most wanted’ cikgu-cikgu di sekolah. Hisap rokok, ponteng kelas dan sekolah, ganja gua tak tau dia ada try ke  tak. Itu diluar bidang kuasa pihak pengawasan keselamatan persekutuan.

Aku dengan dia memang tak berapa masuk sikit. Cuma aku respek sebab dia boleh dikira pandai main bola la kalau bandingkan dengan aku. Jaringan dia lebih sikit je dari aku. Subjek banyak gila yang gagal. Tiba je waktu Open Day mesti dia bagi alasan kata mak ayah tak ada kat Malaysia la apa la sebagai alasan tak nak tunjuk buku rekod yang penuh warna merah.

Tapi orang-orang macam tu mesti ada perempuan yang minat dan sangkut. Apa keistimewaan yang dia ada? Hensem lagi aku? Pernah juga terbaca yang perempuan suka lelaki yang agak-agak jahat ni. Ke nakal kot? Tak perasan la. Mulut dia manis kot? Entah aku tak pernah pulak gila nak rasa atau jilat mulut dia. Sewel hape?Tapi biasalah orang-orang jahat ni kan selalunya ada saje perempuan mendampinginya. Tak adil betul!

Tak lama lepas tu dia pindah sekolah. Terus senyap dari pandangan orang ramai kat sekolah aku. Ada je tambah dia sebagai kawan kat Facebook tapi sekadar add je la pastu buat tak tahu. La ni bila nampak muka dia tergerak pulak nak tengok apa kegiatan jahat dia yang terbaru. Mana tahu dah jadi pengedar ganja bertauliah ke. Huhu.

Sekarang aweknya punyalah cun bukan main. Tengok gambar-gambar mesra bukan main lagi. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia setia dengan perempuan tu. Tak kan lah nak dilepaskan awek yang muka ala-ala minah Jepun kat orang lain kan? Jaga baik-baik sudah. Gambar yang sempat ditonton menampakkan hubungan mereka agak serius hingga ke peringkat famili dah kenal dan mesra. Cemburulah pulak rasanya.

Apa yang aku kenal dulu dia memang dari golongan berada. Ayahnya berpangkat besar gaji tak kurang 5 angka. Mak dia entah aku tak berminat pulak nak tahu. yang aku tahu dia sangat sombong masa zaman sekolah dulu kecuali dengan budak-budak perempuan atau geng sekaki jahatnya. Maka tak hairanlah kalau sekarang dia boleh kesana kemari berkereta mengangkut aweknya kemana saja. Genting? JB? Langkawi? Huh!

Bila ditatap gambar pasangan itu, nampak serasi dan secocok. Satu pasangan yang agak berada dan mengamalkan cara hidup bekeluarga yang elit. Speaking menjadi bahasa perbualan seharian. Makan nak bersudu garpu saja. Aduh! Kalah cerita Samarinda atau Lestari di TV3!

p/s: Nama tidak disiarkan atas tujuan keselamatan. Cerita ini sekadar mengimbau kenangan masa lampau yang ada kalanya indah dan ada masanya pahit!

Wednesday, February 17, 2010

Muzium komik

shelf-library-2 Aku teringat yang kat rumah aku ada collection komik sejak aku berusia 5 tahun. Dah penuh stor kat umah aku sampaikan aku terpikir nak buat muzium komik. Paling koman pun perpustakaan komik lah.

Pelbagai jenis komik boleh didapati dari yang berkulit tebal hingga yang dah koyak rabak, dari yang putih baru hingga yang kuning kena matahari, dari yang bahasa melayu hingga bahasa cina. Ingatkan boleh kuasai bahasa mandarin kalau aku beli komik tu. Masa tu bodoh alang lagi beli komik cina untuk tengok gambar je. Syabas kepada Tony Wong sebagai pelukis komik hero cina.

Teringin jugak nak jual kot ada peminat setia komik lama-lama yang nak beli ke. Harga boleh runding. Standand barang antik la. Sedangkan syiling lama pun boleh jual ribu-ribu, inikan pulak koleksi komik peribadi aku yang dah makan puluhan tahun lamanya. Paling kurang aku letak harga RM1000 la sebijik komik. Jangan lepaskan, Tak ada lagi di pasaran. Kalau ada pun itu tiruan semata-mata. Belilah barangan buatan tempatan dan yang paling penting original…

Perhatian kepada bloggers sekalian…

04.11.06.BloggersDilem-XDisini aku ingin merungkai segala persoalan yang bermain di minda aku sebagai seorang blogger yang mempunyai sebuah blog di blogspot ini. Bagaimanakah caranya untuk kita pastikan bahawa blog kita ini dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk membaca setiap  entri yang kita hantar?

Lapisan masyarakat tu termasuklah ahli korporat, penjual cendol, kontraktor bangunan, ibu-ibu tunggal, budak sekolah, pelajar universiti dan sesiapa sahaja yang asalkan mereka mempunyai blog. Apakah medium yang perlu digunakan untuk menyebarkan kata-kata yang telah aku tulis sehingga berpeluh-peluh? Pengiklanan apakah yang membolehkan aku menyampaikan kata-kata hatiku ini ke mata dunia?

Adakah setiap follower yang mengikuti blog kita akan betul-betul mengikuti setiap entri yang dihantar saban hari? Tidakkah mereka hanya menjadi follower orang lain dengan niat agar orang itu akan menjadi follower mereka kembali? Tidakkah bilangan follower itu sekadar untuk menunjukkan bilangan orang-orang yang mengikut sambil lewa saja?

Blogger sekarang juga telah menjadi medium untuk peniaga-peniaga mencari pelanggan melalui alam maya. Pelbagai jenis produk disiarkan dari tudung, makanan kesihatan, kopi ginseng, jus tongkat ali, tonik dalaman,  ubat gigi sehinggalah kepada selipar jepun turut dipersembahkan di dalam blogger.

Jika kita ada 1000 pengikut adakah anda pasti memang ada 1000 orang pengikut yang membaca karya kita? Tidak banyak tidak kurang daripada separuh yang betul-betul mengikuti dan memberi pendapat mereka. Itupun komen yang ditulis diberi oleh orang yang sama setiap kali. Apa gunanya ada 1000 pengikut?

Mengapakah blog ibu tunggal, diari budak sekolah, jurnal penganggur, luahan jejaka kecewa itu juga yang seringkali mendapat perhatian dari blogger-blogger yang sebenarnya hanyalah stalker semata-mata? Tinggikah hasil penulisan mereka sehingga ramai orang sanggup buka blog mereka itu setiap hari untuk mengikuti perkembangan?

Ohh…wajarkah ini semua….

Tuesday, February 16, 2010

Misi diteruskan…

mouse-mission-impossible1 Hari ini aku menanam niat untuk meneruskan misi aku supaya ia menjadi kenyataan. Azam terus membakar segala apa yang menjadi penghalang di persekitaran. Tolong beri laluan dan sokongan!

Niat aku yang paling utama ialah: Aku nak kereta!!! Aku cemburu buta dan cemburu bisu bila mengenangkan kawan-kawan aku punya kereta sebagai kemudahan seharian mereka. Aku bila lagi? Lantaklah apa orang nak kata. Aku memang degil dan keras kepala. Kalau aku kata aku nak, aku akan dapatkannya jugak!

Misi yang pertama ialah mengendeng mak aku. Kena slow-talk dulu baru perbincangan berjalan lancar. Manja-manja dulu kasi aura naik. Agak-agak suhu dah sesuai tu, lancarkan serangan!

Soalan bermula dengan memancing perasaan. Bila agaknya boleh dapat kereta agaknya eh? Tak payah kereta mahal-mahal atau kereta baru. Asal boleh gerak dan tak ada masalah melampau aku dah puas hati dah. Kereta second-hand pun tak apalah. Sebabnya aku dah banyak tengok kawan-kawan aku beli kereta terpakai. Elok je. Murah la cikit dari kereta baru. Huh, pengaruh kawan yang cukup besar di sini!

Apa prosedur yang diperlukan untuk aku memiliki sebuah kereta? Berapa yang perlu aku peruntukkan untuk belanja kereta? Ansuran kereta, insuran, minyak, tol, servis dan apa-apa lagi yang berkaitan dengan orang yang punya kereta. Soalan itu semua masih tergantung lagi sebab aku belum ketemu masa yang sesuai untuk berbincang dengan mak aku…

Nantikan sambungan…

Monday, February 15, 2010

Sebentar bersama hati penulis

writer Kadang-kadang aku terfikir juga, kebelakangan ni entri-entri yang aku hantar semuanya bertemakan perasaan aku. Perasaan itu pulak semuanya berlatarbelakangkan ketidakpuasanhatiku terhadap sesuatu duaatu dan tigaatu atau banyak suatu.

Perasaan emosi, tensi, marah, bengang, sakit hati, tekanan, stres dan unsur-unsur yang berbaur negatif menyelubungi diri ini hingga boleh mandatangkan mudarat yang kronik kepada penghidapnya. Sekarang jarang sekali aku hantar entri yang menggembirakan atau yang menghiburkan. Sebabnya yang aku alami dewasa ini hanya menjalani hari-hari yang penuh onak duri yang tajam macam landak hutan.

Bukan aku tak nak hantar entri yang menarik tapi yang menyedihkan lebih banyak datang ke dalam hidup aku ini. Bagi pembaca-pembaca, maafkan saya jika selalu sangat beremosi ketika menulis blog ini. Ini sajalah medium luahan hati saya kepada dunia. Nama pun mataHATI ke mataDUNIA. Tak kisahlah korang nak baca atau tak sebab aku tak rugi apa-apa pun kalau tak ada orang baca, blog ini sekadar mengisi masa lapang daripada terbuang...

Dulu aku tak tahu nak tulis ape kat dalam blog, Tengok orang lain ada blog, aku pun nak punya blog jugak. Tapi apa yang ditulis? Tak ada. Aku cuma cut-and-paste je entri-entri yang aku rasa menarik dari blog orang lain. kira macam ciplak jugak lah. Plagiat gitu. Tapi masa tu aku tak ada modal nak tulis ape untuk menghiasi blog tu. Sekarang lain, walaupun aku tak ada idea yang menarik untuk dihantar, aku perlu memastikan semua entri dalam blog aku adalah asli dan tulen dari luahan otak cair aku. Walaupun mengarut sekali atau duakalipun.

Memang betul ke blog aku ni tak menarik? Aku tahu aku tak punya gaya bahasa unik seperti Hilang Punca. Aku tak pandai oleh ayat semenarik nurulism.com juga aku tak mudah bermain dengan kata-kata seperti dalam novel Hlovate. Namun aku tetap tahu yang aku perlu terus mencuba, memperbaiki madah berhelah yang akan aku coret dalam blog kesayanganku ini…

Berita sedih melanda jiwaku

4694222-md Hari ketiga aku di rumah, aku dikhabarkan dengan berita yang menggugat emosi aku. Berita yang mendatangkan kebengangan dan melahirkan kebengongan. Melemahkan setiap urat-urat dan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri. Adoyaiii…

Kakak sedara aku bertunang hari ini! Diam-diam ubi tahu-tahu je dapat berita menggemparkan ni. Itu pun aku bukan tahu dari dia sendiri, tapi dari orang lain. Buat kecik-kecik dengarnya. Kecik sampai tak ada orang luar ke?

Langsung tak sangka perjalanannya akan sampai ke destinasi itu secepat ini. Sedangkan masa aku masih belajar kat matrik dulu dia baru graduasi dari Gombak. Lepas tu dalam setahun dia bertukar-tukar kerja, belum dapat kerja tetap. Sekarang barulah dapat kerja tetap yang jawatan dan gajinya bolehlah tahan dan menjadi idaman aku serta idaman semua orang yang baru lepas graduasi. Not bad for a freshie. Rezeki dia.

Selalunya aku akan rujuk dia untuk apa-apa pertanyaan tentang study sebab dia sama major dengan aku. Aku berterima kasih gila kat dia sebab dia lah yang tukang bekalkan nota-nota dan buku teks yang aku masih gunakan sampai sekarang. Beza pengajian kitaorang dalam 3 hinggan 4 tahun je.

Dari penampilan sekali tengok tak adalah hebat sangat. Dia kata pointer dia pun biasa-biasa je untuk budak yang major Sains Politik. Bukan seorang yang menonjol serta dikenali ramai. Juga tidak aktif dalam mana-mana kelab ataupun persatuan. Boleh dikatakan sebagai seorang pelajar skema yang tarafnya biasa-biasa je.

Rasanya baru 2 bulan lepas aku bersembang dengan dia dan bertanyakan tentang jodoh, Katanya belum ada calon lah, tak ada yang berkenan di hati lah, ini la, itu lah. Tapi sekarang, aku dikejutkan dengan berita dia telah bertunang hari ini!

Bukan aku tak suka dia bertunang, tapi aku tak sangka secepat ini. Kenapa aku pulak yang tiba-tiba naik syeikh dan duduk tak tentu arah ni? Sebab aku yang plan bagai nak rak nak kahwin tapi orang lain dulu yang jalan. Aku marah! Ya! Aku memang cemburu! Kadang-kadang rasa sakit hati bila tengok orang lain yang mendahului kita. Parah! Parah!

Kenapa dia yang potong aku? Bila difikirkan balik tak guna pun aku merungut-rungut. Dia siapa, aku siapa. Dia perempuan, aku lelaki. Aku perlu cari, dia perlu tunggu. Aku perlu sediakan wang, dia mungkin dah ada wang. Aku masih belajar, dia dah kerja. Aku telalu banyak beban, dia kurang beban. Hmmm…untungnya jadi perempuan, tunggu saja. Tak perlu risau-risau pasal jodoh. Serius aku rasa dunia ini memang tak adil. Aku tensi!

Aku nak kahwin jugak!!!

Sunday, February 14, 2010

Aku bosan di rumah!

i_do_a_very_boring_job Dah masuk 2 hari aku duduk rumah. Bahana cuti raya Cina punya pasal. UIA dapat cuti 4 hari. Ingatkan duduk rumah dapat rehat tapi lain yang dapat.

Sebelum cuti aku bayangkan kalau duduk rumah aku dapat tido puas-puas. Aku dapat layan movie banyak-banyak dalam laptop aku.  Aku boleh makan sampai kenyang giler-giler. Semuanya benda yang aku nak buat DALAM rumah.

Tapi bila dah balik rumah, mak aku pulak suruh aku ikut dia buat urusan LUAR rumah. Urusan yang memerlukan aku untuk tak dapat berehat di rumah buat kerja-kerja macam yang aku dah senaraikan di atas tadi. Paham-paham la sendiri. Aku tak kuasa nak terangkan apa itu kerja LUAR rumah.

Kawan-kawan aku ada yang pergi jalan-jalan menghabiskan minyak kereta so_this_is_a_very_nice_and_boring_songke Kuantan. Tido di mana pun tak tahu. Jadi musafir masjid agaknya. Ada jugak yang ke Kuala Selangor membanting tulang menolong orang gotong-royong untuk majlis kenduri kahwin. Lantak kau la. Bukan aku yang kahwin pun. Aku memang suka pentingkan diri sendiri sikit. Orang Melayu kata ‘selfish’.

Aku memang tak ada hati nak ikut ke mana-mana pun mereka pergi. Aku memang pasang niat nak balik rumah rehat puas-puas macam beruang berhibernasi dalam gua. Syok gila aku tengok. Cute pun cute. Tido tak ingat dunia. Memang dah syahid sungguh.

Tapi bila dah sampai rumah lain yang jadinya. Cakap mak bapak tak boleh lawan. Menderhaka namanya. Nanti kena sumpah jadi peti sejuk baru tahu. Kalau kena sumpah jadi Ferrari nanti tak tertanggung pulak nak isi minyak dalam tangki. Pandai betul dia menyumpah. Sumpah nyampah!

Tuesday, February 9, 2010

Membakar dan terbakar


Orang hari ini semakin tidak hormat orang yang lebih tua, orang yang lebih senior serta orang yang lebih berpengalaman.Mereka anggap seperti mereka sahaja yang tahu buat semua benda. Complete in one set. Tolonglah. Kau tu bukannya nabi pun, malaikat jauh sekali. Maksum haram langit bumi. Huu.. serius menyampah.

Kata-kata yang dilontarkan sangat pedas dan berbisa. Langsung hilang rasa hormat dan respek yang telah sekian lama dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Mereka mendabik dada yang berbangga dengan hasil pencapaian yang tak seberapa. Padahal hasil yang disiapkan itu jauh daripada tahap kesempurnaan standard yang biasa diterimapakai. 

Kalau tak puas hati dengan orang atas, luahkan kepada yang sepatutnya. Luahkan kepada orang yang seharusnya menerima teguran sedemikian. Bukan melontarkan kata-kata protes dan bantahan kepada orang yang tak bersalah dan tak ada kena mengena dengan hal tersebut. Ini tidak. Semua dilemparkan secara membabi buta seperti orang tak ada iman. Semuanya dilepaskan dalam satu letupan yang bakal mengguris hati dan perasaan orang yang mendengarnya.

Kata-kata itu seperti menikam-nikam kalbu, merobek-robek hati, mengoyak-ngoyak perasaan dek kerana tak mampu menahan perasaan dan dipendam sekian lama. Sesiapa yang ada pada ketika itu memang akan terasa kehangatannya membakar segenap penjuru liang-liang telinga-telinga yang mendengar. 

Kalau nak dikirakan penat, semua orang pun penat. Kalau nak difikirkan sakit, semua orang pun sakit. Ada yang sakit tangan, ada yang sakit hati, ada yang sakit mata, ada juga yang sakit telinga sebab terbakar telinga. Semua orang pada waktu itu tidak dapat mengawal emosi mungkin kerana bekalan ubat yang tidak mencukupi atau pun ubat yang dibekalkan tidak mampu untuk mengawal kesakitan yang terlalu tajam dan pedih.

Jadi apa yang kita boleh lakukan adalah bersabar. Hanya sabar yang boleh menenangkan jiwa yang sedang membara terbakar. Janganlah kita menjadi seperti api yang turut membakar benda-benda lain disekitarnya. Sebaliknya jadilah kita seperti air yang boleh memadamkan kebakaran.


Aku tak percaya lagi...


Sometimes i do not know who should i trust. When i trust that person, they break the trust that i had given. Kenapa ini semua berlaku? Susah sangat ke nak simpan rahsia? Terlalu mudahkah untuk menutup mulut? Atau mulut mereka-mereka ini memang tak boleh ditutup? Kenapa tidak mencuba dengan sedaya upaya untuk pecah di perut? Takut terlalu kembung menyimpan rahsia? Takut perut meletup sebab terlalu banyak rahsia nak disimpan?

Ketahuilah bahawa akan ada orang yang terasa hati dan ada orang yang akan mengalami kesakitan kerana perbuatan mereka-mereka ini. Susah sangat ke nak mengelak dari membicarakan hal-hal sedemikian? Kalau nak bersuara pun tapis-tapis lah. Ini semua keluar macam langsung tak dapat menghormati amanah yang telah diberikan kat diaorang. 

Serius lepas ini aku tak akan beritahu apa-apa lagi kat mereka ini. Lain yang kita harapkan, lain yang diberikan. Biarlah rahsia tinggal rahsia. Lebih baik simpan sendiri dari memberitahu kepada orang yang tak tahu menyimpan rahsia. 

Pada sesiapa yang terasa pedas, silakan terus memakan cili. Cubalah terus makan cili tapi jangan sampai tahap minum air sebab pedas itu akan hilang rasanya. Mulut korang semua pedas kan? Lain kali kunyahlah cili padi mentah-mentah...

Monday, February 8, 2010

Sejenak di Lab IRK


Hari ini aku online di Lab IRK. Dah lama aku tak masuk lab. Keinginan untuk datang online di sini tiba-tiba wujud selepas habis kelas Arab tadi. Bila dah datang, semua komputer dah di isi dengan orang. Mata laju mencari kalau-kalau ada komputer yang tak digunakan. Malangnya semua komputer penuh. Ada sebijik komputer yang skrinnya biru je. Tanda-tanda belum di log in oleh sesiapa. Tapi ada seekor mamat foreigner tu pulak duduk kat depan komputer tu. Dia dok tengah main mesej dalam phone. Punya lah menyirapnya aku macam air sirap ros kat cafe. 

Kalau dah duduk depan komputer tu guna lah cepat. Orang lain pun ada urusan lain nak guna komputer jugak! Bukan kau seorang je yang nak guna. Memang dasar foreigner kulit hitam tak sedar diri duduk merempat kat tempat orang la! Ini tempat awam, bukan tempat persendirian yang kau boleh lakukan sedemikian rupa. Hawau betul la aku tengok mamat warna kicap tu. Rasa-rasa nak aje aku rentungkan lagi warna dia biar serupa dengan arang kayu... Hish!!!

Aku malas nak tegur dia disebabkan bengang yang melampau. Aku terus menunggu komputer lain yang kosong dan terus saja log in sambil meneruskan apa yang aku tengah buat sekarang (posting blog of course!).

Aku kutuk-kutuk dia pun bukan dia paham. Biarlah...

Lately ni sangat kurang orang bagi comment untuk setiap entry yang aku post. Sedih la jugak. Hidup tak dapat apa-apa komen. Kalau yang baik tu bagi lah pujian. Kalau yang buruk tu bagilah teguran. Ini senyap.

Tak dapatlah nak memperbaiki diri ini... Kesian...

Pemimpin Harus Berakal

Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, seseorang itu mesti ada 3 perkara:

1)akal yang mampu berfikir
2)akal yang mampu berfikir
3)akal yang mampu berfikir

hal ini kerana, klu seseorang itu memimpin tanpa akal yg mampu berfikir,di akhirnya nanti dia akan kelihatan seperti seekor keldai yang sedang lena duduk diatas tampuk pemerintahan.

Klu seseorang pemimpin itu tahu berfikir, nescaya dia akan faham bahawa pemimpin datang dr sokongan akar umbi. Tanpa sokongan dr akar umbi, nescaya setiap perancangan yang dibuat oleh seseorang pemimpin itu tidak akan mampu dilaksanakan. Justeru, pemimpin harus tidak mengekslusifkan dirinya sendiri dan terlalu memebezakan tarafnya dengan akar umbi yang dipimpinnya. Sebagai contoh, sekiranya seorang pemimpin itu mahu melawat anak-anak buah yang sedang bekerja dikebun sayur, tak perlulah pakai baju melayu berserta sampin dan songkok tinggi serta kasut hitam berkilat, atau memakai kot berserta tai (unless kebun tu terletak di california utara sbb sejuk)...

Dalam pada itu, seorang pemimpin tidak harus menggalakkan karenah birokrasi dan kemudian meletakkan alasan-alasan yang tidak munasabah. Jika seorang pemimpin itu terlalu berkira sehinggakan anak-anak buah dalam jagaannya tidak boleh berjumpa secara terus dengannya, nescaya, pemimpin tersebut ada masalah sikap. Tambah buruk sekiranya skala klompok yang dipimpin tidak ada banyak manapun. Mungkin pemimpin2 ada alasan tersendiri mungkin atas dasar profesionalisme dan sebagainya. Tapi 'come on' la ko bodoh ke ape???!!Lainla kalau ko memimpin Syarikat Petroleum terbesar di dunia ataupun Syarikat pengeluar kereta terbesar di Asia Tenggara...sedarla diri sikkt..yang ko pimpin tu hanya sekadar persatuan penduduk yang penduduknya hanya ada 6 orang. Takkan la ahli biasa nk jumpa pemimpinnya pun nk kena buat appointment?kalau di ceritakan hal ini keseluruh asean pun satu asean akan pikir X LOGICS!!!!

Seorang pemimpin pun harus menggunakan akalnya kerana dari situ dia akan sedar bahawa 'title' pemimpin yang disandangnya bukan lesen untuk bermegah, akan tetapi ia adalah satu tanggungjawab. Sekiranya anak-anak buah dalam kesusahan atau memerlukan bantuan, sebagai pemimpin harus lah membantu sedaya upaya jangan hangat-hangat kambing bbq saja. Dan sekiranya anak buah telah melakukan kesilapan, nescaya selaku pemimpin, seseorang itu harus bertanggungjawab terhadap perlakuan anak buahnya. Sedarlah, kesilapan dalam hidup bukanlah video yang mudah di edit dan kemudian di perbetulkan. Ia harus dibayar dengan harga yang setimpal.Justeru, sebagai pemimpin, setidak-tidaknya harus berusaha memperbetulkan masaalah, bukan melepas tangan dan membiarkan anak-anak buah terkontang kanting menyanyi lagu sambil mengutip derma di sentral market semata-mata untuk membayar balik akan kesalahan itu.

Seorang pemimpin yang menggunakan akal juga akan tahu bahawa dia harus menolak kepentingan diri dan mendahului kepentingan anak-anak buah dalam tanggunggjawabnya. Sekiranya seorang pemimpin sedang minum di kedai bersama anak-anak buahnya setelah menyelesaikan satu kerja yang amat penting membabitkannya, walaupun pemimpin itu tahu bahawa anak-anak buahnya semuanya adalah orang kaya raya duit berjuta-juta,namun atas kapasiti pemimpin kepada anak-anak buahnya, haruslah pemimpin itu membayar bil semasa lepak dikedai tersebut. Tambahan pula, mereka baru sahaja melakukan kerja untuknya. Contohnya,tak ke pelik kalau 5 orang budak universiti membuat kerja untuk pegawai khas menteri KPT, last2 budak-budak universiti itu yang belanja pegawai khas menteri KPT tersebut...

Menjadi pemimpin bukan satu kerja yang mudah..Guna lah akal,kerana takut diakhirnya nanti, akar umbi akan membrontak.

Silap2 muka pemimpin akan di tampal di punggung kerbau seperti mana yang berlaku baru-baru ini..

Pemimpin jangan jadi bodoh tolol dan dungu!
Harus sentiasa berfikir dan bertindak barulah relevan dan logik ssepanjang masa..
 
 
ehsan oleh:
izwanmalik
mantan Presiden Kelab Wawasan 06/07

Friday, February 5, 2010

Aku yang suka merungut

Aku terperangkap dengan pelbagai keadaan. Tapi ada orang tak memahami diri aku. Perasaan aku. Hati aku. Nak salahkan tak boleh jugak. Dia tak ada bersama dengan aku masa aku terperangkap. Kalau dia ada dengan aku mesti dia akan terperangkap gak.

Masalahnya bila dia tak ada bersama aku, dia akan merungut kata aku suka mungkir janji la, suka buat dia sakit hati lah. Macam-macam lah. Maafkan aku. Aku memang manusia yang tak sempurna. Aku sentiasa bergantung pada orang lain untuk melakukan sesuatu. Namun aku sentiasa dan masih mengalami kekangan dalah hidup. Kekangan untuk bergerak. Kekangan untuk bersuara. Kekangan untuk membuat keputusan. AKu sentiasa terikat dengan orang lain.

Ambil contoh la, aku TAK ADA kenderaan. Kenderaan aku hanya KAKI. Yang lain semuanya bukan milik aku. Itu milik orang lain. Zaman sekarang semua orang memerlukan pengangkutan untuk bergerak. Jauh mana sangatlah kita boleh bergerak dengan KAKI sahaja? Fuiyoo jauhnya…

Dan aku memang marah dan menyampah dengan orang yang berkereta. Mereka mudah pergi ke mana saja mereka suka. Kebanyakkan mereka yang ada kereta (yang aku nampak kat dalam kampus la) cuma guna kereta untuk pergi kelas, keluar makan, berfoya-foya dan kerja-kerja yang remeh. Aku lain. Aku banyak menggunakan kereta untuk kerja-kerja kelab, kerja-kerja persatuan, urusan seri paduka baginda dan yang penting-penting saja. Yang lain-lain itu semua sampingan. Kerja penting dah settle, kerja lain dibolehkan. Sendiri mau pikir la.

Aku cemburu. Aku cemburu. Aku cemburu!!! Orang lain dapat semua kemewahan itu semua sebab mak bapak diaorang kerja gaji masuk sebulan 5 angka. Boleh lah rasa kemewahan yang melampau. Aku sedar diri aku. Aku tahu siapa aku. Yang aku boleh buat hanya merungut, merungut dan merungut… Sampailah aku puas atau letih.

Apakan daya. Aku tak mampu untuk memiliki semua itu. Aku hanya manusia yang hidup sederhana sebab kewangan aku sederhana. Bawah sederhana pun mungkin juga. Tapi tuhan suruh kita bersabar. Tak apalah. Akan ada satu masa aku mengecapi itu semua. Bila agaknya? Sabarlah…

Sama ada dapat atau tak aku rasa semua itu, itu kerja tuhan dia yang tentukan. Hidup biar bertuhan, mati biar berhantu…

Maskara 19

Thursday, February 4, 2010

Melukut lagi

Aku terasa hati lagi hari ini. Entah mengapa aku asyik nak terasa hati je. Dengan orang ni. Dengan orang tu. Hari ini pulak bila kedatangan aku rasa macam tak diundang. Aku datang atas dasar jemputan oleh seseorang. Tapi bila aku datang je semua orang ingat aku ni macam orang asing. Rasa macam alien pulak. Sakit hati rasanya. Meluap-luap.

Tapi aku buat bodoh je. Pergi lantak la ape orang lain nak kata, nak cakap belakang, cakap depan. Suka hati korang lah. Yang aku tahu aku buat kerja aku sendiri. Aku punya suka.

Wednesday, February 3, 2010

Aku bukan kedekut



Hari ini aku berjumpa lagi dengan kerenah orang yang aku tak berapa nak gemar. Walaupun dah lama aku kenal orang tu, tapi lama kelamaan sifatnya itu menjadi-jadi sampai aku kadangkala jadi terasa hati dengan sikapnya itu. Sikap dia tu yang bermotifkan hentaman membuat aku timbul rasa menyampah dan meluat. Tapi layankan saja lah.

Cerita sebenarnya panjang tapi bila dah dipendekkan berbunyi begini: Masa tu perut beberapa orang tengah lapar dan sibuk nak cari tempat makan. Dia berkata asyik dia saje yang selalu belanja orang makan. Kali ini dia nak orang lain lah pulak yang ‘buka meja’. Tiba-tiba ditujunya nama aku. Alasannya aku tak pernah belanja orang makan. Hei, tolong sikit. Aku pernah belanja kawan-kawan aku makan okay. Aku bukanlah kedekut tahap kuda. Mungkin dia mengeluarkan kenyataan begitu sebab dia fikir aku tak pernah belanja dia makan. Aku masih ingat aku pernah belanja dia makan. Yang pasti lebih dari 2 atau 3 kali.

Aku tahu bila aku nak belanja orang. Aku selalunya belanja orang apabila ada kerja-kerja yang memerlukan khidmat mereka. Contohnya cat banner, gantung bunting dan lain-lain. Aku keluarkan duit aku SENDIRI ye. BUKAN duit program. BUKAN duit upah. Tapi apo nak dikato bila orang lain anggap beli makan dan minum itu bukan dari duit aku sendiri. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak gaduh-gaduh. Buang masa.

Aku keluarkan duit aku sendiri kerana aku rasa masa itu aku telah menggunakan tenaga dan masa kawan-kawan aku untuk menyiapkan kerja. Jadi seharusnya aku bagi sedikit penghargaan untuk mereka. Aku tidak akan mengeluarkan duit aku sewenang-wenangnya untuk dibelanjakatakkan memenuhi perut orang lain. Ada orang yang buat macam tu dengan alasan nak jaga hati kawan. Nak pegang budak. Nak bina hubungan. Akhirnya poket sendiri juga yang kopak sampai terpaksa pinjam duit orang lain. Aku tahu dimana status kewangan aku dan sebab itulah aku cuba untuk berjimat cermat. Bukan kedekut.

Aku bukan orang kaya. Aku bukan anak menteri. Aku bukan tauke balak. Aku bukan kontraktor binaan yang poketnya kembung berjuta-juta. Aku hanya seorang pelajar yang pada masa ini membuat pinjaman dengan PTPTN yang perlu aku langsaikan lepas habis belajar nanti. AKu juga perlu simpan sedikit wang untuk mencapai impian aku yang juga impian semua orang. Aku nak kahwin. Aku nak beli kereta. Aku nak beli rumah. Dan terlalu banyak benda lain yang aku nak miliki dalam dunia ini.

Semua itu memerlukan aku untuk mula berjimat cermat dan belajar untuk menyimpan demi kesenangan di masa hadapan. Tapi apakan daya. Kadangkala ada orang tak faham perasaan dan hati kita bila kita tak pernah cerita tentang masalah kita kat orang lain. Aku bukan jenis suka memberitahu masalah aku pada orang lain kecuali jika aku betul-betul dah tak tertahan. Saat itu aku akan meluahkan. Dan bukan semua orang terpilih untuk mendengar luahan aku.

Pada aku, janganlah kita terlalu memandang buruk seseorang itu kerna mungkin dia ada masalah yang mengekang dia untuk berbuat demikian. Aku pasti seandainya orang itu berkemampuan dan tak ada masalah, dia pasti akan membuat sesuatu yang akan menggembirakan semua orang.

Wallahualam…

Monday, February 1, 2010

Perangai orang hari ini

Hari ini sekali lagi aku marah dan meluap-luap macam gunung berapi. Tapi nasib baik gunung berapi tu tak meletup secara fizikal. Secara mental cuma. Penampilannya menggelikan seluruh urat saraf dan saraf tunjang aku. Terketar-ketar seluruh badan menggeletar melihat liang liuknya. Sangat menaikkan pengaliran hormon adrenalin ke tahap maksimum.

Aku nampak seorang perempuan yang agak-agak kurang cantik la. Badanya besar gedempol semacam lagi nak pakai baju dan seluar yang ketat-ketat. Kalau cun tu tak apa la jugak. Ini macam sarung nangka busuk. Mulutnya boleh tahan la mengutuk orang. Rasa macam tak sedar diri pulak budak tu. Cakapnya main lepas je. Yang aku bengang pulak tu dia boleh pulak datang sini bawak kereta. Parking kereta pulak tak betul. Masuk pun separuh je. Memang mengganggu keluar masuk kereta. Apa dia pikir jalan ni bapak dia yang bikin?

Tak cukup dengan itu. Adalah pulak seorang manusia ni yang sememangnya dia adalah seorang yang amat tua (senior). Berlagak macam tempat ini dia dah pijak selama beribu-ribu tahun. Beraksi macam dia mempunyai pengalaman dari perjalan sejuta tahun. Bercakap macam dia adalah manusia yang tak pernah buat salah dalam dunia. Hanya dia yang betul dirasakan. Beri arahan pulak pada waktu dan keadaan yang tak sepatutnya. Di mana letaknya pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari selama jutaan tahun? Tunjukkanlah kalau betul berpengalaman dan bertindaklah secara profesional. Ini tidak, lain yang diucapkan, lain yang dilakukan.

Ada saja benda yang menghilangkan mood aku pada hari ini. Gelagat dan fiil pelbagai orang yang ditemui pada hari ini kurasakan nak pijak-pijak saja sebab menyampah dengan perbuatan-perbuatan mereka yang tak sedar dek diri. Hampas! Hampagas!

Disclaimer: (Maaf kalau penggunaan bahasa yang digunakan adalah melampau. Ini berlaku kerana penguasaan diri untuk mengawal minda adalah di tahap yang membimbangkan. Kadar kewarasan adalah separa dan perasaan untuk melakukan perkara-perkara emosi adalah tinggi.)
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top