Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Monday, June 28, 2010

Bila penjara diroboh…

553px-YosriPintuPenjaraPudu Penjara Pudu atau nama otainya, Pudu Goal telah diisytiharkan baru-baru ini supaya dirobohkan kerana kawasannya yang terletak di segitiga emas Kuala Lumpur berpotensi untuk dimajukan lagi sehingaaga ke tahap maksimum. Rumah yang telah menjadi kuku besi bagi banduan-banduan pecah rumah, rompak samun, rogol, bunuh serta pelbagai jenis kesalahan itu telah dibina pada tahun 1895 lagi di waktu era pemerintahan British. Biarpun rumah bagi pesalah itu telah lama dikosongkan, tapi keunikkannya terletak pada lukisan pada dinding mural yang sepanjang 384 meter dan 4.5 meter tinggi yang pernah mencatat rekod dunia pada masa lampau sebagai mural terpanjang.

pudu4 Namun sekarang yang tinggal hanya sisa-sisa runtuhan batu-bata tembok batu itu yang dirobohkan secara berperingkat-peringkat. Dah tentu ada orang yang menangis dan meratap dengan tragedi yang menimpa penjara ‘kesayangan’ ramai ini antaranya bekas-bekas banduan yang pernah menghuni bilik berdinding batu berpintukan jeriji keluli dan berkatilkan simen. Nak berak pun tak boleh nak hadang sebab masing-masing banduan dapat melihat antara satu sama lain.

pudu8 Juga terdapat seniman yang menangisi ‘pemergian' penjara ini kerana sejarah lukisan mural yang terpapar di dindingnya. Mural yang mungkin tak dapt lagi dilihat pada masa akan datang. Pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa penjara ini bukan bahan sejarah dan tidak patut dipelihara warisan binaannya sekalipun usisanya telah mencatat umur 115 tahun. Penjara Pudu selepas ini hanya akan tinggal tapak dan kenangan kerana mungkin akan dibangunkan menjadi pusat komersial.

Barangkali mungkin ada yang lupa bahawa penjara juga mempunyai tempat hukuman gantung dan kerusi elektrik bagi banduan yang melakukan kesalahan jenayah tahap gaban. Bayangkan berapa banyak roh-roh yang tidak rela semangatnya berpisah dengan badan telah ditarik secara ‘paksa’ di tali gantung dan arus elektrik. Betapa banyak hantu setan yang tidak aman dengan kejadian itu terus menghuni kurungan itu dengan perasaan tidak tenteram.

00vj9 Apakah selepas ini akan dibangunkan hotel, pusat perniagaan, kompleks membeli belah di kawasan tapak penjara itu dirobohkan? Hanya pihak pembangunan bandar yang tahu apakah jenis bangunan yang sesuai didirikan di tapak itu demi memastikan kawasan segitiga emas bandaraya Kuala Lumpur itu dapat mengaut keuntungan yang lumayan dan berjuta-juta lemon. Seandainya hotel yang didirikan, tak mustahil bahawa ada diantara bilik-bilik hotel itu yang akan mengalami gangguan dari roh-roh banduan yang mati dengan pelbagai hukuman seperti tali gantung. Tak mustahil ada pekerja-pekerja syarikat dan ahli perniagaan yang akan dikacau dek hantu yang tak senang duduk apabila tempatnya dimusnahkan dan tak mustahil juga orang ramai yang akan lari dari kawasan itu akibat tak senang duduk di tempat yang pernah meragut nyawa entah berapa ratus atau ribu orang tahanan sejak 115 tahun lampau.

Justeru, memerlukan masa yang agak lama juga untuk membiasakan diri di tempat yang sudah lama tak dihuni manusia tetapi mungkin dihuni dengan sesuatu yang ‘bukan manusia’ jika ingin terus memajukan kawasan berkenaan untuk mempertingkatkan ekonomi dan pembangunan bandar Kuala Lumpur agar terus pesat. Usaha ini juga secara tidak langsung dapat menghalau hantu-hantu kota supaya berpindah-randah ke tempat yang terpencil di mana mereka tidak diganggu lagi oleh manusia yang suka mengambil kediaman orang lain termasuklah kediaman ‘bukan orang’ lain.

Akhirkalam: Dulu mungkin hantu yang menganggu manusia, sekarang manusia pulak yang menganggu hantu…

tali gantung

Maafkan aku…

514443215_08f6f18b88 Sayangku…

Maafkan aku…

Kerana aku menjadi orang yang lain apabila jauh dari dirimu…

Bukan bermaksud aku curang atau menduakan…

Tapi kerana aku terperangkap dengan keadaan…

Keadaan yang aku tak bias lari daripadanya…

 

Maafkan aku…

Kerana aku sentiasa lemah dan terlalu mengikut arus kehidupan…

Aku hanya manusia lemah yang kadangkala gagal dalam perancangan…

Aku masih tak berdaya dalam membuat keputusan diri sendiri…

Jauh sekali membuat keputusan untuk orang lain…

Ampunkan sekiranya aku gagal membuat pilihan…

 

Maafkan aku…

Aku juga harus mengejar impian seiring dengan mengejar dirimu…

Kerana aku berpegang pada prinsip yang mesti aku kotakan…

Aku sanggup berbuat apa saja demi cita-citaku…

Yang bukan sekadar angan-angan kosong…

Bukan sekadar rancangan masa pendek jua sementara…

Tapi perancangan kehidupan untuk bersamamu…

 

Maafkan aku…

Jika aku tidak dapat menghubungimu di waktu kau perlukan aku…

Aku sedar ketiadaanku menggelisahkanmu…

Namun aku masih tak berdaya untuk memelukmu pada saat itu…

Kerana pada waktu itu aku sedang berjuang…

Memburu impian dan matlamatku…

 96730897_07806c893e

Maafkan aku…

Jika kau melihat aku sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakanku…

Yang pada waktu itu kau tiada di depan mata…

Sebenarnya hatiku bersedih kerana kau tiada untuk kita gembira bersama…

Gelakku hanya penawar duka sementara…

Sedangkan kau lah penawar dukaku selamanya…

 

Maafkan aku…

Andai jawapanku mengecewakan hati mulusmu…

Dimana setiap persoalan dibalas dengan persoalan…

Sekiranya jawapan yang diterima terasa kepahitan…

Aku lebih rela berdiam dari melihat dirimu kesakitan…

 fear_to_god_edited

Maafkan aku…

Kerana aku terkongkong di dalam dunia yang bukan aku pinta…

Dunia yang penuh dengan seksa dan pancaroba…

Dimana setiap hati dan perasaan perlu aku jaga…

Jika tidak aku yang akan merana…

 

Maafkan aku…

Jika aku terperangkap dalam dilemma kehidupan…

Yang perlu aku buat pilihan dan penilaian…

Bukan bermaksud aku menegetepikanmu…

Tapi kerana  persediaan untuk bersama denganmu…

 

Sayangku…

Aku tak bisa teruskan hidupku tanpamu…

Aku perlukanmu setiap saat langkah dan nafasku…

Agar aku bisa terus berdiri…

Menyambung perjuanganku sampai mati…

 I__m_sorry____by_sexualpowertrip

Sayangku…

Aku harap kau bersabar dengan dugaan sementara ini…

Ingatlah bahawa sentiasa akan ada rintangan untuk kita bersama…

Janganlah kau tewas dengan cobaan dan pancarona…

Kerana aku sentiasa mendoakan kita bahagia…

 

Maafkan aku…

Seandainya kita jarang bersua muka…

Jarang berbicara soal cinta dan asmara…

Seringkali bertelagah soal kehidupan sementara…

Namun…

Dihatiku hanya ada kamu…

Hanya ada dirimu…

Sentiasa ada kau…

Sering memikirkan dikau…

Kuingin bersama kau…

 

Sayangku…

Aku ingin kucup keningmu…

Ingin membelai rambutmu…

Ingin mengelus pipimu…

Ingin memeluk dirimu…

Agar kau tahu yang aku sangat-sangat mencintaimu…

Sepenuh jiwa dan ragaku…

Sampai akhir hayat dan nafasku…

Hanya satu pintaku padamu…

 

Maafkan aku…

nurtakwa

Thursday, June 24, 2010

Manusia akhir zaman…

1400 tahun dulu satu agama langit yang paling lengkap dan suci telah diturunkan oleh tuhannya kepada hambaNya. Agama samawi ini telah dijanjikan oleh penciptanya akan dipelihara sehingga hari kebangkitan semua makhluk-makhluk yang diciptanya. Muhammad sebagai insan agung yang dipertanggungjawabkan untuk menerima wahyu ini dan menyebarkannya ke setiap pelusuk bumi.

ashura.jpg Agama agung ini telah berjaya menakluk separuh dari dunia suatu masa dulu. Juga telah berjaya mengalahkan kuasa-kuasa besar dunia pada zaman lampau. Khalifah yang agung, tamadun yang ulung dan dinasti yang unggul. Tercipta kerna pengaruh agama ini.

Namun mengapakah sekarang di media massa hangat memperkatakan tentang ajaran-ajaran senget dan songsang lagi salah yang semakin merebak merosakkan ajaran agama yang sudah lengkap ini? Walaupun telah lama wujud fahaman yang salah ini, tapi mungkin disebabkan dunia hendak mencapai akhir zaman, mereka-mereka yang obses dengan fahaman sesat ini ingin memperluaskan usaha drastik mereka dalam menentukan kemenangan bagi yang bathil. Bagi mereka, yang salah itulah yang betul dan yang betul itulah yang salah.

article_pomaks Surat khabar sekarang menggunakan isu agama dan politik yang dicampuradukkan sehingga mencapai tahap pemimpin sanggup menjual maruah agamanya demi membenarkan fahaman yang sesat dengan menggunakan pengaruhnya yang sedia ada. Wahabbi semakin berleluasa di sana sini. Orang itu mengaku dia bukan Wahabbi tapi dia mengaplikasikan ajaran Wahhabi dalam kehidupannya. Ada pula yang menegakkan Wahhabi dengan mengatakan itu ajaran yang sebetulnya.

Muncul juga golongan anti-Hadis yang hanya berpaksikan Al-Quran semata-mata tanpa mengikut Sunnah Rasulullah. Semuanya diambil secara bulat-bulat dari Al-Quran tanpa merujuk penjelasan yang lengkap dari Hadis-hadis Nabi. Sembahyang pun cukup dengan niat saja tanpa perlu rukun seperti rukuk dan sujud.

debates1 Az-Zahiriyyah pulak mengambil semua benda secara zahir saja tanpa mengambil kira maksud sebenar tersirat pada yang batin dna ghaib. Arak yang tidak mabuk itu boleh diminum, sutera dan emas itu boleh dipakai oleh lelaki ujarnya. Yang haram itu arak yang apabila diminum akan terus mabuk, yang haram itu hanya emas dan sutera yang ditunjukkan oleh Nabi sewaktu pengharamannya, selain itu semuanya halal. Betapa singkatnya pemikiran Az-Zahiriyyah dari segi hukum. Yang haram dihalalkan manakala yang halal diharamkan. Silap-silap semuanya menjadi halal kerana yang haram itu telah tiada lagi.

Tambahan dengan puak Syi’ah pula yang mengagung-agungkan Saidina Ali melebihi dari Muhammad kekasih Allah seperti yang terjadi di Iran. Tidak diketahui atau dikenalpasti sama ada wujudkah pengikut ajaran Syi’ah di bumi Malaysia ini.

Illuminati Mungkin kita tidak sedar bahawa orang bukan Islam juga ada yang membawa pengaruhnya kepada orang Islam di mana pada zaman kini semuanya hendak dibuktikan dengan sains dan teknologi. Hampir semua benda mesti dibuktikan dengan akal manusia. Mereka lupa bahawa ada perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia biasa selain dari mereka yang dikurniakan mukjizat oleh Tuhan. Hanya Nabi-nabi dan ahli Karamah saja yang diberikan keistimewaan untuk melakukan sesuatu di luar pemikiran manusia. Bak kata lagu Elyana, Tak Tercapai Akalmu. Mereka ini adalah penganut Muktazilah yang mengutamakan penggunaan akal melampaui penggunaan hati dan spiritual. Ahli saintis berusaha bersungguh-sungguh hendak me’logik’kan sesuatu yang pada hakikatnya tak diterima dek akal. Contohnya nabi Musa membelah laut menggunakan tongkatnya. Dikatakan laut memang boleh terpisah apabila berlaku hentaman yang kuat ke atas permukaan air seperti yang terjadi pada nabi Musa. Mereka seboleh-bolehnya menidakkan kuasa Allah yang mengjangkaui tahap pemikiran manusia yang sememangnya bodoh dan sentiasa berpandu pada sumber dari tuhannya…

Cn6__5ZraP_4_f7TqA Manusia sekarang terlalu ingin mencabar kuasa tuhan yang maha pencipta. Mereka lupa bahawa logik akal tak cukup untuk membongkar semua misteri alam yang Allah ciptakan ini. Hanya dengan kekuasaannya barulah semua yang luar biasa ini boleh terjadi dan tiada manusia biasa yang dapat melakukannya biar dengan apa cara sekalipun. Sedarlah wahai manusia akhir zaman…

Mereka berpecah kerana mereka sentiasa menganggap diri mereka yang sentiasa betul dan akan terus menegakkannya walaupun ia bertentangan dengan Islam yang sebetulnya. Maka wujudlah ayat ‘Lakum deenukum wa liya deen…’

Wednesday, June 23, 2010

Keikhlasan? Ape tu?

ikhlas25 Ikhlas? Tahu benarkah kita dengan maksud ikhlas? Ada yang mengaku tahu apa dia pengertian ikhlas, tapi tak pernah pulak dia aplikasikan dalam hidup dia. Penindasan masih berlaku. Diskriminasi berleluasa. Cekik orang sana. Padam orang sini. Semuanya hanya semata-mata nak isi perut sendiri dan pentingkan kematerialan dan kebendaan. Kenapa isu ni masih berlaku kalau mereka akui mempraktikkan ikhlas dalam hidup?

Bukan niat nak tuju sesiapa. Tapi ini untuk peringatan bersama. Seseorang tu, kalau nakkan sesuatu mesti kena buat baik, gosok bontot guna kiwi sampai berkilat, bodek si badak dan jadi ‘hamba freelance’ kepada orang yang ada kepentingan baginya. Tapi kalau takde kepentingan, jangankan gula-gula, pandang pun buat-buat macam tak pandang. Dasar hipokrit. Talam bermuka-muka. Kalau kuih talam boleh jugak dimakan kan? Serius sakit hati dengan orang yang perangai dia macam ni.

Sebagai contoh, katakanlah ada seorang member kamceng tu ternampak sekebat duit dalam dompet kawan dia. Ataupun dapat tahu yang kawan dia tu baru je ‘draw’ duit dengan jumlah yang agak besar dari mesin ATM. Ataupun paling koman la, dapt tahu berapa baki duit dalam akaun bank kawan dia tu… Si member baik tu terus mintak kawan baik dia ‘open table’, belanja makan la, pinjam duit la dan sewaktu dengannya la. Si member baik ni pulak dah jadi serba salah. Kalau tak buat seperti yang disyorkan member kamcengnya, nanti dia kecik hati la, tawar hati la, kering hati la, semuanya pasal hati. Hati-hati bermain dengan hati!

Si kawan yang dah kena ‘pow’ ni dah jadi serba salah. Duit yang sepatutnya diniatkan ke arah lain pergi ke arah lain pulak. Manelah tau si kawan ni nak kena bayar hutang Along ke, kumpul duit nak kahwin ke, nak bayar bil tertunggak ke. 1001 persoalan timbul di benak hatinya. Bila duit tu dah ke arah lain, maka duit yang sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan masalah sendiri dah ‘short’. Tak cukup untuk dirinya sendiri.

Si member kamceng ni pulak bukan tahu nak tolong kawan baik dia. Tahunya nak ‘pow’ dan menindas kawan dia tu. Apalah bangang punya orang ini macam pun ada kaa?

Si kawan yang baik tu tahu bila masanya nak ‘open table’. Dia tahu bila nak tolong member-member dia. Dan masa tu duit yang dikeluarkannya pun ikhlas. Nak telan nasi yang dia belanja tu pun masuk je kat dalam perut, takde tersekat-sekat punyer. Tapi bila si kawan terpaksa keluarkan duit untuk memuaskan nafsu ‘pow’ member-membernya, keikhlasan tu dah hilang sebab mungkin dia dengan ketidakrelaan terpaksa berbelanja dengan duit yang sepatutnya diniatkan untuk sesuatu yang lain.

Semata-mata nak jaga hati member…keikhlasan tergadai…

Korang yang lain pun agak-agak la. Jangan la asyik nak ‘pow’ je kerja. Pikirlah orang lain jugak. Seseorang tu nampak loaded tapi mungkin dia ada niat lain nk guna duit tu. Nak hantar mak bapak gi haji ke honeymoon ke. Kalau dia ada duit lebih mesti dia akan belanja korang makan punye. Jangan la sentiasa nak terasa ataupun sanggup putus kawan hanya sebab dia tak belanja korang makan.

Hidup kena bertolak ansur. Ada ‘give and take’. Bukan asyik nak ‘take’ je sentiasa. Tokey balak pun boleh bankrap! Sekali sekala kena ‘give’ jugak. Kalau terlebih pun takpe, Tuhan pasti akan bayar balik punyer… =D

LendaHelpingHand

Monday, June 21, 2010

Menyepi . . .

loneliness Dah dekat 2 bulan aku tak update blog aku ini. Sepanjang 2 bulan ni aku kena buat praktikal di Kementerian Belia dan Sukan kat Putrajaya. Kehidupan sebagai seorang pelatih latihan industri banyak ajar aku erti kehidupan. Tiap-tiap pagi kena tunggu bas yang lembab mengalahkan siput babi. Masa balik pun sama jugak. Tak kesah la di mana-mana terminal bas pun sama je. Macam mana nak tingkatkan produktiviti negara? Hampeh macam hampas kelapa.

Kini aku cuba untuk kembali menghidupkan balik blog yang dah agak lama terbiar ni. Walaupun tak ada post entri yang baru, aku tengok tetap ada jugak pengunjung yang datang baca entri yang dah lama aku tulis. Masih menarik. Masih mampu menarik pengunjung. Dari seluruh dunia pulak tu. Hahaha.

Di ofis aku bukan tan nak post entri baru. Internet ada je 24 jam. High Speed LAN pulak tu. Tapi kesibukan kerja + aku yang buat-buat sibuk menyebabkan aku tak ada masa untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci kat ofis tu. Aku hanya sempat bukak Facebook je sebab tak perlu fokus sangat depan komputer. Nak post entri memerlukan perhatian dan fokus yang mencukupi. Lagipun keyboard kat ofis tu keras sangat. Sakit tangan nak menaip. LOL!

Banyak sangat benda baru yang aku belajar bila bekerja dengan kerajaan ni. Yang baik ada. yang buruk pun tentulah ada. Yang boleh diikut sebagai teladan pun ada jugak. Tapi yang tak sepatutnya diikut lagi banyak. Kalau aku nak cerita kat dalam entri ni sampai bila pun tak habis. Biarlah aku simpan sebagai kenangan yang manis bercampur pahit. Yuck!

Lepas praktikal ni mungkin akan ada orang yang sedar perubahan dalam diri aku. Mungkin tingkah dah berbeza. Kata-kata dah lain. Minat dah berubah. pandangan mungkin tajam. Bercakap pun hati-hati. Semuanya adalah perubahan untuk jadi yang terbaik. Bukan jadi makin teruk. Hidup ni kena pandai-pandai sendiri. Kalau tak reti hidup nanti kena tindas dengan orang lain yang sentiasa dengaki untuk msukkan pasir dalam periuk nasik orang.

Bak kata Nabil. “LU PIKIRLAH SENDIRI!”

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top