Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Wednesday, March 10, 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Untitled Anda pernah dengar nama Gatsby? Dia ada pelbagai produk-produk kesihatan yang tak boleh dimakan. Untuk luaran sahaja! Aku ingat dulu aku pernah beli gel rambut dia. Memang keras gila. Aku buat eksperimen selama 3 hari. Hari ketiga memang masih keras lagi. Mantap gel rambut Gatsby! Tapi deodorant dia aku tak pernah try pulak. Takut ada kesan-kesan khas. Huhu!

Satu lagi aku pernah tengok iklan kat TV dimana ada orang bermata sepet, entahlah Jepun ke Taiwan ke China ke yang rambut dia boleh bertepuk macam tepuk tangan. Sekali lagi syabas kepada kesan khas Gatsby!

Tapi kali ni, Gatsby Deodorant nak buat pulak Street Fair’ secara besar-besaran dan gilang-gemilang gitu pada 17 April 2010, start pukul jam 10 pagi hingga 5 petang dan bertempat di ruang legar Berjaya Time Square KL. Ada 1001 jenis gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’ ni. Ada yang sesimple alam dari acara baling getah hinggalah ke aksi-aksi melampau yang melucukan dan menggelikan tali perut hingga tahap terburai.

Siapa-siapa yang berminat nak ke Jepun untuk test power main sumo tak perlu pergi Jepun. Kat sini pun ada tapi kali ini uniknya kat dalam beg udara oleh para peserta. Peserta-peserta permainan ini akan mengumpul mata dan korang boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!! Best tuu! Barang ape itu aku pun tak tahu lagi sebab acara belum bermula. Kalau nak tahu jom datang beramai-ramai!

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan juga akan melayakkan diri untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elektronik, komputer, telefon bimbit dan cash voucher berjumlah lebih dari RM 15,000! Boleh shopping sakan nanti sampai kena sewa lori untuk bawak barang balik rumah!

Dan yang lebih istimewa lagi, buat kaki-kaki bloggers yang gila blogging, korang juga akan bertemu muka ke muka dengan lebih daripada 500 orang bloggers yang bakal berkumpul dan berada disana. Silap-silap Pipiyapong dan Chika pun ada. Meriahhh…

Selalunya cara untuk aku pergi ke Times Square tu dari tempat aku di UIA ni ialah mula-mula amik bus rapid T231 ke Terminal Putra. Tambang RM1 je. Pastu amik tren Putra LRT sampai ke stesen Dang Wangi. Prepare la duit dalam RM2 gitu. Lepas tu kena keluar peluh sikit berjalan tukar stesen pulak ke KL Monorail stesen Bukit Nanas sampai lah ke stesen Imbi. Yang ni pulak RM 1.60 kalau tak silap. Kalau nak jimat lagi sila la turun kat mana-mana area KL. Pastu jalanlah kaki sampai ke Times Square. Ikut arah ke Pudu. Confirm tak keluar duit tapi korang akan mandi peluh.

Untuk maklumat lanjut atau tak lanjut, korang boleh la menyibukkan diri korang untuk melayari www.gatsby.com.my/streetfair. Kat sini ada info-info yang mungkin aku tertinggal nak tulis. Huhu. Selamat berlayar~

Monday, March 1, 2010

Status percintaan Nabi dan Rasul

Notakepala: Terlebih dahulu entri ini ditulis atas dasar kesedaran yang tinggi terhadap rasa cinta kepada Rasulullah. Rasa tidak puas hati atau menyampah atau dengki sila berurusan dengan Allah sebab aku di sini hanya berniat untuk menyebarkan rasa cinta agung pada kekasihNya. Puak-puak Wahhabi atau anti-Hadis atau pengamal fahaman sesat sangat-sangat tidak dialu-alukan untuk berada di sini. Silalah angkat kaki dan bertaubat sebelum maut menjemput kalian…

aziz_efendi-muhammad_alayhi_s-salam

Sudah lebih 1400 tahun nabi kita Muhammad diangkat menjadi rasul dan kekasih Allah. Dipilih dari kaum bangsawan yang mulia untuk menjadi pesuruh bagi Allah dan penyampai berita gembira kepada umat sekalian alam. Detik itu tiada siapa yang dapat mengerti bahawa kelahirannya ke muka bumi ini adalah satu rahmat yang maha agung tidak diberikan kepada mana-mana manusia lain di bumi ini kecuali Muhammad. Kurniaan itu tidak diberikan kepada Obama selaku presiden US, tidak kepada Iskandar Zulkarnain sebagai raja yang agung, tidak kepada Saddam Hussain selaku diktator Iraq atau sesiapa sahaja yang selain Muhammad.

Dia dilahir dan dibesarkan dengan keadaan yatim kerana penjaga mutlaknya ialah Allah sendiri. Meskipun dia tiada berteman yang setia, namun malaikat-malaikat di langit dan bumi sentiasa mengiringinya. Jasadnya tidak berbayang kerana dia sendiri ialah nur cahaya yang menyinari alam semesta ini. Maqamnya diangkat oleh Allah dan bersekedudukan bersamanya kerana dia kekasih tuhan. Akhlaknya terlalu mulia sehingga tiada perkataan yang dapat menjurus kepada beliau. Subhanallah.

Aku menulis entri ini bersempena Maulidur Rasul yang disambut setiap kali tiba bulan Rabiul Awwal setiap tahun. Saban kali aku melihat perarakan diadakan kerana kasih sayang umatnya kepada rasulnya. Perayaan maulud diadakan di rumah-rumah, di masjid-masjid sebagai tanda kita masih ingat kepadanya. Bagiku, ingat itu masih tidak mencukupi untuk kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak. Syafaat itu seumpama kunci khas kepada umatnya untuk membuka pintu syurga yang melimpah ruah dengan nikmat.

Rasa cinta kepada nabi itu perlu lahir dalam hati setiap umatnya tambah-tambah di akhir zaman ini. Meskipun kita tidak melihatnya namun payahkah kita untuk melahirkan rasa rindu dan cinta kepadanya? Bukan aku katakan kita tidak boleh mencintai awek kita, ibu bapa kita, saudara kita, tapi ingatlah bahawa mencintai nabi itu sama tarafnya dengan mencintai Allah.

Mengapakah kita suka menyebut nama awek atau pakwe yang kita cintai saban hari tetapi tidak nama Muhammad? Mengapakah di hati sering timbul rasa rindu pada kekasih tapi tidak kepada Muhammad? Kenapa kita boleh menghabiskan ratusan dan ribuan ringgit untuk memuaskan hati kekasih  tetapi tidak demi cinta kepada Muhammad? Sanggup pula mencari no telefon dan mengupah penyiasat untuk mencari latarbelakang orang yang digilai tetapi kenapa tak dicari sirah dan sejarah kehidupan Muhammad yang penuh saat pahit dan manis? Rindu angau kepada sang jejaka dan teruna hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi tetapi pernahkah kita mimpi bertemu Muhammad? Lembut lidah dan manis madah mengalunkan lagu rock kapak dan puisi kepada si jelita tetapi berbelit lidah mengalunkan qasidah dan puji-pujian ke atas baginda Muhammad s.a.w!

Inilah hakikat umat Muhammad zaman sekarang!

Dengarlah wahai saudaraku, semakin ramai yang melupakan Nabi namun menafikan tingkah laku mereka. Berdebatlah suara-suara yang lagaknya seperti ulama agung menyatakan itu dan ini tidak boleh! Itu nabi tidak buat! Ini nabi tak suruh! Benda itu sahabat tak buat dan benda itu bidaah! Mahu saja aku katakan mereka ini semua dungu dan tolol kerana menafikan cinta manusia kepada seorang kekasih tuhan! Kenapa Nabi waktu hampir saat wafatnya masih mengenangkan dan mengasihi umatnya sedangkan umatnya kini tidak pernah langsung mengenangnya?

Apakah salahnya mengadakan maulud kerana itu puji-pujian ke atas nabi? Apakah dosanya meletakkan diri kita dalam satu keadaan di mana kita asyik dan khayal dengan nabi? Salahkah kita merebut cinta nabi kerana cintanya itulah yang akan menjemput kita dengan tiket VVVIP ke syurga? Susahkah untuk melakukan benda-benda yang nabi suka sedangkah kita sanggup meredah lautan api serta mendaki gunung yang tinggi demi kekasih yang sementara di dunia? Berbaloikah meletakkan diri kita di kalangan orang-orang yang rugi? Lagi berbaloikah kita menempah tiket neraka free???

Pernahkah kita menangis atau frust menonggeng kerana cinta kita di tolak oleh Nabi? Pernahkah kita terfikir nak bunuh diri kerana cinta kita tidak berbalas atau bertepuk sebelah tangan? Percayalah bahawa walaupun Nabi telah wafat dan meninggalkan kita, ruhnya yang bersifat nur sentiasa hidup dan mengutus salam kepada umat-umatnya yang tercinta. Pedulikan kata-kata dusta orang lain kerana kita tetap cinta akan Muhammad.

Dalil bahawa Ruh Nabi itu kekal hidup adalah kerana Nur Muhammad itu telah dicipta oleh Allah 2000 tahun sebelum kelahiran Adam a.s. Lalu ditiupkan nur itu masuk ke dalam tulang sulbi Adam semasa diturunkan ke bumi. Lalu dipindahkan nur itu ke dalam sulbi Nuh a.s sewaktu menaiki bahtera dalam banjir besar. Lalu dipindahkan ke dalam sulbi Ibrahim a.s ketika dibakar oleh api Namrud. Nur itu dipindahkan menerusi tulang-tulang sulbi orang-orang yang baik sifatnya ke dalam rahim-rahim orang yang suci perbuatannya. Lalu lahirlah Muhammad dari rahim Aminah menghadap dunia dengan mukjizat sudah dikhatankan dan tidak menangis. Lahirnya memadamkan api kaum Majusi dan meruntuhkan istana Kisra Parsi. Tidakkah itu cukup untuk menunjukkan keagungan rahmat tuhan?

Justeru kalian umat akhir zaman, carilah kembali di mana sebenarnya status cinta kita kepada Nabi:

…adakah Single bagi orang-orang yang masih belum mengenal Nabi;

…adakah It Is Complicated bagi orang-orang yang bodoh dan buta cinta;

…adakah In a Relationship bagi orang-orang yang sedang berasmara dengan Nabi;

…adakah Engaged khas untuk orang yang terikat dengan Nabi kerana cinta mereka;

…beruntunglah orang-orang yang Married dengan nabi kerana mereka sedang bersama-sama dengan kekasih Allah serta para sahabat;

… tetapi celakalah orang yang berstatus Divorce dengan Nabi kerana mereka sesungguhnya telah hilang nikmat di dunia dan di akhirat!

Aku tidak mengatakan aku terlalu bagus untuk meletakkan justifikasi begini tetapi aku masih mencuba untuk merapati dan mendekati Muhammad s.a.w! Aku masih mencuba untuk berselawat dan memujinya setiap kali aku mendengar namanya! Aku masih mencari kekasih Allah kerana aku juga ingin menjadi kekasihnya juga! Mahukah kamu semua berebut dengan semua umat Muhammad di dunia ini bahawa siapa yang akan dipilih oleh Muhammad untuk menjadi teman dan kekasihnya? Mengapakah bangga nama kita disebut-sebut oleh orang kenamaan, tokoh korporat, raja-raja, bangsawan sedangkan belum tentu Muhammad akan menyebut dan memanggil nama kita…

Notakaki: Aku menulis risalah entri ini bersempena dengan edisi khas Maulidur Rasul dan bulan kelahiran Muhammad Rasulullah s.a.w.

tukang tulis

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top