Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Tuesday, September 27, 2011

Perempuan Berkalung Serban

SEseORANG pelajar lelaki masuk ke kelas dengan langkah yang amat tenang bahkan menyenangkan hati yang memandang.

Hari Jumaat 2 Muharram yang penuh barakah,sebagai memuliakan sunnah Nabi,pemuda itu berpakaian lengkap jubah putih siap dengan serban dan rida'hijau dibahunya.

Dia datang awal ke kelas.Duduk di barisan paling hadapan dan kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya.

Berwarna h

ijau juga!

Oh rupa-rupanya al Quran.

Orang kerana belum ramai pelajar yang datang, usai solat Jumaat dan kelas pun bermula jam 2.30ptg.

Kedengaran suara merdunya melantunkan ayat suci al Quran.

Surah al Kahfi.

Jubah putih yang dikenakan benar-benar membuatkan diri kagum kerana tidak ramai pelajar mahasiswa yg 'berani' pakai jubah putih ke kelas.

Mungkin dengan alasan ikut waqi'.

Padahal rasanya lecturer tidak marah pun kalau pakai jubah ke kelas.Apatah lagi hari Jumaat.

Mengagungkan sunnah Rasulullah tanpa rasa ragu-ragu dan curiga.

Subhanallah.

Usai membaca al Quran,dia keluar sebentar.Dan masuk kembali dengan beg lecturer.

Rupa-rupanya dia keluar untuk menolong mengangkat barang pensyarah kami.

Pensyarah kami,sedang sarat mengandung anak pertama.

Subhanallah.

Sungguh beradap dia dengan guru.Sungguh tinggi penghormatannya kepada seorang perempuan a.k.a seorang ibu.

Apabila kelas hampir penuh dan agak hingar bingar,pensyarah kami kelihatan belum masuk.Dan akhirnya kami mendapat tahu beliau masuk agak lambat sedikit kerana ada masalah.

Pemuda berjubah putih itu datang ke hadapan lalu bersuara.

Suasana bising seperti di pasar malam berubah menjadi senyap sekelip mata.

Kelas tiba-tiba jadi senyap.

''Bismillahirahmanirahiim..mari kita sama-sama bacakan doa Qunut Nazilah buat saudara dan sahabat kita di Palestin sana.''

Amiin,ya rabbal alamin.

Kelas jadi lebih tenang selepas itu.

Pemuda itu kembali ke tempatnya dan kelihatan dia sedang bersembang sesuatu dengan sahabat2nya.

Dia yang berkawan tanpa mengira pakaian dan asal keturunan.

Pensyarah kami masuk dengan senyuman indah.Bersih wajahnya,wanita solehah.

Kelas berjalan seperti biasa.

Habis kelas, pemuda berjubah putih tadi mula-mula kelihatan di hadapan sedang bertanyakan sesuatu kepada pensyarah.

Kemudian,tiba-tiba ghaib entah ke mana.

Pensyarah pun sudah hilang.

Mungkin dia ada banyak urusan.Yelah,pemuda daie ilaallah tidak pernah membuang masa.

Namun kemudian,terlihat kelibat dia di hadapan.

Akan tetapi...

Bersama seorang perempuan.Yang agak dikenali

Perempuan berkalung serban.
Rida' hijau ada dibahunya.

Dan pemuda itu membukakan pintu kereta untuk perempuan itu.
Mereka kemudian kelihatan berbual mesra di dalam keretanya.

Macam kenal perempuan itu.

Aduhai !!!!

Lecturerku !!!

Punah sudah harapan.........................

p/S: Khayalan dalam impian.Just for story. :)

Agungkan sunnah dimana-mana.Jangan malu amalkan sunnah.^^,

Monday, September 19, 2011

aku sudah siap terima lamarannya

CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI. '',)
wahai sahabat Nabi,kalian inspirasi diri. :)

Lelaki ini adalah Otak Strategi Perang “Parit”
Di Madinah, seorang Muslimah telah mengambil hatinya
Bukan sebagai KEKASIH….
Tapi sebagai sebuah PILIHAN..


Pilihan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci.
Menikah.

Iya hanya Menikah, jalan itu…
Tapi Madinah adalah tempat asing untuknya…
Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya
Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang….
Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah
berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abud Darda’.
”Subhanallaah.. wal hamdulillaah..”, girang Abud Darda’ mendengarnya
Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan.

Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah.

Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abud Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abud Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua, shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

”Maafkan kami atas keterus terangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi karena Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami menolak pinangan Salman.

Namun jika Abud Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.”

Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar dari pada pelamarnya!

Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah karena satu alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati.

Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesadaran; bahwa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia bicara.

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abud Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Cinta memang tak harus memiliki…

Thursday, September 1, 2011

Wahhabi di Malaysia

Sejak kebelakangan ini, isu Salafi Wahhabi menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia, khususnya di kalangan ahli ilmu. Dikatakan bahawa, kefahaman Salafi Wahhabi telah tersebar meluas dalam masyarakat IPTA khususnya di Malaysia. Jadi, apakah gerakan ini dan apakah matlamat mereka dalam menyebarkan ajaran mereka di dalam masyarakat.

Kalau di Mesir khususnya, isu Salafi Wahhabi sememangnya tidak pernah padam dibincangkan. Ini kerana, golongan Salafi Wahhabi di sini sememangnya berkembang secara meluas. Jadi, kebanyakkan ulama’-ulama’ muktabar di Al-Azhar berusaha untuk melawan arus deras Wahhabisme di Mesir. Ulama’-ulama’ seperti Dr. Ali Jum’ah (mufti Al-Azhar), Dr. Omar abu Hasyim (bekas rektor Al-Azhar) dan kebanyakkan ulama’-ulama’ hadis, falsafah dan syariah di Al-Azhar menentang fahaman Wahhabi dalam penulisan mahupun dalam pidato mereka.

Mengapa perlu melawan arus Wahhabisme? Siapakah Wahhabisme? Apakah matlamat mereka?

Secara ringkasnya, kumpulan Salafi Wahhabi diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab. Beliau menganggap umat Islam setelah zaman salaf (zaman Rasulullah s.a.w. sehingga 300 Hijrah) telah mengalami kepincangan khususnya dari sudut aqidah dan terlibat dengan amalan bid’ah.

Beliau beranggapan begitu apabila beliau melihat fenomena umat Islam pada ketika itu yang terlalu mengagungkan para wali, sering menziarahi kubur mereka, dan pelbagai lagi perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., yang dilakukan oleh umat Islam setelah zaman salaf.

Golongan utama yang menjadi sasaran Muhammad ibn Abdul Wahab dan para pengikutnya ialah golongan sufi yang giat mengembangkan ilmu akhlak dan adab dalam bermu’amalah kepada Allah dan makhluk. Mereka menuduh golongan sufi menyembah kubur para wali dan meminta pertolongan dari para wali, dan seterusnya membuktikan golongan sufi ialah golongan yang syirik.

Dari sudut aqidah pula, golongan Wahhabi terpengaruh dengan fahaman Shiekh Ibn Taimiyah dan mereka menyerang mazhab-mazhab asas ahlul sunnah wal jamaah sejak berzaman, iaitu mazhab Imam Al-Asy’ari (mazhab aqidah di Malaysia) dan mazhab Imam Al-Maturidiyah.

Bukan itu sahaja, malah mereka turut menyerang mazhab-mazhab fiqh termasuklah mazhab As-Syafi’e dan mereka menganggap hanya merekalah yang benar dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah, sedangkan perbezaan pendapat yang bercanggah dengan mazhab mereka dianggap sesat dan salah, bahkan sampai ke tahap membid’ahkan pendapat mazhab yang kontra dengan mereka.

Pelopor-pelopor mereka pada zaman ini termasuklah Sheikh al-Albani, Sheikh Ibn Baz, Sheikh Al-Uthaimin, dan Sheikh Abu Bakar al-Jaza’iri. Benteng terbesar golongan tersebut ialah di Arab Saudi, dan mereka bernaung di bawah naungan kerabat kerajaan Bani Sa’ud, kerana unsur-unsur sejarah di mana golongan Wahhabilah yang membantu Bani Sa’ud mendapatkan tahkta kerajaan di Tanah Hijjaz (Arab Saudi kini).

Kini, golongan tersebut terus menebarkan sayapnya ke serata alam dengan pelbagai cara termasuklah dengan menggunakan wang, mengedarkan buku-buku percuma tentang fahaman mereka kepada jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia, menanam fahaman Wahhabi kepada para pelajar yang menuntut di Mekkah dan Madinah, khususnya para pelajar yang datang dari negara-negara islam yang lain.

Persoalannya, apakah matlamat sebenar golongan Wahhabi dan benarkah apa yang mereka perjuangkan?

Para ulama’ muktabar telah menyingkap persoalan tersebut secara mendalam, dan kesimpulan yang dapat mereka buat ialah, golongan Wahhabi sebenarnya cuba memecahkan kesatuan umat Islam khususnya dengan menutup pintu perselisihan pendapat dan menuduh golongan yang bercanggah dengan mereka adalah sesat dan bid’ah.

Golongan Wahhabi cuba menegaskan bahawa, perbezaan pendapat tidak dibenarkan dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah, dan hanya ada satu sahaja kefahaman yang benar dan perlu diikut, sedangkan kefahaman yang lain adalah sesat atau bid’ah.

Contohnya, dalam isu doa qunut dalam solat Subuh.Golongan Wahhabi menegah daripada membacanya sedangkan itu merupakan masalah khilafiyah (masalah yang para ulama’ berselisihan pendapat mengenainya), dan Mazhab As-Syafi’e khsusnya, menyatakan bahawa membaca qunut pada Solat Subuh adalah sunat.

Bukan itu sahaja, bahaya yang paling besar yang dibawa oleh Salafi Wahhabi ialah, At-Takfir (mengkafirkan orang lain). Golongan Wahhabi terlalu mudah mengkafirkan orang lain khususnya mereka yang mengikut golongan sufi ataupun golongan yang tidak sependapat dengan mereka. Inilah pintu perpecahan umat Islam yang paling utama. Disamping itu juga, mereka terlalu cepat membid’ahkan orang lain dan menganggap setiap perkara baru dalam agama adalah bid’ah yang sesat, sedangkan kebanyakkan para ulama’ menegaskan bahawa, bid’ah terbahagi kepada bid’ah yang menyesatkan dan bid’ah yang dibenarkan.

Oleh kerana itulah, kebanyakkan ulama’-ulama’ muktabar di serata dunia, menolak fahaman Wahhabi. Ini kerana, golongan Wahhabi membawa kepada perpecahan di dalam umat Islam dan membawa kepada ta’asub dan fanatik terhadap satu pendapat sahaja dan tidak membenarkan perbezaan pendapat. Inilah pintu perpecahan yang perlu ditutup dalam masyarakat Islam.

Persoalan yang lain ialah, adakah fahaman Wahhabi ini merupakan suatu fahaman yang bersesuaian dengan Ahul Sunnah wal Jammah ataupun tidak? Ataupun, persoalannya, adakah Salafi Wahhabi merupakan mazhab dalam Islam, ataupun ianya merupakan sebuah ideologi?

Para ulama’ dan guru-guru kami di Mesir khususnya telah memdedahkan banyak kesalahan para Wahhabi dalam masalah memahami al-Quran dan As-Sunnah khususnya dalam masalah aqidah.

Golongan Wahhabi mempercayai bahawa Allah s.w.t. duduk di atas Arasy dan Allah s.w.t. sedang berada di atas langit. Mereka juga percaya bahwa Allah s.w.t. mempunyai rupa paras dan berjasad. Mereka berpandukan ayat-ayat al-Quran Mutasyabihat (kesamaran maknanya), yang mana ianya tidaklah bermaksud seperti yang mereka sangka.

Ahlul Sunnah wal Jamaah secara mutlak menafikan Allah s.w.t. bertempat dan berjasad. Ini kerana, ianya menyebabkan Allah s.w.t. berhajat kepada tempat sedangkan Allah s.w.t. tidak memerlukan apa-apa pun.

Namun, di Malaysia, segelintir golongan yang terpengaruh dengan kefahaman Wahhabi hanyalah berkaitan dengan masalah fiqh, tidak bersangkutan dengan masalah aqidah. Golongan Salafi Wahhabi di Malaysia nampaknya hanya menyebarkan fahaman Wahhabi dari sudut hukum-hakam semata-mata, seperti berkaitan dengan ibadah dan pergaulan. Mereka membid’ahkan qunut, membid’ahkan tarikat sufi, membid’ahkan majlis sambutan maulid Rasulillah s.a.w. sedangkan perkara-perkara tersebut tidaklah bid’ah yang sesat seperti sangkaan mereka.

Golongan Salafi di Malaysia berkemungkinan tidak sepenuhnya memahami apa itu Wahhabi, mazhab yang mereka pegang secara mendalam. Ini kerana, buku-buku yang mendokong fahaman Wahhabi dalam Bahasa Malaysia kebanyakkannya menyebarkan fahaman Wahhabi dari sudut ibadat, tidak dari sudut Aqidah mereka.

Walaupun hanya masalah ibadah dan fiqh, yang disebarkan oleh golongan Wahhabi di Malaysia, namun bahayanya ialah, pendirian mereka dalam membid’ahkan dan menyesatkan golongan yang tidak sehaluan dengan mereka khususnya golongan sufi dan golongan yang bermazhab As-Syafi’e di Malaysia.

Sebenarnya, golongan salafi tidak sepatutnya menyebarkan fahaman Salafi Wahhabi dalam masyarakat awam di Malaysia, kerana masyarakat awam seharusnya berpegang dengan mazhab mufti dan mazhab negara mereka, di mana kebanyakkan di kalangan para mufti adalah bermazhab syafi’e dan mazhab umat Islam di negara Malaysia secara umumnya ialah mazhab Syafi’e.

Adakah golongan Salafi Wahhabi dianggap sebagain golongan mujaddid (pembaharu) yang membawa arus reformasi dalam masyarakat Islam, khususnya dalam bidang agama mereka?

Jawapannya, tidak. Ini kerana, masyarakat awam Islam di Malaysia hanya perlu mengikut mufti mereka dan mazhab mereka ialah mazhab mufti mereka, seperti yang ditekankan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Maka, fahaman-fahaman yang bertentangan dengan mazhab mufti sesebuah masyarakat seharusnya tidak boleh didedahkan dan diperbincangkan di khalayak awam agar mengelakkan perpecahan dalam masyarakat awam dan mengelakkan kekeliruan dalam umat Islam.

Maka, seruan kepada para pendokong Salafi Wahhabi di Malaysia agar tidak memecahbelahkan masyarakat dengan kefahaman Wahhabi dengan membid’ahkan sesuatu perkara sewenang-wenangnya. Boleh jadi, sesuatu yang kita anggap ia merupakan bid’ah ada dalilnya dalam Islam, Cuma kita sahaja yang tidak mengetahuinya. Bukankah lebih baik agar kita tidak memecahkan perpaduan masyarakat Islam di Malaysia yang seharusnya berpegang dengan mufti mereka selagimana para mufti masih berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Semoga Allah membantu kita dalam mengembalikan kedaulatan Islam dan menegakkan perpaduan dalam umat Islam.

Wallahu a’lam….

Sumber:

Al-Faqir ila Allah:
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin As-Syazuli
Tahun 4
Fakulti Usuluddin (Tafsir)
Universiti Al-Azhar, Zagzig
Mesir

Tuesday, August 30, 2011

senyumlah

''Senyumlah bukan saat hatimu sedang bergembira saja bahkan tersenyumlah saat dirimu sedang berduka juga.''

Susah bukan?

Hakikatnya hati yang bersedih adalah hati itu telah mendapat sentuhan RahiimNYA Allah.

Apakah dirimu tidak ingat akan ayat-ayat cintaNya?

''Bagaimana kamu mengatakan kamu orang yang beriman sedangkan kamu tidak diuji?''

Tersenyumlah walaupun untuk seulas senyuman itu kamu terpaksa menitiskan air mata setitik dua. Dan wajahmu berkeriuk muscle2nya.

Senyumlah.Ia akhlaq Rasulullah yg utama.

Tuesday, August 23, 2011

Pembebasan Libya?

tak tahu nak tulis ape hari ni.. dah lama tak menulis blog.. Berita Dunia yang menarik perhatian mata hari ini.. Gaddafi melarikan diri dan dipercayai berlindung di kubu bawah tanah. Anaknya Muhammad sudah pun menyerahkan diri. Adakah Libya akan bebas ataupun diterajui oleh cadre-cadre Amareka?? tunggu....

Wednesday, August 17, 2011

Senarai 313 Ahli Badar

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
Demi jiwa Muhammad yang berada dalam genggaman tanganNYA, pada hari ini tidak ada seorang pun yang memerangi mereka dengan sabar, mengharap redha ALLAH, dan maju tanpa mundur melainkan ALLAH memasukkannya ke dalam syurga."
Sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam al-Maufiri, berikut adalah senarai Ahli Badar:-

(Kaum Muhajirin)


1. Rasulullah, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim,
2. Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim (Singa Allah),
3. Ali bin Abi Talib bin Abdul Muthallib bin Hasyim,
4. Zaid bin Harithah bin Syurahbill bin Kaab bin Abdul Uzza bin Umrul Qais al-Kalbi,
5. Anasah (bekas hamba Rasulullah s.a.w),
6. Abi Kabsyah (bekas hamba Rasulullah s.a.w),
7. Abi Martsad Kannaz bin Hishn bin Yarbuu’ bin Amr bin Yarbu’ bin Kharsyah bin Saad bin Tharif bin Jillan bin Ghanm bin Ghani bin Ya’shur bin Saad bin Qais bin Ailan,
8. Martsad bin Abu Martsad (Kannaz),
9. Ubaidah bin al-Harits bin al-Muthalib,
10. at- Tufail bin al-Harits,
11. al-Hushain bin al-Harits,
12. Misthat atau Auf bin Utsatsah bin Abbad bin al-Muuthalib,
13. Uthman bin Affan bin Abi al-Ash bin Umaiyyah bin Abdu Syams,
14. Mihsyam atau Abu Hudzaifah bin Utbah bin Rabi’ah bin Abdu Syams,
15. Salim (bekas hamba Abu Hudzaifah),
16. Abdullah bin Jahsy bin Ri’ab bin Ya’mur bin Shabrah bin Murrah bin Kabir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
17. ‘Ukkasyah bin Mihshan bin Hurtsan bin Qais bin Murrah bin Kabir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
18. Syuja’ bin Wahb bin Rabi’ah bin Asad bin Shuhaib bin Malik bin Kabir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
19. ‘Uqbah bin Wahb,
20. Yazid bin Ruqaisy bin Ri’ab bin Ya’mur bin Shabrah bin Murrah bin Kabir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
21. Abi Sinan bin Mihshan bin Hurtsan bin Qais,
22. Sinan bin Abi Sinan,
23. Muhriz bin Nadhlah bin Abdullah bin Murrah bin Kabir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
24. Rabi’ah bin Aktam bin Sakhbarah bin ‘Amr bin Lukaiz, bin Amir bin Ghanm bin Dudan bin Asad,
25. Tsaqfu bin ‘Amr,
26. Malik bin ‘Amr,
27. Mudlij bin ‘Amr,
28. Abi Makhsyi,
29. ‘Utbah bin Ghazwan bin Jabir bin Wahb bin Nusaib bin Malik bin al-Harits bin Mazin bin Manshur bin ‘Ikrimah bin Khashafah bin Qais bin ‘Ailan,
30. Khabbab
31. Az-Zubair bin al-‘Awwam bin Khuwailid bin Asad,
32. Hathib bin Abi Balta’ah,
33. Sa’ad,
34. Mush’ab bin Umair bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Abdu ad-Daar bin Qushai,
35. Shuwaibith bin Sa’ad bin Huraimalah bin Malik bin ‘Umailah bin as-Sabbaq bin Abdul ad-Daar bin Qushai,
36. Abdul Rahman bin ‘Auf bin Abdu ‘Auf bin Abdul Harits bin Zuhrah,
37. Sa’ad bin Abi Waqqash/ Malik bin Uhaib bin Abdul Manaf bin Zuhrah,
38. ‘Umair bin Abi Waqqash,
39. Al-Miqdad bin ‘Amr bin Tha’labah bin Malik bin Rabi’ah bin Tsumamah bin Mathrud bin Amr bin Sa’ad bin Zuhair bin Tsaur bin Tsa’labah bin Malik bin as-Syarid bin Hazl bin Qa’isy bin Dueaim bin al-Qain bin Ahwad bin Bahra’ bin ‘Amr bin al-Haf bin Qudha’ah,
40. Abdullah bin Mas’ud bin al-Harits bin Syamkhu bin Mahkzum bin Shahilah bin Kahil bin al-Harits bin Tamim bin Sa’ad bin Hudzail,
41. Mas’ud bin Rabi’ah bin ‘Amr bin Sa’ad bin Abdul ‘Uzza bin Hamalah bin Ghalib bin Muhallim bin’A’idzah bin Subay’i bin al-Hun bin Khuzaimah,
42. Dzu as-Syamalain bin Abdu ‘Amr bin Nadhlah bin Ghubsyan bin Sulaim bin Malkkan bin Afsha bin Haritsah bin ‘Amr bin Amir,
43. Khabbab bin al-Arat,
44. Abu Bakar as-Siddiq, Atiq bin Uthman bin ‘Amir bin Amr bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim,
45. Bilal bin Rabah,
46. ‘Amir bin Fuhairah,
47. Shuhaib bin Sinan,
48. Thalhah bin ‘Ubaidillah bin Uthman bin ‘Amr bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim,
49. Abdullah bin Abdul Asad bin Hilal bin Abdullah bin Umar bin Makhzum,
50. Syammas bin Uthman bin as-Syarid bin Suwaid bin Harmi bin ‘Amir bin Makhzum,
51. al-Arqam bin Abi al-Arqam / Abdul Manaf bin Asad,
52. ‘Ammar bin Yasir,
53. Mu’attib bin ‘Auf bin ‘Amir bin al-Fadhl bin Afif bin Kulaib bin Hubsyiyah bin Salul bin Ka’ab bin ‘Amr,
54. Umar bin Khattab bin Nufail bin Abdul ‘Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qurthu bin Razah bin ‘Adiy,
55. Zaid bin Khattab,
56. Mihja’,
57. ‘Amr bin Suraqah bin al-Mu’tamir bin Anas bin Adat bin Abdullah bin Qurthu bin Riyah bin Rizah bin ‘Adiy bin Ka’ab,
58. Abdullah bin Suraqah,
59. Waqid bin Abdullah bin Abdul Manaf bin ‘Arin bin Tsa’labah bin Yarbu’ bin Handzalah bin Malik bin Zaid bin Manat bin Tamim,
60. Khauli bin Abi Khauli,
61. Malik bin Abi Khauli,
62. ‘Amir bin Rabi’ah,
63. ‘Amir bin al-Bukair bin Abdul Yalail bin Nasyib bin Ghiyarah,
64. ‘Aqil bin al-Bukair,
65. Khalid bin al-Bukair,
66. Iyas bin al-Bukair,
67. Sa’id bin Zaid bin “amr bin Nufail bin Abdul ‘Uzza bin Abdullah bin Qurthu bin Riyah bin Rizah bin ‘Adiy bin Ka’ab,
68. Uthman bin Madz’un bin Habib bin Wahb bin Hudzafah bin Jumah,
69. as-Sa’ib bin Uthman,
70. Qudamah bin Madz’un,
71. Abdullah bin Madz’un,
72. Ma’mar bin al-Harits bin Ma’mar bin Habib bin Wahb bin Hudzafah bin Jumah,
73. Khunais bin Judzafah bin Qais bin ‘Adiy bin Sa’id bin Sahm,
74. Abi Sabrah bn Abi Ruhm bin Abdul ‘Uzza bin Abi Qais bin Abdul Wudd bin Nashr bin Malik bin Hisl,
75. Abdullah bin Mahkhramah bin Abdul ‘Uzza bin Abi Qais bin Abdu Wudd bin Nashr bin Malik,
76. Abdullah bin Suhail bin ‘Amr bin Abdu Syams bin Abdul Wudd bin Nashr bin Malik bin Hisl,
77. ‘Umair bin ‘Auf,
78. Sa’ad bin Khaulah,
79. Abu ‘Ubaidah/ ‘Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harits,
80. ‘Amr bin al-Harits bin Zuhair bin Abi Syaddad bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harits,
81. Suhail bin Wahb bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harits,
82. Shafwan bin Wahb,
83. ‘Amr bin Abi Sarh bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harits,

(Kaum Ansar)

84. Sa’ad bin Mu’adz bin an-Nu’man bin Umrul Qais bin Zaid bin Abdul Asyhal,
85. ‘Amr bin Mu’adz bin an-Nu’man,
86. al-Harits bin Aus bin Mu’adz bin an-Nu’man,
87. al-Harist bin Anas bin Rafi’ bin Umru’ul Qais,
88. Sa’ad bin Zaid bin Malik bin ‘Ubaid,
89. Salamah bin Salamah bin Waqash bin Zughbah bin Za’ura,
90. Abbad bin Bisyr bin Waqasy bin Zughbah bin Za’ura,
91. Salamah bin Tsabit bin Waqasy,
92. Rafi’ bin Yazid bin Kurs bin Sakan bin Za’ura,
93. al-Harits bin Khazamah bin ‘Adiy bin Ubai bin Ghanm bin Salim bin ‘Auf bin ‘Amr bin ‘Auf bin al-Khazraj,
94. Muhammad bin Maslamah bin Khalid bin ‘Adiy bin Majda’ah bin Haritsah bin al-Harits,
95. Salamah bin Aslam bin Harisy bin ‘Adiy bin Majda’ah bin Haritsah bin al-Harits,
96. Abu al-Haitsam bin at-Taiyahan,
97. Ubaid bin Taiyahan,
98. Abdullah bin Sahl,
99. Qatadah bin Nu’man bin Zaid bin ‘Amir bin Sawad,
100. Ubaid bin Aus bin Malik bin Sawad,
101. Nashr bin al-Harits bin ‘Abd,
102. Mu’attiib bin ‘Abd,
103. Abdullah bin Thariq,
104. Mas’ud bin Sa’ad bin ‘Amir bin ‘Adiy bin Jusyam bin Majda’ah bin Haritsah,
105. Abu ‘Absu bin Jabr bin ‘Amr bin Zaid bin Jusyam bin Majda’ah bin Haritsah,
106. Abu Burdah bin Niyar,
107. ‘Ashim bin Tsabit bin Qais bin Ishmah bin Malik bin Amah bin Dhubai’ah,
108. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail bin Zaid bin al-Aththaf bin Dzubbai’ah,
109. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid bin al-Aththaf bin Dhubai’ah,
110. ‘Amr bin Ma’bad bin al-Az’ar bin Zaid bin al-Athtaf bin Dhubai’ah,
111. Shal bin Hunaif bin Wahb bin al-Ukaim bin Tsa’labah bin Majda’ah bin al-Harits bin ‘Amr,
112. Mubasysyir bin Abdul Mundzir bin Zanbar bin Zaid bin Umaiyyah,
113. Rifa’ah bin Abdul Mundzir bin Zanbar,
114. Sa’ad bin Ubaid bin an-Nu’man bin Qais bin ‘Amr bin Zaid bin Umaiyyah,
115. ‘Uwaim bin Sa’idah,
116. Rafi’ bin ‘Unjadah,
117. ‘Ubaid bin Abu ‘Ubaid,
118. Tsa’labah bin Hathib,
119. Abi Lubabah bin Abdul Mundzir,
120. al-Harits bin Hathib,
121. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah bin Khalid bin al-Harits bin ‘Ubaid,
122. Ma’nu bin ‘Adi bin al-Jaddi bin al-‘Ajlan bin Dhubai’ah,
123. Tsabit bin Aqram bin Tsa’labah bin ‘Adiy bin al-‘Ajlan,
124. Abdullah bin Salamah bin Malik bin al-Harits bin ‘Adiy bin al-‘Ajlan,
125. Zaid bin Ashlam bin Tsa’labah bin ‘Adiy bin al-‘Ajlan,
126. Rab’iy bin Rafi’ bin Zaid bin Haritsah bin al-Jaddi bin al-‘Ajlan,
127. ‘Ashim bin ‘Adiy bin al-Jaddi bin al-‘Ajlan,
128. Abdullah bin Jubair bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin al-Burak,
129. ‘Ashim bin Qais bin Tsabit bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin Tsa’labah,
130. Abu Dhayyah bin Tsabit bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin Tsa’labah,
131. Abu Hannah,
132. Salim bin ‘Umair bin Tsabit bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin Tsa’labah,
133. al-Harits bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin Tsa’labah,
134. Khawwath bin Jubair bin an-Nu’man,
135. Mundzir bin Muhammad bin ‘Uqbah bin Uhaihah bin al-Julah bin al-Harisy bin Jahjaba bin Kulfah,
136. Abu ‘Aqil bin Abdullah bin Tsa’labah bin Baihan bin ‘Amir bin al-Harits bin Malik bin ‘Amir bin Unaif bin Jusyam bin Abdullah bin Taim bin ‘Irasy bin ‘Amr bin ‘Umailah bin Qasmil,
137. Sa’ad bin Khaitsamah bin al-Harits bin Malik bin Ka’ab bin an-Nahhath bin Ka’ab bin Haritsah bin Ghanm,
138. Mindzir bin Qudamah bin ‘Arfajah,
139. Malik bin Qudamah bin ‘Arfajah,
140. al-Harits bin ‘Arfajah,
141. Tamim,
142. Jabr bin ‘Atik bin al-Harits bin qais bin Haisyah bin al-Harits bin Umaiyyah bin Mua’wiyyah,
143. Malik bin Numailah,
144. an-Nu’man bin ‘Ashar,
145. Kharijah bin Zaid bin Abii Zuhair bin Malik bin Umru’ul Qais,
146. Sa’ad bin Rabi’ bin ‘Amr bin Abi Zuhair bin Malik Bin Umru’ul Qais,
147. Abdullah bin Rawahah bin Tsa’labah bin Umru’ul Qais bin ‘Amr bin Umru’ul Qais,
148. Khallad bin Suwaid bin Tsa’labah bin ‘Amr bin Haritsah bin Umru’ul Qais,
149. Basyir bin Sa’ad bin Tsa’labah bin Khilas bin Zaid,
150. Simak bin Sa’ad,
151. Subay’i bin Qais bin ‘Aisyah bin Umaiyyah bin Malik bin ‘Amir bin ‘Adiy,
152. ‘Abbad bin Qais bin ‘Aisyah,
153. Abdullah bin ‘Absu,
154. Yazid bin al-Harits bin Qais bin Malikk bin Ahmar,
155. Khubaib bin Isaf bin ‘Itabah bin ‘Amr bin Khadij bin ‘Amir bin Jusyam,
156. Abdullah bin Zaid bin Tsa’labah bin Abdu Rabbih bin Zaid,
157. Huraits bin Zaid bin Tsa’labah,
158. Sufyan bin Basyir,
159. Tamim bin Ya’ar bin Qais bin ‘Adiy bin Umaiyyah bin Jidarah,
160. Abdullah bin Umair,
161. Zaid bin al-Muzayyin bin Qais bin ‘Adi bin Umaiyyah bin Jidarah,
162. Abdullah bin ‘Urfuthah bin ‘Adiy bin Umaiyyah bin Jidarah,
163. Abdullah bin Rabi’ bin Qais bin ‘Amr bin ‘Abbad bin al-Abjar,
164. Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Malik bin al-Harits bin ’Ubaid,
165. ‘Aus bin Khauli bin Abdullah bin al-Harits bin ‘baid,
166. Zaid bin Wadi’ah bin ‘Amr bin Qais bin Jaz’i,
167. ‘Uqbah bin Wahb bin Kaladah,
168. Rifa’ah bin ‘Amr bin Zaid bin Tsa’labah bin Malik bin Salim bin Ghanm,
169. ‘Amir bin Salamah bin ‘Amir,
170. Abu Humaidhah bin Ma’bad bin ‘Abbad bin Qusyair bin al-Muqaddam bin Salim bin Ghanm,
171. ‘Amir bin Bukair,
172. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah bin Malik bin al-‘Ajlan,
173. ‘Ubadah bin as-Shamit bin Qais bin Ashram,
174. Aus bin as-Samit,
175. an-Nu’man bin Malik bin Tsa’labah bin Da’du,
176. Tsabit bin Hazzal bin ‘Amr bin Qaryusy,
177. Malik bin ad-Dukhsyum bin Mardhakhah,
178. Rabi’ bin Iyas bin Amr bin Ghanm bin Umaiyyah bin Laudzan,
179. Waraqah bin Iyas,
180. ‘Amr bin Iyas,
181. al-Mujadzdzar bin Dziyad bin ‘Amr bin Zumzumah bin ‘Amr bin ‘Umarah bin Malik bin Ghushainah bin ‘Amr bin Butairah bin Masynuwwi bin Qasr bin Taim bin Irasy bin ‘Amir bin Ilhaf bin Qudha’ah,
182. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy bin ‘Amr bin Zumzumah,
183. Nahhab bin Tsa’labah bin Khazamah bin Ashram bin ‘Amr bin ‘Ammarah,
184. Abdullah bin Tsa’labah bin Khazamah bin Ashram,
185. ‘Uthbah bin Rabi’ah binKhalid bin Mu’awiyyah,
186. Abu Dujanah Simak bin Kharasyah,
187. al-Mundzir bin ‘Amr bin Khunais bin Haritsah bin Laudzan bin Abdu Wudd bin Zaid bin Tsa’labah,
188. Abu ‘Usaid bin Malik bin Rabi’ah bin al-Badiyyi,
189. Malik bin Mas’ud,
190. Abdu Rabbih bin Haq bin Aus bin Waqasy bin Tsa’labah,
191. Ka’ab bin Himar bin Tsa’labah,
192. Dhamrah bin ‘Amr,
193. Ziyad bin ‘amr,
194. Basbas bin ‘Amr,
195. Abdullah bin ‘Amir,
196. Khiras bin as-Shimmah bin ‘Amr bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,
197. al-Hubab bin al-Mundzir bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,
198. ‘Umair bin al-Humam bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,
199. Tamim (bekas hamba Khirasy bin as-Shimmah),
200. Abdullah bin ‘Amr bin Haram bin Tsa’labah bin Haram,
201. Muadz bin ‘Amr bin al-Jamuh,
202. Muawwidz bin ‘Amr bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,
203. Khallad bin ‘Amr bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,
204. ‘Utbah bin ‘Amir bin Nabi bin Zaid bin Haram,
205. Habib bin Aswad (Bekas hamba Bani Haram),
206. Tsabit bin Tsa’labah bin Zaid bin al-Harits bin Haram bin Tsa’labah,
207. ‘Umair bin al-Harits bin Tsa’labah bin al-Harits bin Haram,
208. Bisyr bin al-Barra’ bin Ma’rur bin Shakhr bin Malik bin Khansa’,
209. at-Thufail bin Malik bin Khansa’,
210. at-Thufail bin an-Nu’man bin Khansa’,
211. Sinan bin Shaifi bin Sakhr bin Khansa’,
212. Abdullah bin al-Jadd bin Qais bin Shakhr bin Khansa’,
213. ‘Utbah bin Abdullah bin Sakhr bin Khansa’,
214. Jabbar bin Shakhr bin Umaiyyah bin Khansa’,
215. Kharijah bin Humaiyir,
216. Abdullah bin Humaiyir,
217. Yazid bin al-Mundzir bin Sarh bin Khunas,
218. Ma’qil bin al-Mundzir bin Sarh bin Khunas,
219. Abdullah bin an-Nu’man bin Baldamah,
220. ad-Dhahhak bin Haritsah bin Zaid bin Tsa’labah bin ‘Ubaid bin ‘Adiy,
221. Sawad bin Zuraiq bin Tsa’labah bin ‘Ubaid bin ‘Adiy,
222. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram bin Rabi’ah bin ‘Adiy bin Ghhanm bin Ka’ab bin Salimah,
223. Abdullah bin Qais bin Shakhr bin Haram bin Rabi’ah bin ‘Adi bin Ghanm,
224. Abdullah bin Abdul Manaf bin an-Nu’man,
225. Jabir bin Abdullah bin Ri’ab bin an-Nu’man,
226. Khulaidah bin Qais bin an-Nu’man,
227. an-Nu’man bin Sinan (bekas hamba Bani Nu’man),
228. Yazid bin ‘Amir bin Hadidah (Abu al-Mundzir),
229. Sulaim bin ‘Amr bin Hadidah,
230. Quthbah bin ‘Amir bin Hadidah,
231. ‘Antarah (bekkas hamba Sulaim bin ‘Amr),
232. ‘Absu bin ‘Amir bin ‘Adiy,
233. Tsa’labah bin Ghanamah bin ‘Adiy,
234. Abu al-Yasar atau Ka’ab bin ‘Amr bin ‘Abbad bin ‘Amr bin Ghanm bin Sawad,
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qain bin Ka’ab bin Sawad,
236. ‘Amr bin Thalq bin Zaid bin Umaiyyah bin Sinan bin Ka’ab bin Ghanm,
237. Mu’adz bin Jabal bin ‘Amr bin Aus bin ‘A’idz bin ‘Adiy bin Ka’ab bin ‘Adi bin ‘Udaiyyi bin Sa’ad bin ‘Ali bin Asad bin Saridah bin Tazid bin Jusyam bin al-Khazraj bin Haritsah bin Tsa’labah bin ‘Amr bin ‘Amir,
238. Qais bin Mihshan bin Khalid bin Mukhallad,
239. Abi Khalid atau al-Harits bin Qais bin Khalid bin Mukhallad,
240. Jubair bin Iyas bin Khalid bin Mukhallad,
241. Abu ‘Ubadah atau Sa’ad bin Uthman bin Khaladah bin Mukhallad,
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah bin Mukhallad,
243. Dzakwan bin Abdu Qais bin Khaladah bin Mukhallad,
244. Mas’ud bin Khaladah bin ‘Amir bin Mukhallad,
245. ‘Abbad bin Qais bin ‘Amir bin Khalid,
246. As’ad bin Yazid bin al-Fakih bin Zaid bin Khaladah,
247. al-Fakih bin Bisyr bin al-Fakih bin Zaid bin Khaladah,
248. Mu’adz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah,
249. ‘A’idz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah,
250. Mas’ud bin Sa’ad bin Qais bin Khaladah,
251. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-‘Ajlan,
252. Khallad bin Rafi’ bin Malik bin ‘Ajlan,
253. ‘Ubaid bin Zaid bin ‘Amir bin al-‘Ajlan,
254. Ziyad bin Lubaid bin Tsa’labah bin Sinan bin ‘Amir bin ‘Adiy bin Umaiyyah bin Baydhah,
255. Farwah bin ‘Amr bin Wazfah bin ‘Ubaid bin ‘Amir bin Baydhah,
256. Khalid bin Qais bin Malik bin al-‘Ajlan bin ‘Amir bin Baydhah,
257. Rujailah bin Tsa’labah bin Khalid bin Tsa’labah bin ‘Amir bin Bayadhah,
258. ‘Athiyyah bin Nuwairah bin ‘Amir bin ‘Athiyyah bin ‘Amir bin Bayadhah,
259. Khulaifah bin ‘Adiy bin ‘Amr bin Malik bin ‘Amir bin Fuhairah bbin Bayadhah,
260. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Laudzan bin Haritsah bin ‘Adiy bin Zaid bin Tsa’labah bin Zaid Manat bin Habib,
261. Abi Ayyub Khalid bin Zaid bin Kulaib bin Tsa’labah,
262. Tsabit bin Khalid bin an-Nu’man bin Khansa’ bin ‘Usairah,
263. ‘Umarah bin Hazm bin zaid bin Laudzan bin ‘Amr,
264. Suraqah bbiin Ka’ab bin Abdul ‘Uzza bin Ghaziyyah bin ‘Amr,
265. Haritsah bin an-Nu’man bin Zaid bin ‘Ubaid,
266. Sulaim bin Qais bin Qahdu bin Qais bin ‘Ubaid,
267. Suhail bin Rafi’ bin Abi ‘Amr bin ‘A’idz,
268. ‘Adiy bin Abu az-Zaghba’,
269. Mas’ud bin Aus bin Zaid,
270. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid bin Ashram bin Zaid,
271. Rafi’ bin al-Harits bin Sawad bin Zaid,
272. ‘Auf bin al-Harits bin Rifa’ah bin Sawad,
273. Mu’awwidz bin al-Harits bin Rifa’ah bin Sawad,
274. Mu’adz bin al-Harits bin Rifa’ah bin Sawad,
275. an-Nu’man bin ‘Amr bin Rifa’ah bin Sawad,
276. ‘Amir bin Mukhallad bin al-Harits bin Sawad,
277. Abdullah bin Qais bin Khalid bin Khaladah bin al-Harits bin Sawad,
278. ‘Ushaimah,
279. Wadi’ah bin ‘Amr,
280. Tsabit bin ‘Amr bin Zaid bin ‘Adiy bin Sawad,
281. Abu al-Hamra’ (bekas hamba al-Harits),
282. Tsa’labah bin ‘Amr bin Mihshan bin ‘Amr bin ‘Atik,
283. Sahl bin ‘Atik bin ‘Amr bin Nu’man bin ‘Atik,
284. al-Harits bin as-Shimmah bin ‘Amr bin ‘atik,
285. Ubai bin Ka’ab bin Qais,
286. Anas bin Mu’adz bin Anas bin Qais,
287. Aus bin Tsabit bin al-Mundzir bin Haram bin ‘Amr bin Zaid Manat bin ‘Adiy,
288. Abu Syeikh Ubai bin Tsabit bin al-Mundzir bin Haram bin ‘Amr bin Zaid Manat bin ‘Adiy,
289. Abi Thalhah atau Zaid bin Sahl bin al-Aswad bin Haram bin ‘Amr bin Zaid Manat bin ‘Adiy,
290. Haritsah bin Suraqah bin al-Harits bin ‘Adiy bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
291. ‘Amr bin Tsa’labah bin Wahb bin ‘Adiy bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
292. Salith bin Qais bin ‘Amr bin ‘Atik bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
293. Abi Salith atau ‘Usairah bin ‘Amr,
294. ‘Amr Abi Kharijah bin Qais bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
295. Tsabit bin Khansa bin ‘Amr Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
296. Muhriz bin ‘Amir bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,
297. Sawad bin Ghaziyyah bin Uhaib,
298. Abi Zaid bin Qais bin Sakan bin Qais bin Za’ura bin Haram,
299. Abi al-‘Awar bin al-Harits bin Dzalim bin Absu bin Haram,
300. Sulaim bin Milhan/ Malik bin Khalid bin Zaid bin Haram,
301. Haram bin Milhan,
302. Qais bin Abi Sha’sha’ah / ‘Amr bin Zaid bin ‘Auf,
303. Abdullah bin Ka’ab bin ‘Amr bin ‘Auf,
304. ‘Ushaimah,
305. Abu Daud ‘Umair bin ‘Amir bin Malik bin Khansa’,
306. Suraqah bin ‘Amr bin Athiyyah bin Khansa’,
307. Qais bin Mukhallad bin Tsa’labah bin Shakhr bin Habib bin al-Harits bin Tsa’labah,
308. an-Nu’man bin Abdu ‘Amr bin Mas’ud,
309. Dhahhak bin Abdu Amr bin Mas’ud,
310. Sulaim bin al-Harits bin Tsa’labah bin Ka’ab bin Haritsah bin Dinar,
311. Jabir bin Khalid bin Abdul Asyhal bin Haritsah,,
312. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal,
313. Ka’ab bin Zaid bin Qais,
314. Bujair bin Abi Bujair,

Kaum Muhajirin terdiri daripada lapan puluh tiga (83) orang.
Kaum Ansar dari kaum Aus seramai enam puluh satu (61) orang.
Kaum Ansar dari kaum Khazraj seramai seratus tujuh puluh (170) orang.

Tuesday, July 19, 2011

Muslimin Wa Muslimah

Muslimin: ''Muslimah,kalau boleh elakkan letak gambar entuna dalam FB as profile picture.Kasihan pada kami muslimin kena jaga pandangan mata. Entuna kan hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah.Susah kami nak jaga hati lagi.Bukankah Nabi pesan fitnah terbesar dunia yang ditinggalkan adalah wanita ? Bukannya entuna boleh tahu gambar entuna yg walaupun tutup aur
at ka,pakai niqab sekalipun itu tidak menutup fitnah hati,menundukkan pandangan bagi lelaki.''

Muslimah : ''Muslimin,kamu pun sama juga.Tidak perlulah letakkan gambar yang pelik-pelik.Tak menutup aurat.Gambar budjek bagus.Dll... Ingat ALLah pesan dalam Quran suruh tundukkan pandangan bagi kaum lelaki dan perempuan.Dua-dua jenis gender hambaNYA.''

~Sebaik-baik wanita adalah yang tidak dipandang dan memandang.
(Sayyitina Fatimah Bintu Muhammad saw)

Thursday, June 23, 2011

hai awak kat sana.....

penat ke cari??


baru jumpe?


kenape cari?


tak payah la cari lagi...


buat awak sakit hati je kan?


saya pun sakit awak taw tak...


ape? awak tak taw??


ok..saya nak bagitaw...


saya dah kecik hati dengan awak...


kalau kita tak bertemu dulu pun lagi bagus rasanya kan...


takde la awak sakit hati sampai macam nie...


awak ingat lah...


satu hari awak jgn menyesal...


sebab saya mungkin dah takde lagi masa tu...


masa tu dah terlewat....


sebab saya dah sangat2 jauh hati...


sebab awak sanggup wat saya jauh hati...


awak buang saya dari list awak...


awak larikan diri awak diri saya..


awak memang sanggup kan...


awak sanggup buang saya dari hidup awak... 


sedangkan awak tahu hakikatnya...


awak menolak takdir kan?


awak menolak hakikat??


betapa saya sentiasa doakan agar kita dapat bersama...


siang malam saya pikirkannya...


bukan untuk orang lain...


tapi untuk kita...kita!!!


sedangkan saya mencuba dengan seksa sekali untuk kebaikan kita...


untuk kebahagiaan kita...


awak tak tau betapa sakitnya saya backup awak...


backup hubungan kita ni..


tapi...awak tuduh saya itu ini...


takde pun niat saya nak perli awak...


tolong jangan tuduh saya yang bukan2...


tapi awak tak dgr lg penjelasan saya...


awak tak bagi saya peluang nak explain...


tapi2 terus menerus awak hukum saya...


perlakuan awak menunjukkan yang awak benci saya...


saya sediih dan sakit sangat2....


tak apelah...


mungkin awak tak pernah terfikir hal nie..


awak tak penah berada di tempat saya....


terpulanglah pada awak...pikirkanlah...


sebelum terlewat.....


umur saya tak tentu...


bila2 tuhan boleh tarik nyawa kan....


hidup pun menyakitkan orang watpe...


tambah2 lagi saya yang bangsat nie...

aku rindu UIA....

aku rindu UIA... aku rindu suasana di sana... aku rindu kawan-kawanku yang sanggup bersamaku susah dan senang... aku rindu saat kita sama-sama makan nasi bungkus dgn kuah je sebab takde duit... aku rindukan kelab wawasan aku... meskipun ribuan ringgit aku habiskan untuk kelab itu...aku puas dengan pencapaiannya... aku puas dengan program-program yang kelab ulung itu pernah buat... aku bangga dengan kelab aku... lantaklah ape orang-orang dengki lain nak cakap... aku tahu mereka cemburu...

aku rindu UIA... aku rindu convest hill... tempat berjalan-jalan waktu malam di atas bukit yang nampak permandangan seluruh uia... aku rindu helipad... tempat kami semua meluahkan perasaan heart to heart kami.. andai helipad itu boleh bercakap... dah pasti 100 tahun pun tak akan habis ceritanya... aku rindu tasik maryam...tempat aku dan kawan-kawan pergi memancing ikan... talapia...haruan..keli... itulah teman yang sentiasa mengubat luka dan duka aku....

aku rindu UIA... aku rindu koridor dan kelas-kelas... notis-notis board seluruh uia yang takde satu pun pernah terlepas dati tampalan poster aku... aku rindukan cafe-cafe... tempat aku mengisi perutku tatkala kebulur di pertengahan kelas... aku rindukan CAC... takde ruang yang tak pernah aku jejak lagi kat dalam bangunan konvo insan-insan agung itu... aku rindukan main audi... tak kurang 10 program yang pernah aku kendalinya di situ... aku jugak rindukan mini audi... suasana pada malam itu terlalu riuh...terlalu gamat.. sampai tak cukup tempat duduk... sampaikan student sanggup duduk di tangga-tangga dan di tepi pintu... AGM wawasan... pecah rekod masa tu...

aku rindukan UIA... aku rindukan foyer CAC... malam itu kami cipta fenomena... ratusan..mungkin cecah ribuan yang menyaksikan konsert pada malam itu... aku puas... kerana bertahun aku menunggu untuk konsert ulung itu... dari keringatku sendiri... orang-orang penting UIA turun malam itu... aku puas malam itu...

aku rindukan UIA... kerana sepanjang 4 5 tahun ini di situlah tempat paling banyak aku meluangkan masa... bukan di rumah yang kebosanan ini... di uia lah aku timba pengalaman sebanyak-banyaknya... kalau bkn kerana uia... aku bukan seperti aku yang sekarang... aku mungkin orang lain... yang jauh bezanya mengajar aku erti kehidupan... di uia jugaklah aku belajar isi hati manusia... aku belajar ilmu perasaan... aku menuntut pengajaran dari pengalaman...

aku rindukan universiti agung itu.... walau seminggu..sebulan berjauhan denganmu.. aku sudah runsing..aku sudah rindu... apakah peristiwa baru di situ... apakah kenangan yang aku terlepas sepanjang ketiadaanku di sana? apakah seisi kandungannya terjaga di sana? apakah khabarmu disana... UIAku.... aku rindu padamu.....

Wednesday, June 22, 2011

aku dah tak tahan lagi.... T_T

Aku dah buntu.... dah tak tau nak cakap ape dan macam mana lagi dah untuk bagi orang lain faham... aku dah hilang kata-kata...hilang arah...hilang matlamat... aku sedar la diri aku sape... aku anak angkat.. nak bahasa kurang ajar sikit anak pungut... mak bapak kandung sendiri tak nak jaga... ntah nak jaga ke tak aku pun tak tau... semua cerita-cerita pasal mereka aku dengar dari mulut seorang ke mulut seorang lagi... nak menyaksikan peristiwa tu tak sanggup aku...

dari nama pun dah lain.. ada kelainan pada nama aku..sejak itu bermula tanda tanya yang menghantui hidup aku sehingga kini..  satu demi satu hakikat hidup yang berbeza dari orang lain... membuatkan hidup aku jadi tak keruan... mancari asal-usulku yang sebenar-benarnya...

aku di amik sejak usia aku 4 hari... satu usia yang aku masa tu tak mengerti ape jua pun... sampai skarang la ni umur aku dah nk masuk 23 tahun...beberapa hari je lagi... ntah la knape lg beberapa hari lagi ni la plak sume musibah dok menimpa aku... memang la luaran tak nampak sakitnya... hati aku siapa yang taw... terseksa..terluka..berdarah..siapa tahu?? siapa???

bukan aku nak menyalahkan kedua orang tua yang jaga aku sekarang... aku taw diaorg dah byk berkorban untuk aku... bagi makan minum pakaian tempat tinggal... yg tu aku memang tak nafikan yang diaorg mamang menatang aku macam minyak yang penuh.... sepenuh kasih sayang diaorg bagi.. hanya untuk aku sorang je... tapi sedar tak aku masih ada benda yang kekurangan... aku tak pernah rasai kasih sayang dari adik beradik...

ye adik beradik... adik beradik kandung aku... sepanjang 23 tahun aku hidup itulah kebahagiaan yang aku tak pernah rasa... kasih arwah mak kandung aku mungkin sesaat aku dilahirkan sampailah umur aku 4 hari..aku dipindah milik... ayah kandung aku tak payah cakap lah... byk yg buruk daripada yang baik... ada yang aku dengar...ada yang aku saksikan dengan mata kepala aku sendiri... ada yang aku tak sanggup dengar kerana ikutkan hati dia sanggup mencederakan darah dagingnya... tapi sekarang entahlah... mungkin dia dah insaf agaknya... apa-apa pun dia masih aku hormati dalam diam walaupun aku tak pernah meluahkan isi hati aku padanya... bullshit la dengan selamat hari bapa! kasih sayang yang sepatutnya dia beri itu tak pernah aku rasai... atau mungkin juga aku tak taw... entah lah... fine..aku tak taw pasal tu...

segala bentuk kekejaman dan penyeksaan itu hanya membuatkan aku semakin marah..marah dengan keadaan..marah dengan situasi itu yang memporak-porandakan keamanan yang cuba dibina sedikit demi sedikit.. angkara orang lain...orang-orang sekeliling yang selama ini aku berdendam akan menuntut bela atas segala-galanya yang terjadi... suatu hati nanti...mereka akan rasakan kafarah pembalasan atas perbuatan mereka itu...

sepanjang 23 tahun ni juga aku pendam sebuah lagi perasaan...perasaan memberontak ketandusan kasih sayang... dari orang.. orang-orang yang aku impikan... orang-orang yang selama ini aku bersusah payah mencari dimana mereka berada.. aku nk bina semula yg terputus.. yang selama ni aku sentiasa angan-angankan kasih itu... entah dapat...entah tak..sampai mati agaknya...

setiap masa aku terfikir...teringat...aku cemburu dengan orang lain... ye aku jealous... aku iri hati tahap mahadewa keling dengan keluarga orang lain!! keluarga bahagia yang aku impi-impikan... dimana bawah satu bumbung mereka bergelak ketawa..bergurau senda..menangis bersama..makan bersama..tidur bersama...mereka saling memerlukan... setiap satunya elemen penting yang menuju ke arah kebahagiaan....

aku pandang sesekelilingku.... sebuah keluarga membawa semua ahli keluarganya bersiar-siar..berjalan-jalan..makan angin... sedangkan aku?? aku hanya duduk dikerusi belakang kereta memerhatikan keluarga itu melalui cermin kereta...

aku menonton televisyen... aku tonton cerita-cerita kehidupan manusia... cerekarama..citra mereka... aku sedih... dalam hati aku merungut... alangkah bahagianya mereka.... kamus hidup aku memang banyak perkataan merungut dan mengeluh... bukan niat nk melawan takdir Allah... tapi hati ini dah sayu...

tiap-tiap hari aku lalui dengan penuh perasaan harap... aku nk ubah takdir aku.. aku nak kehidupan bekeluarga yang lebih baik... yang dapat membahagiakan aku...

setiap hari....aku cuba sibukkan diri aku supaya aku tak teringat pasal benda ni... aku cuba untuk melupakan... ada masa terlupa... ada masanya aku kembali bertemankan air mata... tambah-tambah waktu dok kat umah ni... setiap masa aku terfikir benda yang sama dan serupa...seakan igauan... sebab bila dok kat umah ni aku takde kerja yang boleh menyibukkan diri aku... sangat2 berlainan dengan aku masa sibuk kat uia... langsung tak kesah pasal diri aku... sentiasa sibuk dengan itu ini..... aku rindukan hidup aku di kampus...

setiap kali ada majlis-majlis besar.. aku merasakan diri aku kosong... sejak detik masuk bulan puasa lagi perasaan hiba ni dah datang masuk balik dlm hati aku...bulan mulia...bulan puasa ni la hati aku paling banyak sekali menangis...merintih...mengadu pada tuhan akan nasib diri ni... tambah-tambah bila malam raya yang selalunya setiap ahli keluarga akan berkumpul di rumah... sama-sama pasang langsir...sama-sama buat kuih raya...sama-sama bakar lemang.. sama-sama main bunga api.... tapi aku?? ada orang lain pikir hati aku saat tu..?? saat tu aku tengah ada kat masjid... duduk saf paling belakang dimana tak ada orang nampak aku... dengan basah baju aku linangkan air mata aku sambil bertakbir raya...... itulah yang aku buat setiap tahun di malam raya... ada orang lain taw?? takde.....takde...  tuhan je yang taw....

ingat aku suka tengok cerita hari raya?? dalam tv dok tunjuk semua orang bermaaf-maafan dengan keluarga tercinta... bergembira bersama... aku paling tak suka cerita camtu.... cerita yang akan wat hati aku menangis balik... cukuplah..cukuplah...

untuk orang-orang yang gambarnya aku simpan dalam laptop aku ni... itu kerana korang adalah antara orang terpenting dalam hidup aku... bukan saja-saja aku simpan gambar tu.. koranglah yang aku harapkan mengubati hati aku dah sentiasa luka ni... bukan sekadar gambar..malah gambar keluarga korang pun aku simpan sebab dengan tengok gambar tu...aku harapkan aku juga berada bersama-sama dalam gambar keluarga tu.. menjadi sebahagian daripadanya.... menatap gambar tu tak banyak sikit terubat sakit dihati ni... menumpang kasih keluarga bahagia.. melukut butiran beras yang pada hakikinya milik orang lain.. bukan milik aku... maafkan aku.......

baru minggu lepas aku menangis teruk.. sepanjang hari aku menangis... sampaikan aku terpaksa bertegang urat dengan mak... yang aku yakin dia juga tak faham perasaan hati aku ni... aku rasa nak meraung kuat-kuat masa tu... semuanya atas sebuah pertuduhan tak berasas ke atas orang-orang yang aku cuba untuk sayangi...cuba untuk cintai... tapi aku tahu pertuduhan mak itu bukan bermakna benci.. tapi sebagai peringatan pada aku yang hidup ini kita tak boleh bergantung pada cinta manusia sahaja... masa tu aku terlalu terdesak..terlalu buntu samada untuk menyokong atau menyangkal pertuduhan itu.... sebab adakalanya benar...ada kalanya palsu.... aku teruskan membasahi pipiku sehingga aku temui jawapannya... yang sampai sekarang masih tak aku jumpa...

aku cakap terus terang lah..iman aku memang tak kuat... iman aku sangat rapuh.. mudah je setan nk hasut ke nk bisik-bisik kata-kata dusta diaorg tu.... adakalanya aku terikut jugak.... sebab aku buntu... aku dah tak dapat bezakan mana betul mana salah... sebab takde orang yang rapat dengan aku... yang boleh bimbing dan pimpin...

aku sedar aku siapa... aku cuma seorang penumpang... penumpang kasih sayang orang... penumpang rumahtangga orang... penumpang hidup kat dunia nie... penumpang segala-galanya.... sedangkan aku sebenarnya langsung tak layak untuk meminta-minta...apatah lagi merayu-rayu untuk penuhi impian hati aku.... sebab tak ada orang yang hakikatnya dengar rayuan dan permintaan aku tadi.... bukannya aku tak pernah mintak kat tuhan.... tapi mungkin doa aku tak layak untuk dimakbulkan kerana ketidaklayakkan aku tadi.....

aku mencemburui mereka... aku mendengkikan mereka.. aku ingin saja meragut kebahagiaan orang lain supaya mereka juga rasa keperitan yang aku rasa.... biar semua orang di dunia ini hilang kebahagiaan mereka... agar sama seperti aku.... agar sakitnya seperti aku.....

bagi orang lain rindu itu mungkin wujud sebab mereka pernah tinggal bersama..hidup bersama...susah senang bersama.. sedangkan aku?? mana mungkin rindu itu wujud sebab aku tak pernah hidup dikalangan diaorg! aku tak pernah bersusah senang dengan mereka! rindu itu takde pada sejak mula lagi...... sebab aku ialah seorang penumpang yang tandus kasih sayang yang menjadi tapak asas kerinduan itu dipupuk...

sudah 23 tahun aku tak pernah merasakan kenikmatan mempunyai abang..kakak...adik... orang-orang itu seumpama angin yang tak bertiup di dalam hidupku..... tahu kewujudan mereka tapi tak pernah merasai angin itu...terhijab angin itu untuk bertiup mengelus pipiku.... tak dapat aku merasakan nikmat angin itu....

kalau nk ikutkan hati aku yang selfish ni...memang aku nak saje mengaku yang ada sedara ke x de sedara ke... sama je! sebab selama aku hidup ni pun bukannya aku pernah merasa macam ada sedara... ada kakak ke abang ke adik ke serupa je macam takde... pernah jugak aku dengar orang lain merungut katanya kalau takde adik beradik lg bagus... aman dunia nie... tapi setiap kali aku pikirkan apa yang orang tu kata...hati dan mata aku menitiskan airmatanya lagi.... tak dapat aku sorok kesedihan itu biar apa cara sekalipun... adakah saudara-saudara ini ada untuk menolong di saat-saat kita kesusahan atau ditimpa musibah??? pikir la berkali-kali ada atau tak... semuanya hanya hadir untuk menduga iman kita.. iman aku... mantap ke x mantap... ternyata iman aku memang x mantap...

bila terkenang memang tuhan jela tempat untuk mengadu...sebab dah tak taw nak ngadu kat sape lagi dah... sume tak available... tapi 23 tahun ni kemana entah perginya doa itu sampaikan tuhan taknak atau belum lg nak bg nikmat yang satu ni pada aku.... rasa kecewa pun ada...macam-macam perasaan ada....

aku tak pandai bertawassul... aku tak pandai mengabdikan diri hanya untukNya... aku mengaku aku memang jahil agama.... aku kan bodoh.. byk selok belok agama yang aku tak tahu lagi... aku memang jarang nak layan buku-buku agama....sebab tu aku banyak buat kerja-kerja bodoh..kerja-kerja jahil....

ingin je aku rasa nak menjerit semua kesakitan yang hati aku rasa ini pada si dia yang melahirkan aku... mungkin hanya dia yang dapat memahami kesakitan hati ini seperti sakitnya melahirkan aku.... mak... mak...mak.... aku tiada dapat lagi merasai kehangatan pelukanmu pada saat-saat aku ingin menzahirkan kesakitanku..... aku tiada lagi tempat mengadu dari seorang insan yang sepatutnya arif akan anak yang pernah dikandungnya ini... mak... apakah akan riak wajahmu andai kau masih hidup melihat keperitan yang aku rasai sekarang..? mak... apakah akan sebak kau andai kau mengetahui betapa terlukanya hatiku diperlakukan sebegini oleh manusia-manusia sekelilingku ini... mak... aku harap suatu masa dulu kau pernah berdoa agar kami semua disatukan dalam satu hubungan yang erat... satu hubungan dimana hati kami tidak dibolak-balikkan oleh hati kami sendiri... satu hubungan yang lebih baik dari yang sebelumnya........ mak....katakanlah kau pernah menyebut dan mendoakan itu... katakanlah mak.... katakanlahhhhh.... aku nak sangat-sangat mengaminkannya......mak....T_T.....isk..isk..isk......................

entah berapa lama ntah aku hidup lg untuk menyusahkan orang lain kan? bila pikir balik...orang lain plak yg susah disebabkan aku... cukuplah aku disumpah seranah orang sekeliling.. di hina..di ejek..sejak zaman persekolahan lg aku dah rasa macam-macam mulut orang yang bau longkang ni berkata-kata.. ntahlah... katalah aku hidup paling lama pun 40 tahun je kot... cukup masa nanti kena sakit jantung...darah tinggi... tekanan hidup dan perasaan... lepas tu kiok...maassalamah... kalo hidup lama pun silap-silap tinggal kat tampoi...jadi mcm keluang man... superhero tp gila... tu pun kalo bumi ni tak kiamat lagi la pada masa tu..

hidup ni pun persinggahan je kan... so watpe nak serius dengan hidup nie?? baik pikirkan kematian..pikirkan alam yang bakal kita tempuh... pikirkan amalan kita tu takat mana.. kena campak syurga ke neraka?????

ya allah ya tuhanku... andailah hidup aku ini hanya akan menyusahkan dan membebankan orang lain... jauhkanlah aku daripada mereka...andai hidup aku ini hanya membangkitkan kemarahan dan kebencian orang-orang disekeliling aku... maka pisahkanlah aku dengan mereka... andai hidupku ini tiada maknanya lg di dunia ini....maka kau tunjukkanlah aku jalan ke arahmu... jalan yang lurus... dan ambillah aku jauh dari manusia-manusia ini di dunia... tapi berikanlah aku hidayahmu agar aku dapat bersamamu di syurga yang hakiki itu.... jauh dari orang-orang yang mendustakanmu... tapi dekat dengan saudara-saudara seislamku yang pada aku mereka itulah sebenar-benar saudara di dunia dan di akhirat...

kepada yang lain..maafkan aku kerana di dunia aku tak punya apa-apa...aku tak mampu nk berikan apa-apa pada korang.. aku tak mampu nak berbahagia atau bergembira dengan korang.. sebaliknya aku mungkin hanya menyusahkan korang di dunia ni...sampaikan korang rasa menyampah dengan kewujudan aku di dunia.. tak apelah... aku hanya berharapkan sedikit saham di akhirat akan membantuku untuk bersama-sama kekal dengan penciptaku...allah... aku pasrah kepadaMu......

T_T.... aku dah tak tahan lg.... cukuplah.. cukup........ dah sakit mata dah nie... merah sampai takut nk tgk muka sendiri lg dah............ T_T....

Tuesday, June 21, 2011

sekadar blog murahan...

salam semua... dah lama sangat aku tak update blog ni. broadband 2 bulan tak bayar sampai kena barred... sebab tu tak boleh online... nak wat camne... duit takde nak bayar... berhutang sana sini... tersepit..terkandas...terdesak... sume terrrr ada... sampai rasa nak tercirit pun ada laa.. update status facebook pun pakai henfon je. nasib baik ada kredit yang tinggal beberapa sen tu. bukan mesej sangat pun. calling apatah lagi... takde orang yang nak dimesej atau di call... yang ini sibuk.. yang itu busy.. yang ini program.. yang itu praktikal... yang itu pulak kerja part-time... yang ini pulak busy study... yang aku?? duduk rumah menagih lemak.... dah gemok dah badan ni.. tayar spare pun dah macam tayar spare lori balak...

tak apelah kalau aku tak update blog pun kan... entry semua membosankan.. asyik mengeluh dah bercakap pasal hati... boring kan kan kan? lagipun bukan ade orang yang nak baca... traffic sangat lancar dan clear sampai boleh bawak lumba haram macam kat highway la... setakat 160 org follower tu ape la sangat kalau nak dibandingkan dengan blogger hebat lain kat luar sana yang hit masuk beribu2 setiap hari...follower dieorg masyaallah... boleh buat persatuan laa...

sepanjang cuti ni setiap hari mendatang dan didatangi adalah membosankan... tambah pulak bila tak boleh online lately nie..dah jadi mcm jin dalam botol.. tak tau dunia luar... situasi aku orang lain tak faham.. quote dari kakak kesayangan aku, "mereka kata mereka faham, namun sebenarnya mereka tak faham tapi buat-buat faham." benar sekali kata-kata dia... cikgu la katakan... ceritalah macam mana pun..kalau mereka bukan di tempat aku, mereka tetap tak akan faham... sabar memang sabar... tapi sejauh mana aku boleh sabar... bila aku naik angin mulalah nak menyalahkan itu ini... menyalahkan kerajaan la..orang sekeliling la... dan ada orang yang aku langsung tak dapat maafkan... orang-orang itu aku tetap berdendam sampai akhir hayat aku sebab sesuatu itu terjadi disebabkan mereka... huh..luahan la pulak... lantak la kalau orang-orang tu baca pun statement nie... biar diaorg tau yg satu masa aku akan tuntut bela...... aku tuntut hak aku yang lama mereka perjual dan pergadaikan...

haih... dah merapu dah... masuk isim agaknya... dah la..dah la... sekadar tulis kasi ade entri je... korang baca ke tak baca ke bukan ada effect kat aku pun... bukan tontonan umum pun nak dijaja sana sini... sekadar blog murahan... hahahah.... dah dah.... sakit otak dah nie... adios.... selamat~

Sunday, June 5, 2011

Seorang Wanita, Sebiji Terung


Di Damsyiq (Damascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.
Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang sheikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Sheikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan. Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk. Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Sheikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Sheikh dan tidak faham apa yang didengarnya.
Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Sheikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Sheikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.
Sheikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Sheikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.

Sheikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?

Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Sheikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Sheikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Sheikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya. Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?

Murid itu terus menjawab, ya!

Sheikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?

Wanita itu menjawab, ya!

Maka Sheikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Sheikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.

Setelah selesai aqad, Sheikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita. Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.
Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan?

Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?

Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.

Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.
Diceritakan oleh Sheikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.

Saturday, June 4, 2011

Jalan Seorang Sufi

Latarbelakang

Cerita tentang pertemuan seorang professor universiti dengan seorang tukang sampan sangat terkenal (kebanyakannya dalam versi Inggeris). Secara ringkasnya, apabila ditanya samada tukang sampan itu pernah ke sekolah dan dijawab tidak, professor (yang ingin memberi seminar di sebuah pulau) itu mengatakan “setengah kehidupan kamu sudah habis”. Namun apabila di tengah laut sampan itu bocor dan tukang sampan bertanya samada professor itu boleh berenang atau tidak dan dijawab tidak, maka dia berkata “Seluruh kehidupan kamu akan habis”. Begitu jugalah analogi di antara seseorang yang sudah biasa dengan ilmu duniawi dan alam syariati (tanpa menceduk ilmu hakikat dan makrifat) akan binasa apabila berhadapan dengan alam ghaib dan alam akhirat. Betapa banyak ustaz dan ustazah yang mengajar ilmu agama, tetapi bila sampai ke bab gangguan jin dan syaitan, mereka tidak dapat menolong orang, malah mereka tidak dapat menolong diri sendiri apabila berlaku kerasukan dan sebagainya. Itu belum lagi dengan pengetahuan dan pengalaman tentang alam malakut, jabarut dan sebagainya, apatah lagi alam ketuhanan. Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat adalah disebabkan kebongkakan golongan yang mengaku ulamak tetapi sebenarnya hanyalah ulamak dunia. Mereka merasa hebat dengan ilmu agama yang ada dan segolong ijazah dari universiti terkemuka tertentu, sedangkan hebatnya ilmu terletak kepada taqwa. Mereka taksub dengan ilmu yang mereka pelajari dari buku dan professor, tidak kepada nasab sebenar ilmu Islam. Tidakkah kita pernah mendengar hadith Rasulullah s.a.w “Semua nasab akan terputus di Hari Akhirat, kecuali nasab ku”. Mereka lupa kepada ehsan sedangkan selepas Islam ada iman dan selepas iman, ehsan pula yang perlu dibangunkan. Nabi Muhammad s.a.w bukan saja perlu diteladani secara lahiriah tetapi juga secara batiniah dan ruhiyah! Bibit-bibit ketaksuban dalam beragama semakin jelas apabila timbul fahaman Wahabi yang begitu rigid, tidak menerima pemikiran dan fatwa orang lain serta secara sistematik ingin menghilangkan sejarah Nabi Muhammad s.a.w agar manusia lalai dengan kemodenan dan melupakan tokoh ikutan ummat dari ingatan ummat!


Perjalanan Sufi Muhaqqiqin

Orang Sufi sangat menekankan pengetahuan alam ghaib dan amalan batiniah dikeranakan Allah s.w.t itu melihat kepada amalan hati. Jika alam semesta yang fizikal ini diwakili oleh sebutir pasir di padang Sahara, maka alam ghaib itu diwakili oleh padang Sahara yang begitu luas. Keadaan orang Sufi itu begini: ruh mereka menembus langit dan mengadap Allah s.w.t ketika solat; ketika berzikir, mereka menghantarkan ruh mereka ke falak-falak yang telah ditetapkan atas perintah Allah s.w.t dan bagi yang diiktiraf, mereka menjalankan tugas di alam ghaib sebagai tentera dan utusan Allah bagi membantu dan mengajar manusia. Dalam banyak tugasan ini “hanya yang khawasul khawas akan mengajar yang khawas”. Dengan bimbingan guru yang mursyid, seseorang Sufi itu akan dapat memperjalani setiap ayat Al-Quran sehingga khatam –ini merupakan Sunnah yang telah dilaksanakn oleh para sahabat termasuk Saidina Umar r.a yang mengambil 4 tahun untuk mengkhatamkan al-Quran secara praktikal. Sebahagian dari ahli Sufi akan dapat kembali ke alam “alasti birobbikum , qolu bala syahidna”, memahami rahsia Alif yang ghaib dalam awal Basmalah dan juga rahsia titik Ba dalam Basmalah seperti yang dihurai oleh Saidina Ali. dan sebagainya. Perjalanan sufi ini adalah ke arah insanul kamil (yang dicapai oleh Rasulullah s.a.w dan para nabi a.s). Melaluinya Allah s.w.t mentajallikan sifat dan asma’Nya sehingga dirinya sendiri mempunyai banyak “nama rahsia”. Pentajalian itu adalah seperti yang disebut dalam al-Quran sebagai “tusarriful ayat”.

Dalam menyampaikan ilmu kepada orang awam dan khawas, kaum Sufi tidak hanya menghafal ilmu dan menyodorkan semula ilmu itu kepada masyarakat, tetapi dapat menyerap roh ilmu dan apabila menyampaikannya mereka dapat menghantar manusia yang belajar dengan mereka ke maqam mereka masing-masing. Berapa banyak tabi’in yang mengajar di masjid-masjid pada zaman kekhalifahan Saidina Ali. diberhentikan dan ditegah mengajar ilmu agama oleh beliau (lihat riwayat ini dalam Qutul Qulub oleh Abu Talib Makki) – hanya beberapa tabi'in sahaja yang dibenarkan meneruskan pengajaran mereka contohnya Imam Hasan Basri rah. Ini adalah diatas kehendak Allah s.w.t seperti dalam ayat 24 surah Al Hajj:

Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan diberi petunjuk pula kepada jalan Allah yang terpuji.

Banyak yang mencari dan mengajarkan ilmu tetapi tidak mendapat faedah dari ilmu itu kerena tidak dapat mengamalkannya- dalam erti lain tidak bersiap-siap menerima rahmat Allah melalui jalan amal salih, seperti yang disebut dalam al-Quran 53:39:

"Bahawasanya manusia itu tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya."

Perjalanan ahli Sufi beracuan/templat dengan perjalanan para anbiya, sebab perjalanan tersebut menuju insanul kamil sedangkan para anbiya merupakan insanul kamil yang wajib dicontohi. Oleh itu, akan ada perjalanan-perjalanan yang bernama Musawi, Isawi, Muhammadi dan sebagainya.

Kaum sufi sentiasa bersama Allah kerana mereka tidak pernah meninggalkan zikir pada setiap detik (dipanggil zikir nafas) – inilah sebenar-benar “zikran kathira”. Kehendak Allah sentiasa mendahului kehendak dan cita-cita makhluk, oleh itu biasanya bukti bahawa seseorang itu akan dapat beristiqomah dan diterima oleh Allah ialah si salik itu mendapat hadiah tongkat atau khirqah samada dari gurunya atau dari para nabi atau wali qutub, samada secara zahir atau batin (melalui mimpi). Kata “istiqomah” itu dihuraikan dalam Al-Quran dalam suku kata seperti “aqimis solah, aqimud din, aqimu wujuhakum” dan sebagainya. Selain daripada sentiasa menyucikan diri dengan pelbagai laku mahmudah, mereka sangat berhati-hati daripada terjerumus kepada perbuatan mazmumah sebab keterjerumusan itu berlaku secara perlahan-lahan dalam bentuk “langkah-langkah syaitan” (khutuwatis syaitan, lihat Al An’am ayat 142). Mereka juga memahami dan mengenali hakikat sebenar penampilan (suwar): contohnya penampilan Al-Quran sebagai pemuda yang tampan, solat Jumaat sebagai seorang pengantin dan sebagainya. Imam Al Ghazali ada menyebutkan dalam Rasail ke-9 :

Seorang hamba tidak akan sampai ke surga , kecuali setelah melewati titian as-shirath. Kita tidak dapat berjalan di atasnya , kecuali seperti kita berjalan diatas jalan maknawi di dunia ini.

Renungkanlah!

Ibnu Arabi rah. dalam sebuah suratnya kepada Imam Fakhruddin al-Razi (dipetik dari Jawahir al Maani):

Ketahuilah saudaraku, hanya dua bentuk ilmu yang akan mengikuti manusia ke akhirat. Pertama, ilmu tentang Allah s.w.t. Kedua, ilmu tentang tempat-tempat (mawatin) di Hari Akhirat agar seseorang itu tidak gagal untuk mengenalpasti tajalliyat di sana sehingga dia tidak berkata “Aku berlindung dengan Allah daripada mu” apabila al-Haqq menunjukkan DiriNya kepada manusia ketika itu.

Hakikat Mengenal Diri

Zikir adalah dengan lisan dan kalbu. Zikir lisan adalah untuk menghasilkan zikir kalbu. Zikir kalbu adalah untuk memperolehi muraqabah. Seterusnya muraqabah membawa kepada musyahadah. Ini adalah disebabkan pada peringkat muraqabah teguhlah keEsaan Allah dalam kalbunya dan dengan itu mudahlah melestarikan ibadah kepadaNya. Pada peringkat musyahadah tersingkaplah melalui pandangan batinnya bahawa cahaya kewujudan Keesaan Allah itu meliputi segala sesuatu dan oleh itu nampaklah sifat-sifat dan nama-nama Allah dalam segala ciptaanNya. Maka dia akan sentiasa menyaksikan cahaya Rububiyyah dan tersingkap kepadanya rahsia-rahsia keMahatunggalan Allah s.w.t itu.

Sabda Rasulullah s.a.w “Aku tinggalkan untuk kalian dua pemberi nasihat, yaitu yang berbicara dan yang diam”. Yang berbicara itu adalah Al-Quran dan yang diam itu adalah kematian. Orang Sufi dapat “menghidupkan” suruhan ini dengan melaksanakan zikir berterusan dalam dua cara iaitu secara lisan atau secara dalaman (dalam hati) dan sekaligus melaksanakan “kematian” dengan berada dalam keadaan fana’ atau fana’ baqa’ billah ketika melaksanakan solat dan lain-lain ibadat.

Imam al Ghazali ada menyebutkan dalam Rasail ke-6 tentang ruh:

Ruh itu ada tiga. Jiwa yang arif, jiwa yang ahli ibadah dan jiwa yang zuhud. Jika ketiga jiwa itu berkumpul, kematian dan kehilangan tidak akan membahayakannya. Sebab ia sempurna naik ke alam kesempurnaan. Ia akan memperoleh apa yang tidak ada di dalam surga berupa maqam-maqam ketinggian dan cahaya-cahaya kesucian di dalam Kehadiran Keabadian.

Inilah yang dimaksudkan oleh orang-orang Sufi sebagai “indarobbihim” – di sisi Rabb mereka. Imam Ghazali seterusnya menghuraikan bahawa:

"…dibelakang kenikmatan surga, terdapat kenikmatan lain yang tidak terinderakan, kecuali dengan musyahadah. Sifat musyahadah tidak dapat diungkapkan kerana kelazatan melampaui batasan pengungkapan dan penafsiran."

Mereka yang sudah mengenal diri akan dapat melakukan apa yang Saidina Ali dapat melalui. Kata beliau:

“Tanyakanlah kepada ku tentang jalan-jalan langit, niscaya aku akan menghuraikannya kepada anda …………….”

Penutup

Ketika para professor dari universiti–universiti terkemuka dunia dan persatuan-persatuan sains dunia membincangkan hasil tulisan para Sufi muhaqqiqin seperti Ibn Arabi, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Sheikh Abu Hasan Shazulli dan Imam Ghazali dan kitab-kitab mereka ditelaah dan dikaji oleh pelbagai zawiyah dan pondok pengajian (untuk mencapai ilmul yaqin), seorang Sufi yang telah mencapai maqamnya dapat menyatakan bahawa "hari ini aku dapat belajar dengan sheikh-sheikh yang disebutkan tadi secara ladunni serta dihuraikan kepada ku kitab-kitab tersebut". Malah tidak mustahil untuk seseorang Sufi belajar sendiri daripada guru semua guru iaitu Allah s.w.t sendiri. Seperti kata seorang arif, jika mimpi berjumpa seseorang nabi a.s itu pasti benar, apatah lagi bermimpi (dan belajar) dengan Allah s.w.t sendiri (untuk mencapai haqqul yaqin). Maka, maqam ehsan yang dicita-citakannya itu akhirnya tercapai.

Wallahutaala'alam bissawab.



link berkaitan: http://shuqfaqat.blogspot.com/2011/06/siapa-ahli-sufi-dan-apa-mereka-buat.html

Friday, June 3, 2011

Pesan Si TUA Untuk Si MUDA...

Seorang lelaki tua, miskin dan tinggal seorang diri, ditegur oleh jirannya ketika dia sedang menanam sebatang pokok di tepi rumah kecilnya. Kata jirannya yang muda lagi kaya itu, " Pakcik, pokok durian yang pakcik tanam ni cuma boleh berbuah dalam 7 atau 8 tahun lagi. Tapi sekarang umur pakcik dah lebih 80 tahun. Minta maaf cakap... tapi saya rasa pakcik tak sempat nak merasa buah-buah durian tu nanti..."


Jawab lelaki tua itu, "Memang betul nak... mungkin pakcik takkan sempat makan buah durian ni. Tapi sepanjang hidup pakcik, pakcik pun makan durian yang ditanam oleh orang lain. Pakcik takkan dapat makan durian sekarang kalau mereka tak buat macam apa yang pakcik buat sekarang. Sekarang pakcik nak membalas jasa mereka yang telah menanamkan pokok durian untuk pakcik nikmati buahnya."


akhirkalam:  Orang tua sentiasa mengenang jasa orang lain kepada mereka, walau sekecil mana pun jasa tu. Sebelum pergi mereka akan berusaha untuk meninggalkan kebaikan supaya dapat dinikmati oleh orang yang akan ditinggalkan. Orang muda pula ada sebahagiannya yang sanggup berparang dan berbunuhan demi merebut harta yang ditinggalkan oleh arwah orang tua mereka....


related link: http://azwaamani.blogspot.com/2011/06/pesan-situa-kepada-simuda.html

~~durian ajaib!!~~

Siapa Ahli Sufi dan Apa Mereka Buat?

Pendahuluan

Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan para waliyullah sehingga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tariqat yang muktabar di alam Melayu. Ini kerana rata-rata sedikitnya pakar rujuk yang berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini. Daripada pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk untuk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yang berwajib melainkan kepada orang lain yang “menyamar” menjadi pakar rujuk itu. Oleh itu, orang awam yang membaca laporan dan berita negatif tentang orang Sufi mudah percaya dengan laporan tersebut sehingga mereka memandang serong orang Sufi dan orang yang bertariqat. Akhirnya, intipati dan mahkota ajaran Islam yang terpendam dalam ajaran tasawuf atau Sufisme itu terus terpendam, tidak dihargai dan yang parah lagi tidak dapat direalisisakan dalam bentuk amal dan perbuatan masyarakat Melayu yang semakin rapuh dan ternoda dengan pelbagai gejala sosial aliran Barat.

Ahli Sufi dan ciri-cirinya

Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah. Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik (pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai. Bukti-bukti utama antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian para wali qutub. Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t daripada mengenali waliyullah. Ini benar kerana mereka manusia biasa yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi fizikal dan penampilan luar). Jadi, seorang salik yang tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w, para anbiya’ a.s, Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan dalam mimpi.

Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali qutub (contohnya Sheikh Abdul Qadir Jailani, 
Sheikh Ibnu Arabi, Sheikh Abi Madyan dll). Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup (bertaraf waliyullah). Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah, amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu. Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga, guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dengan orang atau membuat kerja-kerja harian. Laku yang paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah. Cara membawa zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting, agar tidak jatuh ke dalam syirik khafi. Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat–ayat mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman (contohnya apabila membaca surah al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan mereka, atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kepada mereka dan sebagainya).

Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi langsung berjumpa dengan mereka (dalam banyak hal secara yakazah, bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang Nur Muhammad dan martabat tujoh. Sebagai pembuktian, mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib). Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam-alam malakut, alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy, Kursy, Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan menghadiahkan nama rahsia, istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai umatnya yang setia.

Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru mereka. Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya. Walaupun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang diperuntukan .

Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi, keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal. Mereka tidak mengeluh sebab mereka tahu itu syirik khafi. Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang bahagia kerana terdorong oleh cinta, kasih dan rindu yang tersangat kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dengan manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka boleh berbicara dengan ruh-ruh (baik manusia yang hidup mahupun yang mati). Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri. Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini, melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain, tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al–Haqq.

Orang Sufi dan orang awam

Orang awam yang dikalangan mereka terdapat orang Sufi sangat beruntung. Mungkin yang membaca doa dan menjadi naqib dalam suatu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat, tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (kemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat, ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah s.w.t (biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yang mursyid – criteria lulus ini agak ketat seperti tiang Arsy mesti bergegar, 4 malaikat utama mesti turun, 6 perkara mesti dibawa dalam doa dan banyak lagi). Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Walaupun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat yang jelas mereka boleh mengubati orang lain–seperti mementang syihir, memindahkan penempatan jin, mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain-lain. Tapi, masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sebab mereka sibuk dengan urusan diri mereka sendiri. Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “ assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah”. Mereka dapat memasukan “cahaya” kepada si-mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.

Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewalian. Itu sebab tariqat mereka kadang-kadang tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tariqat kenabian. Ini kerana mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yang 25 atau kadang-kadang lebih dari satu). Ini adalah perjalanan para nabi a.s seperti yang dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al–Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dengan Nabi Khidr a.s (dan mungkin juga Nabi Iliyas a.s). Selain daripada para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seorang atau keempat-empat sahabat Rasulullah s.a.w yang utama dan (atau) dengan empat malaikat yang utama.

Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t, mereka dikenali di langit dengan nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dengan para makhluk yang jahat, makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. Mereka sentiasa duduk dalam cinta, kasih dan rindu kepada Allah s.w.t dan doa mereka adalah “Wahai Allah, jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”. Kerana ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan, mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa. Bila mereka member salam kepada ahli kubur dengan salam “Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka, sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.

Jika ahli Sufi ini berada dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-orang yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) untuk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t contohnya seperti melihat pena melakar bulatan dengan ditutup dengan titik tengah atau dokumen dimasukkan dalam peti berkunci (boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan sebagainya.

Jalan Menuju Makrifatullah

Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar - takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi, mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menhendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an. Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah, lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah, lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan, Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah, kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi, salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.

Kesimpulan

Menjadi satu paradoks moden bahawa di Barat semakin ramai Islamologis yang mengkaji tentang Sufi dan Kesufian (Sufism) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdapat banyak usaha untuk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam) itu sendiri , sedangkan Islam yang sebarkan ke Nusantara, India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tariqat. Fenomena “kacang lupakan kulit” ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku, agar Islam termaktub dalam lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan, perbankan atau sistem-sistem lain. Pada hari ini, Negara yang mendokong Sufi seperti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan, negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.

Sekian, sedikit sebanyak yang ingin saya sampaikan secara ringkas tentang siapa itu ahli Sufi.
Wallahualam bissawab.
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top