Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Monday, November 30, 2009

XXVIIII. Once upon a time… (Grade 1)

tiba-tiba aku terasa nak tulis balik kenangan aku masa aku darjah satu. SRK Jalan Bellamy. itulah nama sekolah aku dari darjah satu sampai darjah tiga. pastu aku dah pindah sekolah lain.

terletaknya sekolah ni dekat dengan istana negara. padahal aku tak pernah nampak pun Agong lalu berdekatan. mak aku jadi cikgu kat sekolah ni dulu. tu yang aku end up masuk sekolah ni. tapi masa aku masuk sekolah ni mak aku pindah pulak sekolah lain. hampeh sungguh.

aku masih takut untuk bergaul dengan kawan-kawan. tiap-tiap hari waktu rehat dan selepas habis sekolah aku akan panjat kerusi kayu dan call mak aku kat sekolah baru dia. rindu. padahal hari-hari jumpa. manja lagi time tu. sekarang baru belajar berdikari.

nak kata aku pandai masa darjah satu takde la sangat. aku tak fikir pun yang aku tengah belajar. cikgu bagi latihan aku buat. suruh lukis aku lukis. suruh buat itu ini aku buat aje tanpa berfikir kenapa cikgu suruh aku buat benda-benda sedemikian?

mungkin sebab mak aku dah biasa bagi macam-macam latihan kat rumah. kebanyakkannya Matematik la. aku pulak suka mewarna. melukis memang hobi aku. watak utama adalah Doraemon dan Goku. zaman tu tengah top komik tu. memang pujaan hatyku.

waktu Pendidikan Jasmani adalah subjek kesukaan setiap pelajar. permainan kegemaran ialah badminton dan bolasepak. adalah sekali dua main ‘roundes’. game ni macam ‘baseball’ dan ‘softball’. yang pasti lepas pukulan kena bola, kena lari keliling padang. penat la bodoh. ingat budak umur 7 tahun kuat sangat ke? pelajar yang tak bawak baju sukan akan di denda oleh cikgu. kutip sampah ke. lari keliling padang ke. sama macam main ‘roundes’ gak. bezanya pakai baju sukan atau tak. paling teruk kena cuci jamban ke. kecik-kecik lagi cikgu dah layan budak-budak macam banduan penjara. zalim ya amat.

kring!!! waktu rehat untuk tahap 1 pukul 10.15am. tak cukup senaman waktu Pendidikan Jasmani. waktu rehat main kejar-kejar lagi sambil ‘spray’ aiskrim ‘pop’ yang tak beku kat kawan-kawan. satu 10 sen. bukan nak buat makan benda tu. kecik-kecik dah pandai membazir. habis rehat je badan dan baju melekit kena gula aiskrim ‘pop’.

aku masih ingat lagi hari tu. hari anugerah cemerlang. cikgu suruh aku amik hadiah. aku tanya kenapa kena amik hadiah? cikgu cakap aku pandai. cemerlang dalam ujian. eh, bila masa aku amik ujian? tak sedar pun. aku dapat tempat kedua dalam kelas masa tu. celaka punya budak. ada yang lagi cemerlang dari aku. budak tu anak cikgu jugak. cikgu Bahasa Melayu. aku benci cikgu tu. bajet body lawa sangat. pikir dirinya Angelina Jolie. anak dia pun bajet bagus jugak. gila pangkat masa tu. rasanya sekarang dia main kriket untuk squad kebangsaan.

indahnya zaman tu. zaman penuh dengan keceriaan dan permainan. tak sedar ada exam. tahu-tahu je dapat hadiah anugrah cemerlang. kalaulah sekarang kat universiti pun macam tu jugak. tahu-tahu dah graduate. mengarut dah aku ni.

bersambung…Grade 2

Sunday, November 29, 2009

XXVIII. Apabila roh mengusai jasad

aku baru balik ceramah kat masjid tadi. menarik jugak la isi kandungannya. tajuknya aku tak tahu sebab aku lambat sampai. lepas solat Maghrib aku pun bersila mendengar syarahan…

aku tertarik dengan perbandingan antara manusia biasa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Apa bezanya kita dengan Nabi? Kita manusia. Dia pun manusia jugak kan? Tap kenapa kita susah nak beribadat macam Nabi? Kenapa Nabi boleh buat 1000 rakaat dalam satu malam tapi kita nak tahajud 2 rakaat pun tak boleh bangun? Lemahnya manusia biasa ni. hek eleh…aku pun sama.

Kenapa kita bangun pagi mesti cari makanan? perlu ada sarapan, roti canai, cekodok, nasi lemak? koko krunch? nabi tak perlu bekehendakkan itu semua. nabi tak berkeinginan untuk menjamu seleranya. seleranya hanya dengan menghadap Allah setiap masa dan ketika.

Mungkin ada tersiratnya tasauf yang manusia biasa belum tahu. Nabi dan sahabat-sahabat yang terpilih telah dipakaikan dengan ‘pakaian malaikat’. Pakaian malaikat bermaksud mereka tidak perlu tidur, makan dan minum atau bernafsu seperti manusia biasa. Hidup mereka hanya untuk Allah s.w.t. Ketika mereka sedang ‘berasmara’ dengan isteri mereka sekalipun, ingatan mereka hanya pada Allah. Demikianlah mereka yang dikurniakan pakaian malaikat. Hanya malaikat yang mempunyai sifat-sifat ketaatan sedemikian. Sungguh level dewa.

Sedang Nabi tidur sekalipun, kenyangnya hanya cukup dengan kalimah Subhanallah. Apabila bangun, dia tak berkehendakkan makanan. tak macam kita. bangun je lapar, mula la pergi dapur, cafe, dan tempat-tempat menjamukan santapan.

Cuba kita pikir kenapa kita tak boleh nak buat 1000 rakaat dalam satu malam? Apa yang membataskan kita? mengantuk? penat? semput? lapar? nak peluk bini? semua itu adalah disebabkan fizikal kita yang terhad. Andai kata roh kita lebih berkuasa daripada jasad, jangankan 1000 rakaat, puasa terus setahun pun boleh. Apabila rohani menguasai fizikal dan jasmani, itulah yang menjadi rahmat pada para-para nabi dan ulama’.

Ambil contoh Nabi Sulaiman lah. Beliau dikurniakan roh yang begitu kuat sehinggakan Istana Balqis yang ada kat Yaman tu boleh dibawa ke Syam dalam masa kurang dari sekelip mata. Bayangkan kat dalam istana tu ada 80 buah bilik. tu dah sama dengan level hotel 5 bintang zaman sekarang. Zaman tu tak payah cakap kapal terbang la, kren jentolak pun haram tak wujud lagi.

Fikirkanlah kuasa yang ada pada Sulaiman, apatah lagi kuasa Allah. Tak tergambar lagi betapa kuatnya tuhan yang maha kuasa. tak ada yang mustahil. barang siapa percaya dan berdoa pada Allah, nescaya permintaannya akan dikabulkan…

Begitu jugaklah yang berlaku kat ahli-ahli sufi dan musyahadah. Mereka telah mencari dan mengetahui hakikat Allah yang sebenarnya dengan melihatnya melalui matahati. Matahati kita manusia biasa ni lain pulak yang ditengoknya. Menyimpang bonar.

Mereka tadi telah mentauhidkan dan percaya pada keesaan Allah yang satu. Mereka dikategorikan sebagai insan-insan yang tak perlu berkehendakkan pada dalil sebagai bukti untuk menyokong hujah-hujah. Kita ni sikit-sikit tanya mana dalilnya? mana buktinya? no proof no follow. sebab kita sendiri masih was-was dan berprasangka untuk mengikut sesuatu ketetapan. belum cecah lagi maqam para ahlil sufi. Fikirkanlah…

Sekadar bercerita. untuk renung-renungan dan keinsafan bersama. Wallahualam…

 

Saturday, November 28, 2009

XXVII. broadband oh broadband…

sekarang ni semua orang asyik pakai broadband. pergi sini broadband. pergi sana broadband. di mana-mana sahaja broadband. sorang demi sorang kawan aku beli broadband. mereka ni bila dah ada broadband mulalah. main Facebook 24 jam. baru komen sikit dah masuk reply. kejap kang masuk lagi. tak sampai seminit kang masuk lagi komen.

nak kata murah, boleh tahan la harganya. setakat Celcom tu, sebulan RM 50 pun dapat. yang mahal modem je. tapi sekarang dah ada macam-macam pakej. sign kontrak setahun dapat modem free. memang tak ada masalah untuk student-student beli. apa lah sangat broadband ni. aku dapat baca hati diaorang taw.

tak nafi la internet memang penting. tambah-tambah zaman sekarang ni. assignment, tugasan, tesis, dan spesis dengannya memang memerlukan sumber-sumber digital sekarang ni. ada maklumat yang tak ada dalam buku. hanya boleh di dapati di alam maya. maka berlakulah kes-kes plagiat, gunting-dan-tampal, salin-dan-tampal, tampal menampal dan sebagainya. tu yang pensyarah naik hangin satu badan tu. maka jangan terkejut kalau pensyarah anda boleh bertukar warna menjadi hijau. humang aii…

kalau kat UIA tak ada la aku risau sangat pasal internet ni. Wireless bersepah. tinggal rajin atau malas je nak pergi cari port. kalau dalam bilik tu dapat wireless, maka rajin la aku online. kalau terdesak nak online pandai-pandai la cari port.

tinggal masalahnya kalau aku balik ke rumah. kat rumah aku ada dial-up connection je. guna wayar telefon. ol’ skool la katakan. indie gitu. aku tak cukup mewah untuk pasang Streamyx kat rumah. agak ketinggalan la bagi aku yang hidup tahun 2009 ni. online tu dapat la. tapi kelajuan tu amatnya sipot babi sifatnya. penantian suatu penyeksaan. kadar kelajuan untuk ‘loading’ website-website zaman sekarang memerlukan speed sepantas kilat. jauh seperti langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan sipot babi tu. memang b***!!!

agaknya dalam tempoh 10 tahun lagi. kat mana-mana mesti ada sambungan wireless. tengah membuang sisa pepejal kat jamban pun boleh online lagi. “Kau online kat mane?” “Kau sibuk la! Aku tengah fokus ni! Tumpuan mesti diutamakan!” “OK. OK. Dah ‘settle’ nanti bagitau aku!”

p/s: nak tunggu WiMAX dah ada kat Gombak baru aku fikir nak beli broadband jugak. hehehe…

XXVI. jam biologiku dah biol…

masa exam week hari tu adalah satu tempoh yang cukup menguji keimanan. boleh kata tiap-tiap malam aku bersengkang mata untuk tak tidur. punya la aku tahan mata tuhan je yang tahu. macam-macam cara yang aku guna. minum nescafe. tongkat ali. makan gula-gula. sampai ada tahap aku search kat Google cari petua nak ‘stay up’. tapi kalau mata dah tak tahan sangat aku tutup je buku. dah mantong nak buat camne kan.

kroh…kroh…sedapnya tidur…

sekarang exam dah habis. aku pun dah seminggu habiskan masa kat rumah. dengan keluarga tercinta. tapi sampai hari ni satu tabiat aku susah betul nak ubah. ni gara-gara exam hari tu la. suruh study awal-awal tak nak. tunggu sampai saat terakhir. memang cari bahana.

tabiat tidur sampai lewat pagi dah jadi kebiasaan aku. kadang-kadang malam aku ‘stay up’ sampai 4 atau 5 pagi. dah lepas subuh baru nak tidur. tengah hari baru bangun. silap-silap lajak sampai petang.

dah terbiasa buat benda tu. jadi susah la nak tidur dan bangun waktu normal. kena sampuk Batman agaknya. dulu pernah dia offer jadi Robin. tapi aku tolak sebab masih belajar.

jam biologi aku yang normal pun dah jadi macam Batman. siang lelap malam celik. kena setting balik ke ‘default’ ni. kalau tak parah. semester baru dah nak bukak. azam dan niat tu ada…

tapi sampai ke hari ni belum ada masa nak setting balik jam aku ni. tunggu je la labuuu…

NOTIS 2

salam semua pembaca setia blog saasatul-ibaad - 
mataHATI ke mataDUNIA


sori la agak lama tak post topik baru. bukan tak nak post. tapi malas nak online. hahaha. so masa yang terluang diisikan dengan men'draft' seberapa banyak post yang boleh.


maklumlah tengah cuti semester ni idea mencurah-curah masuk dalam otak. masa pun banyak kan. cuma keinginan nak online tu kureng sikit. maaf ya.


tapi kalian jangan risau. ada banyak post baru yang aku baru post yang boleh mengisi masa lapang dan sibuk korang kalau korang level obses dengan saasatul-ibaad. yeah! that's the way baby!!!


korang boleh la memerah otak korang untuk berfikir secara mendalam mengenai topik-topik baru dalam blog ni. selam hingga ke laut dalam. sehingga boleh buat korang tak tidur malam dan akan terbawa-bawa dalam mimpi kalau korang tertidur jugak. padan muka. sape suruh tido? ahahaha...


ape-ape pun. post-post baru saasatul-ibaad penuh dengan provokasi minda dan bahan-bahan ilmiah yang terbuka untuk sesiapapun berhujah. insya-Allah~


-salam dari tukang tulis-

Friday, November 27, 2009

XXV. Islam itu perjuangan sampai ke mati!!!

hari ini umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di padang Arafah. tanah haram bagi orang-orang Islam (maksudnya orang bukan Islam haram jejak kat tempat ni!). tempat pertemuan pasangan kekasih pertama dunia, Adam dan Hawa. hari di mana Nabi Ibrahim diperintahkan Allah untuk menyembelih anakandanya Nabi Ismail. lalu digantikan dengan seekor kibas.


detik-detik keagungan Islam bermula disini. sejarahnya. kegemilangannya. penyebarannya. suatu epik masa lampau yang benar terbukti kesahihannya. sesungguhnya Islam itu agama yang terbukti kebenarannya sejak terciptanya manusia pertama di dunia.


hari Arafah. hari pengabdian manusia-manusia yang menganuti agama samawi ini dengan menunjukkan sifat-sifat kehambaannya. hari manusia-manusia berkumpul dengan satu warna, putih. warna yang simbolik kepada kedudukan setiap manusia adalah sama disisi tuhannya. warna perpaduan dan kekuatan agama yang diredhai Allah ini.


jihad_horsehari Arafah. hari semua manusia merasai ujian kepanasan padang pasir Arafah. hari penyucian dosa yang bertimbun-timbun sepanjang hidup mereka. hari malaikat bersama-sama jemaahnya beribadat pada tuhan yang Esa. mereka turun dari langit tuhan dengan laungan ‘Labbaik!’ Laungan makhluk-makhluk ciptaanNya dengan keazaman yang kukuh. Laungan yang membawa makna “Kami datang kepadaMu wahai tuhan kami!!” Laungan yang menggegarkan tujuh petala langit dan bumi mengisytiharkan pengertian Hamba yang agung manghadap Tuhan yang Maha agung.


simbol pengtauhidan yang mengakui Allah itulah penguasa setinggi-tinggi langit dan serendah-rendah bumi serta segala isi di antaranya. hari pengharapan semua manusia-manusia agar menjadi calon keredhaan Allah dunia akhirat.


ketika inilah manusia berebut-rebut mencari tuhan setelah lama lalai dan leka dengan nafsu-nafsi duniawi. mereka datang bergolok bergadai harta benda yang dikumpul bertahun-tahun. semata-mata untuk menjejakkan kaki di bumi para anbiya, para rasul, para sahabat, para ulama dah pusat dunia ini. mereka pasrah tinggalkan nak bini dan keluarga demi manyahut seruan maha agung. mereka telah menetapkan iman mereka untuk menyerahkan segala-galanya atas nama Tuhan yang satu.


islam-jihad-flag-al-rayajpgmereka telah bersumpah untuk menjadi pejuang tentera Fi-Sabilillah! andai mati, mayatnya di angkat syahid. suci tak perlu dimandikan. diangkat terus ke langit menjadi kalangan ahlil jannah…
pejuang-pejuang seperti ini makin hilang di dunia. makin pupus di telan arus zaman. makin lenyap berikutan makin jauh jarak dari zaman Muhammad  s.a.w! hilang pedoman selama lebih 1400 tahun. dugaan Tuhan pada manusia alaf baru.


wahai saudaraku. bangkitlah! gagahkan dirimu yang kian lemah itu. kukuhkan kembali tiang dan tembok kota gah Islam! bina kembali laungan ‘Allahuakbar!’ dan ‘Lailahaillallah!’ konsep kesatuan Islam yang jitu. Naikkan kembali semangat pemuda pemegang panji-panji dengan kalimah ‘Lailahaillallah!’ Hidupkan kembali keistiqamahan Sunnah-sunnah dengan kalimah ‘Muhammad Rasullullah!


tunjukkan pada kafirun bahawa kita masih hidup dengan dua kalimah syahadah yang agung itu! kalimah penentu kita akhir dengan syurga atau neraka membara! kalimah yang disematkan tauhid rubbubiyyah! bersama dengan agama abdi rabbaniyyah! beserta kalam uluhiyyah…


bersamalah kita berdiri gagah. mengangkat pedang keagungan Islam sejak sekian lama. berbanggalah kita lahir sebagai pejuang agama. sekiranya diberi pilihan antara maut atau manjadi kafir, maka pilihlah hujung pedang didadamu dengan yakin bahawa kalimah syahadah itulah kemenangan yang jelas dan nyata.


p/s: andai berdiri, banggalah kita menegakkan Islam. andai jatuh, bangkitlah semula memacu kuda perangmu. andai syahid, Allah redhai kita penghuni syurga…

XXIV. the standing in Arafah

the standing in Arafah. saje aku pilih caption yang catchy sikit. belum pernah guna english lagi untuk tajuk post kan. hehe. Arafah. Sinonim dengan salah satu tempat wajib untuk dilawati dalam rukun Haji.
Arafah. tempat juga terletaknya Jabal Rahmah (Gunung Rahmat). tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka lama terpisah akibat dibuang dari syuwukuf181207-5rga Allah. pertemuan pasangan kekasih pertama dunia. ada orang kata kalau nak cepat jumpa jodoh berdoalah kat tempat ni. Wallahualam.
Arafah. juga sinonim dengan Padang Mahsyar. tempat tandus dan kering ini bakal dipenuhi lebih 2 juta umat Islam setiap kalinya tiba musim Haji. Aku ada la pengalaman sikit-sikit sebab aku dah pernah buat haji. tapi tak berapa ingat sangat sebab masa tu aku baru 5 tahun. hehehe.
jutaan manusia berbalutkan kain putih sebagai simbol kesucian kita ketika menghadap Allah. satu warna. satu iktikad. satu kalimah ‘Lailahailallah’ terpahad di dada setiap insan yang hadir pada waktu itu. mereka menadah tinggi tangan ke langit tanda pengharapan mereka pada tuhan yang satu.
airmata dan titis-titis jernih dari kelopak mata berguguran pabila mereka tidak dapat menahan sebak di dada. pengampunan hakiki yang mereka pohon setelah bertaubat dari segala lagha dunia. dekat. terasa dekat mereka dengan sang pencipta. tatkala sang pencipta mendengar keluh kesah dan rintihan pilu hamba-hambanya.wuquf-2008
Padang Mahsyar. perhimpunan agung seluruh umat manusia pada hari akhirat. bilangannya jauh lebih berganda-ganda daripada yang di Arafah. ada yang mati terhimpit. ada yang mati terpijak. sesungguhnya syurga menanti mereka yang dikehendakiNya. ada jugak manusia yang memang saja menunggu masa untuk dicabut nyawanya disini. mati dalam iman katanya… hanya tuhan yang tahu…
bibir tak henti-henti melaungkan talbiyah, menitipkan zikir dan wirid, memuji-muji tuhan dengan keagungan Asma wa SifatNya. masing-masing khusyuk dengan urusan peribadi mereka dengan tuhannya. seorang demi seorang mindanya melupakan urusan dunia seketika. ini masanya mereka dijemput menjadi tetamu Allah. jadi kenalah layan tuan rumah dengan penuh hormat dahaji21n respek.
sepanjang hidup mereka, tak pernah mereka rasa perasaan begini. satu perasaan yang amat sukar diungkap dengan kata-kata. kemanisan beribadat itu terasa nikmatnya. sekali seumur hidup. susah untuk merasai kali kedua.

p/s: aku dah lama x pergi Mekah. x kesahlah Haji ke Umrah ke. aku rindu… aku rindu… aku rindu menjadi tetamuMu Ya Allah… =’(

XXIII. just a little thought across my mind…

kadang-kadang aku berfikir, merenung langit ciptaan Allah seketika. memang nampak poyo. tapi ape orang nak kata lantak lah. aku tak ganggu urusan kau pun hah!
berfikir di mana akhir tuju jalan kita. betul ke haluan yang aku ikut ni? betul ke cabang-cabang, ranting-ranting, simpang-simpang yang aku terokai selama ini? kat mana aku nak tau kebenaran jalan yang aku ikut tu? siratul mustaqim lah yang aku idam-idamkan. semoga bertemu jalan kebenaran. amin!
sekarang tengah cuti semester. hari-hari yang berlalu aku habiskan dengan menjadi seorang pemikir. macam-macam aku pikirkan. masalah dunia, masalah politik, masalah kewangan, masalah kahwin, masalah study, masalah kedai kopi, syarikat, hutang dan lain-lain masalah duniawi. tapi selalukah kita pikir tentang permasalahan agama? masalah aqidah, dakwah, sunnah, wahhabi, pengganas, Osama Laden, Ahmadinejad, Obama, Hameed Banzai, Muammar Gadaffi, Dafi AF dan sebagainya… tengok. aku dah mula mengarut. stop! stop!
dewasa ni, hobi aku masih mengetuk-ngetuk keyboard di laptop untuk di paparkan di blog aku. seperti yang korang semua tangah baca sekarang. semua hari-hari yang akau lalui mane yang sempat aku luahkan kat blog ni. sekadar tempat leuahan perasaan. ade jugak kadang-kadang aku jadikan tempat untuk pelayar-pelayar blog berdiskusi atas topik yang diutarakan dan diselatankan.
topik ape tu bergantung. bergantung kepada apa yang aku rasa nak tulis. tapi malangnya orang malas nak baca. aku pun tak tahu ape sebenarnya yang blogger-blogger ni cari? blog yang cantik atau isi yang berilmiah? haa…yang ni open for discussion. take note ok. hehe.
akhir-akhir ni selalu jugak pergi dengar ceramah, tazkirah. ade yang best. ade yang tak puas hati. tu semua biasalah. untuk orang yang boleh berfikir. tu lagi baik dari orang yang sumbat je semua input tapi tak faham sepatah haram jadah.
jadi mana yang aku rasa baik untuk aku kongsi dengan semua orang, aku publish la kat blog ni. aku sedaya upaya cuba untuk menjadikan isi blog ini sebagai tontonan awam. ‘U’ gitu. semua orang boleh tangok. tak terhad pada kawan-mawan, sedara-mara, sepupu-sepapat dan lain-lain spesis yang wujud kat mukabumi ni.
blog ni boleh jadi medium dakwah. bukan sekadar penyebaran agama. pengalaman, luahan, apa-apa pun boleh. nama pun aku punya blog. suka-suki aku lah nak tulis ape. ye tak?
feel free to browse this blog. baca macam BAPAK korang yang punya. tak kesah nak baca terbalik ke, senget ke, sengal ke, songsang ke, flipside ke. cuma jangan buat blog ni macam KAU yang punya. haru nanti…

XXII. kisah benar pengorbanan agung di dunia (part 2)…

peristiwa korban atau sembelihan yang dipraktikkan hari ini sestiap kali tiba Hari Raya Haji untuk orang yang pergi wat haji kat Mekah dan Hari Raya Korban untuk orang yang buat ibadah korban. jadi orang yang tak buat dua-dua benda ni tak sambut raya lah? salah tu. kedua-duanya berhubung kait. menunaikan haji itu juga pengorbanan. bukan calang-calang pengorbanan. zaman sekarang kalau tak ada RM 15k, jangan harap la nak buat haji. tapi kalau umrah lepas la. bila lah aku nak buat haji lagi. cepatlah Ya Allah murahkan rezeki aku.
Aku nak bercerita sikit. mungkin ada yang dah tahu. mungkin ada yang baru nak dengar. selalunya siapa-siapa yang dengar khutbah raya aidiladha tahu la tak banyak sikit pasal true story ni. ceritanya bermula…
lembu-korban Nabi Ismail pada masa tu lebih kurang dalam 7 tahun. yang pasti dia dah boleh tolong ayahnya Nabi Ibrahim bekerja. umur bukan benda yang kita atau siapa-siapa nak jadikan topik perbualan. jauh sekali berhujah bilakah umur yang sesuai untuk korbankan seorang anak. itu perkara remeh. dah lama lepas kot. dah beribu-ribu tahun.
Nabi Ibrahim dalam tidur tiba-tiba mendapat satu mimpi. biasa bagi para-para nabi dan rasul untuk mendapat petunjuk atau wahyu melalui mimpi. dalam mimpinya dia diarahkan untuk menyembelih anaknya Ismail. kalau orang biasa mesti dia pikir itu semua mainan tidur. apekejadah aku nak ikut! tapi bagi Ibrahim, dia memikirkan tentang mimpi itu. apakah benar arahan dari tuhan ataupun gangguan syaitan? hari itu adalah tanggal 8 Zulhijjah (tahun aku tak tahu) dan dinamakan Yaumul Tafakkir iaitu hari untuk Ibrahim berfikir tentangt mimpinya.
pada malam keduanya, Ibrahim didatangi lagi mimpi yang sama lagi dalam tidurnya. apabila Ibrahim tersedar, dia tahu bahawa ini adalah arahan dari Allah. bukan permainan tidur oleh syaitan. hari ini adalah tanggal 9 Zulhijjah dan dinamakan Yaumul Arafah. bermaksud hari dimana Ibrahim mengetahui maksud sebenar mimpinya.
pada malam ketiga, mimpi yang sama mendatangi Ibrahim lagi ketika dia sedang tidur. apabila tersedar, dia terus bangun dan membawa anaknya Ismail ke sesebuah tempat. lebih kurang time subuh gitu laa. di sana Ibrahim memberitahu Ismail tentang mimpinya bahawa Allah mengarahkannya untuk menyembelih anaknya Ismail. (Jangan tanya kenapa pilih Ismail, tak pilih Ishaq! Tu bukan kerja kita!) Ismail redha dengan keputusan itu kerna itu adalah arahan dari tuhannya. nak tak nak kenalah patuh ye tak? pasti ada hikmah di sebalik semua ini. sebab dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
tapi kalau akulah kat tempat tu… kus semangat! tak sanggup den! pikir la sampai otak tu bersepai… memang dilemma seorang anak!
tapi Ismail tenang. Ibrahim mengarahkan anaknya berposisi baring. Tiba-tiba Ismail berkata kepada ayahnya supaya mengikat kaki dan tangannya. jika diikat, maka Ismail tidak akan menggelupur. darah-darah tidak akan memercik dan mengotorkan baju ayahandanya Ibrahim. jika Ibrahim pulang dan Siti Hajar mendapati darah itu adalah darah Ismail, tidakkah dia akan bersedih? Lalu Ibrahim mengikat kaki dan tangan Ismail.
Ketika Ibrahim telah mengeluarkan pisau, tiba-tiba Ismail bersuara. dia meminta ayahandanya membuka ikatan kaki dan tangannya. dia menjelaskan, apakah nanti Allah akan berasa kecewa apabila melihat nabiNya Ismail datang bertemuNya dengan tangan dan kaki terikat? apakah itu bermaksud Ismail dengan tidak sepenuh hati mengorbankan dirinya kerana Allah? Ibrahim pun membuka ikatan Ismail…
Ketika Ibrahim meletakkan pisau di leher Ismail, cubaan untuk menyembelih anaknya itu gagal. Puas di cuba namun pisau itu tidak berjaya memotong leher Ismail. Dengan kuasa Allah, tiba-tiba Ismail yang sedang berbaring itu ditukarkan dengan seekor Kibas yang gemuk. kemudian barulah penyembelihan berjaya dilakukan.
Kibas itu bukan sembarangan binatang sembelihan. Ia diturunkan Allah dari syurga. Setelah di ternak selama 40 tahun waktu syurga. Sesungguhnya itulah sembelihan yang agung!
mereka dua beranak bersyukur atas kejadian ini. sesungguhnya Allah itu maha Kaya dan maha Penyayang. segala puji hanya untuknya! hari itu adalah tanggal 10 Zulhijjah yang dinamakan Yaumul Nahar bermaksud hari penyembelihan.
jika kita tengok secara keseluruhan. setiap perkara yang berlaku kepada Nabi Ibrahim dan Ismail adalah ujian dari Allah. Dia sekadar menguji tahap keimanan hambaNya. ternyata pengorbanan Ibrahim dan Ismail tidak mengira harta dan nyawa. Kesemuanya adalah milik Allah dan kita hanya diberikan mandat untuk menguruskannya sahaja.
Allah memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah juga menarik balik dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah berkuasa dalam menentukan sesuatu apa pun di alam ini.
signifikannya, umat Islam pada hari ini mengerjakan ibadah haji dan penyembelihan binatang ternakan kerna mereka telah diutus untuk berjuang di jalan Allah. mereka ini dipilih untuk menjadi tetamu Allah, mentauhidkannya, berdoa dan bermunajat kepadaNya, Dialah tuhan alam semesta…
p/s: tak ada satu pun milik dan hak kita yang hakiki. semuanya dipinjamkan dan diberi ‘lesen’ untuk menjaga dan menguruskan. jadi, pandai-pandailah menjaga amanah Allah.
selamat beramal…
-SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA-

XXI. kisah benar pengorbanan agung di dunia (part 1)…

hari ini mari kita singkap kembali peristiwa yang pernah mengukir sejarah di lembah Bakkah, lembah suci bagi umat Islam. sekadar mengenang kembali hubungan antara manusia agung dengan penciptanya. Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. kekasih dan pesuruh Allah yang tiada tandingnya walau dibandingkan dengan malaikat sekalipun.


Allah telah mengangkat nabinya Ibrahim menjadi kekasihnya iaitu ‘Khalilullah.’ Jibril lalu bertanyakan, “Mengapakah kau Ya Allah menobatkan Ibrahim sebagai kekasihMu sedangkan dia adalah manusia yang mencampuradukkan ukhrawi dan duniawi?” Lantas, Allah menjelaskan bahawa Ibrahim bukanlah sebarang manusia.


Jibril lalu turun ke mukabumi dengan menyerupai manusia. dia berjumpa dengan Ibrahim yang ketika itu sedang menguruskan kambing-kambing ternakannya. Jibril bertanya adakah semua binatang ternakan itu miliknya? Ibrahim menjawab, kesemuanya milik Allah. Dia hanya menguruskannya sahaja.


Jibril bertanyakan, sudikah kiranya Ibrahim menjual kambing-kambing itu kepadanya? Ibrahim berkata andainya si pembeli itu menyebut nama-nama Allah, nescaya Ibrahim akan memberikan satu pertiga daripada keseluruhan ternakannya kepada manusia itu. Jibril lalu bertasbih, “Subbuhun Quddusun Rabbuna Wa Rabbul Malaikatuwarruh.” Kalimah yang diucapkan Jibril bermaksud “Tuhan yang maha suci, tuhan yang maha bersih (kudus), tuhan KAMI, dan tuhan para MALAIKAT dan ROH.”


Ibrahim begitu kagum dengan kalimah yang diucapkan Jibril lalu memberikan satu pertiga ternakannya kepada Jibril yang menyerupai manusia itu. Dia tidak pernah mendengar puji-pujian itu sebelum ini. Ibrahim memintanya mengulang lagi tasbih itu. Jibril mengulang sekali lagi. Ibrahim menyerahkan satu pertiga lagi ternakannya kepada pemuda itu. Ibrahim masih berasa kagum lalu meminta Jibril mengulang sekali lagi membaca tasbih itu. Jibril membacanya dan Ibrahim menyerahkan satu pertiga bahagian ternakannya yang terakhir kepada pemuda itu.


Ibrahim sekarang tidak mempunyai ternakan lagi. Namun Ibrahim masih meminta pemuda itu membaca lagi tasbih yang sama buat kali terakhir. Jibril membaca tasbih itu dan kali ini Ibrahim menggadaikan dirinya untuk menjadi hamba kepada pemuda itu. begitulah betapa Ibrahim sanggup korbankan segalanya walaupun dirinya sendiri atas kalimah Allah yang maha suci.


Jibril memberitahu kepada Ibrahim bahawa dia adalah malaikat Jibril yang turun untuk menguji tahap pengorbanan Ibrahim kepada tuhannya. Jibril tidak memerlukan ternakan atau hamba kerana dia adalah seorang malaikat. semua pemberian Ibrahim itu tidak ada gunanya bagi Jibril. Allah lantas mewahyukan kepada Ibrahim agar menjual semua ternakannya dan gunakanlah duit hasil jualan itu untuk waqaf di jalan Allah. sesungguhnya Ibrahim seorang manusia yang agung yang layak menjadi kekasih Allah yang maha Esa.


p/s: Ibrahim masa hidupnya adalah seorang yang berada. dia mempunyai 12 ekor anjing yang menjaga ternakannya. Setiap anjing-anjing itu dikalungkan dengan emas dan permata. Sesungguhnya baginya emas dan permata itu hanya layak dipakai oleh anjing-anjing…

Thursday, November 26, 2009

NOTIS 1

KEPADA SELURUH PEMBACA SETIA BLOG SAASATUL-IBAAD – mataHATI KE mataDUNIA…

SAYA DI SINI DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS INGIN MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI

RAYA AIDIL ADHA/

HAJI/KORBAN

BAGI TAHUN 1430

HIJRIYAH

SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI,

SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR

BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA DAN BERMUNAJAT KEPADA ALLAH MEMOHON KEREDHAAN-NYA.

Insya-Allah~ =D

Monday, November 23, 2009

XX. lagu itu imbauan

lagu itu umpama coretan kata-kata. luahan sang pujangga. lalu senikatanya ditulis. lantas menjadi lirik. sungguhpun kadangkala kata-kata tak dapat mencurahkan semua isi hati, namun itulah medium yang tidak kurang hebatnya digunakan oleh sang teruna untuk mencairkan hati si dara jelita. masih laku lagaknya.
aku bukan nak kata apa la. cuma dalam hidup aku ni, aku umpamakan setiap peristiwa yang berlaku atas diri aku, ada lagunya yang tersendiri. kata mudahnya: sesetengah lagu tu dimainkan atau kedengaran ketika peristiwa tu berlaku. ambil contoh. lagu Glenn - Januari, lagu ni tengah hangat diputarkan di radio dan pada masa ni jugaklah aku di‘reject’ oleh seorang gadis (gadis ker???)yang aku pernah minat tahap dewa cinta. jadi, setiap kali aku terdengar lagu ni dimainkan, maka dengan sepantas kereta F1 aku akan mengimbau kembali kenangan aku yang bodoh bercinta waktu tu. damn!
contoh-contoh lagu lain yang mempunyai peristiwa tersendiri (yang mana aku ingat la):-
Westlife – Album Coast to Coast – masa aku kat studio kelas seni Form 1 (2001)
Maroon 5–This Love – Kawad kaki peringkat kebangsaan kat Shah Alam (2004)
BPR- Aku Hanya Serangga – birthday celebration sepupu aku kat Klang (2004)
Keranamu Malaysia – persembahan hari merdeka (2004)
Green Day-American Idiot Album – sepanjang aku sekolah Form 5 (2005)
Cokelat-Karma – sepanjang aku ikut bapak aku gi urusan kat Putrajaya (2005)
Brothers-Selamat Berjuang – sepanjang program motivasi yang aku join tahun 2006
Dewa 19-Sedang Ingin Bercinta – masa aku jadi cikgu kat SKTTDI 2 (2006)
IIUM Song – Time aku gi Taaruf Week (syahdu beb!)
M. Nasir-Kau Ratnaku – Program Pengurusan Persatuan kat Genting (2009)
hmm. ada la beberapa lagi yang aku tak dapat nak recall sekarang. tapi yang pasti, kalau aku terdengar lagu-lagu tu, aku mesti teringat balik peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengannya. =)

Sunday, November 22, 2009

XVIIII. 3 hari 2 malam di Genting Permai Resort

101_0378
Handphone aku berbunyi. menandakan kemasukan mesej baru ke dalam inbox. aku buka. tertera jemputan untuk menghadiri program pengurusan persatuan kat Batang Kali. Sender Wan Malik. aku tutup mesej. tanpa membalas. perlu masa untuk fikir. masa tu tengah exam final. otak tengah mereng sikit.

selang beberapa hari. aku lepak bilik Ilyas. beb, keluar jugak nama kau kat blog aku. bukan senang tahu aku nak promote member. kehkehkeh. Ilyas suruh aku bagi nama kat Wan Malik. Soft-book. padahal aku belum tahu lagi aku free ke tak waktu tu.

sehari sebelum program. aku diberitahu tempat bertukar daripada Batang Kali ke Genting. Genting? Ya, Genting. sejuk. kena pakai sweater. kalau tak nanti jadi Pingu. comel. hahaha~

tup-tup. masa yang ditunggu pun tiba. 20hb Nov 2009. ramai gak member-member aku dan sekutu-sekutu Kelab Wawasan pun turun. Izhar pun turun gak. atas permintaan Wadi. hoho. Best la gamaknya nanti kat Genting. the enjoyment just started! eyahoo!

lepas solat Jumaat, kitaorang berkumpul kat tangga besar. meeting point biasa setiap kali ada program. ntah dah berapa kali aku pernah tunggu bas kat situ. aku tak pernah kira. yang pasti banyak kali.

ada 2 bus. katanya bas pertama sampai pukul 3.30pm. OK. bus pertama sampai tapi oenuh dengan budak-budak dari IPTA lain. Budak-budak dari UIA akan naik bus kedua. hujan mulai turun merebahkan kandungannya yang makin berat.

jam nak dekat-dekat pukul 7pm. barulah bas sampai. hampeh betul. alasannya jalan jem. siapa suruh kau tak bawak roti. bodoh! lalu kami semua naik lah bas. lebih kurang nk dekat Isyak barulah kami sampai ke Genting Permai Resort. keluar je bas semua kepit-kepit. maklumlah sejuk. berkabus gitu. mulut pun bercakap keluar asap. tak perlu nak hisap rokok. fuhh..fuhh..

aku yang pada mulanya menjadi peserta dinaiktarafkan oleh urusetia-urusetia yang sememangnya member kemceng aku untuk menjadi urusetia jugak seperti mereka. mungkin sebab pengalaman yang aku ada kot. huhu.

mula-mula aku ingat nak belajar sesuatu yang baru. teknik-teknik atau skil-skil yang belum pernah aku cuba. namun. pelamin anganku musnah. rata-ratanya seperti program biasa yang tidak mencapai tahap jangkaan aku. aku pulak yang kena kongsi pengalaman aku dengan peserta-peserta. tapi tak ape la. amik yang positif. kurang-kurang pun aku dapat pahala. sharing is caring la katakan.

ada slot-slot khusus dari para jemputan dan VIP. antaranya Dato’ Ramlah Adam (penulis buku subjek yang aku pernah belajar), Rizalman, Bon Zainal (pereka fesyen Mawi) dan sapa lagi ntah aku tak dapat nk ingat. program yang tak kurang menarik la bagi orang-orang yang baru join dunia program ni. overall OK la.

bilik resort. fuh! memang tip-tip! aku puas hati la. katil single sendiri. bilik air sendiri. tapi takde masa nak mandi pun. swimming pool pun ada. tapi sejok kowtt!! tak kuasa aku nak mandi.

makanan. ok la. janji kenyang. takde la sedap sangat. biasa-biasa je. 2 bintang la aku kasi dari 5 bintang. ade club. Cabana Club. sempat gak la aku layan main pool se’round’ setelah di cabar oleh seorang peserta. aku pun tunjuk la segala bakat terpendam yang tersimpan dalam badan ni. too bad for him. dia kalah. tu la. berani lagi nak cabar aku. nasib baik je tak bertaruh. sebenarnya aku pun takut gak kalau kalah aku yang kena bayar. hehe. selamat~

overall. semuanya OK. aku dapat la jugak berprogram sambil bercuti. yeay! nk tunggu parent aku tu, bukan tak best, tapi ada kawan-kawan lagi syok! umph gitu! hehe.

semoga ada lagi program yang menarik macam ni. hopefully kali ni meet my expectation la… so long!

Thursday, November 19, 2009

XVIII. keterharuan seorang yang Islam…

tadi aku pergi majlis pembukaan Masjid Al-Hidayah kat Melawati. parent aku amik aku pukul 6 petang tadi. masjid tu agak besar la. muat brape orang aku tak tahu. aku bukan nazir masjid nak amik tahu. bukan kariah aku pun. tadi ade majlis baca Yassin. tapi aku datang dah lambat. ade jugak majlis buka puasa. tapi aku tak puasa. malas. masa tu aku tak tahu nak buat ape. agak boring.

aku duduk kat satu sudut ni memerhatikan gerak-geri orang yang lalu lalang. aku nampak ada sorang makcik tua. nenek kot. dia menuju ke arah tandas. masjid tu pulak banyak tangga. nenek tu turun tangga satu persatu. dengan langkah yang amat perlahan. rasa kesian. tapi segan pulak nak tolong. aku ni kan lelaki. ramai je orang pempuan kat situ. ade la sorang makcik lain yang muda sikit dari nenek tu. dia pimpin nenek tu ke arah tandas. aku bukan nak kata apa… tapi aku rasa kagum dengan nenek tu. masih sanggup datang ke masjid walau usia dah meningkat. demi mengejar pahala di akhir-akhir hayat. aku bangga dengan orang macam ni.

masa solat Maghrib, aku masuk ruang solat. aku kaget. ramai gila orang! macam solat terawih hari pertama! makin nak dekat raya makin kurang. balik kampung kot. aku dapat rasa kekuatan orang-orang Islam. poyonya ayat aku!

lepas solat Maghrib, ade bacaan Maulud beramai-ramai. aku yang tak pandai bermaulud ni kumat-kamit je la. mane-mane selawat yang aku tahu rentak tu aku ikut la. semua orang dalam ruang solat tu sangat bersemangat! kuat gila bunyi! boleh lawan bunyi speaker masjid! dalam hati aku terdetik rasa terharu. mengenangkan rasul junjungan kita. kalau bukan kita yang berselawat dan mintak syafaat dia, macam mane Nabi Muhammad nak mengaku kita ni umat dia! sedar lah woi saudara-saudaraku!

p/s: walaupun dia dah lama pergi tinggalkan kita, namun ikutilah Sunnahnya. itulah penghargaan dan tanda kasih sayang kita pada Allah dah pesuruhNya…

Monday, November 16, 2009

XVII. Family comes first

“utamakan keluarga.” pesanan daripada kementerian pembangunan keluarga dan manusia. satu langkah untuk generasi zaman sekarang yang semakin jauh dari institusi pertama untuk didahulukan ini.

kenyataan tu sangat-sangat betul. aku tengok zaman sekarang ni manusia dah semakin sibuk mengejar kebendaan. keluarga ditolak tepi. ada yang sanggup buang jauh-jauh dari hidup. macam la dia boleh hidup seorang kat dunia nie. kebodohan yg mubin! (nyata)

aku rasa kadang-kadang orang putih lagi bagus dari Melayu. bukan tak suka bangsa sendiri, tapi bangsa sendiri pun tak sayang bangsa. aku baru lepas tengok cerita ‘Click’ tadi. lakonan Adam Sandler. cerita yang agak lama. tapi ada mesej yang hendak disampaikan di sana. sape-sape yang belum tengok sila la tengok. tafsir sendiri. masing-masing dah ada otak. bijak pandai la katakan.

aku story sikit la pasal cerita tu. pengajarannya jangan terlalu kejar kemewahan sampai menperjudikan keluarga. keluarga tu aset kita. bila muda-muda kau angau nak kahwin dengan pasangan kau sampai buat cerita Romeo Juliet, Laila Majnun yang gila, Titanic la apekebenda. tapi bila dah kahwin kau buat perangai pulak. apa usaha kau untuk mempertahankan integriti diri kau.

memang kita perlukan anjakan paradigma bak kata sape ntah. banyak sangat orang quote ayat tu. tapi agak-agak la bhai. keluarga bukan benda nak buat main-main. ade orang lahir-lahir dah takde keluarga. tu sebab ade betina yang dah puas buat tak senonoh dengan jantan. bila dah kuar anak pergi buang pulak. serius lagi bangang dari binatang. baik kau jadi binatang! (sori, kata-kata aku memang pedas tahap cili api. rasakan!)

abis tu anak tu bila dah besar tak dapat didikan yang sempurna. kurang kasih sayang bak kata kawan-kawan aku. memang betul pun! bagi aku bukan kurang, tapi haram tak ada langsung! kasih sayang mak bapak sendiri berbeza dengan kasih sayang orang luar.

institusi kekeluargaan tu banda paling basic dalam dunia kot. lepas tu baru kawan-kawan, masyarakat setempat dan terakhir baru masyarakat global. hoho. aku bercakap berdasarkan apa yang aku belajar. =p kalau elemen asas pun tak kukuh, camne kau nak hidup dalam dunia yang penuh lurah dendam ni? ingat, syaitan telah bersumpah akan menyesatkan seluruh umat manusia sampai hari kiamat. kalau dah kiamat baru nak sesal buat ape? dah terlambat beb. kata seorang Mat Punk.

jadi, sebelum terlambat ni la kita kena bergerak, maju ke hadapan. jangan biarkan bangsa kita ketinggalan jauh ke belakang! kalau korang sedar la…

p/s: pucuk pangkal terletak kat hati. nak seribu daya, tak nak sejuta dalih. renungkan la wahai bunga bangsaku. masih belum terlambat untuk berubah…

 

Sunday, November 15, 2009

XVI. …masa depan?

ada tak siapa-siapa kat sini yang dah mula pikir masa depan dan tanggungjawabnya?

aku takde la kata yang aku ni berlagak tua atau macam bagus. tapi pernah tak terlintas kat benak kepala hotak kita ni yang sudah sampai masanya untuk kite mula mengorak langkah. bukan mengorek tanah. tu gali lubang kubur sendiri namanya.

ntah la. aku bukan ape. aku berfikir yang aku ni umur dah 21 tahun. parent aku dah makin tua. anytime je kita tak tahu ape yang akan jadi. dah nasib aku dapat parent yg terlebih tua. nak wat camne kan. aku dah la anak tunggul. adik beradik nk main sepak terajang pun tarak. hidup aku agak sunyi…sunyi! tapi takpe. sampai sekarang aku dah biasa hidup independent.

bila-bila parent aku sakit aku mula jadi risau. even pening ke demam biasa sekalipun. bukan aku tak puas bermanja. tapi aku sedar yang aku masih belum tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak. aku belum boleh bagi duit hasil titik peluh keringat aku kat diaorang. reasonnya aku belum kerja. aku masih seorang pelajar tahun 2. ade 2 tahun lagi weyh!!

agak la. camne sebagai student kau nak fokus dengan study lagi, nak cari duit lagi, masa untuk famili lagi, untuk bakal bini kau lagi. tu semua bermain dalam kepala otak aku ni. seakan berpusing-pusing, menari-nari, berdansa. sayang, you can dance! bullshit!

first thing aku terfikir is aku nak kahwin. lantak la mulut-mulut yang berkata nak cakap ape. aku tahu ape yang aku buat dan tak ade orang boleh bantah. of course la aku guna logik dan akal. kalau tak sia-sia la dulu aku blaja critical thinking dengan Xifu kat matric dulu. thanks xifu! i owe you this one!

pergi jahanam orang nak kata ape. penyibuk! ade mulut-mulut yang berkata, “kau dah puas enjoy ke?” “muda lagi kot. rileks dulu.” etc.

semua tu aku ketepikan. aku rasa yang aku dah puas enjoy zaman muda. ape yang aku tak pernah try? clubbing? aku penah masuk (tak mabuk kay!) karaoke? dah beratus kali. smoke? dulu agak heavy. haha. drugs? itu bodoh melampau okay. sekarang aku rasa tiba masanya untuk aku pikir future aku pulak. famili aku. impian aku. it’s time to stop playing around.

ape lagi yang mampu aku buat? setakat ni aku berdoa jela. berikan aku ketabahan, kekuatan menempuh dugaanNya yang maha hebat nie. aku percaya Allah sentiasa bersama hambaNya yang tabah dan sabar. believe it or not!Sword-Of- Allah 1

setiap doa mesti disertai dengan usaha. kalau tak sia-sia jadinya. so ape tunggu lagi. lekas, pantas dan tuntas jayakan misi anda!

p/s: hidup hanya sekali. jangan buat benda bodoh. utamakan dulu diri sendiri. baru orang lain. selfish? yeah, sometime we need to be selfish. ni hidup kau. bukan hidup orang lain. fikir-fikirkan…

XV. apa kaitan blog dan ilmu?

hobi terbaru aku minggu ni. melayan blog sendiri dan blog orang lain. rasa best pulak layan blog orang lain. rasa macam blog sendiri kurang umph! yang komen pun ciput-ciput je. rasa jeles tengok blog orang lain berderet-deret orang komen bagi pendapat.


tak nafi la bahawa post dieorang tu best. bagus. even aku pun rasa nak komen jugak. tapi tak pe la. tunggu la satu masa nanti blog aku ni pulak jadi tumpuan manusia. hahaha. amin!


sekarang baru aku sedar kelebihan blog ni. gaya bahasa yang sempoi, selamba (walaupun masih ade jugak orang yang sangat malas menaip sampai bahasa lebih simple dari bahasa SMS. susah nak baca la bodoh!) standard la blog panjang berjela-jela. kata guna bahasa penuh. kite kan MELAYU! apa gunanya Dewan Bahasa Pustaka?


aku mungkin bukan di antara orang yang terawal untuk mengatakan banyak sangat ilmu yang aku dapat daripada membaca blog blogger-blogger lain. selama ni aku pikir blog ni hanya untuk suka-suki. isi masa lapang. kadang-kadang tu tulis pebenda ngarot ntah! luahan hati. diari internet. tempat tak puas hati etc.


tapi blog bukan sekadar tu. kau hanya akan dapat ilmu bila kau baca blog-blog yang ilmiah! blog yang membincangkan isu-isu semasa. kes hukum hakam hakim. kemaslahatan ummah. macam-macam lagi la. tu pun bukan semua sumber tu betul dan asli. ada jugak yang ‘gunting dan tampal’ dari blog lain.


ade jugak orang yang bagi pendapat sendiri macam dia dah buat kitab 1000 bijik! makan akan keluar la banyak hadith-hadith dhaif dan dalalah yang dieorang rreka sendiri dengan bersanadkan kepala bapak dieorang! bodoh tahap babun! ntah la. mungkin dieorang tak sedar akan kesan kalau ade orang yang main tangkap muat, orang yang malas nak siasat kesahihan, orang yang plagiat dan lain-lain bila mereka-mereka ni quote ungkapan demi ungkapan dari sumber yang salah ini.


akhirnya mereka secara tak langsung telah menyebarkan satu sumber yang palsu dan karot! benda ni sangat-sangat bahaya kalau berkaitan dengan hadith, sunnah, mazhab, atau ape-ape yang berkaitan dengan agama. isu-isu agama jangan buat main. jumpa tuhan nati pandai-pandai la kau jawab! silap-silap dalam kubur lagi malaikat dah tanya ape yang kau dah sebarkan kat dunia. mintak simpang woo!


so kesimpulannye ialah, dunia blog ni adalah tempat kau bertukar-tukar fikiran, pendapat, buah kepala dan minda. dia seumpama forum yang kau boleh keutara selatankan ape jua yang kau fikir. baik yang kau bincangkan, baiklah yang kau dapat!


p/s: tulis bukan-bukan, hasilnya karot-marot, tulis ilmiah, dapat pahala dan saham kat akhirat. ganjaran menyebarkan dakwah.

Saturday, November 14, 2009

XIV. Apa itu keganasan?

fuh. lega lepas dah jawab soalan exam IR tadi. agak susah la beb. driver bus atau kontraktor bangunan pun belum tentu boleh jawab lagi. nasib baik aku ada la jugak isi ilmu di dada pagi-pagi buta sampai tak tido. aku tumpang kereta Mazda 3 ke CAC. sampai je tempat aku terus duduk. agak-agak dikelilingi awek-awek jugak la. bukan aku yang mintak. tapi seat aku memang ditakdirkan tuhan kat situ. layan sudah. tak ade maknanya aku suka suki nak mintak tukar seat. tak kuasa.


exam aku bermula agak-agak nak pukul 9. aku buka soalan. pergh! jawab semua. ada 3 soalan. ingatkan boleh pilih. rasa menyesal pulak aku study 3  bijik buku teks tebal macam library. kalau aku taw soalan ni yang keluar tak payah la aku buat-buat penat menyelak-nyelak buku macam level hidup untuk study. keparat namanya tu. life tarak~

soalan no 3 agak mencabar kesempoian aku dalam menjawab soalan. selalunya aku jawab ikut sedap hati. rasa-rasa ayat tu gempak aku bubuh la. janji rock! apa gua kesah kalau lecturer atau marker tak rock. rugi woo. soalan no 3 menyuruh aku membincangkan adakah kemiskinan tu penyebab kepada berlakunya keganasan? camne gua nak bincang beb? member-member sebelah semua khusyuk menjawab soalan level beribadat di bulan Ramadhan. ada pahala agaknya khusyuk jawab soalan. yang mintak kertas tambah pun ada. ape yang ditulis agaknya? karangankah? cerpenkah? novelkah? atau jilid terbaru kisah cinta Hlovate?


nak tak nak kenalah aku bincang sendiri-sendiri antara aku dengan pen. masa exam tak boleh cakap kuat-kuat. so aku kenalah berbisik dan cakap perlahan untuk berbincang tentang isu keganasan tu. bincang punya bincang. putar punya putar punya putar macam gasing kelantan, akhirnya aku telah berjaya menyiapkan hasil bincangan aku dengan pen aku. agak-agak 2 3 mukasurat gak la. pen kata sakit aku tekan dia kuat sangat.


aku pun gebang la ape jenis-jenis kemiskinan, jenis-jenis senjata keganasan dan tokoh-tokoh keganasan. siap letak lagi ape itu AK-47, Machinegun, mesin basuh, Shotgun, Minigun, Watergun yang aku selalu main kecik-kecik dulu. ganas wa cakap lu! apa yang aku tulis semestinya sesedap rasa nasi beriyani. janji siap dan enak. ada la tabur-tabur sikit resepi yang mak aku bagi. petua-petua nak amik hati si penanda dan penyemak kertas. bagi wangi sikit. macam surat cinta. wekk!


p/s: pen kata dia penat dan lapar. dakwat banyak habis katanya. siapa yang ganas!!?

Friday, November 13, 2009

XIII. apa itu stress?

hmm. sekarang kurang dari 20 jam untuk aku duduk di meja exam dan mula menjawab soalan. spot-spot atau hint-hint yang diterima semuanya tak membantu. ada gak la bunyi-bunyi macam tak bersyukur kan. haha. orang dah bagi spot lagi mau kompelin. banyak songeh la lu ni. gua tibai lu kang dengan siku ni! tak reti bersyukur betol!

padahal study aku masih di level hampeh. level macam budak tak study. itu satu fakta ke? fact or false? tell me! aiyoo. apa mau jadi you ini? sudah-sudah la beb. sedar la. kau tak punya banyak masa. pegi la tunaikan kewajiban kau tu kepada agama, bangsa dan negara.

semalam baru je meluahkan perasaan sambil mengetuk-ngetuk keyboard. ni dah buat hal balik. ntah la. pressure kot. sifat kemalasan itu amat menebal. waktu makin singkat. masa makin pendek. destinasi makin dekat. haih. boleh kena sakit jantung macam ni. cegah sebelum parah.

*lately ni agak mengalami gangguan fikiran disebabkan minggu peperiksaan yang melanda macam taufan apekebendanyahnamanya kat Filipina tu. ramai nyawa yang terkorban. termasuklah ikan-ikan di akuarium tidak diberi makan dan ayam-ayam telah disembelih untuk dijadikan lauk melepas geram.*

XII. Aku masih terjaga… masih.. masih…

malam ni baru ade terasa sikit nak study. malam pebendanya. sekarang pukul 3.30 pagi kot! dah pagi! bukan malam lagi untuk kau membuta! bangun woi bangun! tingkatkan semangat! tambahkan usaha! gua tau lu boleh beb! chaiyok!

harap-harap jangan tinggal kata-kata sudah la. tak sanggup lagi nak buat orang yang tersayang dan diri sendiri menyesal. haih. keluh. keluh. tinggal lagi 24++ jam je lagi untuk next paper. paper International Relation. kelas pagi yang paling banyak aku tak datang. kelas aku yang toyol-toyol tak boleh diharap. toyol pun tak datang kelas. macam mane nak sign attendance aku! (jangan tiru macam saya. ada musibah yang bakal menimpa)


mulanya memang cuak gak la. level absenteeism aku dah nak kena bar dari final exam kot. nasib baik aku gunakan kepakaran aku untuk mengelakkan dari kena bar. Alhamdulillah. lepas gak dari bar list. selamat.
cuaknye takde orang yang taw la. sape tak cuak beb kalo pada masa depan kau dah boleh nampak duit PTPTN ko kena reduce. pastu kau nampak diri kau kena maki dengan parent kau. yang semestinya akan hangin mengalahkan angin sepoi-sepoi bahasa kat Hawaii. dah yang paling teruk kau akan nampak result kau yang bertanda Barred From Final exam. tu yang paling pedih beb.
add subjek penat-penat. lepas tu senang-senang pulak kau sengaja cari masalah. bengong kan? dugong pun tak bengong macam ni. memang la sebab dugong mane pergi sekolah ngok!

kesimpulannye. ni bukan esei nak kesimpulan! persoalannya ialah sampai bila kau nak jadi camni? sedar lah kau tu dah ada tanggungjawab! kau pergi cari masa depan kau sendiri yang cerah macam matahari cerita teletubbies! bukan future yang gelap macam cuaca lately ni yang asyik hujan je memanjang!!!

jeritku pada diri sendiri yang masih blur di pagi hari. dah nak subuh dah pun.

Thursday, November 12, 2009

XI. haih... hujan dah turun

hari ini hujan turun lagi. turun setiap petang. setiap minggu. tapi pagi tadi dia pelik sikit. turun sekejap barang dua tiga minit.


Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

lagu yang menjadi mainan bibirku setiap kali hujan turun merebahkan titis-titis esaknya. ceh. ape aku merepek ni? bangun woi! bangun! mungkin waktu ni ade yang bersedih. turun tu turun bagai airmatanya yang mengalir jatuh ke tanah. mungkin juga rahmat yang Allah turunkan. untuk menyuburi mukabumi ni. dan juga mungkin waktu yang sesuai untuk sepasang kekasih itu berkuyupan, berpelukan dibasahi hujan. waktu yang sesuai untuk berindu-rinduan bagi yang merindui. mungkin jugak... mungkin...

mungkin gak waktu yang sesuai untuk aku tido... kroh..kroh...

Wednesday, November 11, 2009

X. library oh library

masuk hari ni dah 4 hari aku datang ke library. aku tulis post ni pun kat library. ntah la. kuat betul manderam si library ni. maybe sebab ade wireless kot. tu pun antara salah satu tujuan aku datang sini jugak. kat bilik tu wifi macam nak tak nak je masuk dalam laptop aku. haru betul.

bila dah masuk library ni pulak. mula-mula sekali mesti nak bukak laptop. layan facebook, check emel barang sejam dua. tapi la ni dah makin parah. dah berjam-jam dah online tak berhenti-henti. study tak jugak. kalau mak aku taw mau mengamuk dia. tapi nak buat camne. dah mood tu tak sampai lagi. bila sampai seru?

woi mood cepatlah datang! aku tunggu kau!

tapi jeritan hanya tinggal jeritan. masih terngiang-ngiang. macam bunyi nyamuk di malam hening. buat penat aku je bawak beg berat-berat. ada tanda macam nak koyak kali ketiga beg ni. angkut buku tebal-tebal. kesian kau ye beg? nanti aku pakai troli yek? hahaha.

yang buat aku duk lama kat library ni bukan ape. internet ade. wifi signal kuat. aku siap duduk betul-betul kat bawah router ni. tapi speed dia macam sipot sedot yang tersumbat! agaknya sebab ramai orang yang guna serentak kot. hampeh betul. sekali lagi aku tensi...

Tuesday, November 10, 2009

VIIII. pahlawan terbang yang menikam!

gigil.gigil. kesejukan air-con library ni dah menyelubungi badan aku. aku dapat membayangkan seperti ade virus-virus yang keluar daripada mesin air-con tu. bersayap dan membawa lembing. pisau atau pedang kot. tak kesah la ape pun tapi yang pasti benda tu amat tajam!

bersayap. sebab tu dia boleh terbang ke mana-mana saje yang dia suka. walau tempat tersorok sekalipun. sebab tu nyorok kat mane pun mesti dapat rasa aircon. kan? kan? semakin lama kita duduk dalam air-con ni, semakin banyak la pahlawan-pahlawan air-con ni yang akan datang menyerang ke arah kita. sebab tu kita rasa sejuk. sejuk yang amat sangat sungguh sejuk. kata penguat di situ.

pahlawan tu akan menggunakan senjata tajamnya dah menyucuk-nyucuk atau menikan-nikam tubuh badan kita. dan sebab itu la kita menggigil. bodoh punya fighter. tikam la benda lain!!!

tapi aku dapat mencari kelemahan pahlawan-pahlawan air-con ni. dia alah atau alergic dengan cahaya matahari. mungkin dia akan mati atau menjadi lemah. lantas dia tak boleh terbang dan menikam-nikam mangsanya. jadi kita akan selamat. ataupun bila suhu badan seseorang tu meningkat, pahlawan aircon itu akan tidak berminat untuk menyerang kita. suatu kajian yang baru aku kaji sebentar tadi. mantap gak aku ni. hoho (gelak setan).

aku sejuk la woii! sebab tu aku mengetuk-ngetuk keyboard untuk menghilangkan kesejukan!!! tu aje! aku tak tau nak tulis ape...

VIII. aku di library lagi hari ini

aku di library lagi hari ini. menghabiskan masa dengan mengetuk-ngetuk keyboard dan menekan-nekan mouse pad di laptop. sekali lagi. aku bosan. aku menghadap ke arah masjid dari cermin tingkat 4 library IIUM. hujan masih bercucuran dengan titik-titik lembutnya.

aku di library lagi hari ini. di belakangku ade 2 orang sahabatku yang pernah sama-sama join program kat Banting. tak lama dahulu. mereka khusyuk menatap buku-buku kejuruteraan yang aku sepatah haram pun tak paham. ade nombor. ade huruf. tapi tulisan kurang. yang berderet-deret hanya formula yang aku nampak. tapi tak pernah pulak join Formula 1 kat Sepang. ape punye org daa.

aku di library lagi hari ini. masuk ni dah 3 hari berturut-turut aku datang ke library. suatu kerutinan yang aku tak pernah buat sebelum ni. pernah la datang library. tapi tak la sampai berturut-turut. exam period agakya. getus hatiku yang tengah kosong. kosong. tiada apa-apa perasaan. hanya terus mengetuk-ngetuk keyboard laptop di atas meja.


kalau bukan atas meja kat mane lagi???

aku di library lagi hari ini. ntah la. nak study tak ada mood. nak main facebook dah boring. ni la hobi terbaru aku. dok melayan blog yang baru usia tak sampai seminggu. bajet nak lawan orang lain la yang dah bertahun-tahun dok maintain blog.

piirahhh!!!

VII. Bosan... Boring... Pingu?

hari ni aku bangun pukul 1 tengah hari. bagus kan? orang kata bangun pagi-pagi murah rezeki tapi aku lagi nak membuta sampai matahari dah hilang sinaran Vitamin E. saintis yang kata la. aku tak tau pun betul ke tidak. aku tak pernah melalui kajian atau eksperimen dengan matahari. kecuali ada sekali masa kat kelas sains sekolah rendah adalah aku letak biji benih kat bawah matahari bagi dia bercambah. mantap! lama-lama lepas tu biji benih tu dah berulat sebab aku tak jaga. wekkzz!! geli kot!


bangun-bangun je sweetheart aku message. dia tanya nak pegi study kat library tak? aku pun terus iya kan aje. boleh gak aku online kan. hahaha. =p tapi aku lapar gile. cafe econs. tu la tempat aku lunch hari ni. lauk? ok la. agak sejuk. layan sudah. tuhan bagi rezeki kau makan aje la! jangan banyak songeh!


lepas tu kami masuk balik library. cari tempat duduk. shit! semua meja yang ade power plug semua dah penuh. damn! camne aku nak online kau bagitau aku sekarang? hmm. boleh je online. tak payah pakai power. ape susah? kau sendiri yang cari susah. bajet nak study la. bawak buku tebal-tebal tapi tak study. apa nak jadi kau ni? pemalas sungguh. angan-angan je lebih. effort haram. tido rajin. makan depends. aku tak makan selagi tak lapar. power kan perut aku? aku ikut sunnah la dowl! makan ketika lapar. berhenti lepas kenyang. best kan aku? macam Karam Singh Walia pemberita TV3 tu. suka buat peribahasa sendiri. macam bagus. bukan aku. pemberita tu. padan muka. hahaha.


sampai senja jugak la aku bertapa kat dalam library tu. dah la sejuk. jimatkan la sikit duit bil elektrik tu dari pasang air-con, baik letak kipas yang keluar sembur air tu. rasa macam duduk kat bistro sikit. lalala~ keluar je library masing-masing dah jalan kepit-kepit. macam ada seekor haiwan kat kutub tu. penguin nama dia. cute kan? aku suka Pingu. comel. comel macam Pingu. haha. tapi dia tak ape. dia tahan sejuk. tak pakai baju pulak tu. nyentap seyh! tibe-tibe Pingu menjadi topic. nasib la. ade aku kesah? bak kata kawan-kawan yang kulupa namanya. 


aku keluar tu pun sebab ade orang dah ngadu lapar. namanya dirahsiakan atas sebab-sebab kemaslahatan. kesian pulak. time aku lunch tadi tak nak makan sama pulak. pening aku. nasib baik tak ade migrain. syukurrr. ade member aku yang berpenyakit migrain tu lebih membuatkan orang lain untuk mengalami migrain daripada tuan punya migrain sendiri bila dia kena attack migrain. tak faham sudah. tak paksa korang faham pun. biasalah. otak masing-masing. ada yang pick-up, ada yang lampi. 


*maaf* (~ ,^)v

Monday, November 9, 2009

VI. Kelahiran

Pada tanggal 6hb November hari Jumaat. Pukul brape aku tak tahu la sebab aku tiada kat tempat kejadian. terjadinya detik bersejarah bagi seorang kawan aku yg bernama Afif Badhrulhisham. pada hari tersebut Allah telah meletakkan tanggungjawabnya menjadi seorang ayah. bapa. papa. abi. dan nama lain yang setaraf dengannya. bangga siot kawan aku dah jadi ayah!

aku kenal Afif sebelum dia kahwin dengan Hajar, isterinya tercinta. sampai la ni dah jadi bapak dah mamat tu. gua respek lu. aku memang nak pegi tengak masa Hajar bersalin kat Kuantan. tapi time tu pulak la aku ade exam. siot melepas. member-member aku yg lain yg tak ade exam tu sempat la pegi menyaksikan dengan mata kepala lutut sendiri. time dah bersalin tu Akmal message kat aku cakap "Afif dah jadi ayah!"


Dalam hati aku masa tu dapat merasakan satu bukti kekuasaan Allah. tibe-tibe~ Padahal sebelum ni banyak je orang lain yang beranak tapi ade aku kesah? ade aku amik berat? Lantak kau la! Bukan anak aku. tapi suddenly aku rasa sangat takjub. mungkin sebab member sendiri kot. agaknyelah. comel kan baby Afif? geram plak aku tengok. rasa nak cubit. eeee.... ^^v

Sunday, November 8, 2009

V. Kemengantukan

aku tengah tulis post ni dalam keadaan separa sedar. jadi maafkan aku kalau tiba-tiba keluar bahasa planet marikh yang tak pernah korang dengar seumur hidup korang setahun jagung ni. 

masuk malam ni dah 3 malam aku stay up. malam pertama dengan alasan study. begitulah jugak pada malam kedua. malam ni pulak tetibe datang angin nak layan internet sampai pagi. bajet mata boleh tahan. memang buat kerja bodoh kan? apa nak jadi ni... bak lirik lagu Dato' S.M. Salim.

sepatutnya malam ni la aku tidur dengan secukupnya setelah puas bersengkuangkan mata. rasanya macam ada silap. sengkuang tu sejenis sayur. bersengkang mata. study 2 subjek yang susah macam haram tu. haram pun tak susah macam tu. tiba-tiba lagi mataku diserang angin mengantok dan bantal pun seakan-akan memanggil untuk dipeluk. disepak. diterajang. mana yang kena saje la sebab aku dah tido. mane aku taw! jadi kesimpulannya aku nak tido...

tengok, kan aku dah mengarut panjang berjela ni. tido la woii.

Saturday, November 7, 2009

IV. Kruk.. Kruk..

baru makan tak sampai 2 jam tadi ni dah lapar balik. ape punye low quality la nasi goreng evoke. tak mampu menahan kelaparan perut manusia pun. chet!

ni ejat plak ajak kuar makan. planet? simpang? kubur? eh silap kubur dah tak ade. terbakor semester lepas. ntah la. mane-mane pun boleh la. janji bleh tahan kelaparan perut ku ini yang dah menyanyi lagu Taman Rashidah Utama. boleh plak tibe-tibe yek?

III. Kelegaan Habis USFP

Wah! Hepinye aku! Dengan tiba-tiba aku terasa sangat gumbira. Rasa nak menari-nari pulak. Entah la kenape. Maybe sebab aku puas hati dengan jawapan yang aku tulis kat booklet tadi kot. Serius beb! Susah tahap cipan. Itulah penangan subjek U.S Foreign Policy.

Even Meor Debate yang petah berbicara tu pun kata susah dan tak sempat nk jawab. Apetahkan lagi aku yang selalu ponteng kelas ni. Harapanlah! Agak-agak la. Aku baru 2nd year tibe-tibe nak score subjek 4th year. Tapi kalau dapat ape salahnye kan kan kan. Huhuhu. =)

Mintak-mintak la aku dapat A untuk subjek tu. Ameeen. Ayuh kawan-kawan. Doakan saya beramai-ramai... =)

II. Tensi


Tiba-tiba aku rasa aku sangat tensi dah stress sekarang. Manakan tidaknya. Dalam lebih kurang daripada 4 jam lagi aku ada kertas exam PPA. Pukul 3 petang pula ada exam USFP lagi. Tak boleh ke UIA ni bagi aku jawab satu exam dalam sehari. Stress gile nak baca 2 subjek sekali. Ok la. Aku admit yang aku memang study last minit. Tapi 2 subjek core dalam sehari? Tu boleh buat student jadi mereng kot. Ya Allah! Tolang la aku jawab exam esok dengan lancar. Hanya pada-Mu aku bermohon...

I. Alhamdulillah


Hmm. Sempat juga aku siapkan blog terbaruku ini. Dulu aku tak tau nak bagi nama ape untuk blog ni. Sampailah ada sekali tu kekasihku mengajakku masuk ke MPH yang kat Alpha Angle Wangsa Maju tu untuk usha-usha novel terbaru di pasaran. Aku yang sememangnya beli buku novel tapi tak baca terus mencari novel-novel terbaru karya Faisal Tehrani. Aku jumpa. Ada satu slot kat rak tu yg menempatkan buku-buku karya beliau. Hmm. Ada buku yang bertajuk Saasatul Ibaad menarik perhatian aku. Aku terus tarik buku tu keluar lain selak-selak macam orang berniat nak beli.

Shortcut ceritalah - aku terus beli buku tu dengan hasil berpinjamkan sementara duit awek aku dalam RM 30. Masa balik awek aku pulak kata dia nak baca dulu buku tu. Aku pun bagilah. Tak apelah. Nanti ada banyak masa lagi untuk aku habiskan baca buku tu. Silap-silap memang aku buat simpan je. jadi, dari buku itulah aku dapat ilham untuk bagi nama blog ni. Thanks Faisal Tehrani. A credit credited to you. Bukan kad kredit.
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top