Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Friday, November 27, 2009

XXI. kisah benar pengorbanan agung di dunia (part 1)…

hari ini mari kita singkap kembali peristiwa yang pernah mengukir sejarah di lembah Bakkah, lembah suci bagi umat Islam. sekadar mengenang kembali hubungan antara manusia agung dengan penciptanya. Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. kekasih dan pesuruh Allah yang tiada tandingnya walau dibandingkan dengan malaikat sekalipun.


Allah telah mengangkat nabinya Ibrahim menjadi kekasihnya iaitu ‘Khalilullah.’ Jibril lalu bertanyakan, “Mengapakah kau Ya Allah menobatkan Ibrahim sebagai kekasihMu sedangkan dia adalah manusia yang mencampuradukkan ukhrawi dan duniawi?” Lantas, Allah menjelaskan bahawa Ibrahim bukanlah sebarang manusia.


Jibril lalu turun ke mukabumi dengan menyerupai manusia. dia berjumpa dengan Ibrahim yang ketika itu sedang menguruskan kambing-kambing ternakannya. Jibril bertanya adakah semua binatang ternakan itu miliknya? Ibrahim menjawab, kesemuanya milik Allah. Dia hanya menguruskannya sahaja.


Jibril bertanyakan, sudikah kiranya Ibrahim menjual kambing-kambing itu kepadanya? Ibrahim berkata andainya si pembeli itu menyebut nama-nama Allah, nescaya Ibrahim akan memberikan satu pertiga daripada keseluruhan ternakannya kepada manusia itu. Jibril lalu bertasbih, “Subbuhun Quddusun Rabbuna Wa Rabbul Malaikatuwarruh.” Kalimah yang diucapkan Jibril bermaksud “Tuhan yang maha suci, tuhan yang maha bersih (kudus), tuhan KAMI, dan tuhan para MALAIKAT dan ROH.”


Ibrahim begitu kagum dengan kalimah yang diucapkan Jibril lalu memberikan satu pertiga ternakannya kepada Jibril yang menyerupai manusia itu. Dia tidak pernah mendengar puji-pujian itu sebelum ini. Ibrahim memintanya mengulang lagi tasbih itu. Jibril mengulang sekali lagi. Ibrahim menyerahkan satu pertiga lagi ternakannya kepada pemuda itu. Ibrahim masih berasa kagum lalu meminta Jibril mengulang sekali lagi membaca tasbih itu. Jibril membacanya dan Ibrahim menyerahkan satu pertiga bahagian ternakannya yang terakhir kepada pemuda itu.


Ibrahim sekarang tidak mempunyai ternakan lagi. Namun Ibrahim masih meminta pemuda itu membaca lagi tasbih yang sama buat kali terakhir. Jibril membaca tasbih itu dan kali ini Ibrahim menggadaikan dirinya untuk menjadi hamba kepada pemuda itu. begitulah betapa Ibrahim sanggup korbankan segalanya walaupun dirinya sendiri atas kalimah Allah yang maha suci.


Jibril memberitahu kepada Ibrahim bahawa dia adalah malaikat Jibril yang turun untuk menguji tahap pengorbanan Ibrahim kepada tuhannya. Jibril tidak memerlukan ternakan atau hamba kerana dia adalah seorang malaikat. semua pemberian Ibrahim itu tidak ada gunanya bagi Jibril. Allah lantas mewahyukan kepada Ibrahim agar menjual semua ternakannya dan gunakanlah duit hasil jualan itu untuk waqaf di jalan Allah. sesungguhnya Ibrahim seorang manusia yang agung yang layak menjadi kekasih Allah yang maha Esa.


p/s: Ibrahim masa hidupnya adalah seorang yang berada. dia mempunyai 12 ekor anjing yang menjaga ternakannya. Setiap anjing-anjing itu dikalungkan dengan emas dan permata. Sesungguhnya baginya emas dan permata itu hanya layak dipakai oleh anjing-anjing…

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top