Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Wednesday, December 1, 2010

Sam Ngangkung!

image

Ape pandang-pandang???

Shaheizy Sam! Pelakon otai Malaysia yang aku mula-mula kenal sejak dia berlakon kat TV cerita Pa’e. Memang terbaik la dia berlakon masa tu. Feeling abihh!

Sekarang aku tangok dah macam-macam movie dia berlakon. Adnan Sempit memang terbaekk! Sumpah kelakar macam Mat Sempit. Tak macam mat rempit langsung. Haha. Dalam KL Drift pun not bad jugak. Nampak kurang ajarnya di situ. Haha. Relax Sam, gua promote lu ni bro…jangan marah ek! XP

ngangkungTapi dalam filem terbaru yang dia berlakon ni, Ngangkung Nampak perubahan dari segi wajahnya. Nampak lagi matang dan tua. Dah tak jambu lagi macam dalam filem yang lepas-lepas. Wahaha!

Dulu lu berlakon jambu jer. Misai, janggut, jambang pun tarak. Bersih je macam baru dicukur roma-romanya (tak boleh tulis bulu…sensitive. Hahaha!). Sekarang dah maju tuu! Dah boleh ngorat awek tua sikit la lepas ni ek dengan penampilan terbaru ni.

drama kasanova xxl - tv3Masa berlakon Kasanova XXL (janggut kambing tuu.. mbek! XP)

ngangkungMacam Johnny Depp daa…

NGANGKUNG 4Tapi sekarang siap dengan misai dan janggut lu memang buat gua rasa nak tengok lu berlakon pulak la bro! Gua saje nak tengok cara lu berlakon sama ke tak dengan imej baru lu. Kalau sama, gua memamng salute lu. Kalau tak sama, sila-silalah berlakon ikut kesesuaian imej ek? Hahaha.

Apa-apa pun, gua belum sempat lagi nak tengok lu berlakon cerita Ngangkung tu bro. Relax..relax.. Gua pasti akan tengok jugak suatu hari nanti. Lu jangan risau der. Gua simpan gua punya janji dalam kocek. Tapi gua tak jamin la kalau kocek gua bocor der… hahaha…

Luahan ikhlas untuk lu ni der… Shaheizy Sam!

Jumpe lu di pawagam!

img00440

Sunday, November 28, 2010

Rumah Idaman

the-most-futuristic-houseHari ni aku saja belek-belek, selak-selak buku IKEA, buku-buku perhiasan, aksesori rumah dan yang sewaktu dengannya. Tengok boleh tahan juga rekaan perabot-perabot zaman sekarang. Boleh menjatuhkan air liur perempuan-perempuan yang mengidam nak duduk rumah macam istana.

Harga tak payah tanyalah confirm ribu-riban juta-juta melon. Perabot kayu tu mungkin di import khas dari bulan atau Marikh agaknya, sebab tu dia mahal. Tapi memang cantik la sebab ada perunding hiasan dalaman macam Eric Leong yang dipaksa berlakon Casa Impian tu. Dia suruh letak pasu belah sana, cat dinding ni, pasang wallpaper tu, sangkut gambar ni macam rumah tu bapak dia yang punya. Kurang ajar.

ElrodHouse

Kalau aku nak hias rumah, jangan harap aku nak panggil Eric sebab aku lagi pro dari dia walaupun aku tak ada kelulusan pereka hiasan dalaman, tapi aku ada naluri kecantikan secara semulajadi. Jangan ingat lelaki tak reti berhias atau ada perasaan cantik ok. Sebab tu perempuan syok kat lelaki. Tak caya tanya lelaki.

Aku cadang nak buat rumah 3 tingkat setengah. Kalau ade duit lebih buat 5 tingkat terus. Boleh sewa satu dua tingkat kat budak-budak kolej. Swimming pool kat tengah-tengah rumah ditutup dengan cermin kaca di sekeliling. Laman rumah memuatkan padang golf 20 lubang untuk bagi haiwan ternakan sagat rumput-rumput kat situ. Siapa nak main golf terpulang la kalau berani kena tanduk dengan kerbau jantan peliharaan aku. Kalau sempat buat satu tapak helipad untuk tempat lepak-lepak atau BBQ waktu malam. Helikopter perlu ada kebenaran mendarat sebelum memasuki ruang udara helipad ini.

floating-futuristic-home-ideaDalam rumah pulak dapur perlu lagi canggih dari dapur Iron Chef. Dinding perlu warna 2 tone sebab untuk waktu siang warna lain, malam warna lain. Sofa pulak berada di setiap tepi dinding sebab saja nak isi ruang jangan bagi kosong sangat. Setiap bilik akan ada chandelier untuk bagi pencahayaan yang menarik pada setiap ruang tengah. Ruang tamu ada screen projector untuk memenuhi ruang secara maksimum. TV flat screen dah outdate sebab tak bersesuaian dengan konsep rumah futuristic.

Kira-kira secara rambang mau makan RM 50-100 juta jugalah untuk rumah idaman ni.

Thursday, November 25, 2010

Interface Baru! Yeargh!

Wargh! Mengantuk! Mengantuk! Semalaman aku tak tido sebab nak menyiapkan interface blog yang baru ni. Huhu! Dah bosan tengok interface yang lama. Balik-balik muka tu je yang keluar tiap kali aku bukak blog. Peminat-peminat yang setia pun boleh jadi tak setia. Ahax! Tu yang aku niat nk tukar interface. Niat dah lama. Tapi baru la ni terlaksana… 

Nak buat guna photoshop mulanya, tibe-tibe photoshop pulak buat hal kata license tak valid la ape la. Potong stim betul la. Maka, terpaksalah aku reinstall balik photoshop tu. Dekat sejam jugak la tunggu sebab software ni berat. Sambil tu layan movie kejap sementara tunggu install menatang tu. Lepas dah abis install, aku try la bukak balik photoshop tu… Alhamdulillah boleh pun bukak. Kalau tak tension aku dibuatnya sebab kena pakai software lain yang lagi memenatkan dan lagi-lagi menyusahkan. 

Tapi dah lama tak guna photoshop. Kekok jugak la. Takde la power sangat, setakat nak edit gambar yang minor-minor tu boleh la sikit-sikit. Nak cari gambar lagi. Nak edit font lagi. Yang payahnya bila nak masukkan tulisan Arab tu sebab photoshop tak support tulisan yang dari kanan ke kiri. Serabut la jugak nak adjust benda tu. Goreng-goreng garing sikit…haa boleh la tu. Janji boleh baca kan? Kalau tak boleh baca maknanya mak kau tak ajar kau mengaji masa kecik dulu. Sekarang kan dah susah nak baca! Hehe. 

Kepada pembaca setia blog ni, sila-silalah jenguk selalu. Sebelum blah tu tinggalkan la komen sepatah dua baris ayat perenggan ke. Sejukkk sikit hati ni menaip panjang-panjang. Bukan sejuk perut mengandung 9 bulan ok! Aku akan berusaha lebih sikit untuk update blog ni dengan benda-benda yang best (haa ape tu??) dari semasa ke semasa. Tungguuuuuu……

Wednesday, November 24, 2010

Jiran Sengal

Hari ni tersebutlah kisah sebuah pasangan jiran yang duduk kat sebelah kanan rumah aku. Yang lelakinya seorang pensyarah. Bininya pun pensyarah jugak. Dua-dua mengajar UiTM kalau tak silap aku la. Rasanya diaorang ni kawin dalam tahun 1994 kalau tak silap aku lagi sekali la. Tapi yang musykilnya, sepanjang tempoh perkahwinan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Isyy…kesian. 

Apa yang menariknya tentang pasangan jiran aku ni ialah, mereka suka bela binatang peilharaan dan mereka pulihara pergh macam perhilitan daa.. Dulu masa aku kecik si bini bela sepasang kucing, Mimi dan Rosie. Nak jadi cerita, ntah macam mana ntah si Rosie ni boleh naik kereta siapa ntah pastu terus menghilang tanpa kesan..tanpa jejak tapak kaki kucing. Isyy… 

Si Mimi ni panjang umur jugak la sebab sampai aku dah skolah menengah pun kucing yang sekor ni masih hidup. Tapi last-last hilang tanpa kesan macam si Rosie jugak. Nak kata mati mana bangkainya? Ntah-ntah naik kereta siapa la pulak. Nak bertemu dengan Rosie agaknya. 

Dalam setahun lepas, pasangan ni buang tebiat pulak pergi bela 2 ekor angsa besar dan 2 ekor angsa kecik. Siap mandikanlah binatang tu beberapa hari sekali. Bajet sayang macam sayang anaklah tu. Tapi punyalah memekak angsa ni memang tahap rasa nak sembelih je binatang tu buat sup angsa. Tapi hormat jiran punya pasal, layankanlahhh.. 

Lama kelamaan, angsa tu tinggal 2 ekor je yang besar. Yang kecik tu ntah pegi mana ntah. Dah ada orang lain buat sup agaknya. Hahaha! Pekik angsa tu tak payah cakap la. Rasanya separuh jalan ni terseksa dengar bunyi pekik binatang tu. Memang bingit! Diaorang tak bagi makanan agaknya. Macam mana ntah bela binatang tapi tak reti nak jaga. Haih. Tapi sekarang dah tinggal sangkar je. Dengarnya dah bagi orang lain ke atau dah jual. Ntah-ntah dah kena sembelih sendiri. Kuikuikui~ 

Buat masa ni tak nampak pulak binatang ape yang mereka bela sebab tak ada Nampak kelibat binatang-binatang pun. Bunyi pun tak dengar. Aman dunia. 

Tapi pasangan jiran ni ada tabiat lain pulak yang boleh buat orang rasa nak simbah cat kat depan rumah dia. Asal malam je tak reti nak bukak lampu luar rumah. Ingat kita penduduk kawasan ni duduk dalam gua ke? Dalam gua pun reti buat unggun api tau. Tapi diaorang bukak lampu dalam bilik je. Tak kan la kedekut sangat sampai tak nak pasang lampu? Berape sen la sangat takat pasang lampu waktu malam. Kata kerja pensyarah. Tak kan tak mampu kot? Kereta depan rumah dah 2 3 bijik tapi lampu pulak tak boleh bayar? 

Lagi satu yang aku Nampak diaorang ni macam pengotor pun ada jugak. Jengah dalam rumah bersepah serabut macam tongkang kena landa rebut. Kotak sana kotak sini. Perabot tak payah cakaplah. Rumah tumpangan Chow Kit tu Nampak lagi cantik laa… 

Masalahnya apa nak jadi dengan pasangan 2 orang ni? Kata kerja pensyarah, mestilah golongan berpendidikan jugak kan. Tapi camne bila keadaan rumah bersepah, tak tersusun, serabai, bersemak samun. Mana perginya etika kemas dan seragam seorang pendidik? Serius aku tak paham dan tak boleh paham. 

Kalau diaorang baca post ni bagus jugak. Bagi sedar diri tu sikit. Kita berpijak di bumi nyata. Kira hidup berjiran dan ada rukun tetangga, bukan hidup macam Tarzan dalam hutan!

Tuesday, November 23, 2010

Luahan untuk Abah...

Aku tak tahu samada nota ini akan menjadi panjang atau pendek tapi ini mengenai abahku. Aku tak tahu apa tajuk yang sesuai untuk luahan ini dan biarkanlah nota ini terus begini dengan tajuk yang tidak tetap. Aku mendengar cerita dari Abah mengatakan dia datang ke kotaraya pada tahun 1969 ketika berusia 16 tahun. Aku tak tahu Abah dah ambil MCE (macam PMR atau SPM)atau belum tapi rasanya LCE sudah. Dia menjejakkan kaki di Petaling Jaya dan bekerja di A&W PJ (sekarang dekat dengan Amcorp Mall) sebagai pekerja biasa (tidak diketahui pangkatnya) tapi lama kelamaan Abah naik pangkat sehingga menjadi supervisor dan penolong pengarah setelah kerja beberapa tahun. Kemudian, tak tahu ape kes yang terjadi, Abah berhenti dari A&W dan kerja pula sebagai pemandu teksi. Sesuai sebagai seorang budak kampung yang tiada apa pun kelayakan tapi berbekalkan sedikit pengalaman.

Berdasarkan gambar-gambar yang aku temui, Abah nampak seperti aktif dalam pertubuhan peniaga-peniaga kecil. Abah pernah ada satu lot kedai di Medan Selera PJ Street Newtown (dekat A&W PJ jugak) dan warung di Stadium Bangsar dulu (aku pun tak tau katne). Pada tahun 1985 Abah kahwin dengan Mak. Seorang kenalan dengan panggilan Pak Abu yang menjodohkan mereka hingga ke jinjang pelamin. Mak tua 6 tahun dari Abah dan masa tu Mak kerja sebagai guru di MGS rasanya. Waktu pagi mak ke sekolah dan petang Mak akan tolong Abah di kedai. Masa tu Abah buka kedai jual air. Air panas, sejuk, botol dan sebagainya (arak je takde).

Tahun 1988 aku lahir dan lepas tu kedai dah tutup sebab susah takda orang nak jaga aku. Nenek masa tu dah mula sakit-sakit dan keluar masuk hospital. Abah mula buka syarikat sendiri. Mohon lesen teksi airport dan beroperasi di Subang. Sampai la lebih kurang tahun 2000, konsortium syarikat teksi airport tu dah mula buat perangai sebab nak pindah ke KLIA. Masa tu jugak Atuk belah Abah sakit tenat dan segala kos rawatan abah yang tanggung. Sampailah hari-hari akhir Atuk, kitaorang terpaksa ke JB sebab Atuk dimasukkan ke hospital sana oleh adik Abah. Masa tu semua dah start cakap pasal harta pusaka.

Beberapa minggu lepas tu Atuk meninggal. Segala pengurusan jenazah pun Abah jugak yang tanggung sampaikan terpaksa guna duit yang dah khaskan untuk family aku. Adik beradik Abah yang lain semua lepas tangan. Lepas Atuk dikebumi, Abah melepaskan sedihnya yang tak terhingga depan semua adik beradik. Tapi masa tu semua buat tak ambil kisah. Cerita pasal harta jadi topic perbualan. Adik beradik memang benci kat Abah atas sebab musabab yang langsung tak munasabah dah logic dek akal. Cemburu, dengki dan iri hati yang tak berasas semua dilontarkan pada Abah. Masa pembahagian pusaka, Abah tak amik walau 1 sen pun. Semua pusaka dibahagikan pada adik beradik yang lain. Yang adik perempuan semua bersuka ria sebab ikut adat perpatih perempuan memang dapat lebih. Menjunjung adat yang tak dibawa dek mati. Tinggal sementara kat dunia je pun.

Tahun 2001, kereta teksi Abah terbakar. Mungkin angkara dengki musuh atau pun memang takdir nak terbakar. Abah patah kaki untuk beberapa bulan sebab takda kereta. Abah dapat sewa Kancil selama 3 bulan dari seorang kenalan. Berguna jugaklah untuk bantu Abah buat pengurusan syarikat sebelum dapat kereta Perdana yang baru ditempah. Lepas dapat kereta Perdana, Abah buat kerja tambahan dengan sebuah agensi pelancongan untuk bawak pelancong-pelancong luar Negara yang datang ke Malaysia.  Abah semakin sibuk dengan teksinya sebab nak cari duit lebih untuk family aku.

Tahun 2002 dan 2003, Abah murah rezeki dan selalu dapat kerja untuk projek-projek pembinaan dan hasil tu la yang boleh bawak aku sekeluarga buat umrah kat Mekah. Tahun-tahun inilah tahun di mana famili aku tak balik ke kampung sebab taknak bersua muka dengan adik beradik yang tak pernah puas hati dengan Abah. Kalau balik pun sekadar Abah nak jumpa Wan sebab Abah bertanggungjawab ke atas mak dia sebagai seorang anak sulung. Anak-anak yang lain sekadar menghabiskan beras dan buat musuh dengan family aku. Abah kecik hati dengan adik beradik dia yang tak tahu kenang jasa Abah masa mereka ni semua kecik-kecik dulu. Abah la yang beli rantai emas untuk adik-adik perempuan dia masa kecik. Abah jugak la yang tanggung makan dan minum adik-adik dia masa budak-budak tu sekolah lagi. Tapi sekarang adik-adik Abah sekadar manusia yang tak sedar diri, tak kenang budi dan lupa asal-usul. Dah tu boleh pulak dibuat musuh dan dengki pada Abah yang pernah tanggung makan minum manusia-manusia tu dulu.

Abah hanya diam sebab Abah hormatkan mak dia yang sebenarnya berat sebelah pada adik bongsu Abah. Adik yang paling tak kenang budi dan tak ingat dunia. Semoga tuhan membalasnya dengan sesuatu yang adil. Adik beradik Abah semua berkomplot dan guna ilmu hitam untuk menyakitkan family aku. Apa yang Abah dan Mak termampu hanyalah pergi berubat dan bertahan setiap kali terkena ilmu-ilmu. Abah dan Mak masih dalam golongan yang bersabar sebab kalau aku yang balas, lain jadinya. Begitulah keadaan family aku sehingga hari ni. Sekadar bertahan dari serangan dengki dan khianat adik beradik sendiri yang hhidup bertunjangkan nafsu. Dasar hidup tak guna akal tapi guna hati yang busuk.

Abah mengalirkan lagi airmatanya bila adiknya yang ke-4 meninggal dunia sebab penyakit kronik. Adiknya yang ini hidup sekadar untuk dirinya sendiri sebab dia memang tak ambil port dalam urusan menghentam Abah dengan fitnah, tohmah serta ilmu guna-guna. Sekali lagi adik beradik Abah yang lain tak ambil peduli langsung pasal menguruskan jenazah si mati. Syok dengan dunia nafsu sendiri.

Sekarang aku sudah berumur 20an. Aku dah saksi semua kepayahan dan kesakitan yang Abah rasai. Abah bukan orang terpelajar atau bijaksana. Abah tak pernah masuk university atau kolej. Itu sebabnya adik-adiknya mengata Abah dengan kata-kata kesat: bodoh, bangang dan sebagainya. Tapi Abah tetap terima semua tu sebagai dugaan. Mak pula boleh dikira golongan terpelajar. Mak di antara orang di kampungnya yang berjaya memasuki maktab dan jadi seorang guru. Guru pada masa tu adalah profesion yang mulia dan besar di mata masyarakat. Sudah jodoh Abah untuk kahwin dengan seorang guru. Abah seringkali buat perkara-perkara bodoh yang kadang-kadang menjadi punca aku atau Mak memarahi Abah. Tersilap cakap sikit pun boleh jadi punca pertengkaran. Akhirnya Abah jugalah yang mengalah dan mengakui kesalahannya atas dasar kebodohannya.

Abah yang di zaman mudanya selalu menggunakan nama Frankie terbawa-bawa perangai tak semenggahnya sampai sekarang. Kadangkala Abah sengaja buat-buat ‘speaking’ dengan nada mengejek atau mengata yang semestinya akan membuatkan siapa pun rasa sakit hati bila mendengarnya. Aku dah banyak kali tegur tingkahlaku Abah tapi akhirnya dia buat jugak perangai yang sama. Abah tak pandai berkata-kata something yang manis tapi Abah suka sangat mengkritik benda yang tak disukainya seperti siaran TV dan macam-macam lagi benda yang teruk bagi pandangannya.

Abah sekarang dah takda lesen teksi dan dah berhenti dari memandu teksi. Yang ada hanyalah menguruskan syarikat sikit-sikit dengan projek yang sedikit sebanyak timbul dan tenggelam. Abah dah rajin pergi kelas agama dan dengar ceramah-ceramah dari seorang guru/sheikh. Tapi masalahnya Abah tak pandai mengaji Quran langsung. Hanya sikit je suku kata yang boleh dia sebut dan selebihnya tunggang langgang. Bagi aku, ini disebabkan Atuk dan Wan tak pernah menitikberatkan soal ilmu dan pelajaran masa Abah kecik dulu. Pergi sekolah hanya sekadar memenuhi norma kehidupan orang biasa. Banyak maksud-maksud perkataan yang senang pun Abah masih tak tahu. Baca Al-Fatihah pun kadang-kadang tak betul. Kiblat pun selalu melencong dari arah sebenar walaupun dah berkali-kali cakap dan diperbetulkan. Tapi aku kagum sebab Abah tetap jua ikut hendak beribadat dan belajar ilmu walaupun hanya sekadar menghadirkan diri ke majlis ilmu. Abah akan pergi awal ke Masjid waktu subuh dan balik lambat sikit. Dipenuhi masa tu dengan berzikir sebab benda tu je ibadat tambahan yang senang bagi Abah. Kalau Quran Abah susah atau senang cerita tak boleh baca langsung.

Lagi, sampai ke hari ni Abah masih layan aku macam budak kecik. Aku yang dah 20an ni masih dia manjakan macam aku ni umur 20 bulan. Dah berkali aku tegur pun dia tetap jugak layan aku macam budak kecik. Sesuatu yang susah nak diterima oleh orang macam aku. Perhatian yang dia bagi terlalu ketat sampaikan aku rasa amat tak relevan untuk seorang yang seusia dengan aku yang dah boleh berfikir dan buat keputusan sendiri. Kenapa Abah tak boleh layan aku macam seorang yang mengikut pertambahan usia? Umur aku sepatutnya dah boleh bagi cucu untuk Abah dan Abah boleh manjakan cucu tu macam dia manjakan aku dulu. Itu sesuatu yang sepatutnya logik oleh akal fikiran aku. Tunggu ada rezeki satu hari nanti.

Kadangkala aku ada jugak ikut Abah buat pengurusan syarikat dia. Naik syarikat ni, turun company tu, jumpa orang sana, deal dengan orang sini. Apa yang aku perhatikan, kadangkala orang boleh naik menyampah dengan Abah sekiranya orang tu tak tahan sabar. Perangai Abah yang selalu buat tindak-tanduk yang pelik (atau mungkin jugak bodoh) tu selalunya dilayankan aje oleh sesiapa yang berurusan dengan Abah. Abah kelihatan agak bodoh dalam tugas-tugas begini. Maaf tapi ini betul-betul berlaku.

Pendek kata, Abah memang bukan dari golongan yang terpelajar. Tapi Abah berusaha dengan titik peluh dia sendiri untuk cari sesuap nasi, untuk bagi aku makan untuk hidup sampai sekarang. Perangai Abah memang kadangkala selalu buat aku bengang dan menyampah sebab aku dah tegur banyak kali tapi masih juga dibuatnya. Abah selalu tak panjang akal dalam kehidupan sehariannya. Ada je benda yang salah dibuat oleh Abah. Tapi Mak la yang sentiasa berada di sisi Abah untuk menolongnya. Orang lain boleh kata Abah aku tu bodoh atau dungu. Tapi Abah la orang yang jaga aku dari kecik sampai besar sekarang ni. Orang lain boleh kata Abah lemah dalam itu dan teruk dalam ini. Tapi aku sendiri saksi yang Abah masih tetap ada semangat nak lakukan jugak biarpun buat benda tu salah berkali-kali. Abah memang hidup dengan bersusah payah sepanjang hidupnya. Tapi aku berazam untuk bagi Abah merasa hidup senang kalau ada rezeki lebih nanti. InsyaAllah.

Abah aku memang lemah dan teruk dalam segalanya. Tapi dia tetap Abah aku. Dia jugaklah yang bersusah payah untuk keluarga dia. Dia jugaklah yang tahan maki hamun, cerca, dengki, fitnah, dan iri hati saudara-saudara kandungnya. Dia jugaklah yang pernah tanggung beban untuk adik-adiknya yang tak pernah kenang budi langsung walau sesaat. Abah jugaklah yang habis berpuluh ribuan ringgit untuk Atuk dan Wan yang sakit masuk hospital. Abah jugaklah yang banyak berkorban untuk orang lain biarpun dirinya yang menanggung kesakitan…

Bagi aku yang tak mampu untuk mengawal keadaan yang dah jadi ni, aku hanya mampu mendoakan dan berharap bahawa syurgalah tempat untuk Abah di akhirat nanti. Biar pada mata masyarakat yang Abah adalah seorang yang teruk, bodoh, tiada pangkat atau status duniawi serta layak dipanggil ‘sore loser’ yang melampau, namun tempat yang paling hak baginya adalah di syurga Allah. Tiadalah yang lebih baik bagi Abah setelah dia menjadi mangsa syaitan, iblis, jin dan ifrit bertopengkan manusia serta kaum-kaum yang sifatnya menindas di dunia.

Sedungu manapun Abah, airmata Abah jugalah yang paling berkesan menikam-nikam jasadku lantaran sakitnya tak terperi menanggung dugaan dan cobaan yang Allah turunkan ke atasnya. Tangis sedu-sedan Abahlah yang berupaya merobek-robek hancur luluh hati kering aku ini di atas kesedihan yang Abah rasa. Bagiku biarlah apa pun dugaan yang Allah turunkan dan biarlah apa pun pandangan masyarakat yang tak pernah puas terhadap Abah, semua dugaan ini hanyalah sementara di dunia. Syurga yang indah sekekal-kekalnya jualah yang akan menantimu di akhirat yang kekal abadi...Abah…

-sekadar luahan cuma-
6.35am
23112010

akhirkalam: bagi orang-orang yang terlibat dalam luahan ini, tunggulah balasan Allah..yang baik dibalas baik, yg buruk dibalas buruk. sesungguhnya Allah maha ADIL.

Monday, November 15, 2010

41 Kelebihan Wanita Islam

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Tuesday, November 9, 2010

IIUM Relief Team - Call for volunteers

Call for volunteers to help the flood victim in
Kedah (Anak Bukit)

Trip 1: 12-14 Nov 2010 (depart from UIA: 7am)

Trip 2: 13-15 Nov 2010 (depart from UIA: 12 midnight, 12 Nov)

*gather at IIUM mainstairs

*depart from Kedah at 2pm for both trips
*sports attire only
* interested? give your name, matric no & phone number to 013-2002583 or leave your particulars here LATEST BY 10 NOV AT 9AM.

thank you.

Sunday, November 7, 2010

Kala 3 pagi

Hari ini aku tempuh satu lagi perjalanan hidup. Perjalanan hidup yang sementara ni banyak mengajar aku erti kehidupan. Hidup ni memerlukan kita untuk sentiasa mencari pencipta iaitu tuhan. Kita seringkali lupa kepadanya di saat kita leka dan alpa dengan nikmat dunia. Dunia ni hanya ujian, cabaran dna dugaan. Pentas di mana kita perlu bertarung untuk mengecapi hidup yang aman dan mengejar akhirat yang kekal abadi.

muhasabahAku sekarang akan menempuh tahun 4 di universiti. Sedangkan masih banyak yang bakal menanti di kemudian hari. Adakah aku sudah bersedia? Adakah aku sudah cukup mampu untuk menempuh hari mendatang? Aku tak dapat tidur memikirkan persoalan hidup ni. Saban hari dugaan yang datang makin mencabar. Menggugat iman sesiapa yang lemah menghadapinya. Otak serabut tak payah cakaplah. Memang suatu tekanan yang sentiasa bermain di minda tak henti-henti.

Exam ada 4 kertas yang yang bakal diduduki. Sedangkan mood untuk belajar masih belum datang. Entah akan datang atau tak akan datang. Kemudian datang pula persoalan study. Kenapa susah sangat nak study? Kenapa perlu ada motivasi baru nak study? Tabahkan hati aku untuk teruskan perjuangan. Aku sendiri belum dapat jawapan…

Aku perlu mencari tuhan. Ada ketika aku ingat dan ada juga aku melupakannya. Kenapa aku lupa pada pencipta? Kenapa aku lalai dalam mengingatinya? Adakah hasutan syaitan itu terlalu kuat sehingga aku lalai dalam kewajibanku? Kenapa di saat-saat kesusahan baru aku nak mencariNya? Sedangkan aku perlu sentiasa ingat padaNya tak kira susah ataupun senang? Oh hidayah, datganglah kepadaku, aku perlukan petunjuk dariMu Ya Allah.

Aku sedar aku ini lemah. Lemah untuk melawan hawa nafsu hidup di zaman ini. Aku mengaku aku persetankan semua yang bagiku membuang masa, bermaksiat, perkara yang sia-sia dan sebagainya. Tapi kenapa aku masih tak berusaha untuk melawannya? Kenapa, kenapa dan kenapa?

Masih banyak yang perlu aku tempuhi. Belajar, kerja, kahwin, tanggungan, mak bapak, masyarakat, kewangan. Itu semua perlu bagi aku teruskan hidup. Berbaloikah aku berkorban untuk semua ini? Sedangkan aku juga berniat untuk berjuang di jalan Allah. Cukup keringkah hati ini untuk aku korbankan yang sementara demi mencari keredhaanNya? Aku sedar yang hidup ini hakikatnya kita tetap berseorangan walaupun wujudnya ibu bapak, saudara mara, sahabat handai. Kerna yang akan jawab soalan alam kubur itu kita seorang. Yang akan meniti Sirat itu kita seorang. Yang akan ditimbang amalan itu kita seorang. Dan yang akan masuk alam kekal itu kita jugalah yang menentukan sejak dari kita lahir hingga saat kematian.

Aku mungkin pikir terlalu banyak. Berfikir dan berfikir sampai serabut otak ni dibuatnya. Masa semakin singkat. Adakah aku masih mempunyai masa untuk lakukan semua itu? Aku cuba untuk sedar yang perjuangan hidup dan matiku, hanya untuk keluargaku, agamaku dan tuhanku. Tiada lain.

Thursday, November 4, 2010

Hati Meletup…

broken_heart_emo-1500Hari ini hati aku meluap-luap. Meluap kerana aku rasa seperti dipermain-mainkan. Ingat aku ni anak kecil ke kau nak bagi layanan yang sedemikian rupa? Kau ingat kau bagus?

Menyampah tahap gaban selepas aku tahu keputusannya yang aku tak tersenarai dalam pemilihan itu. Penat membazir masa berlari ke sana ke mari sampai berpeluh-peluh menitik turun dari badan. Kejap orang sana. Kejap orang sini. Hanya untuk memastikan samada berita tu sahih atau tak. Tapi semua orang hanya membangaukan orang lain dengan pass kat orang sana lepas tu orang lagi sana dan lagi-lagi sana. Sebenarnya orang tu tak ada pun hari ini…

Kenapa aku tak dipilih membuatkan aku rasa bengang separuh hari. Penat lelah aku menyediakan semua kelengkapan dan proses-proses semua aku lalui semata-mata untuk dapatkan peluang itu. Apakah aku tak layak? Bullshit la… Setakat nak dapat takat yang tertinggi pun aku layak sebenarnya… Bukan nak menunjuk atau membangga diri, cuma aku masih bengang sebab menjadi mangsa keadaan yang mendiskriminasikan aku sebagai seorang insan.

Berikan aku satu sebab yang kukuh kenapa aku tak dapat pemilihan tu. Tak banyak. Satu je. Kau nak kata yang kejadian-kejadian lepas di antara sebab aku tak dipilih kali ni? Aku ade 1000 alasan yang kukuh untuk membuktikan yang aku tak bersalah dalam kes tu. Aku buat mengikut prosedur yang sebenar dan korang sebenarnya tak ada hak untuk hukum sesuatu yang tak salah!

Dah la… aku dah menyampah dengan korang. Lantak korang lah. Aku malas nak amik tahu lg dah. Kalau ade rezeki tu ada lah. Kalau tuhan nak balas pun korang lah yang akan terima akibatnya. Astalavista…

Sunday, October 24, 2010

Kau Wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

3.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

4.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

5.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

6.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

7.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

Friday, October 22, 2010

Maskara!!!

Maskara oh Maskara~

Lama gile aku tak pergi tengok persembahan Maskara oleh Sindiket Sol-Jah. Bila dah sekali pegi tu terasa tarikannya nak pergi lagi berkali-kali lagi dan lagi dan lagi. Eyyy..berapa banyak kali-kali lagi-lagi daa...

Aritu cuma dapat pergi sekali je. Masa itu pun kebetulan Azree pergi sekali dan naik kereta dia. Kalau tak mungkin tak pergi juga rasanya. Aku terlepas Maskara Shorties. Belum kesempatan lagi nak tengok tayangan cerita-cerita pendek yang mengandungi pelbagai nasihat. Haha. Macam aku ni dengar nasihat je.

Dah tu buat program pulak kat Rumah Pena. Untuk aku yang takda transport ni memang patah kaki dan tangan la. Nak harap siapa pula yang sudi nak bawak aku ke sana. Azree pun dah busy dan dia macam dah tak amik port lagi pasal Maskara ni. Syafiqah pun takde kereta. Haih. Orang-orang yang jiwa seni ni selalu je ada dugaan bila nak mencari ketenangan. Hahaha. Ayat tak boleh berambus. Shuh! Shuh!

Aku harap aku akan dapat pergi lagi untuk beberapa kali sebab aku dah mengidam gila nak tengok lagi program-program indie tu. Kalau dekat Rumah Pena tu ada Monorail ke Putra ke, memang sah aku pegi tengok. LRT ada tapi jauh sikit la nak jalan lebih kurang setengah jam jugak la kalau lari-lari anak. Aku rasa la.

Demm.

Saturday, October 9, 2010

Lamanya Menyepi!

Aargh!! I'm back! Lama gile aku tak update blog ni! Dekat 2 3 bulan jugak la aku tak post entry baru yang sentiasa dinanti-nantikan peminat-peminat sekalian. Haha. Ayat gile poyo! Nak buat macam mana, masa tak cukup nak mengetuk-ngetuk keyboard ni. Perlukan ample time sambil duduk depan laptop bertemankan secawan kopi atau Nescafe panas... Baru la syok nak post entry! Kan kat TV dulu ada iklan kalau minum Nescafe nanti otak kita akan berkembang dan bercambah. Itu mengarut ok.

Bertemankan secawan air panas tu sekadar nak bagi feel datang je. Kadang-kadang idea dah ada dalam kepala tapi tak terhajat nak disampaikan kat blog ni. Ada je aral yang melintang. Itu lah. Ini lah. Biawak melintas lah. Kereta terjunam lah. Macam-macam alasan kan. Naik bosan pulak dengar karutan yang sama. Ishhh.

Lepas ni tak tau ada lagi tak masa untuk layan hidupkan blog ni. Nampak macam dah mati pun ada jugak. Pembaca haram nak komen. Usahkan sepatah, se-smiley pun depa kedekut nak bagi. Harammm tol. Follower setakat ni adalah 100+ orang. Tapi 100+ ni pun macam join sambil lewa je. Jeles tengok blog-blog panas yang sentiasa ada orang komen walaupun isinya tu mengarut. Agaknya orang suka komen benda-benda mengarut kot? Tapi aku tak suka mengarut. Itu berlawanan dengan lumrah alam aku. Haha.

Jadi aku perlu fikir patutkah aku buat entry yang bersifat provokatif? Atau yang lebih humor? Atau lebih radikal? Semua tu bagi aku akan ada kesan-kesan khas yang akan muncul di kemudian hari. Sekarang ni silap cakap sikit keluar surat khabar. Silap sikit lagi polis dan reporter cari. Lagi silap lagi boleh masuk lokap. Lagi-lagi silap memang jadi penghuni Kamunting. Nak sebut pun bahaya. Kat Malaysia ni terlalu banyak isu sensitif sampaikan nak bersuara pun susah. Di mana kebebasan bersuara??? Ops..tersebut la pulak. Maaf~

Saturday, September 25, 2010

Makang Budok!!!

Aku tibe-tibe terasa nak tulis post ni sebab aku rasa terkesan gile dengan perbuatan sorang budak tadi. Umur baru nak masuk 20an tapi perangai macam budak belum baligh. Cara bercakap kurang ajarnya boleh tahan. Langsung tak hormat orang tua yang orang berumur. Aku naik angin sebab dia lagi muda dari aku. Tu je alasan. Sabit je budak tu tak ada depan aku kalau tak…memang aku ikat dan geletek budak tu samapi dia terkencing kat situ jugak. Pastu lepaskan budak tu tapi jangan bagi balik seluar. Kejam siot aku. 

Semalam pergi teman mak aku pergi pasar mini. Ternampak kelibat seorang budak dalam umur 10 tahun tengah main aci (nyorok-nyorok). Tak tahu pulak main ramai-ramai atau main secara individual. Rasa macam nak join sebab gian dah lama tak pekena game ni. Tapi nanti mesti budak-budak tu boikot aku justeru game aci ni akan jadi tak best. Untuk memuaskan hati dan nafsu aku ni nak main jugak, aku ambil jalan alternative dari jalan biasa menuju ke kedudukan budak tu menyorok. Aku jalan pelan-pelan… 

“WARGH!! MAKANG BUDOKKK!!!” 

Budak tu terkejut tahap dewi jugalah. Sampaikan muka dia jadi agak biru dan rambut dah nak tegak macam kena renjatan elektrik. Untuk masa lebih kurang 5 saat budak tu memberikan reaksi patung terkejut tak gerak-gerak. Lepas tu tibe-tibe budak tu menggigil, terketar-ketar macam kena tangkap sejuk. Macam orang puas meroyan pun ada rupa jugak la. 

Aku pun pelik dengan budak tu lantas beredar dari tempat tu. Tinggallah budak tu secara individu kat situ. Sempat jugak terpandang seluar budak tu macam basah la pulak. Kenapa pulak ni???

Yang sebenarnya....
Rupa-rupanya budak tu bukan main aci, tapi dia tengah cari jamban sebab dah tak tahan nak terkucil. Belum sempat jumpa jamban dah jadi mangsa keadaan. Nasib kau la budak. Lain kali jangan tahan kencing.

Friday, July 30, 2010

Apa itu mencari keperluan?

Hari ini aku keluar lagi dengan yang tersayang. Hajat  memang banyak dihati. Nak beli baju. Nak beli jeans. Nak beli kasut. Semuanya dah menjadi semacam keperluan. Kita amik baju dulu kenapa ia menjadi keperluan? Aku beli baju sebab dalam semester ni, selang 3 hari aku akan pakai baju yang sama sekali lagi. Sampaikan orang lain boleh teka dengan betul baju apa aku akan pakai pada keesokan hari. Bukannya aku tak ada baju langsung. Cuma aku banyak baju t-shirt yang round neck dgn baju berkolar je. Baju shirt yang macam pergi ofis tu ada 4 helai je. Kalau dah kotor tak kan nak pakai balik kan? Tak tau la kalau korang biasa buat camtu…

DSC01820 Seterusnya, kenapa pulak aku kata jeans tu keperluan? Sebabnya orang lain ada banyak jeans tapi aku ada 2 helai je yang aku boleh pakai. Ada yang sehelai lagi tu ehem-ehem. Tak nak bagi tau! Haha~ Aku memang jenis pergi kelas pakai shirt kemeja dgn jeans je. Baru stylo gitu. Smart pun smart. Memang cara beb! Jadi adalah menjadi kewajiban bagi aku untuk ada sekurang-kurangnya sehelai jeans lagi untuk dipakai. Serius beb~

Kasut pun keperluan? Kenyataan itu adalah betul sekiranya kasut yang aku pakai sekarang dah berlubang di tapak. Kelmarin keluar tenangkan jiwa. Tiba-tiba hari pulak hujan! Maka secara automatiklah stokin dan kasut aku basah sebab air dah masuk ke dalam kasut yang berlubang! Arakian, logiklah aku katakan yang aku perlu beli kasut baru.

Aku plan nak beli kat Jusco je. Di samping shopping boleh tambah point J Card. Menang membeli menang memakai bak kata kaki shopping. Ditemani pula dengan ma’am sebagai penasihat dan pengkritik tetap pakaian. Selain shopping boleh pergi dating sekali. Kena pandai guna peluang haa~

Disebabkan dah banyak buang masa untuk makan, maka masa untuk shopping ada dalam 30 minit je. Aku terus pilih dan pilih dan pilih sambil berkira-kira di dalam otak berapa diskaun yang diterima untuk setiap baju. Pilih punya pilih, aku terus bayar untuk 2 helai baju di kaunter. Sehelai ada diskaun 50%. Sebab tu aku angkat 2 helai. Plan asal nak beli sehelai je. Nasib beb, nasib…

DSC01822Aku angkat shirt jenama Suave. Rasanya macam ada brand sikit kot walaupun tak boleh nak lawan Padini, Durban, John Master. Tapi aku tengok kualiti kain Suave ni boleh tahan jugak la. Tak la teruk sangat macam baju bundle kat pasar malam. Tambahan pulak ada offer diskaun kan. Angkat dan pejam mata sudah bro~

DSC01823 DSC01821

Lepas habis bayar baju, Jusco dah nak tutup sebab dah pukul 10pm. Nak belek-belek jeans pun tak ada yang berkenan sebab harga jeans tu pun tak berkenan kat aku. Terpaksalah aku mengorat jeans jenama lain yang tak demand sangat. Lalu proses pe’ngorat’an atau peng’ayat’an jeans serta kasut tak berjaya disebabkan kesuntukan masa untuk memilih.  Maka proses ini ditangguhkan sehingga ada masa lain yang sesuai…

Lepas ni aku nak pergi cari jeans dengan kasut pulak. Destinasi yang dirancang ialah Uptown di Danau Kota… Nantikan…

Wednesday, July 21, 2010

Tika waktu agak-agak nak subuh…

bosan Sekarang jam kat laptop aku menunjukkan waktu pukul 5.25 pagi. Masuk hari ni dah 2 malam aku tak tido disebabkan kena siapkan report praktikal aku. Kalau aku tido jugak alamatnya memang tak pergi kelas la. Sangat penat dan bosan buat report ni. Nak kena tunggu ada mood dan masa yang sesuai. Selalunya mood ni datang pukul 1 atau 2 pagi waktu semua orang dah tido dan angin pun agak sejuk menikam masuk ke tulang hitam.

Sementara nak tunggu ada idea dan mood yang berkobar-kobar datang menziarah, aku dah layan 3 episod Fringe season kedua. Sambil kunyah mengunyah coklat yang bini aku bagi tadi, aku layan series tu untuk bagi hilang mengantuk. Harap-harap dapat la stay sampai pagi. Aku takut miss kelas pukul 10 nanti. Lepas ni mesti aku tido kat dalam kelas.

Tengah boring ni sempat lagi aku layan blog orang lain. Tiba-tiba terasa pulak nak bukak blog persatuan member aku di http://itym.blogspot.com. Menarik jugak blog dia sebab berwarna-warni macam kupu-kupu. Boleh kata sentiasa ade je update dan program terbaru yang diaorang post. rasa cemburu pulak sebab aku rasa menulisan blog aku lagi menarik dan tersusun. Guna bahasa dari Kamus Dewan lagi. Kat blog depa tu aku tengok ejaan pun ade jugak yang tunggang langgang. Dah taw dah siapa yang tulis kalau bukan Sazali si timbalan presiden siapa lagi. Sorry ek Zali kutuk kau kat blog aku. Blog aku. Aku punya suka la kan. Wakakaka.

Report aku masih ada dalam 40% lagi yang belum siap. Padahal dah nak kena submit minggu ni. Aku harap dalam hari esok atau lusa dapatlah siapkan benda ni baru boleh dihantar kat lecturer aku. Tiba-tiba aku teringat pasal kelas esok. Aku risaukan kelas pukul 2 petang nanti tu. Lecturer tu fussy sangat sampaikan tak boleh nak pakai jeans kat kelas dia. Kalau budak pempuan tu lain la sebab nampak benda yang tak sepatutnya kan. Tapi jeans lelaki cutting lain kot. Tak kan lah aku nak pakai jeans ketat pegi kelas. Tak pasal-pasal esok kelas tu aku kena tukar seluar slack. Malas siot. Aku tak suka formal-formal sangat pegi kelas ni. Lain la kalau pegi function ke majlis ke kan. Barulah boleh melaram. Ini pegi kelas je kot. Bukan aku nak pegi tayang macho kat awek-awek kelas tu. Tak ada yang cun kot. Aku gelak sinis sekali lagi. Wawakaka.

Taip punya taip, jam sekarang dan pukul 5.39 pagi. Laju jugak aku menaip ni ek? Subuh pun dah nak masuk. Report aku baru ada sikit je penambahbaikan. Sakit betul la nak buat benda ni. Tertekan. Stress. Fenin. Fenin. Tolong aku daa…

Wednesday, July 7, 2010

Siapakah orangnya?

Siapakah orang yang MANIS senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang  yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada  dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada  sentiasa menumpuk – numpukkan harta.


Siapakah orang yang RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati  membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan  saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang SEMPIT lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati  tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa neraka.


Siapakah orang yang KEDEKUT?
Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan pesanan ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain.

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top