Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Monday, July 5, 2010

Masalah menjadi lelaki perempuan atau jantan betina?

kid-sitting-in-toilet-426x600 Aku bukak surat khabar hari ni hati aku sakit. Rasa nak koyak-koyak surat khabar tu sebab berita-berita yang terpapar semuanya menyakitkan hati dan perasaan. Berita pertama merobek hati, ‘Lagi bayi dijumpai di buang di belakang Masjid, tak pun kat tempat pembuangan sampah, tak pun kat tepi sungai, tak pun kat belakang rumah sedara sendiri. Apasal tak terus ditanam je terus kat dalam lubang kubur? Dah tentu-tentu mak bapak yang buat anak tu tak nak jaga bayi tu kan? Buat je pandai, expert gitu. Tapi tak reti nak jaga. Bila dah terberanak buang la macam buang anak kucing. Mak kucing pun tak buang anak dia. Ops, aku lupa yang kat  Malaysia ni mana ada subjek jaga anak atau menguruskan anak diajar kat sekolah. Tapi ade la pulak idea nak ajar subjek Pendidikan Seks di sekolah. Semuanya ni menggalakkan pelajar-pelajar yang baru nak kenal ‘tegang’ dan ‘kemut’ mempraktikkan apa yang dipelajari secara teori. Kenapa tak dibuat je praktikal terus kat sekolah?

ke_01.1Apabila dipikirkan kenapa tak dibuat praktikal sekali di sekolah, aku dikejutkan dengan satu lagi berita yang menjawab persoalan aku. ‘Guru rogol pelajar sendiri’. Hari ini seorang guru berusia 22 tahun merogol pelajar Form 4 dan telah melakukan perbuatan itu sebanyak 2 kali. Hei cikgu, kalau kau dah suka kat budak tu masuk la bernikah, yang kau pergi ‘kekah’ budak 16 tahun tu kenape? Tak pasal-pasal dah rabak budak tu sebelum dia tamat persekolahan. Suatu kejadian yang mencemari institusi perguruan yang sepatutnya dianggap mulia dan agung. Lepas ni tinggal harapan la budak-budak sekolah nak respek dan hormat lagi kat guru terutamanya lelaki. Tak mustahil lepas ni ada pulak kejadian ‘Pelajar rogol guru sendiri’ di atas motif balas dendam atau ‘lepas geram’. Itu memang rujukan ter’baek’ untuk kajian teori beserta praktikal di sekolah.

anakluarnikah Aku teruskan baca lagi. Jumpa pulak dengan headline ‘257,000 sijil kelahiran luar nikah dikeluarkan’. Ulang balik? 257 RIBU? Wah! Banyaknye anak harum yang didaftarkan kat Malaysia nie! Itu baru yang didaftar, yang belum atau tak akan di daftar camne pulak? Tak lama lepas ni tak payah daftar la anak tu. Biar tak ad ape pengenalan diri sebab dia tak sah taraf macam kebanyakkan anak kat US dan UK. Itu baru la boleh buat rekod ‘Kelahiran anak luar nikah seramai 257 PULUH, RATUS, RIBU, JUTA tak perlu didaftarkan. Apa la nak jadi orang Malaysia sekarang ni? Nak sedap-sedap je, bila perut dah bulat sanggup pulak gugurkan. Kalau tak gugurkan, nanti bila dah cukup bulan boleh la buang macam buang sampah ye? Pandai korang. Siapa la mak bapak dia ek? Memang tak reti ajar anak pasal ‘anak’ ke? Dasar manusia sampah.

bayi-3 Aku kesian sebenarnya kat bayi-bayi yang dibuang tu. Comel-womel semuanya. Tapi kenapa sanggup dibuang? Baik bagi je kat orang yang kahwin tapi takde anak. Diaorang tu lagi bersusah-payah nak dapatkan anak sampai macam-macam produk la dicubanya. Dari Viagra sampailah ke Kopi Jantan dicuba dan dipakai tapi rezeki tu tuhan yang bagi kan. Pelik tengok dunia nie. Yang nak anak tak dapat anak. Yang nak ‘bersedapan’ dengan ‘penyedap’ pulak subur sentiasa sampaikan senang gile nak dapat anak.

images Selak punye selak, jumpa lagi berita yang buat aku panas. Nasib baik tengah minum air sejuk masa ni. Tapi berapi jugak aku bila baca ‘Remaja perempuan lari ikut kekasih’. Apa la punye bongok budak-budak zaman sekarang ni. Tak ada langsung sebab yang kukuh untuk kau lari dari rumah. Alasan ikut kekasih tu hanya ‘bullshit’ la. Apa kekasih kau tu akan jaga dan sara kau ke sampai kau mampos? Ada dia bagi makan minum dan penempatan yang lagi selesa dan ikhlas selain dari mak bapak kau? Silap-silap kau yang jadi ‘lauk’ makanan diaorang yang langsung tak bertanggungjawab ni. Dah la menyusahkan mak bapak dia nak kena buat report polis, pastu kena siarkan kat dalam akhbar pulak tentang kehilangan, polis pulak kena buat carian dan siasatan. Bila dah jumpa sah-sah la si ‘pembawa’ tu akan kena hukuman dan si ‘pelari’ pulak tak pasal-pasal kena menghadap mak bapak yang risau keselamatan anak dia. Kot-kot kena jual kat Siam ke, jadi pelacur untuk mak dan bapak ayam ke, jadi mangsa jual organ ke, di bawak ke Lombok ke, paling koman pun kena ‘kekah’ dek mat-mat rempit yang suka pada hilang hidangan yang muda dan ‘fresh’ gitu. Sedap hingga terjilat kaki sendiri. Busuk hatinya seperti kakinya. Umur baru belas-belas. Bak kata seseorang, “Bulu pun baru nak tumbuh”, dah pandai nak ikut balak la, pakwe la ke sana ke mari. Tonggek bontot naik motor pastu kalau mati tergolek, orang nak pandang pun dah jijik tau. Tu kalau tergolek ok lagi, kalau jadik tembikai camne? Mak bapak juga yang tak kering airmata menangis. Senang cerita duduk ke kat rumah tu. Selagi mak bapak kau hidup, jangan menggatal nak lari ikut jantan yang datang dari planet mane ntah. Kalau lari ikut suami itu cerita lain. Keluar topik.

ne_01.2 Bukak pulak mukasurat sebelah, aku dengan heran tak heran baca ‘Pelajar sekolah mati dipukul’ dan ‘Remaja perempuan bergaduh di sekolah’. Oii budak sekolah yang SPM belum tentu pass ke fail, kau datang sekolah untuk belajar ke atau nak cari gaduh??? Kalau datang sekolah untuk belasah orang lain, baik kau berhenti sekolah pastu masuk la kelab boxing ke tomoi ke judo ke silat pulut ke. Seluar masih hijau, kain masih biru dah pandai nak tunjuk lagak belasah orang. Kenapa tak belasah orang yang lagi tua dari kau? Berani sangat ke? Pihak sekolah patut buat hukuman bagi satu sekolah pulak belasah budak yang membelasah tu. Biar dia rasa camne sakitnya dibelasah. Kalau aku ada masa tu, confirm aku capai kerusi kayu dengan budak sekolah bergaduh batang paip kat belakang jamban sekolah tu. Aku anti betul dengan budak sekolah yang suka pukul orang ni. Agaknya belum rasa lagi penyepak dan penerajang orang yang lagi tua dari dia. Kalau la aku jumpa budak-budak camni, tak kira la lelaki ke perempuan, ade jugak yang merasa makan kasut Bata aku ni. Keras tapaknya boleh buat semua gigi patah rasanya. Boleh tahan.

pelajar di tumbuk Akhirkalam: Masyarakat Malaysia sekarang aku tengok semakin rosak, semakin ganas dan kejam. Tak ada langsung perikemanusiaan apatah lagi kehaiwanan. Dah tahap lagi teruk dari binatang dah. Sedih dan pedih memikirkan masalah ni. Yang si lelaki dah tak lagi bertanggungjawab menjaga dan memelihara kaum perempuan sebaliknya memecahkan amanah yang terpikul tu. Yang si perempuan pulak dah jadi tak sedar diri sampai sanggup buat perkara yang terkutuk dan memalukan keluarga. Dah takde lagi ciri-ciri kesopanan dan kelembutan. Yang ada sekarang hanya keganasan dan kebrutalan melampau. Rasanya panggilan jantan betina dah tak sesuai lagi dah. Lagi kejam dari Alien dan Predator…lucah

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top