Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Monday, June 28, 2010

Bila penjara diroboh…

553px-YosriPintuPenjaraPudu Penjara Pudu atau nama otainya, Pudu Goal telah diisytiharkan baru-baru ini supaya dirobohkan kerana kawasannya yang terletak di segitiga emas Kuala Lumpur berpotensi untuk dimajukan lagi sehingaaga ke tahap maksimum. Rumah yang telah menjadi kuku besi bagi banduan-banduan pecah rumah, rompak samun, rogol, bunuh serta pelbagai jenis kesalahan itu telah dibina pada tahun 1895 lagi di waktu era pemerintahan British. Biarpun rumah bagi pesalah itu telah lama dikosongkan, tapi keunikkannya terletak pada lukisan pada dinding mural yang sepanjang 384 meter dan 4.5 meter tinggi yang pernah mencatat rekod dunia pada masa lampau sebagai mural terpanjang.

pudu4 Namun sekarang yang tinggal hanya sisa-sisa runtuhan batu-bata tembok batu itu yang dirobohkan secara berperingkat-peringkat. Dah tentu ada orang yang menangis dan meratap dengan tragedi yang menimpa penjara ‘kesayangan’ ramai ini antaranya bekas-bekas banduan yang pernah menghuni bilik berdinding batu berpintukan jeriji keluli dan berkatilkan simen. Nak berak pun tak boleh nak hadang sebab masing-masing banduan dapat melihat antara satu sama lain.

pudu8 Juga terdapat seniman yang menangisi ‘pemergian' penjara ini kerana sejarah lukisan mural yang terpapar di dindingnya. Mural yang mungkin tak dapt lagi dilihat pada masa akan datang. Pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa penjara ini bukan bahan sejarah dan tidak patut dipelihara warisan binaannya sekalipun usisanya telah mencatat umur 115 tahun. Penjara Pudu selepas ini hanya akan tinggal tapak dan kenangan kerana mungkin akan dibangunkan menjadi pusat komersial.

Barangkali mungkin ada yang lupa bahawa penjara juga mempunyai tempat hukuman gantung dan kerusi elektrik bagi banduan yang melakukan kesalahan jenayah tahap gaban. Bayangkan berapa banyak roh-roh yang tidak rela semangatnya berpisah dengan badan telah ditarik secara ‘paksa’ di tali gantung dan arus elektrik. Betapa banyak hantu setan yang tidak aman dengan kejadian itu terus menghuni kurungan itu dengan perasaan tidak tenteram.

00vj9 Apakah selepas ini akan dibangunkan hotel, pusat perniagaan, kompleks membeli belah di kawasan tapak penjara itu dirobohkan? Hanya pihak pembangunan bandar yang tahu apakah jenis bangunan yang sesuai didirikan di tapak itu demi memastikan kawasan segitiga emas bandaraya Kuala Lumpur itu dapat mengaut keuntungan yang lumayan dan berjuta-juta lemon. Seandainya hotel yang didirikan, tak mustahil bahawa ada diantara bilik-bilik hotel itu yang akan mengalami gangguan dari roh-roh banduan yang mati dengan pelbagai hukuman seperti tali gantung. Tak mustahil ada pekerja-pekerja syarikat dan ahli perniagaan yang akan dikacau dek hantu yang tak senang duduk apabila tempatnya dimusnahkan dan tak mustahil juga orang ramai yang akan lari dari kawasan itu akibat tak senang duduk di tempat yang pernah meragut nyawa entah berapa ratus atau ribu orang tahanan sejak 115 tahun lampau.

Justeru, memerlukan masa yang agak lama juga untuk membiasakan diri di tempat yang sudah lama tak dihuni manusia tetapi mungkin dihuni dengan sesuatu yang ‘bukan manusia’ jika ingin terus memajukan kawasan berkenaan untuk mempertingkatkan ekonomi dan pembangunan bandar Kuala Lumpur agar terus pesat. Usaha ini juga secara tidak langsung dapat menghalau hantu-hantu kota supaya berpindah-randah ke tempat yang terpencil di mana mereka tidak diganggu lagi oleh manusia yang suka mengambil kediaman orang lain termasuklah kediaman ‘bukan orang’ lain.

Akhirkalam: Dulu mungkin hantu yang menganggu manusia, sekarang manusia pulak yang menganggu hantu…

tali gantung

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top