Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Thursday, June 24, 2010

Manusia akhir zaman…

1400 tahun dulu satu agama langit yang paling lengkap dan suci telah diturunkan oleh tuhannya kepada hambaNya. Agama samawi ini telah dijanjikan oleh penciptanya akan dipelihara sehingga hari kebangkitan semua makhluk-makhluk yang diciptanya. Muhammad sebagai insan agung yang dipertanggungjawabkan untuk menerima wahyu ini dan menyebarkannya ke setiap pelusuk bumi.

ashura.jpg Agama agung ini telah berjaya menakluk separuh dari dunia suatu masa dulu. Juga telah berjaya mengalahkan kuasa-kuasa besar dunia pada zaman lampau. Khalifah yang agung, tamadun yang ulung dan dinasti yang unggul. Tercipta kerna pengaruh agama ini.

Namun mengapakah sekarang di media massa hangat memperkatakan tentang ajaran-ajaran senget dan songsang lagi salah yang semakin merebak merosakkan ajaran agama yang sudah lengkap ini? Walaupun telah lama wujud fahaman yang salah ini, tapi mungkin disebabkan dunia hendak mencapai akhir zaman, mereka-mereka yang obses dengan fahaman sesat ini ingin memperluaskan usaha drastik mereka dalam menentukan kemenangan bagi yang bathil. Bagi mereka, yang salah itulah yang betul dan yang betul itulah yang salah.

article_pomaks Surat khabar sekarang menggunakan isu agama dan politik yang dicampuradukkan sehingga mencapai tahap pemimpin sanggup menjual maruah agamanya demi membenarkan fahaman yang sesat dengan menggunakan pengaruhnya yang sedia ada. Wahabbi semakin berleluasa di sana sini. Orang itu mengaku dia bukan Wahabbi tapi dia mengaplikasikan ajaran Wahhabi dalam kehidupannya. Ada pula yang menegakkan Wahhabi dengan mengatakan itu ajaran yang sebetulnya.

Muncul juga golongan anti-Hadis yang hanya berpaksikan Al-Quran semata-mata tanpa mengikut Sunnah Rasulullah. Semuanya diambil secara bulat-bulat dari Al-Quran tanpa merujuk penjelasan yang lengkap dari Hadis-hadis Nabi. Sembahyang pun cukup dengan niat saja tanpa perlu rukun seperti rukuk dan sujud.

debates1 Az-Zahiriyyah pulak mengambil semua benda secara zahir saja tanpa mengambil kira maksud sebenar tersirat pada yang batin dna ghaib. Arak yang tidak mabuk itu boleh diminum, sutera dan emas itu boleh dipakai oleh lelaki ujarnya. Yang haram itu arak yang apabila diminum akan terus mabuk, yang haram itu hanya emas dan sutera yang ditunjukkan oleh Nabi sewaktu pengharamannya, selain itu semuanya halal. Betapa singkatnya pemikiran Az-Zahiriyyah dari segi hukum. Yang haram dihalalkan manakala yang halal diharamkan. Silap-silap semuanya menjadi halal kerana yang haram itu telah tiada lagi.

Tambahan dengan puak Syi’ah pula yang mengagung-agungkan Saidina Ali melebihi dari Muhammad kekasih Allah seperti yang terjadi di Iran. Tidak diketahui atau dikenalpasti sama ada wujudkah pengikut ajaran Syi’ah di bumi Malaysia ini.

Illuminati Mungkin kita tidak sedar bahawa orang bukan Islam juga ada yang membawa pengaruhnya kepada orang Islam di mana pada zaman kini semuanya hendak dibuktikan dengan sains dan teknologi. Hampir semua benda mesti dibuktikan dengan akal manusia. Mereka lupa bahawa ada perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia biasa selain dari mereka yang dikurniakan mukjizat oleh Tuhan. Hanya Nabi-nabi dan ahli Karamah saja yang diberikan keistimewaan untuk melakukan sesuatu di luar pemikiran manusia. Bak kata lagu Elyana, Tak Tercapai Akalmu. Mereka ini adalah penganut Muktazilah yang mengutamakan penggunaan akal melampaui penggunaan hati dan spiritual. Ahli saintis berusaha bersungguh-sungguh hendak me’logik’kan sesuatu yang pada hakikatnya tak diterima dek akal. Contohnya nabi Musa membelah laut menggunakan tongkatnya. Dikatakan laut memang boleh terpisah apabila berlaku hentaman yang kuat ke atas permukaan air seperti yang terjadi pada nabi Musa. Mereka seboleh-bolehnya menidakkan kuasa Allah yang mengjangkaui tahap pemikiran manusia yang sememangnya bodoh dan sentiasa berpandu pada sumber dari tuhannya…

Cn6__5ZraP_4_f7TqA Manusia sekarang terlalu ingin mencabar kuasa tuhan yang maha pencipta. Mereka lupa bahawa logik akal tak cukup untuk membongkar semua misteri alam yang Allah ciptakan ini. Hanya dengan kekuasaannya barulah semua yang luar biasa ini boleh terjadi dan tiada manusia biasa yang dapat melakukannya biar dengan apa cara sekalipun. Sedarlah wahai manusia akhir zaman…

Mereka berpecah kerana mereka sentiasa menganggap diri mereka yang sentiasa betul dan akan terus menegakkannya walaupun ia bertentangan dengan Islam yang sebetulnya. Maka wujudlah ayat ‘Lakum deenukum wa liya deen…’

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top