Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Sunday, November 29, 2009

XXVIII. Apabila roh mengusai jasad

aku baru balik ceramah kat masjid tadi. menarik jugak la isi kandungannya. tajuknya aku tak tahu sebab aku lambat sampai. lepas solat Maghrib aku pun bersila mendengar syarahan…

aku tertarik dengan perbandingan antara manusia biasa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Apa bezanya kita dengan Nabi? Kita manusia. Dia pun manusia jugak kan? Tap kenapa kita susah nak beribadat macam Nabi? Kenapa Nabi boleh buat 1000 rakaat dalam satu malam tapi kita nak tahajud 2 rakaat pun tak boleh bangun? Lemahnya manusia biasa ni. hek eleh…aku pun sama.

Kenapa kita bangun pagi mesti cari makanan? perlu ada sarapan, roti canai, cekodok, nasi lemak? koko krunch? nabi tak perlu bekehendakkan itu semua. nabi tak berkeinginan untuk menjamu seleranya. seleranya hanya dengan menghadap Allah setiap masa dan ketika.

Mungkin ada tersiratnya tasauf yang manusia biasa belum tahu. Nabi dan sahabat-sahabat yang terpilih telah dipakaikan dengan ‘pakaian malaikat’. Pakaian malaikat bermaksud mereka tidak perlu tidur, makan dan minum atau bernafsu seperti manusia biasa. Hidup mereka hanya untuk Allah s.w.t. Ketika mereka sedang ‘berasmara’ dengan isteri mereka sekalipun, ingatan mereka hanya pada Allah. Demikianlah mereka yang dikurniakan pakaian malaikat. Hanya malaikat yang mempunyai sifat-sifat ketaatan sedemikian. Sungguh level dewa.

Sedang Nabi tidur sekalipun, kenyangnya hanya cukup dengan kalimah Subhanallah. Apabila bangun, dia tak berkehendakkan makanan. tak macam kita. bangun je lapar, mula la pergi dapur, cafe, dan tempat-tempat menjamukan santapan.

Cuba kita pikir kenapa kita tak boleh nak buat 1000 rakaat dalam satu malam? Apa yang membataskan kita? mengantuk? penat? semput? lapar? nak peluk bini? semua itu adalah disebabkan fizikal kita yang terhad. Andai kata roh kita lebih berkuasa daripada jasad, jangankan 1000 rakaat, puasa terus setahun pun boleh. Apabila rohani menguasai fizikal dan jasmani, itulah yang menjadi rahmat pada para-para nabi dan ulama’.

Ambil contoh Nabi Sulaiman lah. Beliau dikurniakan roh yang begitu kuat sehinggakan Istana Balqis yang ada kat Yaman tu boleh dibawa ke Syam dalam masa kurang dari sekelip mata. Bayangkan kat dalam istana tu ada 80 buah bilik. tu dah sama dengan level hotel 5 bintang zaman sekarang. Zaman tu tak payah cakap kapal terbang la, kren jentolak pun haram tak wujud lagi.

Fikirkanlah kuasa yang ada pada Sulaiman, apatah lagi kuasa Allah. Tak tergambar lagi betapa kuatnya tuhan yang maha kuasa. tak ada yang mustahil. barang siapa percaya dan berdoa pada Allah, nescaya permintaannya akan dikabulkan…

Begitu jugaklah yang berlaku kat ahli-ahli sufi dan musyahadah. Mereka telah mencari dan mengetahui hakikat Allah yang sebenarnya dengan melihatnya melalui matahati. Matahati kita manusia biasa ni lain pulak yang ditengoknya. Menyimpang bonar.

Mereka tadi telah mentauhidkan dan percaya pada keesaan Allah yang satu. Mereka dikategorikan sebagai insan-insan yang tak perlu berkehendakkan pada dalil sebagai bukti untuk menyokong hujah-hujah. Kita ni sikit-sikit tanya mana dalilnya? mana buktinya? no proof no follow. sebab kita sendiri masih was-was dan berprasangka untuk mengikut sesuatu ketetapan. belum cecah lagi maqam para ahlil sufi. Fikirkanlah…

Sekadar bercerita. untuk renung-renungan dan keinsafan bersama. Wallahualam…

 

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top