Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Friday, November 27, 2009

XXII. kisah benar pengorbanan agung di dunia (part 2)…

peristiwa korban atau sembelihan yang dipraktikkan hari ini sestiap kali tiba Hari Raya Haji untuk orang yang pergi wat haji kat Mekah dan Hari Raya Korban untuk orang yang buat ibadah korban. jadi orang yang tak buat dua-dua benda ni tak sambut raya lah? salah tu. kedua-duanya berhubung kait. menunaikan haji itu juga pengorbanan. bukan calang-calang pengorbanan. zaman sekarang kalau tak ada RM 15k, jangan harap la nak buat haji. tapi kalau umrah lepas la. bila lah aku nak buat haji lagi. cepatlah Ya Allah murahkan rezeki aku.
Aku nak bercerita sikit. mungkin ada yang dah tahu. mungkin ada yang baru nak dengar. selalunya siapa-siapa yang dengar khutbah raya aidiladha tahu la tak banyak sikit pasal true story ni. ceritanya bermula…
lembu-korban Nabi Ismail pada masa tu lebih kurang dalam 7 tahun. yang pasti dia dah boleh tolong ayahnya Nabi Ibrahim bekerja. umur bukan benda yang kita atau siapa-siapa nak jadikan topik perbualan. jauh sekali berhujah bilakah umur yang sesuai untuk korbankan seorang anak. itu perkara remeh. dah lama lepas kot. dah beribu-ribu tahun.
Nabi Ibrahim dalam tidur tiba-tiba mendapat satu mimpi. biasa bagi para-para nabi dan rasul untuk mendapat petunjuk atau wahyu melalui mimpi. dalam mimpinya dia diarahkan untuk menyembelih anaknya Ismail. kalau orang biasa mesti dia pikir itu semua mainan tidur. apekejadah aku nak ikut! tapi bagi Ibrahim, dia memikirkan tentang mimpi itu. apakah benar arahan dari tuhan ataupun gangguan syaitan? hari itu adalah tanggal 8 Zulhijjah (tahun aku tak tahu) dan dinamakan Yaumul Tafakkir iaitu hari untuk Ibrahim berfikir tentangt mimpinya.
pada malam keduanya, Ibrahim didatangi lagi mimpi yang sama lagi dalam tidurnya. apabila Ibrahim tersedar, dia tahu bahawa ini adalah arahan dari Allah. bukan permainan tidur oleh syaitan. hari ini adalah tanggal 9 Zulhijjah dan dinamakan Yaumul Arafah. bermaksud hari dimana Ibrahim mengetahui maksud sebenar mimpinya.
pada malam ketiga, mimpi yang sama mendatangi Ibrahim lagi ketika dia sedang tidur. apabila tersedar, dia terus bangun dan membawa anaknya Ismail ke sesebuah tempat. lebih kurang time subuh gitu laa. di sana Ibrahim memberitahu Ismail tentang mimpinya bahawa Allah mengarahkannya untuk menyembelih anaknya Ismail. (Jangan tanya kenapa pilih Ismail, tak pilih Ishaq! Tu bukan kerja kita!) Ismail redha dengan keputusan itu kerna itu adalah arahan dari tuhannya. nak tak nak kenalah patuh ye tak? pasti ada hikmah di sebalik semua ini. sebab dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
tapi kalau akulah kat tempat tu… kus semangat! tak sanggup den! pikir la sampai otak tu bersepai… memang dilemma seorang anak!
tapi Ismail tenang. Ibrahim mengarahkan anaknya berposisi baring. Tiba-tiba Ismail berkata kepada ayahnya supaya mengikat kaki dan tangannya. jika diikat, maka Ismail tidak akan menggelupur. darah-darah tidak akan memercik dan mengotorkan baju ayahandanya Ibrahim. jika Ibrahim pulang dan Siti Hajar mendapati darah itu adalah darah Ismail, tidakkah dia akan bersedih? Lalu Ibrahim mengikat kaki dan tangan Ismail.
Ketika Ibrahim telah mengeluarkan pisau, tiba-tiba Ismail bersuara. dia meminta ayahandanya membuka ikatan kaki dan tangannya. dia menjelaskan, apakah nanti Allah akan berasa kecewa apabila melihat nabiNya Ismail datang bertemuNya dengan tangan dan kaki terikat? apakah itu bermaksud Ismail dengan tidak sepenuh hati mengorbankan dirinya kerana Allah? Ibrahim pun membuka ikatan Ismail…
Ketika Ibrahim meletakkan pisau di leher Ismail, cubaan untuk menyembelih anaknya itu gagal. Puas di cuba namun pisau itu tidak berjaya memotong leher Ismail. Dengan kuasa Allah, tiba-tiba Ismail yang sedang berbaring itu ditukarkan dengan seekor Kibas yang gemuk. kemudian barulah penyembelihan berjaya dilakukan.
Kibas itu bukan sembarangan binatang sembelihan. Ia diturunkan Allah dari syurga. Setelah di ternak selama 40 tahun waktu syurga. Sesungguhnya itulah sembelihan yang agung!
mereka dua beranak bersyukur atas kejadian ini. sesungguhnya Allah itu maha Kaya dan maha Penyayang. segala puji hanya untuknya! hari itu adalah tanggal 10 Zulhijjah yang dinamakan Yaumul Nahar bermaksud hari penyembelihan.
jika kita tengok secara keseluruhan. setiap perkara yang berlaku kepada Nabi Ibrahim dan Ismail adalah ujian dari Allah. Dia sekadar menguji tahap keimanan hambaNya. ternyata pengorbanan Ibrahim dan Ismail tidak mengira harta dan nyawa. Kesemuanya adalah milik Allah dan kita hanya diberikan mandat untuk menguruskannya sahaja.
Allah memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah juga menarik balik dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah berkuasa dalam menentukan sesuatu apa pun di alam ini.
signifikannya, umat Islam pada hari ini mengerjakan ibadah haji dan penyembelihan binatang ternakan kerna mereka telah diutus untuk berjuang di jalan Allah. mereka ini dipilih untuk menjadi tetamu Allah, mentauhidkannya, berdoa dan bermunajat kepadaNya, Dialah tuhan alam semesta…
p/s: tak ada satu pun milik dan hak kita yang hakiki. semuanya dipinjamkan dan diberi ‘lesen’ untuk menjaga dan menguruskan. jadi, pandai-pandailah menjaga amanah Allah.
selamat beramal…
-SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA-

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top