Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Wednesday, February 3, 2010

Aku bukan kedekut



Hari ini aku berjumpa lagi dengan kerenah orang yang aku tak berapa nak gemar. Walaupun dah lama aku kenal orang tu, tapi lama kelamaan sifatnya itu menjadi-jadi sampai aku kadangkala jadi terasa hati dengan sikapnya itu. Sikap dia tu yang bermotifkan hentaman membuat aku timbul rasa menyampah dan meluat. Tapi layankan saja lah.

Cerita sebenarnya panjang tapi bila dah dipendekkan berbunyi begini: Masa tu perut beberapa orang tengah lapar dan sibuk nak cari tempat makan. Dia berkata asyik dia saje yang selalu belanja orang makan. Kali ini dia nak orang lain lah pulak yang ‘buka meja’. Tiba-tiba ditujunya nama aku. Alasannya aku tak pernah belanja orang makan. Hei, tolong sikit. Aku pernah belanja kawan-kawan aku makan okay. Aku bukanlah kedekut tahap kuda. Mungkin dia mengeluarkan kenyataan begitu sebab dia fikir aku tak pernah belanja dia makan. Aku masih ingat aku pernah belanja dia makan. Yang pasti lebih dari 2 atau 3 kali.

Aku tahu bila aku nak belanja orang. Aku selalunya belanja orang apabila ada kerja-kerja yang memerlukan khidmat mereka. Contohnya cat banner, gantung bunting dan lain-lain. Aku keluarkan duit aku SENDIRI ye. BUKAN duit program. BUKAN duit upah. Tapi apo nak dikato bila orang lain anggap beli makan dan minum itu bukan dari duit aku sendiri. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak gaduh-gaduh. Buang masa.

Aku keluarkan duit aku sendiri kerana aku rasa masa itu aku telah menggunakan tenaga dan masa kawan-kawan aku untuk menyiapkan kerja. Jadi seharusnya aku bagi sedikit penghargaan untuk mereka. Aku tidak akan mengeluarkan duit aku sewenang-wenangnya untuk dibelanjakatakkan memenuhi perut orang lain. Ada orang yang buat macam tu dengan alasan nak jaga hati kawan. Nak pegang budak. Nak bina hubungan. Akhirnya poket sendiri juga yang kopak sampai terpaksa pinjam duit orang lain. Aku tahu dimana status kewangan aku dan sebab itulah aku cuba untuk berjimat cermat. Bukan kedekut.

Aku bukan orang kaya. Aku bukan anak menteri. Aku bukan tauke balak. Aku bukan kontraktor binaan yang poketnya kembung berjuta-juta. Aku hanya seorang pelajar yang pada masa ini membuat pinjaman dengan PTPTN yang perlu aku langsaikan lepas habis belajar nanti. AKu juga perlu simpan sedikit wang untuk mencapai impian aku yang juga impian semua orang. Aku nak kahwin. Aku nak beli kereta. Aku nak beli rumah. Dan terlalu banyak benda lain yang aku nak miliki dalam dunia ini.

Semua itu memerlukan aku untuk mula berjimat cermat dan belajar untuk menyimpan demi kesenangan di masa hadapan. Tapi apakan daya. Kadangkala ada orang tak faham perasaan dan hati kita bila kita tak pernah cerita tentang masalah kita kat orang lain. Aku bukan jenis suka memberitahu masalah aku pada orang lain kecuali jika aku betul-betul dah tak tertahan. Saat itu aku akan meluahkan. Dan bukan semua orang terpilih untuk mendengar luahan aku.

Pada aku, janganlah kita terlalu memandang buruk seseorang itu kerna mungkin dia ada masalah yang mengekang dia untuk berbuat demikian. Aku pasti seandainya orang itu berkemampuan dan tak ada masalah, dia pasti akan membuat sesuatu yang akan menggembirakan semua orang.

Wallahualam…
Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top