Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Saturday, February 27, 2010

Cukup-cukuplah bermaksiat…

Aku tengok banyak budak-budak sekarang semakin lupa dengan tujuan asal hidup. Tambah-tambah lagi pelajar sebab pelajar ini dikatakan golongan terpelajar dan berintelek sikit kalau dibandingkan dengan penagih dadah, penari kelab malam, pekerja Alam Flora serta kutu rayau malam. Tapi hakikatnya TERpelajar sikit jela dari golongan kedua tu. Jangan marah sebab ini REALITI!

Tujuan asal kita hidup ini sebenarnya hanyalah persediaan dan kelengkapan untuk kehidupann kita di hari kemudian kelak iaitu di alam yang satu lagi. Hanya ada 2 destinasi iaitu syurga yang penuh nikmat atau neraka yang membakar isi-isi di dalamnya. Bakaran yang lebih melampau dari ayam golek hangus kat pasar malam Kerinci.

Budak-budak sekarang lebih mementingkan hiburan dan terlalu asyik dengan pesona dunia yang semakin menjadi-jadi pada masakini. Pengaruh barat semakin menjajah minda dan pemikiran anak-anak muda sekarang. Terdapat pelbagai contoh yang sebenarnya tak baik untuk kesihatan dan masa depan mereka-mereka yang tak sedar diri ini.

DSC01475 Selang semalam mereka akan menziarahi kelab-kelab malam untuk clubbing. Bukannya pergi BERPERSATUAN tapi di sana mereka akan menari dan berjoget dengan iringan muzik yang melampau. Untuk pengetahuan korang, muzik-muzik yang dimainkan di kelab malam ini biasanya dari genre hip-hop atau R&B dan dipasang dengan tahap kebisingan maksima. Andaikata anda berpenyakit jantung, nescaya belum cukup 5 minit di dalam kelab, anda sudah ke rahmatullah. Bagi yang berdarah tinggi pula, anda mungkin akan berdarah hidung melihat keseksian gadis-gadis kelab ini yang entah masih gadis atau pun hanya tinggal sejarah.

Minuman ruji ialah air-air mabuk serta air setan yang dihidangan sejuk berserta ais di dalam gelas atau pun jag bagi mereka yang inginkan kemabukan terlampau. Sebenarnya syarat asas untuk berada di dalam kelab ialah anda perlu mabuk atau hilang pertimbangan kerana manusia normal tidak akan tahan untuk menari selama berjam-jam dengan iringan muzik yang menggegarkan jantung. Juga ada kelab-kelab yang menawarkan ecstasy supaya mereka tidak sedar apa yang mereka sedang lakukan pada waktu itu. Kalau kena angkut ke dalam bilik hotel pun nasib lah. Alamat kena kenduri aqiqah secara berjemaah. Masya-allah~

Jenis pakaian bagi kaum-kaum betina ini pula boleh diibaratkan seperti meletakkan plastik di atas badan. Serupa tak pakai apa-apa. Baik tak payah pakai terus. Alang-alang berdosa biar bertimbun kan? Keseksian melampau terserlah dengan menonjolkan segala bonggol-bonggol yang sudah tentu akan menyebabkan semua mata-mata kaum jantan tersagat dek bonggol tajam itu. Silap-silap mereka boleh terbabas atau mendapat kemalangan serius yang julung kali tidak direkodkan di dalam mana-mana Ops Sikap di negara ini.

Aksi-aksi lucah selalunya menjadi bahan tumpuan di kelab malam ini. Peluk cium dan lenggok-lenggok ghairah sentiasa dilakonkan oleh pelakon tanpa tauliah ini. Kalau diperiksa pun belum tentu mereka ini ada lesen memandu apatah lagi lesen tak senonoh. Tapi lagaknya mengalahkan pelakon lucah amatur kerana mereka ini hanya profesional dari aspek pandangan mata-mata lelaki hidung belang sahaja.

Bukankah lebih bagus untuk berkumpul dalam halaqah untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah sosial yang kian kronik? Ataupun berzanji ataupun mengadakan maulid secara berjemaah ke? Paling koman pun buatlah tilawah Quran ke dalam berkumpulan. Tak kan baca Yassin yang cuma 83 ayat itupun susah sedangkan lagu-lagu yang dipasang di kelab sanggup dihafalnya demi memastikan agar mereka menari ikut tempo. Kalau salah menari nanti kena gelak pula.

Lebih baik masjid itu dipenuhkan dari memenuhkan pusat-pusat hiburan di kotaraya. Lebih baik solat tahajud didirikan daripada menari dengan aksi terkinja-kinja monyet pada pukul 3 pagi. Lebih baik duit-duit itu disedekahkan kepada anak yatim atau orang yang memerlukan daripada menghabiskan duit berjudi di meja pakau. Dan adalah 1000 kali lebih baik mati kerana menegakkan syiar Islam dari mati katak memperjuangkan benda yang ntah ape-ape ntah tak tahu lagi kebenaran dan kesahihannya...

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top