Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Saturday, December 5, 2009

XXXVI. Ayuh kita berkhalwat!

Khalwat? Tajuknya agak kontroversi kan? Apa pengertian khalwat yang sebenar? Khalwat boleh didefinasikan sebagai berada dalam keadaan tertutup dengan niat dan tujuan tertentu. Jadi betul la kalau orang tu ditangkap khalwat sebab ada tujuan tersendiri? Ehem…ehem… Mari kita kaji dengan lebih mendalam.


Kita sebagai manusia sering lupa, alpa, lalai tentang hubungan kita dengan sang pencipta, Allah yang agung. Kita sibuk dengan urusan seharian mencari rezeki, mengejar pangkat dan kemewahan, keseronokan. Nikmat dunia semata-mata. Kadangkala sampai tertinggal fardhu yang wajib disebabkan kepenatan. Alasan yang kurang munasabah diberikan. Untuk berpenat lelahan buat keja lain tak rasa penat pulak ye?


Ada orang yang sibuk mengejar ilmu. Macam-macam jenis ilmu yang terdapat kat dunia ni. Ada yang bermanfaat dan jugak yang merugikan. Allah dah kurniakan kita akal. Suatu anugerah yang takde pada makhluk bernama binatang. You know animals? Yes…good boy. Akal tu perlu digunakan untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Setakat ada akal tapi kalau tak digunakan, itu yang dinamakan kerugian. Its functional is to dysfunction kata seorang pemuda Inggeris. Hanya orang yang salah menggunakan akal akan menggunakannya untuk mencari ilmu yang tak bermanfaat.


Contoh ilmu tak bermanfaat adalah seperti belajar mencuri, menghisap dadah, memanipulasi, menipu dan yang seangkatan dengannya. Kalau ada manfaat pun cuma seketika. Padah dan kerugian yang berpanjangan. Justeru pilih la ilmu yang akan mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada kita.


Kalau kita kaji balik, apa hubungan yang ada antara Nabi Adam a.s dengan syaitan laknatullah? Kedua-duanya ada membuat kesalahan masa kat dalam syurga. Adam telah memakan buah khuldi yang dilarang oleh tuhannya. Syaitan pulak menghasut Adam untuk makan jugak buah larangan tu. Kedua-duanya adalah kesalahan. Yang membezakan keduanya ialah Adam mengaku kesalahnya memakan buah tu tetapi syaitan tak mengaku kesalahannya yang telah menghasut Adam di depan Allah. Keduanya dihukum oleh Allah tapi hukuman syaitan lebih berat – tinggal di neraka selama-lamanya.


Jadi manusia ni kalau dah buat salah mengaku aje la. Kalau kena hukum pun mungkin akan dikurangkan kadarnya. Tak perlu nak selindung kesalahan. Tambah-tambah kalau dengan tuhan pulak. Tak ada satu pun yang dapat kita sembunyikan daripada pengetahuanNya yang maha mengetahui.


Apa yang patut kita buat antara hubungan kita dengan Allah ialah dekatkan diri kita padaNya. Jauhkan dari benda-bendi yang tak berfaedah. Langkah terbaik untuk mendekatkan diri dengan Allah ialah selalu mendampinginya, bersendirian dengannya. Itu yang aku maksudkan tadi ‘berkhalwat’. BUKAN DENGAN MANUSIA! Tapi dengan ALLAH s.w.t. Tak ada salahnya kalau kita nak berkhalwat dengan Allah pun. Kalau dengan manusia memang la salah. Kantoi ditangkap dengan perempuan nanti keluar akhbar kena tangkap basah pulak. Kena tangkap dengan lelaki tak pasti basah atau kering. Tapi yang pasti akan di cop homoseksual dan liwat atau bahasa antarabangsanya ‘gay’.


Alangkah bagusnya kalau kita cintakan Allah tu lebih dari kita cintakan awek kita, boyfriend kita, sugardaddy, sugarmummy, paparazzi, kemewahan, rumah banglo, kereta Bugatti dan sebagainya. Kita nak ‘dating’ dengan Allah? Skandal? No problem.  Tu semua tanda kita sayangkan Allah. Yang pasti tuhan juga akan cintakan kita lebih dari kita cinta padaNya.


Keistimewaan ni confirm tak dapat kalau kita couple dengan pasangan manusia seperti kita. Kering je poket kau alamatnya bye-bye la. Kalau muka tak hensem tu lagi la parah. Kurang kredit dan saham di mata perempuan. Perempuan pun kalau dah tua, ‘getah’ dah hilang. Confirmation Slip mungkin keluar laki cari pasangan yang lain. Tapi kalau kita bercinta dengan Allah, rupa paras dan status kita Allah tak pandang semua tu. Cantik atau hodoh sekalipun, kaya atau fakir, masam atau wangi, tinggi atau ketot, semua tu bukan kayu ukur tahap kecintaan Allah pada kekasihnya.


Kalau kita sedarlah, lagu-lagu cinta yang didendangkan penyanyi-penyanyi sekalian. Lirik-lirik lagu mereka berunsurkan betapa kita sanggup mengorbankan segalanya demi cinta. Sanggup mengharungi lautan api, hutan belantara, gunung-ganing lembah Everest, hatta piranha di Amazon sekalipun. Sakitnya bila cinta didustai dan di khianati. Frust tertonggeng! Seksanya menanggung rindu di kalbu bukan kepalang. Semua itu pastinya akan lebih manis kalau cinta kita bukan kerana manusia, tetapi cinta kepada Allah mengatasi segala-galanya. Wallahualam.


Akhirayat: Siapa kata Matematik takde kaitan dengan cinta pada Allah? Kalau cinta kita pada Allah memanjang di paksi-X, nescaya cinta Allah pada kita juga akan menaik dengan berganda-ganda lemon secara berkadaran di paksi-Y. Kesimpulannya X=Y++……



8 comments:

PENA CELORENG said...

Saya sgt setuju dgn isu khalwat yang sdr lontarkan. memang dah macam tuuuu.Cuma part Nabi Adam ngan syaitan tu tak berapa tepat. nanti, saya hantar email. tk kerana menghargai antologi tu.

Putra Al-Maliki said...

khalwat dengan tuhan memang berlainan berbanding khalwat dengan manusia.. baru saya faham konsep khalwat kedua nie.. tq.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Tukang Tulis said...

insyaAllah. boleh je nk exchange link. khalwat ada bermacam-macam jenis. bergantung pada orang tu je nk tafsir macam mane. baik fikiran baik la tanggapan. buruk pandangan buruk la sangkaan... =)

Syida Shukor said...

apa yang penting kita sebagai manusia kena sedar apa sebenarnya tugas kita di bumi Allah ini .

*nice entry (:

Para Jamaludin said...

hah. betullah uia. =)
nice to know one of uia's blogger.

btw, i'll link yours.

nice blog =)

Tukang Tulis said...

haha...dia bukan kira betul atau x betul. setiap manusia punya akal dan fikiran untuk berfikir. so...gunakanlah sebaikya... =)

Shaz Naz said...

enry yang sgt bermakna..tapi tak berapa sedap sgt la yang part nabi adam tuh..tapi thnx 4 writing dis..keep it up

Tukang Tulis said...

tu maksudnya even nabi pun ada wat kesilapan, apetah lagi kita manusia biasa yg hina nie...

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top