Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Wednesday, December 9, 2009

Koboi ke Johor Baharu

9pm. Wadi ajak aku turun ke Johor Baharu. Mak seorang kawan kami meninggal petang tadi. Kawan kitaorang tu pun sebenarnya baru lepas kemalangan raya lalu. Ni mak dia pulak yang meninggalkan alam dunia ni. Bertimpa-timpa dugaan. Kesian pulak. Sebagai seorang ahli kelab yang berdedikasi dan bermamabagi, nak tak nak setiap kami yang turun ke JB kena hulur RM 50 untuk tambang minyak kereta dan tol. Dalam hati sedikit merungut.

3am. Telefonku memainkan bunyi mesej masuk. Tertulis, “turun skrg.” Dengan sebuah beg disumbat baju sejuk dan buku cerita, aku turun ke kereta Iswara buruk tak berkunci bernama Sherry. Aku hulur kunci kereta kepada Wadi. Wadi panaskan enjin sementara menunggu Faruqi yang baru keluar dari bilir air dengan bertuala bawah paras pusat. Kelihatan menggigil. Macam kucing kena simbah air.

4am. Kereta dipandu Wadi bak pelesit meredah Jalan Hulu Kelang sebelum susur keluar ke tol Sg. Besi menuju arah selatan. Mamod kat sebelah aku terlentok dengan mulut ternganga luas. Mentang-mentang tak ada lalat dalam kereta. Dia kena tidur sebab masa balik nanti dia yang kena drive. Sambil kunyah gula-gula masam dan keropok ikan keras, aku, Wadi dan Faruqi bercerita tentang hal ehwal semasa kelab. Gosip sana dan umpat sini. Saja tambah dosa sikit.

5am. Dah masuk sempadan Melaka. Wadi semakin rancak bercerita tentang orang itu dan ini. Faruqi pun selaku media massa yang 100 kali lebih pantas dari CNN kerap menyiarkan berita-berita panas terkini ala-ala Melodi. Sesekali Wadi mintak Faruqi terangkan hujahnya seperti menerangkan kepada budak darjah 5. Sukar untuk ditafsirkan putar belit lidah ular lidinya.

6am. Singgah tempat rehat Machap untuk membuang bahan kumuh dan menambahnya kembali dengan air teh ‘O suam. Seakan serupa warnanya. Rasanya mungkin manis-manis gula jugak.

rumah faruqi Rumah Faruqi

mamod dan wadi7am. Sampai rumah Faruqi kat Senai. Borak dalam 10 minit dengan ayah Faruqi. Anak dengan bapak langit dengan bumi. Merasa jugak la sarapan lontong Johor kat rumah dia. Agak kurang asam bila sempat tengok tv sekejap sambil terlentok kat sofa. Nasib baik air mulut tak meleleh. Penampilan kena jaga.

9am. Tiba di rumah si mati. Ayah kawan kami menyambut dengan senyuman. Dalam hati dia tuhan saja yang tahu. Anak sakit, isteri meninggal. Agak kusut masai mungkin serabut nak selesaikan itu ini. Punca kematian mungkin sebab jangkitan kuman atau parasit. Tak sempat jumpa kawan kami sebab dia pun masih tak sihat. Wadi hulurkan derma kat ayahnya hasil kutipan ahli-ahli kelab malam tadi. Mintak banyakkan bersabar dan tabahkan hati. Allah sentiasa bersama hambaNya.

10am. Gerak balik ke Kuala Lumpur. Tak boleh singgah mana-mana destinasi percutian atau perkelahan sebab poket kering. Lagipun nak kejar masa sebab ada urusan lain. Mamod yang segar memecut kereta dengan skill berbahayanya menyusur lebuhraya utara-selatan. Lori dan bas pun mengelak ke kiri memberikan laluan kepada kereta kami.

2pm. Sampai di UIA Gombak dengan mata merah dan sakit tekak. Tanda-tanda nak demam. Damn! Aku terus ke kelas Arab untuk memastikan kehadiran penuh. Hari ni memang buat kerja semua macam koboi! Tapi koboi ni semua naik kereta.

******

p/s: Kadangkala kita perlu berkorban sesuatu atas dasar desakan. Aku sendiri berkorban wang, masa dan tenaga kerna aku tahu semua ini ujian dariNya. Bila-bila masa boleh di balas balik. Hari ini hari kau. Mana tahu esok hari aku?

1F132A9AFE17D7B1CE3F70C26CF914B4

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top