Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Thursday, December 10, 2009

Siapa pengemis harta?

Si pengemis menadah tangannya setiap kali ada kaki-kaki yang lalu di depannya. Sesekali dia menghulurkan cawan plastik yang entah di rembat dari mana. Kelihatan dalam cawan itu ada isi berupa wang kertas dan syiling. Beberapa tangan yang simpati menghulurkan wang kertas not satu ringgit. Ada juga tangan yang memasukkan besi-besi bulat sehingga kedengaran bunyi gemerincing. Si pengemis mengucapkan terima kasih. Setelah puas dia mengemis di situ, pindahnya dia mencari port yang baru agar tidak diberkas Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dasar tak mahu orang tolong. Duit orang nak pulak.


pengemis_splimaAku timbul kasihan. Inginku hulur tapi dompetku juga kempis. Hanya tinggal beberapa kad-kad nama dan lesen memandu. Sudahlah. Kalau nak derma kat masjid lagi bagus. Aku singgah Maghrib di Masjid Kampung Baru. Ada penghawa dingin. Karpetnya tebal. Nyaman sekali iktikaf di sana. Sesudah Maghrib, aku korek kocek kananku. Ada beberapa wang besi. Aku masukkan kesemuanya di tabung masjid. Getusku ada jugak tempat untuk aku bersujud pada tuhan kalau nak dibandingkan dengan nilai wang besi yang masuk dalam tabung tadi. Tuhan akan ganti balik wang besi tu dengan wang kertas yang lebih tinggi nilainya. Hendaknya.


Terlalu banyak yang aku idam untuk miliki di dunia ini. Walau hayat hanya sementara, aku ikat azam untuk miliki itu semua. Aku rela berpeluh darah untuk pastikan aku dapat itu semua. Aku dah biasa kerja berkonsepkan individualisme. Itu lebih buat aku puas hati dari kerja ramai-ramai tapi akhirannya kerja tak siap. Sembang aja lebih. Macam tin kosong isi batu sebijik. Memekak.


Prinsip aku kalau kita nak sesuatu kena cari sendiri. Tak perlu harap kat buah yang tak jatuh atau tunggu kucing bertanduk. Biar perit dan jerih pun, sekurang-kurangnya benda tu hasil keringat kita sendiri. Tak ada unsur-unsur atau elemen orang lain. Bila kita yang cari benda tu, suka-suki kitalah nak buat apa dengan benda tu. Riak dan bangga dengan usaha sendiri seribu kali bagus dari riak makan harta orang lain.


pengemis Tapi ingat sedekah tu perlu. Nak sucikan harta kita. Jangan takut untuk memberi sebab semua benda kat dunia ni bukan milik kita pun. Tuhan bagi pinjam sebab kesian. Kenalilah hakikat sebenar kita yang tak punya apa-apa walau harta sebesar zarah sekalipun. Tak perlu riak sebenarnya dengan benda bukan milik kita. Kita berusaha susah payah nak mendapatkan harta tu seumpama kita berjuang untuk menjadi pemegang amanah tuhan terhadap harta-herti tu. Samada nak guna di jalan sebaiknya atau sebaliknya. Sebab tu ada orang yang tak nak cari harta sebab dia tak nak pikul tanggungjawab ini. Ingat, cari harta tu lagi senang dari jaga harta ke jalan kebenaran.


p/s: Sekurang-kurangnya azam aku lagi mulia daripada orang yang tak reti nak usaha cari sesuap nasik bungkus…pemalas.





2 comments:

KizZ said...

Hmm..Kiz kadang2 ragu-ragu nak bagi derma kat orang-orang yang dinyatakan tu..Sebab takut duit yang kita bagi tu sebenarnya bukan pada orang yang betul-betul memerlukan tapi yang saja konon-konon memerlukan..

Tukang Tulis said...

niat kita nak derma sebab kita betul-betul ikhlas nak tolong org tu. jadi tanggungjawab kita dah lepas dan yg pasti kita dapat pahala sebab tolong org tu. ape org tu nak buat dengan hasil derma tu adalah urusan dia dengan tuhan. kalau dia gunakan ke jalan yg salah, dia lah yg rugi. kita x rugi apa2. untung lagi ada...
kesimpulannya..byk2 sedekah... =)

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top