Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Wednesday, November 28, 2012

Aku bermula kembali dengan menyebut namaMu

blog ini sekian lama menyepi. menanti bilakan tiba waktunya ia berirama kembali dengan nada-nada dan suara-suara hati. yang membisikkan segenap naluri-naluri insan. dalam mencari suatu yang diertikan KEBAHAGIAAN.

lebih setahun hati itu merajuk. lebih dari setahun hati itu menjadi malas, meluat dan menyampah dengan tingkah hipokrit makhluk bernama manusia. yang sehari demi sehari sentiasa menambah bakul-bakul dosa hasil hembusan menusuk syaitan. lalu hati mereka menjadi hitam, kotor, busuk dan mengubatinya adalah suatu yang amat menyukarkan.

persoalan hidup saling bersilih ganti. persoalan semalam masih tergantung tetapi persoalan hari ini sudah menyerbu masuk ke benak fikiran. apakah kuat akan kudrat lemah ini? apakah mampu menangkis segala tohmahan dan mehnah dunia? semuanya kembali pada yang maha Esa. sesungguhnya kita hanyalah MAKHLUK. apabila namanya makhluk maka salah satu sifatnya adalah LEMAH dan BERHAJAT.

setiap yang lemah itu memerlukan pertolongan dan bantuan. dan setiap yang berhajat itu perlu bergantung pada suatu zat yang mampu menyokongnya. dan untuk sekali ini dengan nama Allah aku akan cuba hidupkan kembali makalah dakwah ini. agar ia menjadi suatu jalan yang membawa semua Muhammadiyun kembali kepada Pencipta yang maha kekal.

sesungguhnya segala puji hanyalah baginya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin dariNya. selawat tanpa batas ke atas junjungan dan kekasih Sayyiduna Muhammad s.a.w. Semoga semua ummatnya mendapat syafaatnya yang tiada sangsi. Allahuakbar! Wa Lillahil Hamd!

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top