Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Tuesday, January 26, 2010

Biar papa asal bergaya?

Hari ni aku teman mak aku pergi periksa doktor kat Bandar Tun Razak. Dah biasa dengan doktor ni dekat 15 tahun. Asal ada sakit ke demam ke pening-pening lalat ke mesti jumpa doktor ni. Kecuali dah terdesak atau terpaksa barulah pergi jumpa doktor lain. Harga kat klinik dia ni pun berpatutan. Tak lah macam klinik lain yang bagi paracetamol dan ubat selsema tapi harga beratus-ratus. Rasa macam nak aje aku cekik-cekik doktor tu biar dia mampos. Menangguk di air keruh sungguh!

Aku bersunat pun kat klinik ni jugak. Dah. Dah. Itu cerita 14 tahun yang lepas. Kalau kahwin anak dah Form 2 dah. Ceh. Aku mengarut dah. Sebab tu aku agak segan sikit nak jumpa doktor ni sebab dia pernah tengok senjata aku. Hampeh sungguh. 14 tahun dulu punya cerita la katakan. Sekarang aku dah besar panjang. Kalau aku demam pun aku lagi rela makan panadol dari jumpa dengan doktor ni. Malu! Tapi parent aku tetap menjadi ‘pesakit’ setia doktor ni. Lantak laa…

Klinik ni terletak di kawasan perumahan rumah pangsa atau bahasa mudahnya ‘flat’. Klinik ni masih menjadi tempat kunjungan pesakit sama ada dari kawasan berdekatan mahupun berjauhan. Ada yang datang dari Perak, Johor pun ada. Sunguhpun menggunakan perubatan moden, namun kebanyakkan kesakitan dapat disembuhkan. Agak mujarab di situ. Tetapi aku bukan nak bercakap pasal klinik, tapi pasal apa yang aku lihat sendiri di kawasan flat ini.

Kawasan flat, biasanya dipenuhi dengan kereta-kereta dan motor-motor rempit. Anak-anak muda bertenggek macam gagak di atas motorsikal yang telah dibikin dan bunyi ekzosnya sesedap telinga mendengar. Awek-awek flat pula banyak yang berbaju sendat dan berseluar ketat. Sesekali kelihatan warna seluar dalam yang telah pudar apabila mereka membonceng motor dan memeluk pakwenya si mat rempit dengan posisi tonggek. Prrreeeennnggggg!!! Bunyi ekzos meletup memecah keheningan sunyi di kawasan rumah flat tersebut.

Semakin banyak rumah yang pasang Astro sedangkan rumah aku sendiri tak pasang benda alah tu. Kos pemasangan dan langganan dah murah agaknya. Rata-rata yang mendiami perumahan flat ini adalah rakyat-rakyat dan individu yang berpendapatan rendah, berstatus bujang atau baru berkahwin. Status ekonomi dan kewangan mereka masih belum stabil sepenuhnya memaksa mereka masih mendiami rumah flat yang serba tidak kena ini. Ada saja benda yang membuat sesiapa saja manusia biasa berasa tidak selesa untuk tinggal di sini. Mungkin penduduk di sini dah lali dengan keadaan sebegini.

Tapi tadi dengan tiba-tiba, ketidaknormalan alam berlaku di depan mata aku. Di mana ianya ialah satu proses yang membuat aku tak boleh terima proses itu daripada terjadi tetapi ianya telah terjadi di depan bola mata kepala aku. Sungguh tidak ku percaya. Kelihatan sebuah BMW 7 Series bukan Perodua Kancil masuk ke perkarangan perumahan pangsa itu dan parking di kawasan tempat letak kereta. Rata-rata kereta yang ada di tempat itu adalah kereta yang berharga kurang RM 70k. Kereta paling banyak adalah Kancil dan MyVi.

m055

Lalu keluar seorang lelaki ber‘t-shirt’ pagoda dan berseluar ladang dalam lingkungan berumur 40’an menggeliat sambil membetulkan seluarnya yang agak terlondeh. Dari pintu belakang keluar 3 orang budak, 1 laki 2 perempuan yang masih berpakaian sekolah agama. Anak dia agaknya. Setelah mengunci kereta menggunakan alarm mode senyap, mereka naik ke blok rumah pangsa mereka dengan menaiki tangga hingga ke tingkat 4. Lif rosak agaknya. Dalam hatiku berkata. “What the hell???” Bukan pasal lif, tapi lelaki itu!

Apakah mungkin seorang lelaki yang tidak mungkin berjawatan tinggi mampu memiliki BMW 7 Series? Kalau dia mampu sekalipun, mengapakah dia masih tinggal di rumah flat? Paling busuk pun rumah teres setingkat la baru logik dipandang. Tidak ada tanda-tanda dia bekerja sebagai driver seseorang kerana di cermin keretanya tidak ada stiker-stiker yang berpengaruh melainkan stiker cukai jalan. Tidak ada juga tanda-tanda lelaki itu orang terlalu kaya berada ataupun entah-entah kereta itu kereta curi!

Apakah mungkin dia memenangi cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium BSN atau Car Craze Petronas? Tak pun peraduan Peraduan Menangi 1 Juta Power Root Tingkat Ali? Tak pun dia menang peraduan Reader’s Digest yang 1 dalam 1 bilion orang baru ada pemenang? Itu pun kalau menang. Sungguh tak boleh diterima dek akal…

145294725c5d063647

2 comments:

HAZ_SHAMEER said...

shuq hal mcm tu dah biasa skang..suati hari nanti kalau shuq masuk alam pekerjaan..ermm nak pulak bekerja sendiri...shuq akan jumpa ramai tauke melayu yg berpendapatan lebih 5 angka sebulan tapi pakai keta biasa2 jer..

Tukang Tulis said...

terbalik pulak yek?
haih..manusia...manusia...

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top