Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Tuesday, January 26, 2010

Kelemahan sistem undang-undang terhadap kepercayaan karut

Seperti yang ramai orang tahu bahawa sistem undang-undang di negara Malaysia di ambil daripada sistem perundangan di Britain kerana negara Inggeris itu pernah menjajahi negara kita. Boleh dikatakan hampir setiap aspek di dalam negara mempunyai undang-undang dan aktanya yang tersendiri. Jika ada yang tidak kena atau memerlukan perubahan, maka pindaan akan dibuat setelah mendapat persetujuan Parlimen.

Namun, di negara Malaysia yang pesat membangun dengan era kemodenan dan industrialisasi ini, masih wujud kepercayaan karut dan tahyul di benak hati rakyat-rakyat Malaysia. Mereka masih percaya dengan konsep bomoh, perubatan tradisional, jampi-jampi, air tawar dan sebagainya yang sukar diterangkan secara saintifik. Kesedaran bahawa perkara-perkara ghaib itu memang wujud kerana Al-Quran sendiri mengatakan bahawa dunia ini bukan sekadar manusia sahaja yang mendiaminya malah termasuk juga jin, malaikat, syaitan dan sebagainya makhluk ciptaan Allah.

Sebagai contoh, sifat dengki yang telah menguasai diri telah mendorong manusia untuk memohon pertolongan daripada sesuatu entiti ghaib untuk merealisasikan niat jahatnya. Perkara ini dikategorikan sebagai syirik dan haram seharam haram hukumnya disisi Islam. Maka wujudlah kejadian seperti busung, muntah darah, santau, rasuk, dan sebagainya yang berkonsep spiritual paranormal dan superstisi.

Perbicaraan undang-undang di Malaysia dan di kebanyakkan negara membangun hanya meneruskan prosedur dengan wujudnya saksi dan bahan bukti. Ketiadaan bahan bukti yang kukuh sebagai punca untuk meyakinkan orang ramai menyebabkan prosedur pembicaraan tidak dapat diteruskan.

Maka, kes-kes terpencil (agak banyak juga sebenarnya kalau direkodkan) seperti kejadian luar biasa atau luar alam tidak akan diterima untuk diperbicarakan di dalam mahkamah. Paling busuk pun doktor yang merawat si pesakit akan merekodkan kejadian sebagai kes-kes unik dan misteri. Laporan akan dihantar kepada peguam dan kes tertutup disitu berdasarkan laporan doktor yang mengesahkan. Jadi, orang-orang yang mengamalkan perbuatan syirik untuk membalas dendam atau berniat jahat akan terlepas dari pengadilan di dunia ini.

Takkan dalam mahkamah akan ada benda-benda seperti kemenyan, tempat perasap, limau nipis, jarum, atau bahan berunsurkan syirik perlu dibawa sebagai bahan bukti? Ini kerana tidak dapat dibuktikan kaitan diantara barang-barang tersebut dengan kesan yang diterima oleh pesakit! Hubungkaitnya tidak wujud dari segi saintifik tetapi wujud dari perspektif ghaib dan paranormal dengan bantuan benda-benda ghaib yang terlaknat sejak zaman Firaun sekalipun yang mempraktikkan sihir!

Andaikatalah undang-undang menerima perbicaraan kes misteri dan ghaib ni, dah tentu banyak pawang-pawang, dukun-dukun, bomoh-bomoh yang mampos terjelir lidah kat tali gantung disebabkan penggunaan sihir untuk mencederakan orang lain. Dengan itu, orang-orang musyrik ni pasti tak akan terlepas dari pengadilan dunia. Namun, walau pun mereka sekarang bergembira dan terlepas dari pengadilan dunia, di akhirat nanti pengadilan tuhan lagi kejam, ganas, brutal, sadis dan menyeksakan akan menanti di sana. Tunggu dan saksikanlah……

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top