Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Tuesday, April 19, 2011

6 Cara Untuk Buat Awek Suka Kat Korang

Berikut adalah 6 perkara yang wanita sukai dari seorang lelaki: 

1. Menjaga kebersihan diri (Tidak Selekeh)
Muka korang memang sangat hensem jangan kata orang melayu, orang cina india, sabah dengan sarawak pun boleh terpikat tengok muka korang yang hensem tu. Tapi, kalau korang jenis yang tak jaga kebersihan diri (baju kotor, pakai selekeh, bau busuk), memang sia-sia je la korang jadi hensem sebab perempuan takkan tertarik pun. Semua orang sukakan penambilan bersih dan kemas ni. Orang pengotor sendiri pun suka benda-benda yang bersih ni walaupun diorang pengotor. Oleh itu, lelaki-lelaki semua marilah menjaga kebersihan diri sendiri ye, jangan lupa sikat rambut kemas-kemas(kalau nak kemas sikat tepi cam aku), potong kuku tu jgn bela panjang-panjang dan gigi jgn lupa gosok pulak. Bayangkan la muka sikit punya hensem la, tiba-tiba mulut bau longkang tak ke pengsan awek yang cakap dengan korang tu. ish ish ish.

2. Mempunyai gaya yang tersendiri @ 'Sense of Style'
Aku percaya korang mempunyai gaya yang tersendiri kan. Kekalkan gaya korang tu tak perlulah nak tiru gaya artis ke atau sapa-sapa yang femes ke kan sebab ketara sangat nanti kalau korang tiru diorang tu. Tak payah la nak beli baju mahal-mahal kalau nak nampak stylo kan. Yang penting baju tu nampak kemas dan bersih. Kalau beli kat bundle pun kalau kemas dan bersih mesti dah nampak gaya korang tu. Awek tengok sekali imbas je dah tau yang tu korang sebab takde laki lain yg stylo dan kemas macam korang kan. 

3. Ada sikap lawak @ humor dalam diri (tak terlalu serius)
Lelaki yang ada unsur lawak dan humor ni kebiasaannya awek memang suka la. Kalau nak ajak sembang sampai besok pun diorang tak kisah. Sebab apa diorang suka ek?? Ha sebabnya perempuan ni selalunya banyak masalah (termasuk masalah perubahan hormon), jadi diorang nak seseorang yang boleh buat hidup diorang ceria dan bahagia. Oleh sebab tu diorang mendambakan seorang lelaki yang boleh buat buat diorang ketawa agar diorang dapat kurangkan tahap stress tu. Kalau tengok pasangan pelawak kat Malaysia ni pasangan diorang semua cun kan?? Nampak sangat awek diorang tu selalu stress sebab tu cari pasangan pelawak.

4. Bersikap prihatin @ caring
Buat pengetahuan, seorang yang caring ni biasanya mengambil berat dan baik hati. Seremeh mana pun keprihatinan yang korang tunjukkan pasti mampu menyentuh hati seorang wanita. Wanita ni sangat sensitif dan memang cepat sedar kalau bersikap caring dengan diorang. Jadilah lelaki yang caring untuk memikat orang yang korang sayang ye. Tapi caring biar bertempat la kan. Jangan la korang baru lepas tengok diorang melompat-lompat, lepas tu boleh pulak korang tanya "Awak demam ke hari ni, nampak macam tak sihat je". Terasa awek tu nanti korang perli dia tak sihat sebab lompat cam orang gila tadi.

5. Selalu senyum (sejuk mata memandang)
Senyuman ni ibarat 'make up' bagi orang lelaki untuk menampakkan seri wajah. Senyuman seorang lelaki ni boleh membuatkan korang nampak manis. Perempuan tengok pun boleh cair la. Walaupun muka kurang hensem, jika kita selalu senyum perempuan akan cuba dekat dengan kita. Berbanding dengan orang hensem yang muka ketat, perempuan takut nak dekati diorang sebab muka takde seri langsung sebab masam je. Senyuman ni menjadi lambang keramahan dan langkah permulaan untuk perbualan.

6. Bersikap cool (tenang)
Lelaki yang tenang ni menunjukkan mereka ni matang. Perempuan ni kan selalu ada masalah, jadi mereka akan mengadu kepada pasangan mereka. Jika korang bersikap tenang pasti korang dapat selesaikan masalah diorang dengan mudah. Kalau korang ni cepat panik, bila diorang cerita masalah kat korang, korang pulak yang jadi lagi gelabah dari perempuan tu. Tak pasal-pasal perempuan tu pulak yang tenangkan korang. Jadi bersikap tenanglah supaya korang dapat memikat gadis pilihan hati tu.

sumber:

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top