Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Monday, April 25, 2016

Tak tertanggung dek badan

Rasa macam tak sanggup untuk teruskan hari esok. Ada saja kerja hari ni yang tak siap. Drag sampai esok. Esok pun sama. Drag sampai lusa. Lusa pun sama. Drag sampai tulat.

Bukan aku saja nak drag. Tapi sebab badan tak larat. Jasad tak mampu. Dengan mengajar budak dari pagi hingga petang. Nak siapkan tugasan itu ini. Artikel pun tak siap lagi. Soalan exam budak2 ni haram aku tak sentuh lagi. Tak tahu nak buat.

Baru nak sentuh komputer dah keluar macam2 error. Mintak update la mintak repair la. Semua itu melambatkan kerja aku. Merosakkan mood aku. Last2 mmg mereput kerja tak siap.

Masa ada. Tapi badan tak larat. Balik rumah dah penat. Badan berlengas. Nak mandi pun dah malas. Pikir nak tido je. Badan sakit2 nak urut2 tak mendapat...

Adoi. Merungut...mengeluh.. Orang lain goyang kaki, duit masyukkk.. Masa bersepah sampai tak tahu nak buat aktiviti ape.

Bak sikit aku masa dan duit kau... Banyak benda lain aku nak kena settlekan.. Haremmmm

No comments:

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top