Al-Muqaddimah

semua frasa + subjek + predikat + nahu + dengung + lughah + balaghah + saraf + harakat apekejadah dalam blog ni aku tulis sendiri dengan menggunakan kepala otak aku sendiri atau dari pusat sumber rujukan yang
dipercayai serta muktamar. kalau nak komen sangat dialu-alukan. tafaddhal. kalau nak kutuk sila pikir banyak kali dulu sebab makhluk lain pun akan baca kutukan kau. aku ade hak nak tulis apa aku suka. ini negara bebas dengan kebebasan bersuara... sila baca dengan minda dan hati yang terbuka dan bukan terlangkup. aku sekadar menyampaikan dakwah dan pesanan serta peringatan dengan caraku sendiri...

Kipas-Susah-Mati~

لا اله الا الله محمد رسول الله في کل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Friday, June 3, 2011

Terima Kasih Ya Allah...

Ya Allah... terima kasih atas dugaanMu padaku hari ini Ya Allah... Aku tahu yang Kau masih sayangkan aku maka kerana itulah Kau turunkan ujianMu untuk menguji imanku yang rapuh ini Ya Allah...


Ya Allah... terima kasih kerana Kau masih mengurniakan aku kewarasan dan akal yang masih mampu berfikir walaupun dugaanMu Maha Hebat Ya Allah... Sesungguhnya tidak semua hambaMu dapat melalui dugaan seperti ini Ya Allah...


Ya Allah... Kau uji aku bukan dengan hanya seorang, dua orang atau tiga orang Ya Allah... Tapi hari ini Kau uji aku dengan semua makhluk yang berada disekelilingku Ya Allah... Sesungguhnya Kau ingin membuka mataku yang buta ini tentang kebesaranMu sebagai seorang Pencipta... Kau lah yang menciptakan semua makhluk dan hambaMu dengan pelbagai macam ragam, sifat dan tingkahlaku....




Ya Allah... terima kasih kerana kau masih meminjamkan aku nafas dan udara  agar aku masih bisa menyebut kalimahMu... Setiap ujian yang Kau turunkan aku cuba dengan sedaya upayaku menyebut Alhamdulillah... Segala malapetaka yang menimpa diriku aku paksa lidahku menitip Innalillah.... Segala musibah yang jatuh ke atasku aku redha dengan Subhanallah... Segala kesalahanku aku iring dengan Astaghfirullah.... Walaupun sakit hati ini terasa...sesungguhnya aku cuba untuk menetapkan imanku hanya untukMu...


Ya Allah.. aku sudah tak ingin bermain hati lagi dengan hamba-hambaMu... Cukuplah Kau sahaja sebagai penjaga dan penawar hati ini... Andai Kau melegakan hati ini, legalah jasadku...andai Kau sakitkan hati ini juga...aku redha kerana hati ini adalah milikMu... Sembuhkan dan ubatilah hati yang sedang nazak ini Ya Allah... Agar ia bisa kembali kepadaMu...


Ya Allah... kau membolak-balikkan hatiku kerana sesungguhnya Kau mahu aku sedar yang hati ini adalah kepunyaanMu... Hati yang sedang berbolak-balik ini bukan milik aku untuk selamanya... Kau sekadar meminjamkan hati ini, jantung ini, jasad dan ruh ini supaya aku bersyukur atas nikmat pinjamanMu Ya Allah... Sesungguhnya Kau berhak untuk membuka atau menutup hati kepunyaanMu ini...


Ya Allah... tunjukkan aku jalan untuk sentiasa bersangka baik denganMu Ya Allah... Janganlah Kau tunjukkan aku jalan ke arah kemurkaan dan kebencianMu Ya Allah... Sesungguhnya Kaulah Raja yang menguasai hati ini...


Ya Allah... tenangkanlah hati pinjamanMu ini agar ia bisa tenteram... agar ia bisa aman tiada perang tiada sengketa... kurniakanlah jiwa ini semangat ahlil jihad yang kental menegakkan kalimah Lailahaillallah... Cabutlah perasaan hasad, dengki, cemburu, dan iri dari hati yang hitam ini Ya Allah... Sesungguhnya Su'ul Zann itu menambahburukkan penyakit hati ini Ya Allah....


Ya Allah... titipkanlah hati pinjamanMu ini dengan kasih sayang, mahabbah, ikhlas, dan taqwa agar hati ini kembali bersih, suci dan kaya dengan Husnul Zann.... Mahmudahkanlah ruh dan jasad hambaMu ini Ya Allah... Janganlah Kau titiskan walau setitik Mazmumah yang bisa merosakkan hati ini kembali....


Ya Allah...janganlah kau duga aku dengan sesuatupun yang aku tidak mampu menghadapinya... esok, lusa dan hari-hari mendatang... tetapkanlah iman dan ketenangan di hati dan jiwaku agar tiada lagi kesakitan di kalbu ini... pasrahku hanya padaMu Ya Rabbul Qulub... Tuhan yang menjaga HATI-HATI...






...sesungguhnya hari esok belum tiba... lusa belum tahu... tulat belum tentu... tubin belum pasti kita hidup lagi.....


TERIMA KASIH YA ALLAH... T_T

5 comments:

azwa amani said...

adik xtahu nak cakap mcm mana...abg bagtau adik, ape perlu adik buat???...
adik rasa serba salah...tapi adik tak tahu mna silap adik..tutur kata??..perilaku??..atau apa sahaja...kalau betul adik salah, beritahu...adik tak suka mcm ni... tolonglahh..

Shuq Faqaţ said...

adik x salah.... abg yg mungkin terlalu ikutkan hati... ikutkan perasaan... silap abg sendiri.. abg terlalu melayan perasaan abg ni... abg cuma nk bgtaw adik yg abg syg sgt2 kat adik... bukannya mudah abg mencari..menyambung balik yg terputus... sesuatu yg terlalu berharga dan takde ganti lg dah.. sesuatu yg abg hargai sampai akhir hayat..ingatlah mak dah xde... korang jela yg abg ada sebagai penawar suka duka....

azwa amani said...

abang ada mak dan abah....ramai lagi yg abang ada....tiada siapa pun dalam dunia ni tak penting, yang penting ada Allah...

jgn ikutkn hati sangat, kelak diri sendiri yg binasa...tak perlu fikir banyak,tak perlu fikirkan yg bukan2...adik bukan nk mengelak diri ke ape...adik juga sygkan abang, sama mcm adik syg ateh, along, abng iwan dan alang...cuma dik memang mcm ni, adik tak suka mesej sngat...adik cuma mesej benda penting2..dengan amar pun sama...tiada beza...adik dah bosan dengan mesej ni...bukan bosan dengn individu...tlg fham...adik tak tahu nak cakap ape lagi...

buatlah sesuatu yg berfaedah untuk diri sendiri untuk hilang bosan kat umah tu k.. kak syud pun ade je nagn abang kan...abg boleh mesej dia... :) tak pun ajaklah abang iwan keluar...

Shuq Faqaţ said...

abg yg bodoh agaknya...terlalu cepat terasa.. terlalu sensitif... abg terasa sebab kenapa dulu boleh msg hari2.. boleh bertanya kabar...boleh kongsi itu ini..satu msg pun jadilah wat hilangkan prasangka... tp bila tiba2 senyap terus abg jadi musykil...aku ada wat salah ke? dia benci kat aku ke? aku silap cakap ke?? sume tu jadi tanda tanya... =(

azwa amani said...

abang takde uat silap ape pun.. jgn lah salah sangka mcm tuhh...takpelah kalau mcm tuh, nanti adik mesej yerr...jgn lah sedh2 lagi, nnti adik topap yerr msej abang

Related Posts with Thumbnails
dah abis baca kan? dah.. sila la blah. tutup window ni kalau dah tak nak baca lagi. kalau nak baca naik atas balik. sekian. end of transmission. tuttttttt.....
back to top